You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan Islam ditakrifkan oleh Salleh (2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat. Sebagai guru Pendidikan Islam, terdapat beberapa cabaran dalam peranannya
mengajar Pendidikan Islam seiring dengan transformasi Pendidikan Abad ke-21. Guru
Pendidikan Islam bertanggungjawab besar untuk mencapai tujuan pembelajaran Abad
ke-21 yang antaranya adalah untuk melahirkan murid murid yang produktif tinggi, mahir
dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

1
2.0 CABARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM ABAD KE-12

2.1 Akhlak murid yang semakin merosot


Peranan guru ialah menerapkan nilai murni kepada pelajar samada secara
formal di dalam bilik darjah mahupun secara tidak formal semasa menjalankan
aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah (Kamarul, 2007). Cabaran yang dihadapi
oleh guru Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak pelajar ialah faktor diri dan
latar belakang pelajar itu sendiri.
Generasi digital (mereka yang lahir 1981 dan ke atas) hidup dan membesar
dalam suasana ikatan kejiranan yang semakin renggang. Ini berikutan secara
umumnya hanya mementingkan diri sendiri. Berbeza dengan masyarakat dahulu,
di samping takut kepada ibu bapa sendiri anak-anak juga takut dan malu kepada
jiran mereka (Zamri, 2013). Struktur masyarakat yang telah berubah
menyebabkan pelajar masa kini hidup dan bercampur dengan masyarakat yang
lebih rencam. Sebagai contoh anak-anak hari ini lebih terdedah kepada pelbagai
kaum. Serba sedikit budaya daripada rakyat asing memberi kesan kepada budaya
masyarakat kita.
Gaya kehidupan masa kini serta dunia tanpa sempadan juga memberi
kemudahan kepada pelajar mudah akses informasi yang negatif. Kemudahan
teknologi dan digital sedia ada menyebabkan pelajar lebih mudah terdedah
kepada anasir negatif yang dipaparkan oleh media samada media cetak mahupun
media elektronik. Contohnya, pelajar yang mengakses bahan berunsur pornografi
akan meruntuhkan akhlak seseorang pelajar.
Akhlak murid yang semakin merosot ini merupakan cabaran untuk guru
melahirkan murid yang produktif tinggi. Guru perlulah membentuk akhlak murid
dengan memperbanyakkan perbincangan yang dihubungkan secara langsung
dengan apa yang dilakukan pelajar.

2
2.2 Ketidakcekapan guru dalam penggunaan pedagogi PdP
Cabaran Pendidikan Islam abad ke-21 adalah penggunaan pedagogi PdP
yang boleh menjurus kearah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut
Shariftz (1997), pedagogi merupakan satu prinsip dan juga merupakan kaedah
pengajaran. Dalam hal ini, terdapat banyak pedagogi yang diperkenalkan bagi
memenuhi kehendak PPPM.

Walaupun begitu, terdapat guru masa kini yang tidak cekap dalam memilih
pedagogi yang sesuai untuk memanfaatkan murid secara maksimum. Hal ini
demikian kerana terdapat kebanyakan guru telah berumur 40 ke atas dan
menguasai ilmu pengetahuan serta pedagogi yang terhad tentang pedagogi abad
ke-21 ini. Mereka sudah biasa dan telah menggunakan pedagogi tradisional dalam
mengajar murid. Dengan itu, terdapat dalam kalangan mereka masih
menggunakan pedagogi tradisional di sekolah lebih-lebih lagi bagi guru yang
umurnya hampir bersara. Wiersma (2000) pula menyatakan bahawa kebanyakan
guru mengamalkan kaedah pengajaran berpusatkan guru dan PdP mereka lebih
bergantung kepada buku teks sebagai sumber fakta dan bahan utama pengajaran.
Natijahnya, murid tidak dapat berdikari dalam pembelajaran, tidak berpeluang
untuk belajar cara pembelajaran abad ke-21 dan tidak dapat berfikiran aras tinggi.
Sejajar dengan itu, guru perlu mengamalkan sikap 'belajar untuk mengajar'
supaya dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid bagi mencapai
hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-
21. Contohnya, guru digalak menggunakan kaedah PdP yang inovatif supaya
kemahiran berfikir aras tinggi murid boleh dibina.

3
2.3 Kurang pengetahuan tentang isu semasa
Guru yang kurang berpengetahuan tidak dapat melakukan pertukaran idea dan
pemikiran bersama pelajar. Oleh yang demikian, kemahiran interpersonal murid
tidak dapat dibangunkan. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan
seseorang itu untuk berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan
penyelesaian masalah. Kemahiran intrapersonal iaitu komunikasi yang berlaku di
dalam diri seseorang juga sangat penting. Komunikasi ini dibentuk dalam diri
seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Penting bagi murid
untuk mempunyai kemahiran komunikasi bagi tujuan murid dapat bergaul dengan
rakan, meluahkan masalah kepada guru serta menyelesaikan masalah dalam diri
melalui kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Guru diwajibkan menguasai pengetahuan terkini dan celik Revolusi Industri
Keempat (Industri 4.0) supaya mereka dapat menggunakan kepelbagaian sumber
dan media untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu
pelajar membina kemahiran komunikasi. Seseorang guru yang berpengetahuan
akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan
tentang isu-isu semasa yang berkaitan dan dekat dengan kehidupan pelajar.

4
2.4 Kurang kemahiran teknologi
Masalah utama yang wujud adalah kemahiran guru Pendidikan Islam untuk
menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan
kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza
dengan generasi selepasera 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas
dalam hal penggunaan ICT. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha
kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
terbantut. Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti
pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah
guru yang tidak cekap hanya akan membazir masa yang lama untuk menyediakan
peralatan sebelum memulakan proses pengajaran.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar
bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam
kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan memiliki
kemahiran ICT akan menyebabkan pembelajaran tidak menarik dan akan
menyebabkan hilangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam.
Menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Islam untuk sentiasa mengekalkan
minat pelajar dengan subjek Pendidikan Islam yang merupakan satu komponen
penting dalam menghasilkan modal insan yang lengkap dengan ilmu agama di
samping berpengetahuan dalam ilmu pengetahuan semasa. Generasi baru guru
Pendidikan Islam merupakan penggerak kepada percambahan pengetahuan dan
kemahiran penggunaan BBM dalam PdP selain dapat membantu generasi guru
Pendidikan Islam terdahulu untuk sentiasa berusaha mengunakan BBM sekerap
yang mungkin agar dapat menarik perhatian pelajar untuk terus meminati subjek
Pendidikan Islam.

5
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin
hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai
melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran
yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem
pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan.

6
RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (1999). Pendidikan Islam; Dinamika guru. Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam:Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran.Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Zamri Abdul Rahim. (2013). Cabaran Mendidik Generasi Digital. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di
Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam, 24-25 September
2013. Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur

Wiersma, W. (2000). Research methods in education: An introduction. Boston:

Company.

You might also like