You are on page 1of 2

1.

Terdapat empat elemen yang telah diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu Dasar
60:40, PISA dan TIMSS, Program i-Think/KBAT dan FROG VLe. Sila jelaskan isu dan
cabaran perlaksanaan elemen-elemen tersebut dalam arus pendidikan masa kini.

a) Isu berkaitan dasar nisbah 60:40 ini ialah faktor bajet, masalah prasarana di sekolah luar
Bandar seperti kemudahan ICT, makmal dan kelas. Selain itu, kekurangan kecenderungan
pelajar terhadap kursus sains dan teknologi dalam kalangan pelajar Malaysia. Kekurangan
guru opsyen juga turut menyumbang kepada isu ini.

b) Cabaran pelaksanaan PISA dan TIMSS ini adalah kerana sikap pelajar yang tidak
menjawab dengan bersungguh-sungguh kerana bukan peperiksaan besar (exam-oriented
thinking), format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia
yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding
menerangkan konsep sebenar pengetahuan. Selain itu, pelajar luar bandar kurang mendapat
pendedahan tentang soalan PISA ini.

c) Cabaran terhadap KBAT pula ialah guru kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran
supaya murid tertarik kepada pengajaran seterusnya dapat melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan. Guru masih menggunakan kaedah tradisional dalam
pengajaran mereka. Dari sudut pelajar pula, pelajar yang pasif tidak dapat menjayakan
kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana murid
yang pasif biasanya tidak akan mengeluarkan idea mereka semasa perbincangan dan mereka
lebih cenderung untuk mendengar pendapat orang lain.

d) Menurut Norazilawati et al., (2013), tidak semua guru selesa menjalankannya kerana
terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya
ialah capaian internet yang terhad, dan masa yang tidak mencukupi.
2. Berdasarkan empat elemen yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sila jelaskan
keberkesanan elemen tersebut dalam pendidikan Malaysia pada masa kini.

Keberkesanan dasar pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan modal


insan dan pembangunan-pembangunan lain kepada sesebuah negara. Berdasarkan empat elemen
yang dilaksanankan oleh pihak kerajaan ini dapat menyumbang kepada usaha membangunkan
modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa depan. Ini kerana matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan warga
pendidik menyediakan pendidikan berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara
holistik dan membangunkan daya inovasi dan kreativiti pelajar. Dasar ini memfokuskan kepada
warga pendidik sebagai satu aset yang amat bernilai dan merupakan satu bahan pencorak kepada
masa depan negara masa akan datang. Usaha melalui pelaksanaan dasar ini bertujuan supaya
generasi muda berilmu, kreatif, inovatif, memiliki nilai murni, memiliki minda kelas pertama dan
mampu bersaing di pentas antarabangsa yang bermula dari pembelajaran diperingkat sekolah.

You might also like