You are on page 1of 4

LIU HUI (220M. 280M.

.) Liu Hui dilahirkan pada tahun 220 semasa kerajaan Wei dan meninggal pada 280 di China. Beliau bekerja di sebuah wilayah yang kini dikenali sebagai wilayah di utara tengah China. Kerajaan Wei wujud selepas empayar Han yang bertahan dari kirakira 200 SM hingga 220 Masihi. Namun demikian, kejatuhan empayar Han membawa kepada kemunculan 3 buah kerajaan. Selain daripada kerajaan Wei, dua bekas general Han telah menubuhkan kerajaan iaitu satu di selatan Yangtze dan satu di barat China yang kini merupakan wilayah Szechwan. Keadaan ini berlangsung selama enam puluh tahun 220-280, iaitu bersamaan dengan riwayat hidup Liu Hui. Walaupun tidak ada catatan mengenai riwayat hidup beliau, atau beliau dianggap tidak penting dalam sejarah Cina, tidak bermaksud dia sumbangannya sangat kabur semasa hayatnya. Hal ini demikian kerana menjadi ahli matematik merupakan satu pekerjaan yang kurang penting pada masa itu walaupun matematik merupakan satu bidang yang penting di China. Oleh sebab itu, banyak kerja-kerja matematik China yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Sumbangan Liu Hui yang paling besar adalah penulisannya iaitu Sembilan Bab mengenai Seni Matematik. Buku ini mengandungi 9 bab yang menjelaskan tentang pelbagai masalah berkaitan dengan pengiraan matematik. Penjelasan seterusnya adalah mengenai 9 bab buku tersebut. Bab pertama diberi nama Fangtian atau pengukuran luas. Dalam bab ini ditunjukkan cara yang betul bagi mengira luas segi empat selari, segi tiga, bulatan dan tembereng bulatan. Contohnya, nilai diameter dan , c ialah perimeter atau = 3 untuk bulatan dengan dan , d ialah

. Terdapat juga peraturan khas

untuk tolak, bahagi, dan darab. Bab kedua digelar sumi. Bab ini berkait dengan peraturan dan pernisbahan. Peraturan dan pernisbahan diterangkan dengan mengambil contoh tentang pengurusan dan penghasilan bijian dalam zaman pemerintahan Han.

Bab ketiga dinamai Shuifen yang membincangkan perkongsian dan peraturan kembar tiga. Bab ini juga mengandungi masalah tentang cukai barang yang berlainan mutu. Selain itu, terdapat juga kemajuan secara geometrid an aritmetik yang berkaitan. Semua masalah ini diselesaikan dengan menggunakan kaedah penisbahan. Bab keempat yang diberi nama Shaoguang menitikberatkan bagaimana mengira panjang sisi apabila luas dan salah satu daripada panjang sisi diketahui. Pengiraan ini melibatkan penggunaan punca kuasa dua dan punca kuasa empat. Dua masalah terakhir dalam bab ini menunjukkan bagaimana mencari diameter sfera yang isipadunya diketahui. Bab kelima ialah Shanggong yang berkait dengan ilmu pengukuran dan penyelesaiannya. Kegunaannya adalah untuk mencari isipadu bagi jasad yang padu. Bentuk ini merangkumi prisma, piramid, kon, frustrum, silinder, baji, tetrahedron, dan bentuk lain. Ia juga adalah untuk faedah penaakulan untuk mengira isipadu dinding bangunan, benteng tentera dan terusan. Di samping itu, ia menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh jurutera pada zaman pemerintahan Qin dan Han. Bab keenam dinamai Jushu. Bab ini mengutamakan masalah berkenaan dengan masa yang diperuntukan untuk membawa tanaman bijian dari kampung ke pekan. Terdapat juga masalah tentang nisbah antara cukai yang dikenakan yang berdasarkan populasi. Bab ketujuh bertajuk Yingbuzu atau Yingnu dengan Ying dikai tkan dengan bulan mengambang atau bererti banyak, manakala buzu atau nu pula dikaitkan dengan anak bulan atau bererti sedikit. Bab ini berkait dengan penciptaan aljabar orangorang cina atau kaedah kedudukan palsu yang digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti ax = b. masalah ini kebanyakannya mengaitkan perdagangan dengan matematik. Bab kelapan diberi nama Fangcheng yang menunjukkan penyelesaian persamaan serentak bagi nombor-nombor negatif dan positif. Masalah terakhir dalam buku ini mengaitkan empat persamaan dengan lima anu. Tajuk ini juga dikaitkan dengan pertanian pada zaman pemerintahan Han.

Bab kesembilan dinamai Gougu. Bab ini menghuraikan sifat-sifat segi tiga sisi sama. Perkara ini telah dihuraikan dalam buku Zhoubi Suanjing. Antara kerja lain yang ditulis oleh Liu Hui ialah Haidao suanjing(Sea Island Mathematical Manual). Penulisan ini merupakan satu hasil yang berkaitan dengan 9 masalah matematik yang pada mulanya ditulis dalam Sembilan Bab mengenai Seni Matematik tetapi telah diasingkan oleh penulis yang seterusnya. Ia menunjukkan tentang bagaimana menggunakan Gougu Theorem (Pythagoras Theorem) untuk mengira ketinggian objek dan jarak objek yang tidak dapat dikira secara terus. Masalah pertama dalam penulisan tersebut ialah tentang ketinggian dan jarak sebuah pulau dari daratan yang memberi ilham kepada nama buku tersebut. Lui Hui bukan sahaja pakar dalam bidang matematik, malah mempunyai pengetahuan luas dalam kesusasteraan klasik dan sejarah China. Dia boleh menulis dengan jelas dan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri serta memetik sesuatu maklumat dari pelbagai sumber.

LIU HUI (220M. 280M.)

LATAR BELAKANG

Liu Hui dilahirkan pada tahun 220 semasa kerajaan Wei dan meninggal pada 280 di China. Beliau bekerja di sebuah wilayah yang kini dikenali sebagai wilayah di utara tengah China. SUMBANGAN Sembilan Bab mengenai Seni Matematik Haidao suanjing(Sea Island Mathematical Manual)

TUGASAN 1. Jelaskan bagaimana Liu Hui mengaplikasikan Gougu Theorem

(Pythagoras Theorem). 2. Jelaskan sumbangan beliau pada bab 5 dalam Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dan berikan contoh pengiraan yang diaplikasikan pada masa kini. 3. Berikan sebab mengapa ahli matematik dianggap sebagai kurang penting dalam masyarakat China pada masa dahulu.

RUJUKAN J J O'Connor & E F Robertson(2003).Liu Hui. http://www-history.mcs.st-andrews.ac.uk/Biographies/Liu_Hui.html. David E. Joyce (1995). Mathematics in China. http://aleph0.clarku.edu/~djoyce/mathhist/china.html Ministry of Culture (2003). Liu Hui. http://www.chinaculture.org/gb/en_aboutchina/2003-09/24/content_26269.htm

You might also like