You are on page 1of 3

untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran

Menjelang tahun 2016,


peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah
sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR,
80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada
keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50%
bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka
bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi
terhadap topic tertentu. sebaliknya murid dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang
dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. penilaian berasaskan sekolah juga tumpuan untuk menguji
kemahiran berfikir aras tinggi.

Anjakan 4: Mentransformasi profesion


keguruan menjadi profesion pilihan
Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan
bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan
keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh
melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru
yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia,
kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50%
pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini
bermakna pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan
murid secukupnya, dan penyampaiannya lebih pasif.
Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada
pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik
ini juga menunjukkan cabaran besar yang dihadapi
kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus
mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.
Murid akan mempunyai pembelajaran yang
kaya, dari segi akademik dan bukan
akademik supaya mereka boleh berjaya
dalam kehidupan. Lebih banyak projek dan
tugasan berasaskan kumpulan yang perlu
dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja
secara individu dan berkumpulan. Lebih banyak
projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas
sekolah yang perlu dilakukan bagi memupuk
interaksi dengan individu dari semua latar
belakang. Murid akan mempunyai lebih banyak
peluang untuk belajar sendiri dan mengejar
minat mereka dalam bidang akademik,
vokasional dan teknikal.

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi


meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia
Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu,
Kementerian telah membelanjakan lebih daripada RM6
bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari.
Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling
intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.
Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah
masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari
segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian
Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa lebih
kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu

jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa


hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru
mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO
pada tahun 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT
tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi
pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT
mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses
pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas.
Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan.
Apakah bentuk kejayaan?: ICT akan memperkukuh

Bakry*, Md. Nor Bakar, Firdaus (2013)


Bagaimana upaya guru dalam mengajarkan kemahiran berpikir, menurut Rajendran
(2008) seorang guru harus memperoleh pengetahuan tentang kerangka kerja, model, taxonomi
dan kemahiran
berpikir selain daripada itu guru juga senantiasa meningkatkan kemahiran pedagogi dan perbagai
kemahiran
mengajar kemahiran berpikir.
Guru senantiasa menggalakan latihan tubi yang memberikan kesan kepada pelajar. Latihan tubi
tersebut
menimbulkan rasa gembira semasa mereka berlatih berpikir. Latihan dapat dibentuk dalam lembar
kerja pelajar
dan buku panduan, hal ini berdasarkan daripada dapatan kajian Shepardson (1993) dalam
(Ramirez &
Ganaden, 2006). Hasil kajian ini mengungkapkan bahawa buku dan panduan tambahan lebih
menekankan pada
pengumpulan maklumat, mengingat, dan keterampilan mengorganisir dari fokus,
mengintegrasikan, menilai, dan
menganalisa keterampilan.
Dalam dapatan kajian diatas (Jadual2) diketahui bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh
guru
matematik yang berasas penyelesaian masalah, cooperative learning, soalan yang tidak rutin
diduga kuat boleh
membantu membina kemahiran berpikir aras tinggi pelajar.

Kini, penyelidik dapat membezakan antara orang yang cemerlang dengan


orang biasa berdasarkan kemahiran berfikir mereka (Mohd & Hassan, 2001).
Tanpa kefahaman yang baik tentang kemahiran-kemahiran berfikir banyak
kelemahan khususnya dari segi pengetahuan dan pengajaran guru di bilik
darjah akan timbul. Menurut Philip (1997), ramai guru tidak begitu yakin
tentang kaedah mengajar kemahiran berfikir. Hal ini berlaku kerana
kurangnya penekanan kemahiran berfikir pada peringkat latihan perguruan.
Dalam tempoh tiga dekad yang lepas, pelbagai penyelidikan menunjukkan
bahawa cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan
peringkat pemikiran pelajar (Philips, 1997).
Pelajar dilibatkan secara aktif dalam proses
pembelajaran untuk menggalakkan mereka berfikir.

Menurut Ibrahim et al. (2005), dalam perkembangan pengajaran


dan pembelajaran secara meluas dan menyeluruh, teknologi komputer merupakan pengubah

kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan


minda
untuk menjadi lebih kritis, kreatif dan lebih inovatif. Teknologi membolehkan perkembangan
kemahiran berfikir peringkat tinggi apabila pelajar diajar untuk mengaplikasikan proses
penyelesaian masalah dan diberi peluang untuk mengaplikasikannya menggunakan
teknologi. Satu kajian yang dilakukan oleh Coley et al. (1997) dan Rockman & Sloan (1995)
mendapati pelajar yang belajar menggunakan teknologi khususnya komputer
mempunyai peningkatan dalam pelbagai kemahiran menulis
kefahaman yang lebih baik
kemahiran penyelesaian masalah yang baik
menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
keyakinan diri yang tinggi
lebih yakin dengan kemahiran pengkomputeran yang dimiliki
Tugas utama guru matematik adalah memindahkan apa
yang telah tersedia ada dalam buku teks (Noor Azlan, 1987). Dalam kebanyakan kelas
matematik pada hari ini, buku teks dan skema lembaran kerja merupakan sumber berstruktur
yang penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran (Haggarty & Pepin, 2002;
Remillard, 2005).

You might also like