You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

NAMA DAN KOD KURSUS :

 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (GGGB5023)

 TAJUK :

ANALISIS KAJIAN TINDAKAN PDPC

PENSYARAH :

DR HJH MUMTAZ BEGAM BINTI ABDUL KADIR

DISEDIAKAN OLEH :

KAVIPRIYA A/P MANIMARAN (P124947)


1.0 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Bagi Richards dan Lochart (1994), pula kajian tindakan merupakan satu kajian bilik darjah yang
dijalankan oleh pendidik bagi mempertingkatkan pemahaman pengetahuan PdP di dalam bilik
darjah serta bertujuan mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Kajian tindakan yang
dilakukan biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecilan yang dilakukan oleh guru
bilik darjah. Pendapat tersebut turut disokong oleh Cohen dan Manion (1994), yang menyatakan
kajian tindakan bersifat situasional iaitu pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu
konteks yang spesifik. Mereka menganggap bahawa kolaboratif merupakan salah satu ciri
penting dalam melaksanakan kajian tindakan.

Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri


(framework for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi
dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan
situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain
yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi sosial
yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang
selalu dijadikan rujukan, khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan
permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang
dikemukakan oleh penyelidik akademik.

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-
penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal
bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran
penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.

(a) Elemen Reflektif


Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk
mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan terhadap amalan
tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh
individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir kembali segala tindakan yang
dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa
mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang berlaku semasa pengajarannya setelah
selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap
aksi-aksi pengajaran yang telah berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.

(b) Elemen Penglibatan


Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan
terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini
memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini bermakna, hanya guru yang
terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Memandangkan hanya guru yang lebih memahami situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang
paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di
samping itu, masalah yang dihadapi melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan,
kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut.
Oleh itu, bagi mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar
dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan yang
lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.

(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui.
Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut merupakan
penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama-
merancang, bertindak, memerhati, mereflek – tidak akan berhenti, sebaliknya akan diteruskan
dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian
muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada peringkat pemerhatian dan refleksi,
maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada
kalanya beberapa masalah baru akan timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di
bawah penyelidikan sedia ada.

Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam
dua aspek iaitu:

1. Aspek pendekatan kajian
 Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui
perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
 Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang
sistematik melalui kritikan yang membina
 Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar
 Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.

2. Aspek alam persekitaran kajian


 Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah
 Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif
 Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah
 Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan

Tujuan Kajian Tindakan

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau


meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana
pengajaran dijalankan.

Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara
langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua fasa iaitu
merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Kepentingan guru melaksanakan penyelidikan
ke atas pengajaran dan pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu:

...Guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada
penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia. Guru yang
baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar
bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya
diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap
strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya
mereka dapat mengkritik kemahiran-kemahiran mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran
profesionalisme. Perbuatan sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan
diri dengan penyelidikan bilik darjah.

Budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah.
Ia amat bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik yang sekali gus berperanan sebagai agen
perubahaan. Sehubungan dengan itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan yang
berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh warga
pendidik di sekolah.

Di samping itu, guru merupakan seorang tenaga pengajar yang telah diamanahkan oleh
Tuhan untuk mengajar dan mendidik anak-anak di negara kita supaya menjadi insan yang
berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru juga diamanahkan untuk menjadi
ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di kawasan sekolah serta perlu membentuk
disiplin pelajar supaya pandai melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya.
Oleh itu, antara sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah : 

i. Untuk mendapat sumber maklumat penting bagi memahami amalan pengajaran guru,
amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan situasi di dalam bilik darjah.
ii. Untuk memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya
menjadi lebih berkesan dan mendapat respon positif daripada pelajar-pelajar.
iii. Untuk meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah.
iv. Supaya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki kelemahan amalan kendiri.

Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru

Kajian Tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah kerana guru
memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem PdPC di kelas.
Antaranya :

i. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
ii. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
iii. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman pelajar
sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri.
iv. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan
efektif.
v. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru,
sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan
kokurikulum.
vi. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk
sebarang tindakan.

2.0 TEORI & MODEL YANG DIRUJUK / BERKAITAN

3.0 KAJIAN 1

4.0 KAJIAN 2

5.0 KESIMPULAN

You might also like