You are on page 1of 8

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (EKSEKUTIF)

GGGE5014
KAEDAH MENGAJAR
SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TUGASAN 2:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENSYARAH:
PROF DR. SATTAR RASUL
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 1

BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1. Muhamad Adzir Afifi bin Azman P128322
2. Muhammad Zharif Bin Zamri P128476
3. Nur Izzatul Balqis binti Rohaimin P129356
4. Siti Nur Atikah Ilia binti Ramlan P129145
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 8 HARI : RABU TARIKH : 24/5/2023


MATA
MATEMATIK
PELAJARAN
TAHUN
5 BESTARI
STRATEGI PdP
MASA Pembelajaran Berasaskan /
2.00 ptg – 3.00 ptg
Inkuiri
TAJUK Pembelajaran Berasaskan
WANG
Masteri
STANDARD 3.1 Operasi Asas Melibatkan Wang Pembelajaran Berasaskan
KANDUNGAN Projek
Pendekatan Bersepadu
STANDARD Murid boleh: Pembelajaran Kontekstual /
PEMBELAJARAN Kecerdasan Pelbagai
3.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai
Pendekatan Konstruktivisme /
wang dan hasil tambahnya hingga RM1 000 000.

3.1.2 Menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan dua nilai KEMAHIRAN ABAD KE 21
wang daripada satu nilai wang dalam lingkungan RM1 Berdaya tahan
000 000. Mahir berkomunikasi /
Pemikir /
Kerja sepasukan /
Bersifat ingin tahu
Berprinsip
OBJEKTIF Membolehkan murid:
PEMBELAJARAN
KEMHAIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
1. Mengaplikasi penggunaan wang dalam kehidupan seharian
Mengaplikasi /
Menganalisis
2. Berkomunikasi dan menyelesaikan masalah tambah dan tolak
Menilai
dalam penggunaan wang sehingga melibatkan nilai wang
Mencipta
lingkungan RM1 000 000

Fasa Aktiviti Pelajar Catatan


ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
Permulaan - Guru bertanyakan soalan berbentuk BBM: - Bahasa Melayu /
(10 minit) inkuiri kepada lima orang murid Kelestarian Alam Sekitar
iaitu, apakah yang mereka faham Nilai murni: Nilai Murni /
tentang penggunaan wang dalam - Berani Sains Dan Teknologi
kehidupan seharian, bagi - Berkeyakinan Pendidikan Kewangan /
mencungkil kefahaman sedia ada
mengenai tambah dan tolak dalam Strategi P&P:
penggunaan wang. -Pembelajaran PENTAKSIRAN
berasaskan inkuiri Ujian Prestasi
- Murid menerangkan kefahaman Senarai semak
rubrik
mereka, kemudian guru merumuskan
portfolio
dan menerangkan mengenai konsep
Penilaian kendiri
dan cara pengiraan sebenar Kertas-pensel /
mengenai tambah dan tolak dalam
penggunaan wang.

Perkembangan Aktiviti 1: Mengaplikasikan BBM:


(7 minit) penggunaan tolak dan tambah - Kad wang contoh
dalam urusan jual beli melalui - Kad gambar kereta
permainan role play. - Kertas mahjong

- Tiga orang murid diminta untuk Nilai murni:


melakonkan situasi urusan jual beli - Memberi tumpuan
kereta menggunakan kad wang - Bantu-membantu
contoh dan kad gambar kereta. - Hormat-
menghormati
- Melalui kad wang yang dibekalkan, - Kerjasama
kedua-dua murid tersebut perlu
membeli kereta idaman mereka, dan Strategi P&P:
murid-murid lain di dalam kelas juga - Pembelajaran
diminta untuk memerhati dan turut Kontekstual
membantu menyelesaikan urusan jual
beli tersebut. - Pendekatan
Konstruktivisme

(28 minit) Aktiviti 2: Menyelesaikan masalah


yang melibatkan tambah dan tolak
dalam penggunaan wang
melibatkan nilai sehingga
RM1,000,000.
- Murid dibahagikan kepada lima
kumpulan mengikut kepelbagaian
tahap dan kemahiran yang dimiliki,
dan diberikan dua soalan melibatkan
tambah dan tolak dalam penggunaan
wang.

- Kemudian, murid diminta untuk


membina satu dialog jalan cerita
ringkas bagi menerangkan pengiraan
tambah dan tolak menggunakan
kertas mahjong.

- Setiap kumpulan perlu berbincang


dan mengambil bahagian dalam
menyelesaikan tugasan yang
diberikan dengan menggunakan
kemahiran dan pengetahuan berbeza
yang dimiliki oleh setiap ahli
kumpulan.

- Setiap kumpulan diminta untuk


membentangkan hasil tugasan yang
dilakukan.

Penutup - Murid diminta untuk menjawab BBM: Buku teks


(8 minit) soalan ‘Cuba Ini’ yang terdapat Matematik tahun 5
pada akhir subtopik pembelajaran
dalam buku teks Matematik tahun Nilai murni:
5, untuk mengukuhkan lagi - Menepati masa
pemahaman.
(7 minit) - Guru membuat perbincangan Pentaksiran:
jawapan dan rumusan pelajaran hari - kertas-pensil
ini.

REFLEKSI
/36 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan.

/36 orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.

Lampiran

Aktiviti 1:

Tiga orang murid perlu melakonkan situasi urusan jual beli kereta. Murid 1 dibekalkan kad wang contoh RM1,000,000 dan murid 2

Aktiviti 2:

Soalan tambah: Soalan tolak:

Kumpulan anda mempunyai wang RM150,000 dan Kumpulan anda mempunyai wang simpanan sebanyak
dikehendaki membeli dua item sama ada sebuah RM320,230.80 dan ingin membeli sebuah kereta
rumah yang berharga RM450,200, tanah berharga berharga RM120,850. Kemudian, ingin memulakan
RM276,000 atau kereta yang berharga RM320,432. sebuah perniagaan yang memerlukan modal sebanyak
Lakukan pengiraan pertambahan wang yang RM80,320. Lakukan pengiraan baki wang simpanan
diperlukan untuk membeli dua item tersebut. yang tinggal yang tinggal.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH AKTIVITI/KAEDAH PDP:

KAEDAH (FASA)

1) PERMULAAN

Pada fasa permulaan guru menerapkan strategi pembelajaran berasaskan inkuiri iaitu dengan
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui pertanyaan soalan berbentuk inkuiri kepada
lima orang murid iaitu, apakah yang mereka faham tentang penggunaan wang dalam kehidupan
seharian, bagi mencungkil kefahaman sedia ada mereka mengenai tambah dan tolak dalam
penggunaan wang. Melalui strategi pembelajaran ini, kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
iaitu kemahiran berkomunikasi cuba dibangunkan selain, mengintegrasikan Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) iaitu penerapan nilai yakin dan berani dalam diri murid untuk berkongsi
pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki. Seterusnya, guru membuat rumusan mengenai
perkongsian murid tersebut dan menerangkan konsep sebenar mengenai tambah dan tolak dalam
penggunaan wang yang melibatkan nilai sehingga RM1,000,000. Masa yang diambil untuk fasa ini
adalah selama sepuluh minit.

2) PERKEMBANGAN

(I) Aktiviti mengaplikasikan penggunaan tolak dan tambah dalam urusan jual beli
mengikut situasi sebenar.

Dalam merancang aktiviti pertama iaitu aktiviti mengaplikasikan penggunaan tolak dan
tambah dalam urusan jual beli mengikut situasi sebenar, guru menerapkan strategi pembelajaran
kontekstual. Strategi ini akan mengaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan apa yang berlaku
dipersekitaran sebenar murid, supaya mereka lebih memahami dan belajar dengan lebih baik. Melalui
aktiviti ini, Tiga orang murid diminta untuk melakonkan situasi urusan jual beli kereta di kedai yang
dinamakan sebagai permainan role play. Murid pertama dibekalkan kad wang RM1,000,000 dan
murid kedua dibekalkan kad wang sebanyak RM300,000. Manakala, murid ketiga berperanan sebagai
jurujual kereta yang dibekalkan tiga kad gambar kereta yang masing-masing berharga RM500,000,
RM600,000 dan RM700,000. Kemudian, murid pertama dan kedua perlu membeli kereta idaman
mereka.

Aktiviti yang dirancang ini mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu
memerlukan murid menggunakan pengetahuan serta kemahiran tentang tolak dan tambah dalam
penggunaan wang, dan mengaplikasikannya dalam permainan role play. Melalui aktiviti ini juga,
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) diintegrasikan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti
memberi tumpuan dan saling bantu-membantu kerana, sepanjang aktiviti ini dijalankan, murid-murid
lain di dalam kelas diminta untuk memerhati dan turut membantu menyelesaikan urusan jual beli
tersebut. Murid yang memberi tumpuan dan berjaya membantu akan diberi peneguhan terhadap nilai
murni yang ditunjukkan iaitu akan mendapat sebatang pensil. Tambahan pula, pendidikan kewangan
yang diberikan juga merupakan antara EMK yang diterapkan. Masa yang diambil untuk menjalankan
aktiviti ini adalah selama tujuh minit.

(II) Aktiviti menyelesaikan masalah yang melibatkan tambah dan tolak dalam
penggunaan wang melibatkan nilai sehingga RM1,000,000.
Seterusnya, murid akan menjalankan aktiviti menyelesaikan masalah yang melibatkan tambah
dan tolak dalam penggunaan wang melibatkan nilai sehingga RM1,000,000. Dalam merancang
aktiviti ini, guru mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme iaitu menekankan peranan kritis pelajar
dalam pembelajaran mereka sendiri melalui cooperative learning atau group work. Dalam aktiviti
ini, murid dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut kepelbagaian tahap dan kemahiran yang
dimiliki, dan diberikan dua soalan melibatkan tambah dan tolak dalam penggunaan wang. Kemudian,
setiap kumpulan diminta untuk membina satu dialog jalan cerita ringkas untuk menerangkan
pengiraan tambah dan tolak di atas kertas mahjong. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang dan
mengambil bahagian dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan menggunakan kemahiran
dan pengetahuan berbeza yang dimiliki. Kemudian murid diminta untuk membentangkan hasil
tugasan tersebut.

Manakala, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) turut diintegrasikan dalam aktiviti ini iaitu
dalam aspek membangunkan kemahiran murid dalam berkomunikasi. Dalam membangunkan
kemahiran berkomunikasi ini, murid diberi ruang untuk menyuarakan pendapat, meluahkan fikiran,
idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis semasa melakukan
perbincangan. Selain itu, kerja berkumpulan ini juga dapat membangunkan kemahiran murid sebagai
seorang pemikir kerana dalam aktiviti ini, memerlukan murid untuk berfikir secara kritikal, kreatif
dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan. Kemahiran kerja berpasukan juga dapat dibangunkan
dimana, ia berupaya melahirkan murid yang boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan
orang lain, dan mampu menggalas tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan menghargai
sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Mereka juga dapat meningkatkan lagi
kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif ini dan berupaya menjadikan mereka seorang
pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

Di samping itu, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) turut diintegrasikan dalam aktiviti kerja
berkumpulan ini dengan penerapan nilai murni hormat-menghormati. Dalam aktiviti ini, murid
diingatkan untuk sentiasa menghormati pandangan, idea, dan menghargai sumbangan yang diberikan
oleh setiap rakan-rakan. Nilai murni yang diterapkan ini diharapkan murid dapat mengamalkannya di
dalam kehidupan seharian mereka. EMK dari segi penggunaan bahasa melayu juga ditekankan apabila
murid diingatkan untuk menggunakan bahasa melayu pengantar semasa melakukan perbincangan
dalam kumpulan, dan semasa membentangkan hasil tugasan. Masa yang diambil untuk menjalankan
aktiviti ini adalah selama 28 minit.

3) PENUTUP/REFLEKSI

Memasuki fasa penutup, murid diminta untuk menjawab soalan ‘Cuba Ini’ yang terdapat pada
akhir subtopik pembelajaran dalam buku teks Matematik tahun 5. Pentaksiran berbentuk kertas-pensil
digunakan untuk mengukur sejauh mana penguasaan murid dalam topik yang telah dipelajari. Masa
yang diberikan murid untuk menjawab soalan tersebut adalah selama lapan minit. Kemudian, selama
tujuh minit, guru membuat perbincangan jawapan bersama murid dan seterusnya merumuskan
pembelajaran hari ini.
MENANGANI ISU PEMBELAJARAN

I) Masalah Luar Bandar

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dibangunkan dengan mengambil kira isu-isu


pembelajaran yang timbul di sekolah yang berada di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah yang
berada di kawasan luar bandar kebiasaannya mempunyai isu-isu berkaitan prasarana pendidikan
seperti masalah kekurangan kemudahan infrasruktur dan infostruktur serta masalah jaringan internet.
Dalam membangunkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, masalah jaringan internet dan
kekurangan kemudahan infostruktur seperti ketiadaan kemudahan komputer, tab sekolah, dan LCD
projektor telah diambil kira. Oleh itu, guru mengambil inisiatif untuk menangani masalah tersebut
dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) seperti kad wang contoh, kad gambar kereta dan
kertas mahjong untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan mengaplikasikan beberapa
strategi pembelajaran serta mengintegrasikan elemen-elemen pembelajaran abad ke-21, kemahiran
berfikir aras tinggi dan elemen merentas kurikulum.

II) Kelas dengan Bilangan Pelajar yang Besar

Masalah kelas yang besar atau bilangan murid yang ramai juga diambil kira dalam
pembangunan RPH ini. Seramai 36 orang murid di dalam satu kelas yang akan terlibat dalam proses
pembelajaran. Dalam memastikan kesemua murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang
ditetapkan, guru mengintegrasikan strategi pembelajaran konstruktivisme dalam merancang aktiviti
pada fasa perkembangan. Hal ini kerana, pendekatan konstruktivisme akan melibatkan kesemua
pelajar dalam pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan. Dalam RPH yang dibangunkan, elemen
kerja kumpulan diterjemahkan melalui aktiviti kedua iaitu aktiviti menyelesaikan masalah yang
melibatkan tambah dan tolak dalam penggunaan wang. Murid-murid akan melakukan perbincangan,
bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Oleh itu, kesemua murid akan dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang secara tidak
langsung, masalah kelas besar dapat dapat diatasi.

III) Pelajar Kurang Bermotivasi

Dalam mengatasi masalah pelajar yang dilihat kurang bermotivasi, guru mengaplikasikan
teori pelaziman operan yang diperkenalkan oleh Skinner iaitu menggunakan peneguhan positif untuk
menggalakkan sesuatu tingkah laku. Semasa menjalankan aktiviti pertama iaitu mengaplikasikan
penggunaan tolak dan tambah dalam urusan jual beli mengikut situasi sebenar (permainan role play),
penglibatan aktif murid ditekankan dimana, murid-murid yang memberi perhatian dan aktif
membantu dalam permainan tersebut akan diberi peneguhan iaitu dihadiahkan sebatang pensil. Oleh
itu, pendekatan peneguhan positif yang digunakan ini dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk
terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, aktiviti kerja kumpulan juga mampu meningkatkan
motivasi pelajar dimana, dalam aktiviti menyelesaikan masalah yang melibatkan tambah dan tolak
dalam penggunaan wang, murid-murid diberikan peranan masing-masing dalam kumpulan supaya
berlakunya cooperative learning, iaitu mengintegrasikan teori konstruktivisme dalam menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Apabila murid merasakan mereka dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran,
mereka akan lebih bersemangat dan meningkatkan lagi minat mereka untuk belajar.

IV) Tahap Pengetahuan dan Kemahiran yang Berbeza

Dalam mengatasi masalah tahap pengetahuan dan kemahiran berbeza yang dimiliki murid,
teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Gardner diaplikasikan dalam aktiviti
pembelajaran. Bermula aktiviti pertama, murid yang cenderung ke arah kecerdasan
kinesthetik akan diberi peluang untuk bermain permainan role play. Hal ini kerana, kemahiran
kinesthetik menurut Gardner merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat
secara fizikal melalui pergerakan tangan dan badan, kawalan dan juga ekspresi. Oleh itu, aktiviti
pembelajaran ini akan menarik minat murid-murid untuk belajar terutama kepada mereka yang
cenderung kearah kecerdasan kinesthetik.

Seterusnya, melalui aktiviti kedua iaitu kerja berkumpulan dalam menyelesaikan masalah
yang melibatkan tambah dan tolak dalam penggunaan wang, tugasan ini bukan sahaja meminta murid
untuk menyelesaikan pengiraan, tetapi memerlukan mereka untuk membina satu jalan cerita ringkas
bagi menerangkan hasil pengiraan yang telah dibuat. Dalam menjalankan aktiviti ini, pelbagai
kemahiran pelajar dapat diraikan dimana, murid yang cenderung ke arah kecerdasan logik matematik
akan berperanan sebagai pengemudi dalam pengiraan soalan tambah dan tolak penggunaan wang.
Kecerdasan logik matematik menurut Gardner merupakan seorang yang berkebolehan untuk mengira
dengan mudah, dan berupaya menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.

Di samping itu, murid-murid yang cenderung ke arah kecerdasan visual ruang iaitu kebolehan
seseorang untuk menghasil, memahami dan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak, akan
diberi peranan sebagai pelukis kepada gambar-gambar watak dialog jalan cerita yang perlu dihasilkan
di atas kertas mahjong. Manakala, murid-murid yang cenderung ke arah kecerdasan verbal-linguistik
iaitu merujuk kepada keupayaan dan kebolehan seseorang yang berkait dengan penguasaan bahasa,
kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks, akan diberi peranan
untuk membina dialog jalan cerita, kemudian mengetuai pembentangan hasil tugasan.

You might also like