You are on page 1of 5

GGGA 5022 – PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

KRITIKAN ARTIKEL (BERKUMPULAN) – 20%

NAMA PENUH SEMUA 1. SHAHRUL IKMAL BIN ABD RAZAK - P133118


AHLI KUMPULAN
2. MEGAT MUHAMMAD IKHWAN BIN MEGAT ZAINAL ABIDIN - P133138

3. MELATI KU AINI BINTI ISMAEL (KETUA) - P133198

4. FATIN IZZATI SYAZWANI BINTI ABDUL RAHIM - P133067

5. FARIHA BINTI ROSLI - P133061

EMEL (Ketua)
p133198@siswa.ukm.edu.my

NO HP (Ketua) 017-4901695

SET SET 3 KOHORT 3

NAMA PENSYARAH DR MOHD RADZANI BIN ABDUL RAZAK

Ruangan ini untuk pensyarah: Mohon isi markah berikut. Rujuk rubrik disediakan.

Content (5m)

Thoughts (5m)

Language (5m)

Organization (5m)

MARKAH PENUH (20%)

1
SHAHRUL IKMAL BIN ABD RAZAK - P133118
SUMBANGAN
1. Pencarian contoh artikel yang berkaitan.
2. Menyiapkan soalan pertama.
3. Terlibat dalam perbincangan berkumpulan.

MEGAT MUHAMMAD IKHWAN BIN MEGAT ZAINAL ABIDIN - P133138


SUMBANGAN
1. Pencarian contoh artikel yang berkaitan.
2. Menyiapkan soalan kedua.
3. Terlibat dalam perbincangan berkumpulan.

MELATI KU AINI BINTI ISMAEL (KETUA) - P133198


SUMBANGAN
1. Pencarian contoh artikel yang berkaitan.
2. Menyiapkan soalan ketiga.
3. Terlibat dalam perbincangan berkumpulan.

FATIN IZZATI SYAZWANI BINTI ABDUL RAHIM - P133067


SUMBANGAN
1. Pencarian contoh artikel yang berkaitan.
2. Menyiapkan soalan keempat.
3. Terlibat dalam perbincangan berkumpulan.

FARIHA BINTI ROSLI - P133061


SUMBANGAN
1. Pencarian contoh artikel yang berkaitan.
2. Menyiapkan soalan kelima.
3. Terlibat dalam perbincangan berkumpulan.

2
ARTIKEL

Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad, & Abd Hadi Borham. 2022. Pelaksanaan
Pentaksiran Alternatif Digital Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) Di Sekolah
Kebangsaan. International Journal Of Education, Psychology and Counselling (IJEPC) 7(47):
578-600.

KRITIKAN ARTIKEL

1. Apakah idea – idea utama yang terkandung dalam artikel ini? Nyatakan idea
utama yang benar – benar menarik perhatian anda. Jelaskan.

Idea utama yang terkandung dalam artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan
pentaksiran digital sebagai kaedah alternatif yang boleh dilakukan dalam kalangan guru
Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Dalam artikel ini, penulis memberi penekanan
terhadap kepentingan pelaksanaan pentaksiran digital yang dimana murid dapat dinilai
dan ditafsir secara lebih holistik, autentik dan berterusan melalui platform digital seperti
WhatsApp, Telegram, Youtube dan sebagainya. Antara beberapa isu yang dibangkitkan
dalam artikel ini adalah seperti isu pengetahuan dan amalan Guru Pendidikan Islam (GPI)
dalam pelaksanaan pentaksiran. Untuk mengatasi isu yang telah dibangkitkan, penulis
juga mencadangkan beberapa penambahbaikan kualiti yang dimana usaha ini dapat
mengukuhkan lagi pelaksanaan pentaksiran alternatif digital di semua sekolah yang
terlibat.

2. Adakah terdapat sebarang idea baharu dalam artikel ini? Bolehkah informasi
dalam artikel ini boleh digunakan secara praktikal? Jelaskan.

Tiada idea baharu yang diketengahkan dalam artikel ini. Namun, maklumat yang
diberikan amat berguna dan membantu guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif
digital dalam sistem pendidikan Malaysia. Informasi dalam artikel ini boleh digunakan
dengan cara yang praktikal untuk membantu meningkatkan kemahiran dalam membuat
pentaksiran alternatif digital dengan lebih tepat. Seiring dengan Pembelajaran Abad
ke-21 (PAK-21) dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), guru-guru mesti bersedia dengan
segala ilmu pengetahuan berkenaan teknologi digital supaya pengajaran dan

3
pembelajaran (PdP) lebih efektif dan berkesan. Jadi, artikel yang dikeluarkan pada tahun
2022 ini amat membantu dan boleh diaplikasikan di dalam sistem pendidikan supaya
sistem pentaksiran alternatif digital digunakan dengan cara yang betul untuk mengukur
kemajuan para pelajar.

3. Adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan segala intipati


utama/perdebatan/perbincangan/hujahan dalam artikel ini? Jelaskan.

Ya, saya bersetuju dengan perbincangan dalam artikel tersebut. Secara umumnya, setiap
guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam, amalan yang sistematik dan
sikap yang baik terhadap pelaksanaan alternatif digital. Selaras dengan kaedah
Pendidikan Abad ke21 juga seiring dengan perubahan dalam bidang pendidikan, guru
juga perlu lebih kreatif, menyenangkan dan menarik minat murid bagi proses
pembelajaran didalam dan diluar bilik darjah. Artikel ini banyak memfokuskan mengenai
isu pengetahuan, amalan dan sikap guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif
digital. Disamping itu, penulis juga menyarankan beberapa cadangan bagi
penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif digital bagi guru
Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.

4. Secara keseluruhannya, apakah penilaian anda tentang organisasi dan


penyampaian idea dalam artikel ini? Nyatakan sama ada artikel ini mudah
difahami, lancar dan konsisten? Jelaskan.

Secara keseluruhannya, Susunan isi,maklumat serta fakta adalah secara teratur dan
mudah difahami. Selain itu, artikel ini lancar boleh dibaca dan konsisten. Artikel ini
memfokuskan kepada pelaksanaan pentaksiran digital sebagai kaedah alternatif yang
boleh dilakukan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Pada
penilaian saya, idea disampaikan mengikut kehendak dan keperluan semasa sekolah. Idea
yang bernas boleh digunapakai dan bagus dipraktikkan untuk semua guru Pendidikan
Islam sebagai contoh idea pelaksanaan pentaksiran altenatif digital membantu guru untuk
memudahkan urusan laporan seperti laporan PBS/PBD dan memudahkan urusan untuk
merekod. Akan tetapi isi kandungan dan pengembangan kerap berulang contohnya
seperti isu pelaporan PBD dan pengetahuan guru. Manakala untuk bahagian penyampaian

4
idea boleh dibanyakkan lagi dengan mengambil pendapat daripada pihak guru itu sendiri.
Dimana mereka tahu akan masalah yang mereka hadapi bagi mengurangkan lagi bebanan
kerja guru.

5. Apakah cadangan anda untuk mengembangkan idea dalam artikel ini? Jelaskan.

Cadangan saya untuk mengembangkan idea dalam artikel ini ialah guru hendaklah
memantapkan lagi penggunaan platform online. Penggunaan platform online sebagai
pentaksiran alternatif digital memiliki potensi yang relevan dalam konteks Pendidikan
Islam. Platform ini dapat memudahkan kerja guru untuk melakukan dan mengurus
penilaian yang lebih fleksibel dan dapat diakses oleh pelajar dari mana sahaja. Contoh
platform yang boleh digunakan seperti “Google Classroom” atau “Edmodo” untuk
memberi latihan atau tugasan yang dapat dihantar dan dinilai secara digital. Selain itu,
platform online dapat memberi pendekatan pembelajaran kepada pelajar seperti menarik
minat pelajar untuk belajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menilai sendiri
kefahaman mereka tentang subjek yang dipelajari. Oleh itu, penggunaan platform online
bukan sahaja memudahkan proses penilaian, tetapi juga meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran secara keseluruhan.

TAMAT
(Laporan ini tidak boleh melebihi 5 mukasurat termasuk muka hadapan)

You might also like