You are on page 1of 5

GGGA 5222 – PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

KRITIKAN ARTIKEL (BERKUMPULAN) – 40%

NAMA PENUH SEMUA 1. MUHAMMAD EZUAN ASHRAF BIN ROSLAN - P123239


(KETUA)
AHLI KUMPULAN
2. JACKSON BIN KOS - P122431

3. MOHD ASMAD BIN MAT YASIM - P122735

4. TUAN IZAN ZUHAIDAH BINTI TUAN PERANG - P122645

5. SITI MARDHIAH BINTI BAHARUDIN - P124567

EMEL (Ketua) p123239@siswa.ukm.edu.my

NO HP (Ketua) 0176491004

SET 8

NAMA PENSYARAH DR. NURAZIDAWATI BINTI MOHD ARSAD

Laporan kritikan Pentaksiran Alternatif : Isu dan Permasalahan


artikel - softcopy Pentaksiran Alternatif Dalam Sistem Penilaian di Malaysia
(20%)

Pembentangan video
di youtube (20%)
Sertakan pautan (link)
youtube pembentangan
untuk dinilai

MARKAH
PENUH (40%)
SUMBANGAN SETIAP AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD EZUAN ASHRAF BIN ROSLAN - P123239 (KETUA)


SUMBANGAN
1. Mencari artikel yang bersesuaian untuk digunakan dalam
tugasan.
2. Menjawab persoalan nombor 5.
3. Membentangkan tugasan kritikan artikel dalam video.

JACKSON BIN KOS – P122431


SUMBANGAN
1. Mencari artikel yang bersesuaian untuk digunakan dalam
tugasan.
2. Menjawab persoalan nombor 2.
3. Membentangkan tugasan kritikan artikel dalam video.

MOHD ASMAD BIN MAT YASIM – P122735


SUMBANGAN
1. Mencari artikel yang bersesuaian untuk digunakan dalam
tugasan.
2. Menjawab persoalan nombor 4.
3. Membentangkan tugasan kritikan artikel dalam video.

TUAN IZAN ZUHAIDAH BINTI TUAN PERANG - P122645


SUMBANGAN
1. Mencari artikel yang bersesuaian untuk digunakan dalam
tugasan.
2. Menjawab persoalan nombor.
3. Membentangkan tugasan kritikan artikel dalam video.

SITI MARDHIAH BINTI BAHARUDIN - P124567


SUMBANGAN
1. Mencari artikel yang bersesuaian untuk digunakan dalam
tugasan.
2. Menjawab persoalan nombor 3.
3. Membentangkan tugasan kritikan artikel dalam video.

1
MAKLUMAT ARTIKEL

CONTOH : Nurul Akmar Said. 2020.


Pentaksiran Alternatif : Pentaksiran Prestasi, Autentik, Portfolio dan Kaedah
Pelaksanaan Pentaksiran Prestasi. Sains Humanika. 12 : 2 -2 (2020), 51-55

PANDUAN RINGKAS KRITIKAN ARTIKEL

1. Apakah idea – idea utama yang terkandung dalam artikel ini? Nyatakan idea utama
yang benar – benar menarik perhatian anda. Jelaskan.
Artikel ini membincangkan tentang masalah dalam pentaksiran alternatif dalam
sistem penilaian di Malaysia seperti kesediaan guru, sikap guru, pengetahuan
pentaksiran, peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran, bebanan guru serta
pengaruh pihak berautoriti. Walau bagaimanapun, artikel ini juga ada menerangkan
tentang jenis pentaksiran iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Di akhir penulisan,
artikel ini memberikan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah pantaksiran
alternatif ini dalam sistem penilaian di Malaysia seperti pembuat dasar memberikan
penjelasan akan kepentingan dan kelebihan pentaksiran alternatif berbanding
pentaksiran tradisional, selain guru hendaklah lebih bersemangat dan lebih kreatif
dalam menyediakan pelbagai instrumen dan kaedah pentaksiran bagi menguji
keupayaan dan kebolehan murid menguasai sesuatu kemahiran.

2. Adakah terdapat sebarang idea baharu dalam artikel ini? Bolehkah informasi dalam
artikel ini boleh digunakan secara praktikal? Jelaskan.
Artikel ini membincangkan tentang Pentaksiran Alternatif yang merupakan salah
satu sistem pentaksiran baharu yang digunakan untuk menilai kebolehan dan
pencapaian murid secara holistik dan auntentik. Pentaksiran alternatif yang
dibincangkan dalam artikel ini termasuklah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan secara berterusan, adil, telus,
mengikut standard untuk menilai kemampuan dan pencapaian sebenar murid.

2
Informasi yang terdapat artikel ini boleh digunakan secara praktikal kerana ada
menerangkan tentang pentaksiran alternatif bagi mengukur, menilai kebolehan
murid, menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. selain itu, artikel ini juga ada menerangkan tentang ciri-ciri yang
utama dalam sistem pentaksiran semasa pengajaran di balaik darjah iaitu Berkongsi
objektif pembelajaran antara guru dan pelajar bertujuan untuk memberi pelajar
gambaran menyeluruh tentang apa yang sepatutnya dipelajari ketika itu dan
Penyoalan lisan yang kerap dan berkesan bagi tujuan mengenalpasti setakat mana
kefahaman pelajar, mengukuhkan pembelajaran, untuk menjelaskan isi-isi penting,
sebagai langkah pengajaran.

3. Adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan segala intipati


utama/perdebatan/perbincangan/hujahan dalam artikel ini? . Jelaskan.
Artikel ini telah menggariskan beberapa hujahan yang relevan dan dipersetujui oleh
penulis. Antara intipati utama artikel ini telah membincangkan beberapa kekangan
yang dihadapi guru dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif di sekolah. Dari segi
kesediaan guru, kebanyakan guru belum sepenuhnya bersedia dan masih lagi tidak
yakin dengan tugasan pentaksiran alternatif oleh kerana kurangnya pemahaman
tentang cara melaksanakannya disamping kesukaran guru membina instrumen
pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan penilaian
tradisional. Dari segi sikap guru, Kajian Rashidah (2008) mendapati guru
menghadapi masalah dan kekeliruan untuk membezakan tujuan dan matlamat
sebenar penggunaan ujian formatif dalam bilik darjah. Manakala bagi pengetahuan
pentaksiran, didapati kebanyakan guru-guru hanya melaksanakan PBS berdasarkan
buku-buku panduan PBS yang berkaitan dan juga maklumat yang diperolehi
daripada rakan sejawat tanpa menerima latihan atau pendedahan secara khusus
atau secara formal. Selain itu dalam perbincangan mengenai kekangan peruntukan
masa pengajaran dan pembelajaran, Hujahan yang dihuraikan amat dipersetujui
oleh penulis iaitu guru tidak sempat menjalankan aktiviti pentaksiran dengan
tempoh masa pengajaran yang terlalu pendek, pengagihan jadual guru yang kurang
berkesan, guru juga ditugaskan untuk menggantikan guru yang tidak hadir dan guru
perlu melakukan pelbagai aktiviti sampingan sekolah yang lain.

3
4. Secara keseluruhannya, apakah penilaian anda tentang organisasi dan penyampaian
idea dalam artikel ini? Nyatakan sama ada artikel ini mudah difahami, lancar dan
konsisten? Jelaskan.
Secara keseluruhannya, artikel ini sangat cemerlang. Penulisan yang dilakukan oleh
Mohd Haidzir Yusof & Norasmah Othman juga amat baik. Hal ini kerana isi
perbincangan mereka yang menepati tajuk kajian. Skop batasan kajian sangat
penting supaya kajian tersebut mencapai matlamat dan objektif dengan baik. Artikel
ini juga terlebih dahulu menerangkan tajuk kajian dan disusuli dengan fakta dan
penerangan yang jelas. Isu kupasan juga secara holistik iaitu menyeluruh, konsisten
serta berfokus. Kajian ini juga menggunakan intepretasi data. Hal ini secara tidak
langsung menyokong dapatan kajian ini. Penulisan ini amat mudah
difahami,konsisten dan lancar kerana penulsi telah mengkelaskan setiap perkara
dengan mudah.

5. Apakah cadangan anda untuk mengembangkan idea dalam artikel ini? Jelaskan.
Cadangan saya untuk mengembangkan idea dalam artikel ini ialah penggunaan
alternatif digital di dalam melaksanakan pelaksanaan pentaksiran. Hal ini demikian
kerana, pentaksiran alternatif ini merupakan salah satu transformasi dalam sistem
pendidikan. Malahan pula, penggunaan alternatif digital juga seiring dengan revolusi
industri 4.0 secara tidak langsung dapat menyediakan generasi fasih digital.
Dibawah idea penggunaan alternatif digital boleh diletakkan dibahagian cadangan
pelaksanaan. Oleh itu, jelaslah bawah penggunaan alternatif digital ini adalah dapat
mengembangkan idea dalam artikel ini.

TAMAT
(Laporan ini tidak boleh melebihi 3 mukasurat termasuk muka hadapan)

You might also like