You are on page 1of 3

6

JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI


Topik peratus merupakan antara topik yang sangat sukar difahami oleh murid-murid.
Sebagai guru pelatih yang bakal ke sekolah untuk menjalani praktikum, pemilihan aktiviti
haruslah berdasarkan teori pembelajaran yang bersesuaian.
Fasa Persediaan
Saya telah menyediakan satu rancangan pengajaran harian mengenai topik peratus.
Rancangan pengajaran ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama ialah
bahagian persediaan. Bagi fasa ini, saya telah menggunakan duit syiling dan petak seratus
sebagai bahan bantu mengajar. Bagi fasa persediaan, saya menggunakan kaedah strategi
berpusatkan bahan. Saya menggunakan duit syiling kerana duit merupakan antara benda
yang paling diminati oleh ramai orang. Apabila melihat duit, pelajar akan lebih tertarik untuk
terus mengikuti proses pembelajaran. Kita sering melihat ramai orang yang tidak bersekolah
tetapi pandai mengira duit. Ini kerana duit sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Kebanyakan pelajar sudah memahami dan pandai mengira duit. Dengan penggunaan duit
syiling sebagai bahan bantu mengajar, pelajar akan lebih mudah menguasai konsep peratus
yang telah diajarkan.
Petak seratus juga membantu pelajar untuk melihat dengan lebih jelas konsep
peratus. Pelajar akan mengira sendiri petak-petak yang diisi dan dapat mengetahui jumlah
petak berisi daripada keseluruhan seratus petak. Bahan konkrit ini akan membolehkan
pelajar memahami peratus dengan lebih mendalam. Pelajar juga akan lebih tertarik kerana
penggunaan bahan bantu mengajar akan mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih
kondusif. Fasa ini juga menguji pengetahuan sedia ada murid. Melalui aktiviti ini, saya akan
dapat menilai sejauh mana kefahaman murid mengenai pengajaran yang telah dijalankan
sebelum ini. Pengujian pengetahuan sedia ada juga akan mengukuhkan pengetahuan
murid.
Fasa Kedua (imaginasi)
Bagi fasa kedua iaitu fasa imaginasi, saya telah memilih untuk memecahkan murid
kepada empat kumpulan. Aktiviti ini melibatkan pembelajaran secara kolaboratif. Menurut
Panitz (1906), Collaboration is a philosophy of interaction and personnel lifestyle whereas
cooperation in a structure of interaction designed to facilitate the accomplishment of end
product or goal.
Melalui definisi yang diberikan oleh Panitz, pembelajaran kolaboratif ialah proses
pembelajaran di mana seseorang pelajar berhubung atau berinteraksi dengan orang lain.


7
Bagi fasa ini, aktiviti pembelajaran yang telah saya rancang memerlukan pelajar untuk
menyusun kad perkataan peratus mengikut nombor kad peratus yang telah diberikan.
Pelajar perlu berbincang dalam kumpulan untuk menentukan susunan yang betul. Dalam
pembelajaran kolaboratif, pelajar berinteraksi dalam kumpulan dan memerlukan
penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli kumpulan. Aktiviti ini akan
mengelakkan wujudnya persaingan tidak sihat dalam kalangan murid-murid.
Pembelajaran kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih
bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Selain dapat
memudahkan penyelesaian masalah, pembelajaran kolaboratif juga secara tidak langsung
melatih skill komunikasi para pelajar. Objektif pengajaran ini adalah untuk mengajar pelajar
menulis peratus. Aktiviti ini akan memerlukan pelajar untuk membaca kad peratus dan
mereka akan dapat membiasakan diri dengan cara penulisan peratus dalam perkataan.
Fasa Ketiga
Bagi fasa perkembangan, saya menjalankan aktiviti permainan kotak atau petak
beracun. Aktiviti bermain sudah dapat dilihat seawall kelahiran kanak-kanak lagi. Sejak lahir,
bayi telah mula menggunakan alat permainan yang terdapat di sekelilingnya. Menurut
Piaget, pada peringkat sensori motor, bayi belajar melalui interaksi dengan benda-benda di
sekeliling. Sehingga bayi meningkat dewasa, bermain masih merupakan salah satu cara
belajar yang paling efektif. Aktiviti permainan adalah penting untuk perkembangan kanak-
kanak. Aktiviti permainan yang diselitkan dalam pengajaran bukan sahaja akan
mengelakkan pelajar daripada merasa bosan malah akan mampu memenuhi naluri pelajar
yang suka pada permainan.
Pelajar yang bertuah akan dapat mencabut kad peratus dan akan diarahkan untuk
menyebut kemudian menulis peratus tersebut dalam perkataan. Ini akan membantu
mencapai objektif pengajaran. Selapas melalui dua fasa, pelajar diarahkan untuk mula
menulis. Dua fasa yang pertama merupakan fasa untuk memastikan pelajar sudah dapat
melihat konsep peratus dengan jelas.







8
Fasa Keempat
Bagi fasa keempat, kaedah pengukuhan digunakan. Murid-murid diberikan lembaran
kerja untuk disiapkan. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan dapat mengaplikasikan perkara
yang telah dipelajari. Aktiviti ini juga akan membolehkan murid memahami kegunaan topik
yang telah diajarkan. Perbincangan dengan pelajar akan membantu pelajar untuk
mengetahui masalah mereka dan akan mengeratkan perhubungan antara guru dan murid.
Rumusan
Pengajaran yang berkesan akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid.
Sebagai guru, saya akan terus memperlengkapi diri saya dengan pengetahuan yang
diperlukan untuk membolehkan saya menjadi guru yang mampu mendidik pada masa
hadapan.

You might also like