You are on page 1of 31

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

KURSUS:

GGGS5133: PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN:

PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN SEKOLAH

(Bagaimanakah anda boleh Mencadangkan Aktiviti yang boleh Memupuk Minat


Keusahawanan dengan Menjadikan Ianya sebagai Platform yang Mendorong Cita-cita Murid
menjadi Usahawan?)

NAMA PENSYARAH:

DR. RADIN SITI AISYAH BINTI RADIN A. RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

MUHAMMAD AFIQ WALIUDDIN BIN ZULKIFLI P128834


MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAINUDDIN P128847
WAN MUHAMAD ZULFADLI BIN WAN MOHD ZAIN P128558
WAN NORNAZMIERA BINTI WAN HAMAT P128570
SITI SYAHIDA BINTI RAZALI P128506
SOFIAH HANI BINTI SAFIEN P128511
RAIHANAH MADIHAH BINTI ROSLAN P128764
SYAZA BINTI SHUHAIDI P128524
ii

KANDUNGAN

Halaman

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 1

2.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN 1

2.1 Definisi Pendidikan Keusahawanan 2


2.2 Kepentingan Keusahawanan kepada Murid, Guru dan Sekolah 3

3.0 IDEA DAN PRAKARSA/INISIATIF 3

3.1 Pendedahan (Seminar Kesedaran Keusahawanan- Zero to Hero)


4
3.1.1 Idea 4
3.1.2 Isu-isu 4
3.1.3 Cabaran 5
3.1.4 Implikasi 6
3.1.5 Cadangan Penyelesaian 6

3.2 Praktikal (Program Usahawan Junior) 7


3.2.1 Idea 7
3.2.2 Isu-isu 7
3.2.3 Cabaran 8
3.2.4 Implikasi 9
3.2.5 Cadangan Penyelesaian 9

3.3 Profesional (Program Usahawan Jaya) 9


3.3.1 Idea 10
3.3.2 Isu -isu 11
3.3.3 Cabaran 11
3.3.4 Implikasi 12
3.3.5 Cadangan Penyelesaian 13

3.4 Penganugerahan (Majlis Anugerah Usahawan Muda Peringkat Sekolah) 13


3.4.1 Idea 14
3.4.2 Isu -isu 15
3.4.3 Cabaran 15
3.4.4 Implikasi 16
3.4.5 Cadangan Penyelesaian 17

RUJUKAN 20
LAMPIRAN 29
1

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Pemerkasaan keusahawanan di sekolah merupakan suatu perancangan bagi memastikan


kemenjadian murid dalam bidang keusahawanan. Terdapat empat elemen pemerkasaan
keusahawanan iaitu pendedahan, praktikal, profesional dan penganugerahan. Bagi elemen yang
pertama adalah pendedahan. Pendedahan dan pendidikan awal dalam bidang perniagaan dapat
memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan murid seawal tahun satu lagi. Pada peringkat
permulaan, murid diberikan pendedahan tentang pengetahuan asas mengenai keusahawanan.
Ianya dapat dilihat melalui pelaksanaan seminar kesedaran keusahawanan, Bagi elemen yang
kedua dalam pemerkasaan keusahawanan di sekolah adalah praktikal. Murid diberi peluang
untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan dengan menceburkan diri dalam bidang tersebut
secara lebih mendalam.

Seterusnya, elemen ketiga adalah profesional. Melalui Program Usahawan Jaya, murid-
murid dilatih untuk menjadi usahawan yang kompeten. Elemen ini memberi penekanan
terhadap pengurusan modal, pasaran persaingan, pengurusan sumber manusia serta pemasaran
dan jaringan. Elemen yang terakhir adalah penganugerahan. Tujuan pelaksanaan Majlis
Anugerah Usahawan Muda di peringkat sekolah merupakan satu usaha sebagai tanda
penghargaan kepada murid yang mempunyai pencapaian terbaik dalam bidang keusahawanan.
Pelaksanaan majlis tersebut adalah untuk memberi dorongan kepada murid supaya dapat
mengembangkan bidang keusahawanan dalam diri mereka. Pelaksanaan empat elemen dalam
pemerkasaan keusahawanan di sekolah diharapkan mampu untuk memupuk minat seterusnya
dapat merealisasikan cita-cita murid untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kejayaan murid
dalam bidang keusahawanan bukan hanya dapat menjana pendapatan malah berupaya
menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Dengan pemerkasaan murid dalam bidang
keusahawanan, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi negara keusahawanan menjelang
tahun 2030 dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh, berinovasi dan lebih berdaya saing di
peringkat global.

2.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

2.1 Definisi Pendidikan Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan merupakan satu cabang khusus dalam sistem pendidikan yang
bertujuan untuk memupuk sikap dan kemahiran keusahawanan dalam diri individu. Menurut
Oswald (2019) pendidikan keusahawanan berupaya membangkitkan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan belia melalui beberapa aspek iaitu perilaku, memulakan dan
menguruskan perniagaan. Dalam era globalisasi dan transformasi perniagaan, pemahaman
konsep keusahawanan tidak hanya menjadi penting bagi mereka yang ingin memulakan
perniagaan sendiri tetapi juga bagi mereka yang bekerja dalam persekitaran korporat yang
dinamik. Buerah, Hussin dan Baharin (2011) menjelaskan pendidikan keusahawanan yang
berterusan amat penting kerana ia memberi manfaat kepada individu untuk mengenali potensi
diri dan aspirasi terhadap bidang keusahawanan, membentuk personaliti dan ciri-ciri yang perlu
dimiliki oleh usahawan berjaya dan membolehkan usahawan mendapat maklumat terkini
berkenaan sesuatu peluang perniagaan.
2

Pendidikan keusahawanan bukan sahaja merujuk kepada aspek pembangunan dan


pengurusan perniagaan, tetapi juga melibatkan perkembangan kemahiran seperti inovasi, daya
kreativiti, daya tahan, ketabahan dan kemahiran mengatasi cabaran. Pendidikan keusahawanan
bertujuan untuk memberikan murid pemahaman yang mendalam mengenai proses memulakan
perniagaan, mengembangkan produk atau perkhidmatan serta melibatkan mereka dengan
aktiviti perniagaan yang sebenar. Kajian oleh Aida dan Sheerad (2022) pula mentakrifkan
pendidikan keusahawanan sebagai satu proses yang bukan sahaja dapat menyediakan individu
dengan kemahiran untuk mengesan peluang komersial yang bernilai, malah mampu memupuk
wawasan dan jati diri serta menjana pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan individu
tersebut untuk bertindak memasarkan sesuatu produk dalam persekitaran mereka. Pendidikan
keusahawanan juga melibatkan aspek-aspek teori yang menyokong konsep keusahawanan. Ini
termasuk teori inovasi, teori pasaran dan konsep perancangan perniagaan. Dengan merangkumi
teori ini, murid diberikan landasan yang kukuh untuk merancang, melaksanakan dan
menginovasikan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

Pendidikan keusahawanan tidak hanya tertumpu kepada pendidikan pada peringkat


tinggi seperti universiti atau kolej. Program-program keusahawanan turut dimasukkan ke
dalam kurikulum sekolah menengah dan rendah yang membolehkan murid mengembangkan
keupayaan keusahawanan dari peringkat awal pembelajaran lagi. Dengan demikian,
pendidikan keusahawanan tidak hanya berkaitan dengan memulakan perniagaan, tetapi juga
melibatkan sikap keusahawanan yang boleh memberikan kelebihan kompetitif dalam pelbagai
cabang kehidupan. Dalam konteks ini, pendidikan keusahawanan dianggap sebagai satu
elemen penting dalam pembangunan individu agar masyarakat mempunyai kemahiran dan
mampu berdaya saing dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dan dinamik.

2.2 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan kepada Murid, Guru dan Sekolah

Pendidikan keusahawanan bukan lagi sekadar bidang pembelajaran yang terhad kepada mereka
yang bercita-cita untuk menjadi usahawan. Sebaliknya, ia memainkan peranan penting dalam
pembangunan holistik murid, memberikan manfaat kepada murid, guru dan sekolah secara
menyeluruh. Pendidikan keusahawanan memberikan peluang kepada murid untuk menimba
ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat keusahawanan mereka disamping mendedahkan
murid dengan pelbagai peluang pekerjaan pada masa hadapan. Murid yang terlibat dalam
pendidikan keusahawanan akan memiliki pemahaman yang lebih mendalam mengenai dunia
perniagaan dan pengurusan kewangan. Ini bertujuan bagi mempersiapkan mereka dengan
keupayaan untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri melalui usaha perniagaan atau projek
keusahawanan.

Selain itu, latihan dalam keusahawanan juga mampu meningkatkan daya saing murid
dalam pasaran pekerjaan secara konvensional. Mereka akan memiliki keterampilan seperti
kepimpinan, inovasi dan pengurusan risiko yang diperlukan oleh majikan di dalam pelbagai
sektor. Keadaan ini memberi peluang kepada murid mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian
dengan bakat dan minat mereka atau mencipta peluang kerjaya mereka sendiri. Secara
keseluruhannya, pendidikan keusahawanan memberikan murid peluang untuk meneroka dan
memanfaatkan pelbagai laluan kerjaya baik sebagai pekerja, usahawan atau profesional yang
berinovasi. Ini memberikan kepelbagaian pilihan kepada murid serta membantu mereka
memahami cara untuk membentuk destinasi kerjaya yang mapan.
3

Selain murid, guru juga turut mendapat manfaat dalam pendidikan keusahawanan.
Antaranya adalah melalui penglibatan latihan profesional yang berupaya meningkatkan
pemahaman mereka tentang perniagaan, model bisnes dan tren keusahawanan terkini.
Pendidikan keusahawanan turut memberi peluang kepada guru untuk memperkayakan
pengetahuan mereka mengenai dunia keusahawanan, membantu mereka menyelaraskan
pengajaran dengan realiti dunia perniagaan masa kini. Ini memungkinkan guru untuk
memberikan pengajaran yang lebih relevan dan kontekstual kepada murid, merangsang minat
mereka dan membina hubungan yang lebih rapat antara teori dan aplikasi secara praktikal.
Kemahiran guru sebagai pembimbing juga dapat ditingkatkan dan diperkukuhkan. Sementara
itu, pendidikan keusahawanan memberi peluang kepada guru untuk memahami lebih
mendalam mengenai potensi murid dan membantu mereka merancang kerjaya serta matlamat
hidup. Hal ini demikian kerana, ia dapat meluaskan bidang kepakaran mereka dan mampu
berkongsi pengalaman secara teori mahupun praktikal dengan murid serta rakan sejawat. Oleh
itu, guru bukan sahaja menjadi tenaga pengajar, tetapi juga terlibat secara aktif dalam
membentuk minda dan budaya keusahawanan kepada generasi akan datang.

Pendidikan keusahawanan memberikan beberapa kepentingan yang signifikan kepada


sekolah. Antara kepentingannya adalah dapat meningkatkan reputasi sekolah dengan mencipta
persekitaran pembelajaran secara inklusif dan progresif disamping menjadi tempat untuk
memacu pertumbuhan dan perkembangan murid. Selain itu, keterlibatan sekolah dalam
pendidikan keusahawanan mencerminkan kepekaan terhadap keperluan dunia perniagaan
semasa dimana ia mampu membantu mencipta graduan yang lebih siap untuk menyertai
pasaran pekerjaan yang lebih kompetitif. Disamping itu, pendidikan keusahawanan juga
mampu merangsang kecenderungan keusahawanan dalam kalangan murid dan membuka pintu
kepada peluang kerjaya yang lebih luas. Manfaat pendidikan keusahawanan tidak hanya
terbatas kepada murid tetapi juga melibatkan guru dan sekolah secara keseluruhan. Melalui
penerapan nilai-nilai keusahawanan dan pembangunan kemahiran berkaitan, pendidikan
keusahawanan dapat membentuk generasi yang lebih proaktif, inovatif dan siap menghadapi
cabaran dunia yang dinamik. Kesimpulannya, pendidikan keusahawanan bukan hanya
memberi impak positif kepada perkembangan murid tetapi juga meningkatkan profil sekolah
secara keseluruhan, mencipta lingkungan pembelajaran yang relevan dan meningkatkan daya
saing para murid untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. Oleh itu, ia adalah penting
untuk menyokong dan memperkukuhkan peranan pendidikan keusahawanan dalam sistem
pendidikan.

3.0 IDEA DAN PRAKARSA/ INISIATIF

Sekolah telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu mengasah kemahiran murid
supaya lebih berdaya saing. Dalam skop keusahawanan, terdapat empat cadangan aktiviti yang
sesuai dilaksanakan oleh pihak sekolah. Empat cadangan tersebut memiliki kesinambungan di
antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Aktiviti tersebut bermula dengan pendedahan,
praktikal, profesional dan juga anugerah. Fasa tersebut boleh dilaksanakan oleh sekolah bagi
membentuk minat keusahawanan dalam kalangan murid seterusnya dapat membantu mereka
menjadi usahawan profesional yang berjaya.
4

3.1 Pendedahan (Seminar Kesedaran Keusahawanan - Zero to Hero)

3.1.1 Idea

Memperkenalkan pendidikan dan nilai keusahawanan sejak kecil merupakan salah satu usaha
terpenting dalam membentuk generasi akan datang terutamanya kanak-kanak yang akan
tumbuh dewasa dalam zaman yang sangat berdaya saing. Pembelajaran keusahawanan sejak
kecil dapat mendorong kepada pendidikan tingkah laku dan mental murid bagi membentuk
perwatakan yang mantap seperti kreatif, berdisiplin, kritis, mampu menyelesaikan masalah,
mahir berkomunikasi, menghargai masa dan mengawal diri dalam pelbagai
situasi. Pendedahan dan pendidikan awal dalam bidang perniagaan dapat membantu memupuk
budaya keusahawanan di sekolah dalam kalangan murid. Perubahan ekonomi negara yang
semakin pesat juga mampu untuk membentuk individu yang mempunyai pengetahuan tentang
keusahawanan pada masa kini. Pada peringkat ini, murid perlu diberi pendedahan tentang
pengetahuan asas mengenai keusahawanan. Menurut Amier, Datin dan Mohamad Afdzam
(2018) pembelajaran keusahawanan dapat melahirkan lebih ramai usahawan baru yang
dikategorikan sebagai tenaga kerja mahir dan separa mahir. Pendedahan awal juga penting bagi
menerapkan ciri-ciri seorang usahawan dan nilai murni dalam diri mereka untuk meningkatkan
minat dalam menceburi bidang keusahawanan.

Antara kaedah yang boleh digunakan sebagai pendedahan awal adalah dengan
menyertai seminar kesedaran keusahawanan. Topik yang sesuai sebagai permulaan kepada
mengenali dunia keusahawanan iaitu Seminar Keusahawanan ‘Zero to Hero’. Seminar ini lebih
memberi penekanan terhadap definisi dan konsep keusahawanan, bagaimana keusahawanan
ini bermula dan siapakah usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dan sangat dikenali
di Malaysia. Melalui pendedahan sebegini, ia dapat memberi kefahaman kepada murid bahawa
mereka juga boleh bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Melalui seminar
seperti ini, ia juga mampu membuka mata para murid bahawa untuk menjadi seorang
usahawan, tidak semestinya perlu dilahirkan pandai bercakap, pandai menjual dan memerlukan
modal yang besar. Akan tetapi cukup hanya dengan sedikit pendedahan berkaitan apa kelebihan
diri murid yang boleh diaplikasikan dengan konsep keusahawanan itu sendiri.

3.1.2 Isu

a) Murid tidak memiliki minat dalam keusahawanan

Budaya keusahawanan yang masih rendah dalam kalangan murid pada masa kini disebabkan
mereka lebih cenderung mencari kerja berbanding menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan (Freddy & Norasmah, 2021). Menurut Ling, Sahid dan Othman (2022) pula,
walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan, ianya kurang mendapat sambutan
disebabkan oleh faktor murid yang kurang minat dengan bidang keusahawanan. Seminar yang
ingin dilaksanakan adalah tidak hanya memfokuskan kepada mereka yang betul-betul ingin
menceburi dalam bidang keusahawanan sahaja. Ia turut dihadiri oleh murid yang tidak berminat
dan tidak memiliki budaya keusahawanan dalam diri mereka.
5

3.1.3 Cabaran

a) Kesukaran untuk memilih penceramah yang berpengalaman

Keadaan murid yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan budaya keusahawanan atau
dianggap sebagai ‘Zero Knowledge’ memberi kesukaran kepada penceramah dalam
menyampaikan input berkaitan bidang ini. Pihak sekolah mempunyai sumber yang terhad
dalam pemilihan penceramah yang bersesuaian. Penceramah yang berpengalaman tinggi
adalah sangat diperlukan bagi menarik minat murid-murid terutamanya mereka yang tidak
memiliki budaya keusahawanan. Selain itu, penceramah perlu mempunyai kemampuan untuk
menyampaikan input secara kreatif agar dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam
seminar tersebut.

b) Cara untuk tingkatkan minat murid menghadiri seminar

Pihak sekolah memainkan peranan penting bagi memastikan program seminar keusahawanan
mendapat sambutan daripada kalangan murid. Penggunaan iklan atau hebahan yang tidak
menarik menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk menghadiri seminar keusahawanan
tersebut. Sesebuah program yang dihadiri oleh murid-murid yang tidak mempunyai minat
terhadap topik yang ingin disampaikan, akan menjadi cabaran yang sangat besar kepada pihak
sekolah dan penceramah.

3.1.4 Implikasi

a) Dapat membudayakan keusahawanan dalam diri murid

Pelaksanaan seminar yang berkesan oleh pihak sekolah dan pemilihan penceramah yang
berpengalaman mampu membentuk budaya keusahawanan dalam diri murid-murid. Hal ini
dapat dilihat apabila penyertaan murid yang ramai dalam seminar dan penggunaan bahan yang
menarik serta kreatif oleh penceramah mampu menarik minat murid untuk kekal fokus semasa
sesi seminar berlangsung. Justeru, pendedahan awal yang berkesan merupakan tunjang asas
kepada pembentukan minat murid dalam bidang keusahawanan.

b) Pembudayaan keusahawanan dalam subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT)

Melalui seminar tersebut murid didedahkan dengan pelbagai peluang perniagaan yang boleh
dilaksanakan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, pengintegrasian elemen keusahawanan
diterapkan ke dalam subjek RBT melalui projek yang dihasilkan. Dengan itu, murid-murid
mampu melihat hasil projek mereka sebagai satu peluang untuk menceburi bidang
keusahawanan. Contohnya, Projek ‘Techno Bin’ iaitu tong sampah automatik telah direka oleh
adik Iffah Amirah daripada SMK Tinggi Kluang dapat dikomersialkan ke dalam pasaran dan
dijadikan produk untuk dijual. Melalui penerapan tersebut, ia mampu membentuk budaya
keusahawanan dalam diri murid-murid.
6

Rajah 1.1 Contoh Projek ‘Techno Bin’

Sumber: Kerja Kursus Reka Bentuk Teknologi (RBT)


Tingkatan 3, 2020

3.1.5 Cadangan Penyelesaian

a) Penceramah yang berpengalaman

Pemilihan penceramah yang berpengalaman adalah sangat penting supaya kandungan seminar
dapat disampaikan dengan jelas mengikut kesesuaian tahap pemahaman murid. Pengalaman
sedia ada yang dimiliki oleh penceramah menjadikan beliau berkebolehan dalam mengaitkan
budaya keusahawanan dengan realiti kehidupan murid. Selain itu, sokongan bahan bantu
mengajar yang tepat lebih memudahkan murid untuk memahami inti pati seminar
tersebut. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga disarankan untuk
menyediakan senarai penceramah yang diiktiraf dan mempunyai pengetahuan tinggi dalam
bidang keusahawanan. Melalui senarai yang disediakan ini, ia dapat memudahkan pihak
sekolah untuk menjemput penceramah yang bersesuaian.

b) Penglibatan murid secara langsung dalam seminar

Penceramah dicadangkan untuk melakukan tinjauan awal bagi mengenal pasti bilangan murid
yang mempunyai ‘Zero Knowledge’ dalam keusahawanan. Ianya bertujuan untuk memudahkan
penceramah melibatkan murid tersebut secara langsung sepanjang sesi seminar bagi
menambahkan pengetahuan dan memupuk minat murid dalam keusahawanan. Melalui
penglibatan ini, murid diberi peluang untuk memadankan minat mereka dengan bidang
perniagaan yang bersesuaian. Hasilnya, seminar ini mampu menarik minat murid untuk lebih
mendalami dalam bidang keusahawanan.
7

3.2 Praktikal (Program Usahawan Junior)

3.2.1 Idea

Dalam usaha memantapkan teori pendidikan keusahawanan yang telah diterapkan kepada
murid-murid sama ada secara formal mahupun tidak formal, praktikal merupakan satu usaha
yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat murid untuk menceburi dalam bidang
keusahawanan. Melalui praktikal, murid-murid diberi pendedahan berkaitan aspek
keusahawanan merangkumi elemen pengurusan, pemasaran dan kewangan. Selain itu, usaha
untuk memupuk dan membudayakan bidang keusahawanan dalam kalangan murid adalah
dengan memperkenalkan Program Usahawan Junior. Melalui program tersebut, murid-murid
didedahkan dengan dunia perniagaan sebenar dan diberi peluang membuat simulasi perniagaan
secara amali serta mendapat bimbingan daripada guru.

Usahawan yang bakal dihasilkan daripada praktikal keusahawanan merupakan seorang


usahawan yang berpengetahuan, bermaklumat serta bersedia menghadapi pelbagai cabaran
dalam bidang keusahawanan. Program praktikal ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama
agensi kerajaan seperti Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Pusat Latihan Belia
(PLB), SME Corp dan banyak lagi. Kebiasaannya program-program keusahawanan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi ini terhad kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Namun begitu, dalam usaha memupuk kecenderungan murid-murid dalam bidang
keusahawanan, kerjasama antara pihak sekolah dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) perlu diberi penekanan. Hal ini bertujuan bagi memastikan murid-murid di sekolah
menerima pendedahan awal berkaitan bidang keusahawanan secara praktikal.

3.2.2 Isu

a) Kurang penyertaan murid dalam aktiviti keusahawanan

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi,
mencipta pekerjaan baharu serta dapat mengembangkan ekonomi sesebuah negara. Hasrat ini
boleh dicapai dengan penglibatan generasi muda dalam bidang keusahawanan. Hal ini kerana,
statistik menunjukkan golongan belia yang berumur 19 hingga 24 tahun merupakan populasi
terbesar bagi penduduk seluruh Malaysia iaitu dengan jumlah 3,307,500 juta (Jabatan Statistik
Malaysia, 2020). Justeru, penyertaan generasi muda terutama murid sekolah dalam bidang
keusahawanan menjadi isu utama yang perlu diberi penekanan. Menurut Noorkartina et al.
(2015) usaha untuk menarik minat murid menyertai bidang keusahawanan menjadi suatu tugas
yang mencabar. Tambah beliau juga, mereka tidak menunjukkan minat untuk terlibat dalam
aktiviti keusahawanan. Selain itu, kurang dorongan ibu bapa turut menjadi faktor utama kepada
keterlibatan murid dalam aktiviti keusahawanan. Menurut Othman dan Misman (2015) budaya
keusahawanan perlu bermula dari rumah lagi dengan penglibatan penuh ahli keluarga yang
menjadi tulang belakang dan sumber sokongan.
8

3.2.3 Cabaran

a) Pemilihan aktiviti Program Usahawan Junior yang bersesuaian

Pemilihan aktiviti yang sesuai merupakan suatu cabaran bagi menjayakan Program Usahawan
Junior. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai kekangan memandangkan program yang
dijalankan ini adalah ke atas murid. Aspek penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan
aktiviti bagi Program Usahawan Junior adalah faktor keselamatan. Oleh hal yang demikian,
banyak aktiviti keusahawanan yang sepatutnya boleh dilaksanakan di sekolah tidak dapat
dijalankan. Selain itu, ibu bapa juga menjadi halangan kepada pelaksanaan aktiviti Program
Usahawan Junior. Sebagai contoh, ibu bapa melarang anak mereka untuk menggunakan
peralatan berbahaya seperti penggunaan gergaji, pisau dan sebagainya kerana bimbang boleh
mengakibatkan kecederaan.

b) Kekangan masa

Cabaran lain dalam menjayakan cita-cita murid untuk menjadi usahawan adalah disebabkan
oleh kekangan masa. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam Program Usahawan Junior
menghadapi lebih banyak tugas dan tanggungjawab selain daripada tugas akademik. Tambahan
pula, jika dilihat kepada PdPc hari ini, ia agak mustahil bagi seseorang yang bergelar murid
sekolah mempunyai waktu untuk menjalankan perniagaan memandangkan waktu belajar yang
begitu padat dengan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

3.2.4 Implikasi

a) Keberkesanan Program Usahawan Junior kepada murid

Penerapan kemahiran dan praktikal dalam Program Usahawan Junior yang dijalankan dapat
memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Pendedahan dan penyertaan program
usahawan di usia muda adalah sangat penting bagi melahirkan seorang usahawan yang
berkaliber dan kreatif. Pada masa kini, pelbagai platform seperti Facebook, Instagram atau
TikTok boleh digunakan oleh mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Melalui aplikasi
digital tersebut, para murid mendapat pendedahan dalam kemahiran pemasaran. Kemahiran
pemasaran dilihat sangat penting untuk menjadi seorang usahawan. Selain itu, mereka juga
didedahkan berkaitan pengurusan perniagaan, hubungan sosial dengan pelanggan dan
pengurusan kewangan perusahaan. Rentetan daripada itu, murid-murid mampu mempengaruhi
rakan sebaya yang lain. Oleh itu, pendedahan sejak usia muda memberi impak positif kerana
dapat melahirkan usahawan yang profesional pada masa akan datang.

b) Pemantapan aktiviti kokurikulum di sekolah

Menurut Nor Azam (2022) aktiviti kokurikulum di sekolah juga boleh dijadikan sebagai satu
pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri sebagai seorang usahawan. Sebagai
contoh, kelab nasyid atau kelab seni tari sekolah boleh dipergiatkan menerusi platform media
sosial seperti Facebook, Instagram atau Tiktok. Ahli-ahli kelab tersebut perlu memuat naik
video-video persembahan atau bakat tarian mereka sebagai langkah untuk menawarkan
khidmat persembahan bagi majlis-majlis keraian di luar sekolah. Natijah daripada penawaran
tersebut, murid-murid dapat menarik minat orang ramai atau organisasi luar untuk
9

mendapatkan khidmat mereka. Pihak sekolah terutamanya guru perlu mengenal pasti
kemahiran yang ada pada setiap murid untuk dikomersialkan. Antara kemahiran yang boleh
dikomersialkan adalah bidang makanan dan minuman, kemahiran bermain alat muzik,
kemahiran seni lukis, kraf tangan dan lain-lain. Setelah kemahiran ini dikomersialkan, murid
akan menerima pengalaman dalam mengusahakan perniagaan mereka. Hal ini akan
memberikan mereka peluang untuk meningkatkan keyakinan diri di samping dapat mengasah
bakat dalam pengurusan perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, aktiviti kokurikulum di
sekolah akan menjadi lebih bernilai, berkualiti dan memberi manfaat kepada semua murid.

3.2.5 Cadangan Penyelesaian

a) Pelaksanaan prosedur operasi standard Program Usahawan Junior

Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif dalam melaksanakan latihan dan bimbingan
pengendalian alatan tajam dan berbahaya kepada peserta program. Ini adalah penting bagi
memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara yang betul dalam menguruskan sesuatu
peralatan tajam seterusnya mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Hasil daripada
pelaksanaan latihan dan bimbingan, ibu bapa menjadi lebih yakin untuk membenarkan anak
mereka menyertai Program Usahawan Junior. Selain itu, pihak sekolah juga perlu
menyampaikan maklumat selengkapnya kepada ibu bapa berkaitan aktiviti yang akan
dijalankan semasa program tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak
sekolah adalah dengan penubuhan satu syarikat secara berkumpulan antara peserta. Setiap
syarikat yang ditubuhkan oleh para peserta perlu mendapat bimbingan dan pemantauan
sepanjang program berlangsung.

b) Pengurusan masa yang lebih sistematik

Sebagai usahawan, seharusnya mereka bijak dalam mengatur masa bagi menjalankan
perniagaan mereka. Oleh itu, pengurusan masa sangatlah penting dalam kehidupan seorang
murid untuk menyeimbangkan waktu belajar dan waktu berniaga. Selain itu, pihak sekolah
perlu memperuntukkan waktu khas bagi murid-murid untuk menjalankan perniagaan pada hari
persekolahan. Sebagai contoh, pihak sekolah perlu menetapkan slot 30 minit sebelum waktu
rehat pada hari Rabu dan Khamis sebagai slot keusahawanan yang mana para murid diberi
kebenaran untuk berniaga. Dengan ini, para murid dapat mempraktikkan kemahiran
keusahawanan mereka disamping mempunyai pengurusan masa yang seimbang antara belajar
dan berniaga.

3.3 Profesional (Program Usahawan Jaya)

3.3.1 Idea

Program Usahawan Jaya adalah inisiatif yang berperanan penting dalam membantu usahawan
junior memulakan perjalanan perniagaan mereka dengan langkah yang kukuh. Berjalannya
program ini melibatkan beberapa tahap dan komponen yang penting untuk memastikan peserta
mendapat sokongan dan bimbingan yang sesuai sepanjang proses perkembangan perniagaan
mereka. Pertama sekali, proses pendaftaran dan pemilihan peserta adalah permulaan kepada
berjalannya Program Usahawan Jaya. Pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan
penilaian teliti terhadap permohonan peserta, memilih individu yang menunjukkan potensi
10

keusahawanan yang tinggi dan kebolehan untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada
program ini. Setelah peserta dipilih, langkah seterusnya melibatkan penyediaan sesi orientasi.
Sesi ini membolehkan peserta mendapat gambaran menyeluruh tentang program, matlamat dan
sokongan yang boleh membantu peserta mengembangkan perniagaan. Peserta juga
diperkenalkan kepada pembimbing atau mentor yang akan membantu mereka sepanjang
perjalanan program ini.

Pendidikan dan latihan merupakan aspek utama dalam program ini. Peserta diberikan
pengetahuan yang menyeluruh mengenai keusahawanan termasuk langkah-langkah untuk
memulakan dan menguruskan perniagaan. Sesi-sesi ini mungkin melibatkan pakar industri,
usahawan berjaya dan profesional lain yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.
Selain daripada itu, program ini turut menyediakan bimbingan individu atau sesi berfokus ke
atas rancangan perniagaan. Peserta diajar untuk merancang modal perniagaan, mengenal pasti
pasaran sasaran dan merancang strategi pemasaran yang berkesan. Ini membantu mereka
menyusun dasar perniagaan yang kukuh dan berfokus kepada kejayaan dalam jangka masa
panjang. Selama berjalannya program, peserta diberi peluang untuk menghadiri seminar,
pameran perniagaan atau rangkaian perkongsian dengan pelabur kecil atau pemodal ventura.
Ini membuka peluang untuk menjalinkan rangkaian, mendapatkan sokongan kewangan dan
mempromosikan perniagaan mereka.

Pembimbing atau mentor memainkan peranan penting sepanjang program ini. Mereka
memberikan bimbingan, nasihat dan membantu peserta mengatasi cabaran yang mungkin
timbul. Hubungan ini berupaya membentuk persekitaran pembelajaran yang saling menyokong
dan memotivasikan peserta untuk mencapai matlamat perniagaan mereka. Terakhir, program
ini turut melibatkan sesi penilaian dan penambahbaikan. Peserta dinilai berdasarkan prestasi
mereka sepanjang program dan diberikan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan. Ini
membantu mereka untuk terus memperbaiki dan menyempurnakan perniagaan peserta selepas
program berakhir. Dengan keseluruhan proses ini, Program Usahawan Jaya membentuk satu
platform secara holistik dalam memastikan peserta menerima pengetahuan, sokongan dan
bimbingan yang diperlukan ke arah kejayaan dalam dunia keusahawanan.

Rajah 1.2 Contoh aktiviti dalam Program Usahawan Jaya

Sumber: Program Tunas Niaga Sabah, 2023


Progran Tunas Niaga Perlis, 20
11

3.3.2 Isu

a) Pemilihan murid

Kekurangan murid yang berpotensi dalam bidang keusahawanan di sekolah menjadi suatu isu
yang perlu diberi perhatian serius (Hasmira & Aziah, 2021). Hal ini demikian kerana, pihak
sekolah perlu memilih murid yang berkualiti bagi melayakkan mereka dalam menyertai
Program Usahawan Jaya. Kelemahan ini menjadi faktor penghalang kepada pihak sekolah
dalam memastikan murid tersebut mencapai kriteria yang telah ditetapkan (Wan Mohd
Zaifurin, Wan Nawang & Ibrahim, 2019). Permasalahan yang timbul bagi pihak sekolah adalah
proses tapisan yang bersifat adil, telus dan mengambil kira potensi murid untuk berjaya melalui
Program Usahawan Jaya. Pemilihan atau tapisan murid dalam program tersebut memainkan
peranan penting dalam memastikan kualiti, komitmen dan keseragaman semasa pelaksanaan
program berkenaan. Selain itu, kriteria peserta yang menepati piawaian yang ditetapkan
menjadi pemangkin kepada murid bagi mengembangkan pengetahuan dalam bidang
perniagaan yang telah diusahakan. Kurangnya kemampuan murid dalam menyertai Program
Usahawan Jaya juga boleh membataskan peluang mereka untuk mengalami pengalaman yang
sebenar dalam konteks melahirkan usahawanan yang mapan.

3.3.3 Cabaran

a) Pembudayaan aktiviti keusahawanan di sekolah

Pembudayaan aktiviti keusahawanan merupakan satu proses jangka masa panjang dan
memerlukan usaha yang berterusan. Kurangnya pembudayaan aktiviti keusahawanan di
sekolah menjadi satu cabaran dalam melahirkan usahawan yang mempunyai potensi dan
berbakat besar (Hameed & Irfan, 2019). Kelemahan pihak sekolah dalam menerapkan elemen
keusahawanan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ke dalam mata pelajaran serta
mempelbagaikan program keusahawanan di sekolah menyumbang kepada kepincangan bagi
membentuk usahawan yang berjaya. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat
mencapai kriteria yang ditetapkan bagi melayakkan diri dalam menyertai program
keusahawanan pada peringkat profesional seperti Program Usahawan Jaya.

b) Guru kurang berpengalaman

Guru yang kurang berpengalaman dalam bidang keusahawanan berupaya mempengaruhi


keberkesanan penyampaian maklumat kepada murid. Guru juga mungkin cenderung
menggunakan pendekatan pengajaran secara konvensional dan menjadikan proses pengajaran
kurang bermotivasi dan efektif. Kajian oleh Isa dan Jaana (2018) menjelaskan bahawa masih
ramai guru yang kurang berpengalaman dalam bidang keusahawanan disebabkan tidak pernah
terlibat dalam latihan keusahawanan secara formal, aktiviti keusahawanan atau perniagaan
secara langsung. Pemahaman yang cetek dan salah tanggap dalam bidang keusahawanan dapat
merencatkan proses penyaluran maklumat keusahawanan kepada murid-murid. Tanpa
bimbingan guru yang berpengalaman, murid kemungkinan berhadapan dengan masalah dalam
memahami konsep dan praktik keusahawanan secara mendalam.
12

3.3.4 Implikasi

a) Meningkatkan kemahiran keusahawanan

Penerapan elemen keusahawanan dalam mata pelajaran berupaya meningkatkan kemahiran


murid dalam bidang keusahawanan. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran
keusahawanan dalam mata pelajaran Seni Visual (PSV) telah memberi peluang kepada murid
untuk menghasilkan inovasi seperti mereka bentuk produk pembungkusan hadiah. Inovasi
yang terhasil dapat dijadikan produk bagi memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.
Melalui Program Usahawan Jaya, murid berpeluang menimba pengetahuan dalam
mengembangkan perniagaan mereka. Keterlibatan murid dalam Program Usahawan Jaya
membawa pelbagai implikasi yang positif. Murid diberi peluang untuk menambah baik ilmu
dan kemahiran asas berkaitan dengan cara memulakan perniagaan. Selain itu, murid juga
berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru dalam situasi
perniagaan sebenar. Pengalaman yang diperolehi melalui program ini dapat meningkatkan
kemahiran keusahawanan dan membuka minda murid dalam menjadikan keusahawanan
sebagai sumber pendapatan dan bidang kerjaya pada masa akan datang. Disamping itu, bidang
keusahawanan juga dapat menjana peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan ekonomi
negara.

b) Guru berpengalaman

Guru yang berpengalaman dalam keusahawanan membawa implikasi yang mendalam terhadap
pendidikan keusahawanan. Seorang guru yang mempunyai latar belakang dan pengalaman
dalam dunia perniagaan mampu menyampaikan pengetahuan dengan lebih mendalam dan baik
kepada murid. Melalui pengalaman tersebut, guru dapat mengaitkan teori-teori keusahawanan
dengan kehidupan dunia perniagaan yang sebenar, memberikan contoh-contoh praktikal dan
memperkenalkan cabaran serta peluang yang mungkin dihadapi oleh murid pada masa hadapan
(Kalaivany & Norasmah, 2022). Pengalaman guru juga dapat memberikan inspirasi kepada
murid dan memotivasikan mereka dalam mengejar impian keusahawanan yang kukuh dan
berjaya. Selain itu, guru yang berpengalaman dalam keusahawanan cenderung memiliki
rangkaian dan hubungan dengan industri atau komuniti perniagaan. Peluang ini dapat
digunakan sebagai sumber bantuan dalam menjalinkan hubungan perniagaan dan menjadi
pembimbing kepada murid. Secara keseluruhan, kehadiran guru yang berpengalaman dalam
keusahawanan memperkaya pengalaman belajar dalam kalangan murid, membantu mereka
memahami tentang dunia keusahawanan dengan lebih luas dan mempersiapkan mereka untuk
menjadi generasi usahawan yang lebih baik dan inovatif pada masa hadapan.

3.3.5 Cadangan Penyelesaian

a) Memperkasakan budaya dan aktiviti keusahawanan di sekolah

Usaha yang paling berkesan dalam memupuk sesuatu budaya seharusnya bermula daripada
peringkat awal dan diterajui oleh Sistem Pendidikan Negara (Farizah, Asmiza & Rashdan,
2021). Menyedari keperluan tersebut, KPM telah melaksanakan Program Pembudayaan
Keusahawanan melalui kurikulum sekolah. Antara sukatan pelajaran yang dikaitkan dengan
keusahawanan adalah Pengajian Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Reka Bentuk Teknologi dan
lain-lain. Justeru, memperkasakan keusahawanan di sekolah melalui proses PdPc merupakan
13

langkah yang terbaik bagi mencapai tujuan pembudayaan dalam kurikulum sekolah. Pihak
sekolah perlu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan
membolehkan murid mengalami dan mengaplikasikan pengetahuan keusahawanan ke dalam
situasi perniagaan yang sebenar. Menurut Mohammad Suwardi et al. (2017) persekitaran
perniagaan sebenar perlu diwujudkan dalam menjalankan pendidikan keusahawanan. Hal ini
demikian kerana, pengalaman murid melalui bidang keusahawanan yang diceburi akan
memudahkan mereka mengharungi cabaran yang bakal dihadapi (Beranek, 2015). Rentetan
daripada itu, aktiviti seperti simulasi perniagaan, aktiviti menjual dari kelas ke kelas,
meletakkan produk di koperasi sekolah, program mentor-mentee, lawatan industri dan
kolaborasi dengan usahawan tempatan sangat berkesan dilaksanakan sebagai usaha dalam
memberi pengalaman praktikal kepada murid. Selain itu, sekolah boleh memperkenalkan
modul keusahawanan dalam kurikulum dan menyediakan akses kepada sumber-sumber
pendidikan dan latihan keusahawanan yang berkualiti. Dengan cara ini, murid akan mendapat
pendedahan yang lebih mendalam dan praktikal dalam dunia keusahawanan dari peringkat
sekolah.

b) Menyediakan kursus dan latihan keusahawanan kepada guru

Menurut Isa dan Jaana (2018) pengetahuan keusahawanan yang dimiliki oleh guru belum
memadai terutamanya dalam menghadapi dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.
Keupayaan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal
menuntut guru yang berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam konsep keusahawanan,
pengurusan dan operasi serta pelaksanaan program-program keusahawanan. Oleh hal yang
demikian, guru-guru perlu diberikan kursus dan latihan bagi menambah baik pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang keusahawanan supaya dapat mempersiapkan murid bagi menceburi
bidang keusahawanan yang dinamik (Kalaivany & Norasmah, 2022). Kursus dan latihan
keusahawanan kepada guru merupakan asas yang penting dalam meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang ini. Dengan menyediakan kursus dan latihan secara berkala, guru
dapat memperoleh pengetahuan secara berterusan, pengalaman yang bermakna, pemahaman
dalam konteks keusahawanan dengan lebih mendalam dan mengikut arus perubahan semasa.
Selain itu, kursus dan latihan keusahawanan juga dapat membantu guru bijak dalam
merancang strategi dan pendekatan secara efektif semasa sesi PdPc. Pendekatan ini membantu
guru menjadi lebih cekap mengendalikan sesi PdPc secara teknikal dan pedagogi. Keadaan ini
bagi memastikan murid mendapat pendidikan keusahawanan yang berkualiti dan relevan
dengan keperluan industri semasa.

3.4 Penganugerahan (Majlis Anugerah Usahawan Muda)

3.4.1 Idea

Program pelaksanaan Majlis Anugerah Usahawan Muda di peringkat sekolah merupakan satu
usaha yang bertujuan untuk menggalakkan lagi murid-murid untuk menggiatkan diri dalam
bidang keusahawanan pada peringkat awal persekolahan. Keberhasilan program ini bergantung
kepada beberapa aspek bagi memastikan semangat keusahawanan timbul dalam diri murid-
murid. Secara tidak langsung, penganugerahan kepada murid terhadap hasil titik peluh mereka
mampu mencipta pengalaman baru dalam diri mereka.
14

Prosedur awal bagi melayakkan murid-murid mencalonkan diri dalam penganugerahan


adalah, mereka perlu menyediakan satu lembaran kertas kerja perniagaan kepada pihak
pentadbir sekolah. Melalui penyediaan kertas kerja tersebut, barulah pihak pentadbir dapat
menilai cadangan perniagaan yang bersesuaian dengan peraturan sekolah dan tidak
memudaratkan. Sekiranya pihak pentadbir meluluskan kertas kerja tersebut, murid-murid akan
terus menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di dalam kawasan sekolah. Sepanjang
berlangsungnya aktiviti perniagaan tersebut, peserta akan dipantau oleh guru pembimbing
supaya aktiviti perniagaan yang dijalankan sesuai dengan garis panduan perniagaan. Kesedaran
terhadap kepentingan keusahawanan dalam diri akan memberikan kesan yang positif kepada
murid supaya dapat menjalankan perniagaan dengan penuh bersemangat. Oleh itu, pelaksanaan
Majlis Anugerah Usahawan Muda menjadi pemangkin kepada murid untuk terus maju dalam
bidang keusahawanan di sekolah.

Rajah 1.3 Contoh Poster Keusahawanan Peringkat Sekolah

Sumber: Desa, 2022; Damai, 2018

3.4.2 Isu

a) Pengurusan dana

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan dana sebanyak


RM70.5 bilion bagi memperkasakan semula pendidikan di negara Malaysia. Menurut KPM
(2023) peruntukan dana tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sektor pendidikan dan
pendidikan tinggi. Masing-masing mempunyai dana sebanyak RM55.2 bilion dan RM15.3
bilion (Ajos, 2023). Menurut Sinar Harian (2019) masalah pengurusan dana dapat dilihat
melalui rungutan daripada Yang Dipertua PIBG SK Seksyen 27, Mohd Zamri Mohd Yusoff
15

berkata sebanyak RM20,000 telah dikeluarkan untuk proses pembaikian tandas sekolah
sehingga menyebabkan program-program sekolah tidak dapat dijalankan. Isu pengurusan dana
sekolah menjadi semakin membimbangkan kerana permasalahan ini tidak hanya berlaku di
sekolah-sekolah dalam bandar sahaja malah berkemungkinan lebih buruk berlaku di sekolah
luar bandar.

Namun, permasalahan ini kemungkinan akan menjadi lebih teruk sekiranya sebahagian
pihak pengurusan sekolah kurang memiliki kesedaran tentang pengurusan kewangan yang
teratur atau menyalahgunakan dana tersebut untuk tujuan yang lain. Kes penyelewengan dana
ini telah berlaku di sebuah sekolah di negeri Kedah pada tahun 2022. Menurut Ariff Aiman
dan Noramira (2023) menyatakan bahawa seorang guru sekolah telah menyeleweng akaun
persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sebanyak RM16,000.00 daripada akaun PIBG tersebut.
Pengeluaran wang tersebut telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 26 September 2022
sebanyak RM6,000 dan RM10,000 pada 1 Oktober 2022 tanpa mengemukakan sebarang kertas
kerja kepada pentadbir sekolah.

3.4.3 Cabaran

a) Pengurusan dana PIBG

Cabaran yang dihadapi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah melalui penglibatan dan
sumbangan dana ibu bapa yang tidak mencukupi. Keadaan ini menjadi penghalang kepada
pelaksanaan program sekolah dan penyelenggaraan infrastruktur. Menurut Sinar Harian (2019)
sumbangan ibu bapa memainkan peranan penting bagi menangani isu tersebut dan memastikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
menghadapi beberapa cabaran dalam mengumpul dana, khususnya dalam kawasan yang
mempunyai keluarga berpendapatan rendah. Sebagai contoh, ibu bapa daripada keluarga B40
tidak berkemampuan untuk menyumbang kepada dana PIBG. Guru dan pentadbiran sekolah
bergantung kepada sumbangan daripaada Persatuan Ibu Bapa bagi membantu melancarkan
program sekolah. Hal ini jelas menyatakan bahawa tidak semua PIBG mempunyai sumber
kewangan yang kukuh terutamanya di sekolah luar bandar yang boleh menjejaskan
pelaksanaan pengumpulan dana. Kesannya, Program Anugerah Usahawan Muda tidak dapat
dilaksanakan disebabkan faktor kewangan sekolah yang tidak mencukupi.

b) Integriti pengurusan sekolah

Malah terdapat cabaran yang lebih teruk, di mana integriti pengurusan sekolah diragui kerana
pihak pengurusan sekolah tidak menunjukkan bukti perbelanjaan dana sekolah. Hal ini terjadi
apabila tiada keselarasan antara objektif asal kutipan dengan jumlah penggunaan sebenar dana
tersebut. Ini menunjukkan cabaran dalam pengurusan dana sekolah memerlukan sifat ketelusan
dan akauntabiliti yang lebih baik. Kelalaian yang berlaku dalam pengurusan kewangan
menyebabkan integriti pengurusan sekolah dipersoalkan. Justeru itu, pihak PIBG tidak dapat
menyediakan kutipan dana yang cukup dalam memajukan dan merangsang pencapaian murid
jika berlaku penyelewengan dalam perbelanjaan sekolah.
16

3.4.4 Implikasi

a) Penerapan kesan positif dalam diri murid

Penganugerahan kepada murid yang telah berjaya dalam keusahawanan di sekolah akan
menimbulkan semangat untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan
keusahawanan yang dilakukan dapat dikembangkan pada masa yang akan datang. Ia juga turut
memberikan motivasi kepada murid yang lain untuk mengikuti jejak langkah dan menjadi ikon
sekolah dalam bidang keusahawanan. Sikap berlumba-lumba untuk menceburi bidang
keusahawanan akan mendatangkan kesan yang positif dan berpeluang merebut pencalonan
penganugerahan tersebut.

b) Penerapan unsur keusahawanan dalam subjek Bahasa Melayu

Kejayaan pihak sekolah dalam melaksanakan penyampaian anugerah keusahawanan di


peringkat sekolah secara tidak langsung memberikan kesan kepada cara pemikiran murid-
murid dalam pendidikan. Hal ini dapat dilihat melalui keberhasilan guru dalam menerapkan
unsur keusahawanan di sekolah melalui pelaksanaan program tersebut. Program sedemikian
membantu guru menjadi lebih bersemangat untuk terus mencapai matlamat yang lebih tinggi
agar masa depan murid-murid lebih cerah. Keadaan ini dapat dilihat melalui pendedahan
kepada murid di mana sebahagian daripada mereka telah berjaya mencalonkan diri untuk
merebut gelaran ikon keusahawanan di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana, penglibatan
murid dalam kokurikulum akan membantu mereka untuk berfikir dengan lebih meluas
terutamanya dalam penghasilan sesuatu karya penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
bahagian penulisan. Sebagai contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu kertas 2 tahun 2014
dan 2019 di mana soalan tersebut adalah berkaitan hari keusahawanan di sekolah. Murid-murid
akan mempunyai pelbagai idea untuk menghuraikan penulisan tersebut kerana sudah
mempunyai pengalaman sewaktu menghadiri majlis tersebut.

Rajah1. 3 Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 Tahun 2014/2019

Sumber: PDF kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu


17

3.4.5 Cadangan Penyelesaian

a) Pengurusan dana PIBG

Pihak PIBG berperanan untuk bertindak aktif dan kreatif dalam menjana pelbagai idea
termasuk perancangan kewangan bagi menjayakan aspirasi sekolah. Perbincangan mesyuarat
PIBG perlu lebih menekankan kepentingan penglibatan dan sumbangan ibu bapa dalam
menampung isu kekurangan sumber dana. Di samping itu, pihak PIBG perlu memainkan
peranan dalam menggalakkan ibu bapa untuk menyumbang secara berkala dalam akaun PIBG.
Hubungan kerjasama dengan pihak swasta dan komuniti juga penting untuk membantu
meningkatkan sumber dana yang boleh dilakukan dengan menyokong program-program
sekolah atau mengadakan acara-acara amal yang melibatkan usahawan tempatan. Selain itu,
sekolah juga boleh menggalakkan inisiatif keusahawanan dengan menganjurkan program-
program pembangunan keusahawanan. Ini akan membantu pihak PIBG dalam memperoleh
sumber kewangan tambahan dan memberi peluang kepada murid untuk mempelajari
kemahiran keusahawanan yang berguna untuk masa depan mereka. Secara keseluruhannya,
pengurusan dana PIBG secara efektif dan telus dapat memastikan Majlis Anugerah Usahawan
Muda dilaksanakan dengan sempurna.

b) Integriti pengurusan sekolah

Pembentukan peraturan yang sistematik dan akauntabiliti merupakan langkah yang perlu
diambil untuk memastikan dana PIBG dikendalikan dengan telus. Antaranya adalah
pengeluaran dana, penyimpanan rekod yang teliti dan pendedahan maklumat yang lebih
terperinci. Seterusnya, jika penyelewengan dana berlaku, tindakan undang-undang yang tegas
perlu diambil dan melantik juruaudit untuk mengawasi penggunaan dana. Menurut Sinar
Harian (2019) semua dana dikhususkan untuk memberi manfaat kepada murid manakala PIBG
pula bertanggungjawab terhadap setiap transaksi. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa
sumbangan ibu bapa digunakan dengan sewajarnya. Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada
wakil ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Mereka perlu menyiasat dengan teliti
setiap transaksi dana PIBG supaya selari dengan peraturan yang ditetapkan.
18

RUJUKAN

Aida, S., A. & Sheerad. S. 2022. Kesan Pendidikan Keusahawanan ke atas set Minda.
Keusahawanan: Pengaruh Pengantara Faktor Kognitif. Jurnal Akademika. (92) 105-
207.

Ajos, E. G. 2023. Peruntukan RM70.5 Bilion Perkasa Semula Pendidikan Negara.


Retrieved from Berita Harian Online: Diakses pada 5 Ogos 2023.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1136418/peruntukan-rm705-
bilion-perkasa-semula-pendidikan-negara#google_vignette.

Amier, H., A.R. Datin, S., M. & Mohamad Afdzam. R. 2018. Kecenderungan Pelajar
terhadap Keusahawanan di Kolej Komuniti Segamat 2. Bitara International Journal
of Civilizational Studies and Human Sciences. (1) 3, 031-042.

Ariff Aiman, A., Noramira. Y. .2023. Sebuah Sekolah Rendah di Kedah Didakwa Seleweng
Dana PIBG. Diaksess pada 23 November 2023. Retrieved from Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/sebuah-sekolah-rendah-di-kedah-
didakwa-seleweng-dana-pibg/.

Beranek, L. 2015. The Attitude of The College Students to Entrepreneurial Skills


Development in The Subject E- Commerce. Journal Information of Education. 14(1),
1-12.

Buerah, A. Hussin, S. Bahrain. T. 2011. Keperluan Latihan dan Pendidikan Berterusan ke


arah Pembangunan Usahawan Muslim Berteraskan Nilai Islam di Malaysia. Jurnal
Teknologi, 55(1), 121- 144.

Damai, S., A. 2018. Pertandingan Pertandingan Sempena Hari Keusahawanan. Retrieved


from Facebook: Diakses pada 9 September 2023.
https://www.facebook.com/skalamdamai/posts/pertandingan-pertandingan-sempena-
hari-keusahawanan-anjuran-bersama-sekolah-dan-/1777052235659793/.

Desa, P. S. 2022. PIBG SEMENSA. Retrieved from Facebook: Diakses pada 6 Ogos 2023.
https://www.facebook.com/pibgsmkseridesa.

Din, G. 2021. Dana PIBG perlu ambil kira beban ibu bapa. Diakses pada 19 Ogos 2023.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/799220/dana-
pibg-perlu-ambil-kira-beban-ibu-bapa#google_vignette.

Farizah, A. Asmiza. O. & Rashdan. R. 2021. Memupuk Budaya Usahawan dalam Kalangan
Pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin: Satu Kajian Deskriptif. Malaysia, 1(1),
1-10.

Freddy, L & Norasmah. O. 2021. Hubungan Antara Kemahiran dengan Budaya Keusahawanan
dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 293-313.

Hameed, I. & Irfan. Z. 2019. Entrepreneurship Education: a Review of Challenges,


Characteristics and Opportunities. 2(2-4), 135-148.
19

Hasmira, A. & Aziah. I. 2021. Pembangunan Atribut Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar
Kolej Vokasional KPM: Sasaran dan Strategi Pelaksanaan. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan. 8(3).

Isa, D. & Jaana. S., L. 2018. A review of Entrepreneurship Education in Teacher Education.
Malaysian Journal of Learning and Instruction. 15(1), 105-148.

Jabatan Statistik Malaysia. 2020. Jumlah Populasi Rakyat Malaysia Mengikut Umur, Jantina
dan Daerah tahun 2019.

Kalaivany, M. & Norasmah. O. 2022. Minat Guru Perniagaan dan Ciri Keusahawanan Murid
Jurusan Perniagaan. Malaysian of Social Sciences and Humanities. 7(5).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2023. Belanjawan 2023 Kementerian Pendidikan.


Malaysia. Diakses pada 10 Novermber 2023. Retrieved from Ministry of Education:
https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2023/5642-km-kpm-
belanjawan-2023-kementerian-pendidikan-malaysia/file.

Ling, L. S., Sahid, S., & Othman, N. 2022. Hubungan Sikap dan Tingkah Laku Keusahawanan
terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001345-e001345.

Mohammad Suwardi, M., Y. Noor Azman, A. Lingaswaran, A. & Marina, M., B. 2017.
Pengaruh Pengalaman Keusahawanan terhadap Kecenderungan Keusahawanan dalam
Kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi. (4) 13.

Nishanti, H., C. Rao, Radin Siti Aishah, R., A. R. & Norasmah. O. 2022. Keusahawanan
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Adakah Sikap, Kemahiran dan Persekitaran
Membentuk Keinginan. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 7 (48), 601-619.

Noorkartina,M., Lim, H.-E., Norhafezah, Y., & Soon, J.-J. 2015. Estimating The Effect of
Entrepreneur Education on Graduates’ Intention to be Entrepreneurs. Education &
Training, 57(8/9), 874-890.

Nor Azam, A. 2022. Pergiat Program Keusahawanan Sejak di Bangku Sekolah. Berita
Harian Online, Diakes pada 16 Disember 2023.

Nur Iftitah, R 2023. Guru Sekolah Rendah di Kedah Didakwa Seleweng Duit PIBG.
Majoriti7. Diakses pada 19 Oktober 2023.

Othman, N., & Misman, S. S. 2015. Persepsi Terhadap Faktor-Faktor yang Mempengaruhi
Minat Pelajar 4sph dalam Bidang Keusahawanan. Fakulti Pendidikan.

Oswald, T., E. 2019. Perkasa Pendidikan Usahawan hadapi arus IR 4.0. New Straits Times
Press (M) Bhd.

Rahiman, M. R. 2017. Contoh Soalan Bahasa Melayu PT3 (Penulisan Karangan) Soalan
20

MRSM 2014. Diakses pada 10 Disember 2023. Retrieved from


CikguMohdRamsul@blogspot.com:https://cikgumohdramsul.blogspot.com/2017/03/c
ontoh-soalan-bahasa-melayu-pt3_26.html.

Rozlan, N. I. 2023. Guru Sekolah Rendah di Kedah Didakwa Seleweng Duit PIBG. Diakses
29 Ogos 2023. Retrieved from Majoriti:
https://majoriti.com.my/berita/2023/05/29/guru-sekolah-rendah-di-kedah-didakwa-
seleweng-duit-pibg.

Santhiyaperemel. 2020. 17 Soalan BM Kertas 2 2019. Diakses pada 23 Oktober 2023.


Retrieved from Scribd.Com: https://www.scribd.com/document/466652120/17-soalan-
bm-kertas-2-2019.

Sinar Harian. 2019. Dana PIBG selalu tak cukup. Sinar harian. Diakses pada 24 Ogos 2023.
Retrieved from sinar harian.com: https://www.sinarharian.com.my/article/11089/pibg.

Wan Mohd Zaifurin. W., N. & Ibrahim. M. 2019. Faktor-Faktor Penentu Kecenderungan
Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Akademika. 89 (2).
21

LAMPIRAN A

CONTOH PROJEK ‘TECHNO BIN’ MELALUI SUBJEK REKA BENTUK


TEKNOLOGI (RBT)
22

LAMPIRAN B

CONTOH AKTIVITI DALAM PROGRAM USAHAWAN JAYA


23

LAMPIRAN C

CONTOH POSTER KEUSAHAWANAN PERINGKAT SEKOLAH


24
25

LAMPIRAN D

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN


2014/2019
26
27

LAMPIRAN E

BUKTI PERBINCANGAN
28
29

You might also like