You are on page 1of 1

Kumpulan Lelaki

Seorang guru alaf 21 merupakan guru yang mendidik bukan mengajar semata-mata.
Kreativiti dan inovasi merupakan elemen penting dalam pendidikan alaf 21. Jadi, tidak
hairanlah apabila PPPM amat menekankan inovasi dan reka cipta dalam meningkatkan kualiti
pendidikan Malaysia. Selain itu, amalan penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal juga
merupakan elemen penting dalam pendidikan alaf 21 dalam melahirkan murid yang
mempunyai pemikiran aras tinggi (HOTS) sebagaimana yang seringkali diwar-warkan dalam
sistem pendidikan Malaysia. Boleh dikatakan, semua buku latihan dan teknik pengajaran
guru hari ini juga menekankan pemikiran aras tinggi. Seterusnya, komunikasi dan kolaborasi.
Komunikasi merupakan perkara penting dalam pendidikan bagi melahirkan murid yang
mampu menyuarakan pendapat dalam pendidikan mereka. Komunikasi boleh berlangsung
secara langsung atau tidak langsung. Kolaborasi alaf 21 juga boleh terlaksana dengan
menggunakan pelbagai wadah dan salah satunya aplikasi perisian Edmodo. Guru alaf 21
perlu sentiasa memberi galakan kepada murid untuk belajar secara meneroka. Semangat
murid untuk belajar perlu diberi perhatian kerana murid-murid dianggap istimewa.

You might also like