You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (MOD CUTI SEKOLAH)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

GGGE5042
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

TUGASAN INDIVIDU
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD FUAD SYUKRI BIN MOHD KHALIL (P129385)

PENSYARAH:
PM DR. NURFARADILLA MOHD NASRI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

MATA PELAJARAN Matematik TINGKATAN 3A

BILANGAN
____ / ____ orang HARI Khamis
PELAJAR

TARIKH 28 Mac 2024 MASA 09.20 pagi - 10.00 pagi

TEMA Nombor dan Operasi

TAJUK
3.0 Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
KEMAHIRAN

STANDARD
3.1 Simpanan dan Pelaburan
KANDUNGAN

3.1.2 Membuat pengiraan yang melibatkan faedah mudah dan faedah kompaun bagi
STANDARD
simpanan, seterusnya menerangkan kesan perubahan tempoh, kadar faedah atau
PEMBELAJARAN
pulangan dan kekerapan pengkompaunan terhadap nilai masa hadapan simpanan.

Pelajar menjawab
Pelajar dapat menjawab
sekurang-kurangnya 4
soalan pengiraan yang
OBJEKTIF KRITERIA soalan pengiraan yang
melibatkan faedah mudah
PEMBELAJARAN KEJAYAAN melibatkan faedah mudah
dan faedah kompaun bagi
dan faedah kompaun bagi
simpanan dengan tepat.
simpanan dengan tepat.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi: Fasa Persediaan dan Fasa Imaginasi (5 minit)


1. Guru mengimbas topik pembelajaran yang lalu kepada pelajar.
2. Guru memberi bayangan berkaitan topik baru.
3. Guru menyatakan kemahiran/topik yang akan dipelajari.

Langkah 1: Fasa Penerokaan (10 minit)


1. Guru memulakan dengan pengenalan kepada konsep faedah atas simpanan.
2. Kefahaman pelajar diperkembangkan lagi melalui jenis-jenis faedah atas simpanan.
Langkah 2: Fasa Perkembangan (10 minit)
1. Pelajar meneroka contoh soalan bagi memahami topik faedah atas simpanan dengan lebih jelas.
2. Perbincangan tentang simpanan turut melibatkan kadar faedah mudah dan kadar faedah kompaun.
3. Pelajar didedahkan tentang faktor nilai perubahan simpanan.

Langkah 3: Fasa Penilaian dan Pentaksiran (10 minit)


1. Pelajar diberi 4 soalan tugasan untuk diselesaikan.
2. Pelajar diberikan masa 8 minit untuk menunjukkan langkah pengiraan mereka untuk mendapatkan nilai
setiap soalan yang dikemukakan..
3. Pelajar diminta menyemak hasil kerja masing-masing.

Penutup: Kesimpulan (5 minit)


1. Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan topik yang telah dipelajari.
2. Guru memberikan peluang untuk pelajar menyatakan pendapat dan rumusan mengenai topik yang
dipelajari.

1. Membandingkan dan membezakan


Kemahiran Berfikir (KB) 2. Menganalisis
3. Menilai

Kemahiran Personal (KP) 1. Logik Matematik


PENGISIAN
Elemen Merentas 1. Pendidikan kewangan
KURIKULUM
Kurikulum (EMK) 2. Keusahawanan

Kemahiran Belajar Cara 1. Kemahiran Meningat


Belajar (BCB) 2. Kemahiran Mengambil Nota

Nilai Murni Hormat kepada guru, bekerjasama

BAHAN BANTU 1. Buku teks


MENGAJAR (BBM) 2. Bahan pembentangan

PENGETAHUAN Pelajar pernah mempelajari;


SEDIA ADA 1. Jenis-jenis simpanan dan pelaburan

KBAT/I-THINK KBAT - mengingat, memahami, menginterpretasi

REFLEKSI Kekuatan:
Kaedah pengajaran berkesan dan menggalakkan pembelajaran, guru dan pelajar
dapat berkomunikasi dengan baik, bahasa mudah difahami, menggunakan intonasi
yang jelas dan menggalakkan interaksi bersama pelajar. Guru menyediakan slide
yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar.
Kekurangan:
Pengurusan masa kelas agak tidak mencukupi.

Cadangan Penambahbaikan:
Guru perlu mengadakan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik agar
kawalan kelas dalam keadaan baik dan terurus.

Kesimpulan:
Guru mendapat bahawa sesuatu PdPc lebih interaktif dijalankan dengan aktiviti yang
menarik seperti gamifikasi dan aplikasi EMK. Sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan efisien dan mencapai objektif apabila pelajar dapat mencapai kriteria
kejayaan.

You might also like