You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


1.0 PENGENALAN............................................................................................................2
2.0 ANALISIS ISU KESIHATAN BERKAITAN GAYA HIDUP DI MALAYSIA.....................3
2.1 Obesiti...................................................................................................................... 3
2.2 Penyakit Hipokinetik.................................................................................................5
2.3 Penyalahgunaan Bahan...........................................................................................6
3.0 LANGKAH MENGATASI ISU KESIHATAN BERKAITAN GAYA HIDUP DI
MALAYSIA................................................................................................................... 9
3.1 Pelaksanaan Kempen Kesedaran............................................................................9
3.2 Penerapan Pengetahuan dan Kesedaran Melalui Pendidikan Kesihatan...............10
3.3 Penganjuran Program Kesihatan...........................................................................10
4.0 KESIMPULAN........................................................................................................... 11
5.0 RUJUKAN.................................................................................................................. 13

1
1.0 PENGENALAN
Pembangunan lestari seseorang individu, keluarga atau masyarakat memerlukan
satu amalam gaya hidup yang positif (Asiah, 2017). Dalam konteks ini, gaya hidup
sihat memainkan peranan yang amat penting ke arah pembangunan lestari individu,
keluarga atau masyarakat. Malah, Azaman (2011) dalam Shazrul Nazri dan Wan
Hanim Nadrah (2018) turut menyatakan bahawa individu yang sihat dan cergas hasil
daripada amalan gaya hidup sihat turut menjadi asas yang signifikan dalam
membantu sesebuah negara untuk membangun dan maju.

Dalam hal ini, gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang bertujuan untuk
memelihara tahap kesihatan individu, merawat dan menjamin keupayaan seseorang
itu untuk melaksanakan aktiviti seharian dengan selesa tanpa sebarang masalah
kesihatan (Ranita & Norziah, 2016). Selain itu, gaya hidup sihat juga merujuk kepada
keadaan fizikal, mental dan sosial yang positif iaitu sihat dan cergas serta bebas
daripada sebarang penyakit yang mampu menggugat kesejahteraan hidup
seseorang individu (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1948 dalam Md Amin, 2007).
Dalam hal ini, gaya hidup sihat bukanlah semata-mata menjurus kepada aspek
pemakanan sahaja seperti mana yang sering difikirkan oleh masyarakat. Sebaliknya,
masyarakat seharusnya sedar bahawa gaya hidup sihat turut meliputi aspek
pengurusan stress dan tekanan, bersukan dan berekreasi, pergaulan, pengurusan
waktu rehat yang secukupnya, tidak merokok serta tidak terlibat dalam
penyalahgunaan bahan atau dadah (Zeti Farzana, 2019).

Walau bagaimanapun, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat


terutamanya di Malaysia pada hari ini dilihat masih lagi berada pada tahap yang tidak
memuaskan (Mohd Hafiz, 2019). Meskipun telah banyak program berkaitan gaya
hidup sihat yang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah Kementerian Kesihatan
Malaysia, isu kesihatan berkaitan gaya hidup sihat di Malaysia tetap berlaku atas
faktor kegagalan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat seperti
mengamalkan gaya hidup sedentari, merokok, makan secara tidak sihat dan tidak
mampu mengawal tekanan serta stress dengan baik. Kesannya, tercetuslah isu-isu
kesihatan yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat tersebut seperti obesiti,
penyalahgunaan dadah, tekanan dan stress, merokok, masalah kesihatan
reproduktif, penyakit hipokinetik dan amalan pemakanan yang tidak sihat (Asiah,
2017).

2
2.0 ANALISIS ISU KESIHATAN BERKAITAN GAYA HIDUP DI MALAYSIA

2.1 Obesiti
Dalam kehidupan manusia, sememangnya tidak dapat dinafikan betapa
pentingnya pemakanan untuk meneruskan hidup dan jaminan kesihatan.
Namun, evolusi yang terjadi dalam aspek gaya hidup dan tabiat pemakanan
manusia sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan implikasi yang
buruk (Vikneswaran, Idayu Badila, Rosnah, Zaleha, Saidatul Norbaya dan
Hasanain Faisal, 2015). Jika suatu ketika dahulu masyarakat dikatakan
mengalami masalah kesihatan kerana kurangnya gizi atau nutrisi, perkara
yang sebaliknya pula berlaku kini. Hal ini kerana, Lim Kean Ghee (2016)
menjelaskan bahawa peningkatan mortaliti dan morbiditi manusia juga
berlaku disebabkan pemakanan yang berlebihan. Malah, Tinjauan Kesihatan
dan Morbiditi Kebangsaan Negara Ketiga (NHMS III) yang dilaksanakan pada
tahun 2006 juga menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 29.7% kaum lelaki
dan 28.6% kaum wanita di Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan
iaitu indeks jisim tubuh (BMI) yang berada dalam kategori 25.0 hingga 29.9
manakala 10.0% daripada lelaki dan 17.4% daripada wanita adalah dalam
kategori obesiti (BMI > 30) (Alfred, 2016). Malah, catatan rekod masalah
obesiti di Malaysia yang melebihi 43.5 peratus (%) telah meletakkan Malaysia
di tangga teratas dari segi masalah obesiti di Asia seperti dalam Rajah 1
berikut (Alfred, 2016).

Rajah 1: Peratus Masalah Obesiti Di Negara Asia Tenggara

(Sumber: World Health Organisation, 2011)

Merujuk kepada definisi obesiti, World Health Organisation (2000)


mendefinisikannya sebagai satu keadaan apabila berlakunya pengumpulan
lemak yang berlebihan serta tidak normal di tisu adipos yang seterusnya
membawa kepada masalah kesihatan. Masalah obesiti ini dikatakan terjadi

3
atas faktor gaya hidup sedentari dan pengambilan diet yang tinggi
kandungan kalori (Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, 2011). Selain itu,
faktor genetik, proses metabolisme yang rendah dan sosial ekonomi juga
menjadi punca seseorang individu itu menghidap obesiti (Faridah, 2009).

Berdasarkan beberapa kajian lepas, masalah obesti didapati telah


mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan dan kehidupan
individu. Dalam konteks ini, kesan tersebut bukan sahaja dapat dilihat dari
segi fizikal dan kualiti hidup individu semata-mata. Malah, gangguan dari
aspek psikologi dan sosial juga turut dialami oleh individu yang menghidap
masalah obesiti (Norfadilawati dan Fuziah, 2015). Kesan obesiti yang
paling jelas dapat dilihat adalah dari segi fungsi fizikal individu. Dalam konteks
ini, fungsi fizikal atau tubuh badan termasuklah gangguan tahap kesihatan
tubuh seperti beberapa penyakit kronik diabetes melletus, kardiovaskular,
strok, tekanan darah tinggi dan kanser (Roland, 2002). Malah, gangguan
kesihatan yang sebegini juga telah memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti
hidup seseorang individu obes. Grundy (1999) dalam Syahrul Ridhwan dan
Fardilla Haryani (2009) turut menyatakan bahawa masalah obesiti sebagai
punca jangka hayat individu menjadi lebih singkat. Buktinya, terdapat kira-kira
tiga juta kematian di dunia yang dipercayai berpunca daripada masalah
obesiti (Djalalinia, Qorbani, Peykari dan Kelishadi, 2015). Selain itu,
kegendutan juga boleh menyebabkan penurunan dari aspek kecergasan
fizikal seperti kurangnya keupayaan untuk melakukan rutin aktiviti harian
secara bersemangat dan aktif sehingga menyebabkan risiko penyakit
hipokinetik (Russell, 2012).

Kesan obesiti terhadap individu obes dari sudut psikologi pula adalah
seperti kemurungan dan mengakibatkan seseorang itu kurang tahap
keyakinan diri dan penghargaan kendiri (Wardle & Cooke, 2005). Malah,
Luppino, de Wit, Bouvy, Stijnen, Cuijpers, Penninx dan Zitman (2010) turut
bersetuju bahawa obesiti boleh menyebabkan seseorang individu itu
mengalami kemurungan. Dalam hal ini, simptom kemurungan dapat dikenal
pasti apabila individu yang obes sering berasa bimbang akan berat badan
serta tingkah laku diet mereka. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang
telah dijalankan oleh Jehad Aleidein Zawawi (2014) dalam Nurfadilawati et al.
(2015) yang menyatakan bahawa persepsi individu yang obes terhadap berat
badan mereka memberikan pengaruh yang signifikan ke arah masalah
kemurungan. Dari segi penghargaan diri, individu obes lazimnya mempunyai

4
persepsi imej tubuh badan yang negatif dan hal ini secara tidak langsung
menyebabkan mereka kurang keyakinan dan penghargaan kendiri
(Norfadilawati et. al., 2015). Sebagai contoh, mereka mungkin akan bertindak
mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat. Malah, Martin
(2010) menyatakan bahawa persepsi imej tubuh badan yang negatif ini juga
turut menyumbang kepada gangguan pemakanan dan pengurangan berat
badan yang tidak sihat.

Kesan obesiti dari segi sosial pula dapat dilihat apabila seseorang
individu itu terpaksa berhadapan dengan penolakan sosial dan pengasingan
daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya dan masyarakat (Norfadilawati
et. al., 2015). Malah, kesan negatif ini juga terjadi kepada kanak-kanak dalam
lingkungan usia lima hingga enam tahun. Dalam konteks di sekolah pula,
murid yang obesiti berkemungkinan akan disisihkan daripada bergaul dengan
rakan sebaya semasa menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran yang
memerlukan kerjasama antara mereka dan berkemungkinan diejek mengenai
saiz fizikal seterusnya menjadi mangsa buli (Norfadilawati et. al., 2015).
Buktinya, kajian mencatatkan bahawa terdapat kira-kira 66 hingga 77 peratus
remaja obes yang mengalami penolakan daripada rakan-rakan untuk terlibat
dengan aktiviti sosial yang dijalankan (Puhl, Luedicke & Heuer, 2011). Oleh
yang demikian, setiap individu mestilah mengamalkan gaya hidup sihat yang
merangkumi tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal yang terbaik dalam usaha
untuk menghindarkan masalah kegemukan atau obesiti.

2.2 Penyakit Hipokinetik


Perkembangan teknologi masa kini yang membolehkan manusia melakukan
rutin harian seperti bekerja tanpa memerlukan pergerakan yang banyak telah
menyebabkan berlakunya perubahan gaya hidup manusia dari segi
pergerakan seharian (Asiah, 2017). Malah, segala jenis keseronokan untuk
mengisi masa lapang juga dapat di lakukan hanya dengan menggunakan
kecanggihan teknologi yang ada tanpa memerlukan pergerakan aktif. Sebagai
contoh, masyarakat lebih cenderung untuk duduk di dalam rumah dan
menggunakan teknologi media sosial berbanding menghabiskan masa
terluang dengan aktiviti yang lebih aktif seperti beriadah. Buktinya, kajian
yang dijalankan telah menunjukkan Malaysia sebagai satu daripada negara-
negara yang paling kurang aktif dari aspek fizikal di dunia (Siti Nadirah, 2018).
Dalam konteks ini, sebanyak 60 peratus daripada masyarakat dewasa di
Malaysia didapati berpuas hati dengan gaya hidup mereka di tempat kerja

5
iaitu dalam suasana pejabat tanpa berniat untuk bersenam. Malah, 54 peratus
daripada rakyat Malaysia juga mempunyai perspektif yang mengatakan
aktiviti senaman sebagai satu perkara yang membebankan (Siti Nadirah,
2018). Statistik sebegini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih
cenderung mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat iaitu kurang melakukan
pergerakan secara aktif sehingga menyebabkan terjadinya beberapa masalah
kesihatan.

Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa gaya hidup yang kurang


melibatkan pergerakan aktif atau gaya hidup sedentari sebeginilah yang
akhirnya menjadi punca kepada penyakit hipokinetik (Asiah, 2017). Dalam
konteks ini, istilah hipokinetik membawa maksud kurangnya kuasa
pergerakan atau fungsi motor individu (Farlex Partner Medical Dictionary,
2012). Hal ini bermakna, penyakit hipokinetik adalah berpunca daripada gaya
hidup individu yang kurang melakukan pergerakan secara aktif dan
mengamalkan gaya hidup sedentari iaitu tidak aktif, tidak mengamalkan
senaman dengan tetap, melakukan pekerjaan seharian yang tidak
memerlukan banyak tenaga atau keringat dan banyak menghabiskan masa
dengan bersahaja tanpa melibatkan pergerakan yang secukupnya
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 1998). Kesannya, timbul masalah
kesihatan seperti penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung koronori,
penyakit strok dan tekanan darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit tulang
belakang (osteoporosis) dan radang sendi (Asiah, 2017). Malah, individu yang
menghidap penyakit hipokinetik seperti obesiti juga akan berdepan dengan
implikasi yang lebih buruk seperti sukar untuk bergerak aktif dan mengalami
tekanan tentang saiz dan berat badan yang berlebihan (Asiah, 2017). Oleh
yang demikian, setiap lapisan masyarakat sewajarnya menjadikan gaya hidup
yang sihat sebagai amalan dan rutin tetap dalam kehidupan demi
kelangsungan hidup yang lebih terjamin dan berkualiti.

2.3 Penyalahgunaan Bahan


Penyalahgunaan bahan atau dadah juga menjadi satu elemen penting yang
perlu diberikan penekanan dalam amalan gaya hidup sihat (Asiah, 2017). Di
Malaysia, amalan gaya hidup yang tidak sihat ini bukanlah satu perkara yang
asing lagi. Malah, kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa
fenomena penyalahgunaan bahan bukan sekadar melibatkan golongan
dewasa dan belia sahaja (Farah Adibah, 2013). Sebaliknya, golongan remaja
dan kanak-kanak yang masih berada di bangku persekolahan turut menjadi

6
mangsa penyalahgunaan bahan. Buktinya, statistik yang dikeluarkan juga
menunjukkan bahawa golongan belia mendominasi carta statistik dadah
negara iaitu sebanyak 76.54 peratus atau 8, 513 orang manakala golongan
remaja pula sebanyak 4.14 peratus atau 461 orang (Laporan Dadah
Disember, 2011 dalam Zarina & Muhamad Daus, 2015). Pada tahun 2013
pula, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara telah
menunjukkan peningkatan jumlah penagih dalam kalangan remaja dan belia
iaitu sebanyak 10.5 juta orang (Azman, Siti Fariza, Siti Zulaikha, Norlina,
Tengku Mansur & Muhammad Sa’dan, 2017). Walau bagaimanapun,
masyarakat perlu faham bahawa penyalahgunaan bahan bukanlah semata-
mata berfokus kepada pengambilan dadah secara terlarang (Nurhazlina,
2016). Sebaliknya, penyalahgunaan bahan turut merangkumi
penyalahgunaan alkohol dan rokok. Selain itu, penggunaan bahan-bahan lain
seperti gam, bahan-bahan kimia dan minyak petrol juga tergolong dalam isu
penyalahgunaan bahan yang boleh mendatangkan masalah atau gangguan
psikologi kepada individu yang ketagih (Alvin Ng Lai Oon, 2012).

Persoalannya, apakah faktor yang mendorong seseorang individu itu


terhumban ke kancah penyalahgunaan bahan atau dadah? Berdasarkan
statistik yang telah dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),
terdapat pelbagai faktor yang menjadi titik permulaan kepada seseorang
individu untuk terlibat dalam penyalahgunaan bahan (Wan Salmi, 2012).
Antaranya adalah untuk mendapatkan keseronokan, terpengaruh dengan
rakan sebaya, sebagai ubat penahan sakit dan rasa ingin tahu yang
membuak-buak. Manakala bagi isu penyalahgunaan dadah yang spesifik di
kawasan luar bandar pula menunjukkan bahawa faktor persekitaran tempat
tinggal turut menjadi punca atau penyebab kepada keterlibatan seseorang
individu dengan gejala penyalahgunaan bahan seperti dadah dan menghidu
gam (Mahmood, 2010 dalam Farah Adibah, 2013).

Bagi faktor perasaan ingin tahu misalnya, sememangnya tidak dapat


dinafikan bahawa golongan remaja terutamanya dikatakan mempunyai
perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Malah, tempoh sebagai remaja ini
juga diklasifikasikan sebagai satu proses atau tempoh yang kritikal bagi
mereka dalam mencari identiti diri sehingga mereka berkeinginan untuk
diterima dan dipandang hebat oleh rakan mereka (Wan Salmi, 2012).
Kesannya, mereka mula mencuba perkara-perkara baharu yang dirasakan
hebat seperti merokok yang akhirnya membawa mereka ke kancah

7
penyalahgunaan bahan (Farah Adibah, 2013). Di samping itu, trend yang
serupa juga berlaku dalam penyalahgunaan bahan seperti kegiatan menghidu
gam dan meminum minuman beralkohol pada usia muda yang akhirnya
membawa kepada perlakuan delikuen yang lebih parah iaitu penagihan
dadah (Rosnah, 2012). Dalam hal ini, amalan gaya hidup mereka yang sering
menggunakan bahan-bahan tersebut dengan cara yang salah tidak
sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi sehingga menyebabkan seseorang itu
terlibat dengan masalah pengalahgunaan bahan.

Di samping itu, penyalahgunaan bahan yang telah lama berakar


dalam kalangan masyarakat ini secara tidak langsung telah mendatangkan
pelbagai kesan negatif dari segi tingkah laku, fizikal dan sosial. Dari segi
tingkah laku, ketagihan yang dialami oleh penagih boleh menyebabkan
mereka menjadi terlalu berani serta hilang pertimbangan atau kewarasan
untuk berfikir dan bertindak sehingga sanggup melakukan kekerasan
terhadap orang lain apabila keinginan mereka tidak dipenuhi (Farah Adibah,
2013). Buktinya, statistik telah membuktikan bahawa kira-kira 60 peratus
daripada kes jenayah yang dilaporkan adalah berkaitan dengan masalah najis
dadah (Rosnah, 2012). Sesungguhnya, hal ini berlaku sebagai kesan
daripada penyalahgunaan dadah yang akhirnya menyebabkan penagih terkait
dengan penyakit psikosis (tidak siuman), ketidakstabilan emosi dan
kerosakan otak (Salmah, 2015).

Selain itu, kesan fizikal sangat ketara boleh dilihat terjadi kepada
penagih dadah apabila mereka lazimnya dilihat mengalami penyusutan berat
badan secara mendadak iaitu menjadi kurus (Salmah, 2015). Selain itu,
mereka juga akan kehilangan tenaga lantas menjadi malas dan berkhayal. Di
samping itu, penagih juga akan kehilangan tenaga seksual, pengsan, pitam,
berperasaan ganas, sakit perut dan mati sekiranya mengambil dadah dengan
jumlah dos yang berlebihan (Farah Adibah, 2013). Seterusnya, penagih juga
lazimnya terpaksa mengalami kesan dari segi sosial seperti penolakan
daripada masyarakat sekeliling hatta keluarga sendiri. Dalam konteks ini,
mereka berkemungkinan akan kurang keyakinan diri untuk bercampur dengan
masyarakat. Malah, menurut Mohd. Dzulkhair (2014) dalam Azman et al.
(2017), penagih juga mungkin akan kembali ke kancah penagihan dadah
apabila sering berasa tidak yakin dengan persepsi orang sekeliling terhadap
mereka sebagai penagih. Hal ini jelas menunjukkan bahawa gaya hidup yang
tidak sihat iaitu menggunakan bahan tertentu secara terlarang atau

8
berbahaya ini amat akan memberikan kesan negatif yang sangat besar
kepada masyarakat. Oleh yang demikian, langkah pencegahan mestilah
sentiasa diberikan perhatian oleh semua masyarakat dengan mengamalkan
amalan gaya hidup yang sihat dan positif.

3.0 LANGKAH MENGATASI ISU KESIHATAN BERKAITAN GAYA HIDUP DI


MALAYSIA
Dalam usaha untuk mengekang isu kesihatan berkaitan gaya hidup di Malaysia,
terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak. Dalam konteks
ini, inisiatif ke arah pengurangan dan pencegahan isu kesihatan perlulah digalas oleh
setiap anggota masyarakat bermula daripada kelompok kecil iaitu individu, keluarga
dan masyarakat seperti yang berikut.

3.1 Pelaksanaan Kempen Kesedaran


Pelaksanaan kempen secara berterusan tentang gaya hidup yang sepatutnya
diamalkan oleh masyarakat amatlah penting untuk mengurangkan risiko
mereka daripada mengalami isu kesihatan (Asiah, 2017). Dalam konteks ini,
terdapat pelbagai kempen yang dapat memberikan pengetahuan dan
kesedaran kepada masyarakat berkaitan gaya hidup yang sihat telahpun
dilancarkan yang melibatkan pihak kerajaan, bukan kerajaan mahupun
sukarela. Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telahpun
memainkan mereka dalam menyebarkan pengetahuan dan kesedaran
kepada masyarakat melalui kempen-kempen pencegahan seperti kempen
Perangi Dadah, Dadah Musuh Negara dan Jauhi Dadah (Nurhazlina, 2012).
Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut giat melaksanakan
pelbagai kempen ke arah menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat seperti kempen Taknak Merokok, Cara Hidup Sihat dan Program
Jom Kurus (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012). Melalui pelaksanaan
kempen sebegini, tidak mustahil tahap kesedaran dalam kalangan masyrakat
tentang penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat dapat ditingkatkan lantas
mengurangkan risiko serangan penyakit kronik seperti jantung, diabetes dan
darah tinggi serta obesiti yang berpunca daripada amalan gaya hidup yang
tidak sihat (Asiah, 2017). Di samping itu, penggunaan media elektronik seperti
televisyen, media sosial dan radio untuk menyampaikan maklumat berkaitan
amalan gaya hidup yang sihat juga perlulah dijalankan dengan lebih kerap
(Norman, 2016). Hal ini amat bersesuaian dengan trend hidup masyarakat
kini yang lebih banyak menggunakan kecanggihan teknologi seperti gajet

9
dalam kehidupan seharian. Dengan adanya pelaksanaan kempen-kempen
dan iklan serta promosi tentang gaya hidup sihat sebegini, tidak mustahil isu
kesihatan yang berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia
dapat diatasi.

3.2 Penerapan Pengetahuan dan Kesedaran Melalui Pendidikan Kesihatan


Selain itu, penerapan pengetahuan dan kesedaran tentang penjagaan
kesihatan juga boleh dilakukan di sekolah. Dalam hal ini, guru yang dikatakan
sebagai agen pengubah masyarakat perlulah bertindak secara proaktif dalam
menerapkan pengetahuan dan kesedaran tersebut kepada murid (Zarina et
al., 2015). Sebagai contoh, pengajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan
sewajarnya dijalankan dengan berkesan di samping memberikan penekanan
kepada amalan gaya hidup sihat yang penting untuk diamalkan oleh murid.
Dalam konteks ini, guru perlulah sentiasa mengingatkan murid tentang
kepentingan amalan gaya hidup sihat serta kesan buruk sekiranya perkara
tersebut tidak dijadikan amalan seharian. Di samping itu, guru yang mengajar
mata pelajaran Pendidikan Kesihatan juga perlu memperuntukkan masa pada
setiap minggu seperti waktu perhimpunan mingguan misalnya untuk
menyampaikan pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang amalan
gaya hidup sihat secara konsisten. Hal ini bermakna, guru tidak hanya
bergantung kepada waktu proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan di dalam bilik darjah semata-mata untuk
mendidik murid tentang amalan gaya hidup sihat. Dengan adanya penerapan
pengetahuan dan kesedaran yang konsisten dan berterusan sebegini, sudah
tentu matlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam
kalangan masyarakat dapat dilakukan seawal persekolahan (Zeti Farzana,
2019). Sesungguhnya, guru tidak sepatutnya hanya berfokus kepada bidang
akademik semata-mata sehingga terlupa akan tanggungjawab untuk mendidik
murid supaya sihat dan seimbang dalam segala aspek iaitu jasmani, emosi
rohani, intelek dan sahsiah (Norman, 2016). Tambahan pula, kesihatan fizikal
dan mental murid yang semestinya bergantung kepada gaya hidup mereka
sendiri mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap tahap keupayaan
mental mereka.

3.3 Penganjuran Program Kesihatan


Di samping itu, penganjuran program-program berkaitan kesihatan yang
berfokuskan amalan gaya hidup yang sihat juga perlu dilakukan. Dalam
konteks ini, program yang dilaksanakan mestilah melibatkan pelbagai lapisan

10
masyarakat tidak mengira peringkat usia, agama dan bangsa (Suhaizam &
Adawiyah, 2017). Dengan adanya penglibatan semua lapisan masyarakat
tersebut, maklumat berkaitan amalan gaya hidup sihat semestinya dapat
disampaikan kepada semua lapisan masyarakat dengan lebih efektif tanpa
tercicir. Sebagai contoh, program pencegahan penyalahgunaan dadah seperti
Keluarga Bebas Dadah yang merangkumi aktiviti Family on Alerts, program
Institusi Pendidikan Bebas Dadah yang melaksanakan aktiviti seperti
SHIELDS, program Komuniti Bebas Dadah seperti SMART, program
Kesedaran Awam dan Publisiti Antidadah seperti aktiviti pameran, media dan
lain-lain lagi telah lama digiatkan dalam usaha untuk menyampaikan
maklumat dan kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat tentang isu
dadah (Buerah, Shahrin, Nur Afzan & Maznah, 2015). Dengan adanya
pelaksanaan program sebegini, sudah tentu masalah penagihan dadah dapat
dikurangkan. Selain itu, pelaksanaan program berkala berkaitan amalan gaya
hidup sihat di sekolah juga sewajarnya diberikan perhatian oleh pihak
sekolah. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti fizikal seperti
senaman pada hari-hari tertentu bagi setiap minggu yang melibatkan semua
warga sekolah termasuklah pihak pentadbir, guru, guru, staf sokongan dan
tukang cuci. Dengan adanya program sebegini, semua warga sekolah yang
terlibat secara tidak langsung telah berpeluang melakukan aktiviti fizikal
secara aktif. Hal ini lantas dapat mengurangkan amalan gaya hidup sedentari
atau tidak aktif dalam kalangan mereka yang terlibat (Asiah, 2017).
Kesannya, risiko penyakit hipokinetik seperti obesiti, tekanan jantung, radang
sendi dan sakit tulang belakang semestinya dapat dikurangkan (Hajimolkan,
Muhamad Shah & Meor Mohd Makhfuz, 2014). Oleh itu, pelaksanaan
program kesihatan yang bersesuaian dengan segenap lapisan masyarakat
perlulah dijalankan secara berkesan bagi mencapai matlamat negara untuk
membina masyarakat yang bebas daripada masalah kesihatan dan gaya
hidup (Mohd Hafiz, 2019).

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, amalan gaya hidup yang sihat merupakan satu perkara yang amat
penting dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana, individu yang mengamalkan
gaya hidup sihat secara berterusan semestinya dapat mengekalkan tahap kesihatan
diri serta dapat menghindarkan diri daripada diserang sebarang penyakit (Ranita et
al., 2016). Malah, amalan gaya hidup sihat yang diamalkan juga dapat menjamin

11
kualiti hidup individu agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik dan
cekap (Asiah, 2017). Oleh yang demikian, setiap individu mestilah mengambil berat
dan bertanggungjawab terhadap gaya hidup masing-masing. Di samping itu, segala
usaha ke arah pencegahan masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup
juga perlulah diteruskan tanpa henti demi kemaslahatan masyarakat. Sesungguhnya,
penjagaan kesihatan diri oleh masyarakat tidak mustahil dapat menyumbang ke arah
peningkatan produktiviti sesebuah negara (Asiah, 2017).

12
5.0 RUJUKAN
Alfred. (2016, November 20). Malaysia tertinggi di asia catat masalah obesiti. Utusan
Borneo. Diakses pada 20 September 2019 daripada
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20161120/5221221

Alvin Ng Lai Oon. (2012). Isu Penyalahgunaan Dadah. Diakses pada 20 September
2019, daripada http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/

Asiah Mohd Pilus. (2017). Kesihatan dan gaya hidup sihat. Prosiding Konvensyen
Kebangsaan Kecemerlangan Sosial dan Pembangunan Komuniti, 1, 89-96.
Diakses pada 20 September 2019, daripada
http://eprints.utem.edu.my/20177/1/Kesihatan%20Dan%20Gaya%20Hidup
%20Sihat.pdf

Azman Abd. Rahman, Siti Fariza Mohd Fisal, Siti Zulaikha Mokhtar, Norlina Ismail,
Tengku Mansur Tengku Zainal & Muhammad Sa’dan Abdul Aziz. (2017).
Kedudukan Penagih Dadah sebagai Penerima Zakat Asnaf Ar-Riqab di
Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buerah Tunggak, Shahrin Hashim, Nur Afzan Muhammad & Maznah Ali. (2015).
Faktor risiko belia terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan cadangan
penyelesaiannya menerusi model pembangunan belia muslim terpimpin. Jurnal
Antidadah Malaysia, 9(1), 1-21. Diakses pada 22 September 2019, daripada
https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/MODEL-PEMBANGUNAN-BELIA-
MUSLIM-TERPIMPIN.pdf

Djalalinia, S., Qorbani, M., Peykari, N., & Kelishadi, R. (2015). Health impacts of
Obesity. Pakistan Journal of Medical Sciences, 31(1), 239–242.
http://doi.org/10.12669/pjms.311.7033

Farah Adibah Ibrahim. (2013). Perbandingan faktor risiko remaja dan belia terlibat
dengan penyalahgunaan bahan di Pontian Johor. Tesis Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia. Diakses pada 20 September 2019, daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Farah%20Adibah
%20Binti%20Ibrahim.TP.pdf

Faridah Abdul Rahman. (2009). Obesiti dan gaya hidup murid perempuan sekolah
rendah di negeri Kedah Darul Aman. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan Sains
Sukan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diakses pada 20 September 2019,
daripada http://ir.upsi.edu.my/484/1/OBESITI%20DAN%20GAYA%20HIDUP
%20MURID%20PEREMPUAN%20SEKOLAH%20RENDAH%20DI%20NEGERI
%20KEDAH%20DARUL%20AMAN.pdf

Hajimolkan Abu Bakar, Mohamed Shah Abdul Manan & Meor Mohd Makhfudz Abu
Hassan. (2014). Tahap prestasi kecergasan fizikal guru pelatih berumur 18
hingga 20 tahun kursus pismp institut pendidikan guru di Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh, Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8(1), 1-18. Diakses
pada 22 September 2019, daripada
http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/index.php/dedikasi/article/download/43/39

Hypokinetic. (n.d.). Farlex Partner Medical Dictionary. (2012). Retrieved September


21 2019 from https://medical-dictionary.thefreedictionary.com/hypokinetic

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Manual Mesej Utama Dan Sokongan:


Senaman Dan Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan
Kesihatan.

13
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Kempen Kesihatan. Diakses pada 20
September 2019,daripada http://aktif.myhealth.gov.my/kempen-kesihatan/

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. (2011). Modul program promosi kesihatan:


pencegahan obesiti. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lim Kean Ghee. (2016). A review of adult obesity research in malaysia. Jurnal
Perubatan Malaysia, 71(1), 1-19. Diakses pada 20 September 2019, daripada
http://www.e-mjm.org/2016/v71s1/adult-obesity-research.pdf

Luppino, F.S., de Wit, L.M., Bouvy, P. F., Stijnen, T., Cuijpers, P., Penninx, B. W., &
Zitman, F.G. (2010). Overweight, obesity, and depression: A systematic review
and meta- analysis of longitudinal studies. Journal of General Psychiatry, 67(3),
220-229.doi:10.1001/archgenpsychiatry.2010.2.

Martin, J. (2010). The development of ideal body image perceptions in the united
states. Journal of Nutrition Today, 45(3), 98-11. Diakses pada 20 September
2019, daripada
https://www.researchgate.net/publication/232215825_The_Development_of_Ide
al_Body_Image_Perceptions_in_the_United_States

Md Amin Md Taff. (2007). Tinjauan tahap pengetahuan dan gaya hidup sihat dalam
kalangan pelajar semester satu ambilan jun sesi 2004/2005 Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Kertas kerja Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk
Danga 2007, Johor Bahru, Johor. Johor, 11-15 Jun. Diakses pada 20 September
2019, daripada
https://www.researchgate.net/publication/301716833_TINJAUAN_TAHAP_PEN
GETAHUAN_DAN_AMALAN_GAYA_HIDUP_SIHAT_DALAM_KALANGAN_PEL
AJAR_SEMESTER_SATU_UPSI

Mohd Hafiz Abd. Mutalib. (2019, Mac 10). Amalan gaya hidup sihat masih tidak
memuaskan. Utusan Online. Diakses pada 20 September 2019, daripada
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/amalan-gaya-hidup-sihat-masih-tidak-
memuaskan-raja-muda-perlis-1.857480

Norfadilawati Alias & Fuziah Shaffie. (2015). Tinjauan literatur kesan obesiti ke atas
psikososial remaja. Jurnal Pembangunan Sosial, 18(1), 117-130. Diakses pada
20 September 2019, daripada http://jps.uum.edu.my/images/jps/18/JPS1817.pdf

Norman Mohd Norawi. (2016, Februari 4). Langkah proaktif promosi kesihatan.
Utusan Online. Diakses pada 22 September 2019, daripada
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/langkah-proaktif-promosi-kesihatan-
1.186698

Nurhazlina Mohd Ariffin. (2012). Pengaruh Kesejahteraan Rohani Terhadap


Kecenderungan Pengulangan Dadah Di Tujuh Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (Pkaadk) Di Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti
Sains Malaysia. Diakses pada 20 September 2019, daripada
http://eprints.usm.my/31626/1/NURHAZLINA_MOHD_ARIFFIN_24.pdf

Puhl, R. M., Luedicke, J., & Heuer, C. (2011). Weight-based victimization toward
overweight adolescents: observations and reactions of peers. Journal of School
Health, 81(11), 696-703. Diakses pada 20 September 2019, daripada
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21972990

14
Ranita Manap & Norziah Othman. (2016). Pembangunan lestari melalui program
kesihatan. Proceeding of the 3rd International Conference on Management &
Muamalah 2016 (3rd ICoMM), 20, 211-220. Diakses pada 20 September 2019,
daripada http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-020.pdf

Roland, S. (2002). The Effects Of Obesity, Smoking, And Drinking On Medical


Problems And Costs. Journal Of Health Affairs, 21(2), 245-253. Diakses pada 8
April 2018, daripada
https://www.healthaffairs.org/doi/pdf/10.1377/hlthaff.21.2.245

Rosnah Manap. (2013). Kajian faktor risiko belia terlibat dengan penyalahgunaan
bahan di kawasan bandar di negeri Johor. Disertasi Sarjana, Universiti Teknologi
Malaysia. Diakses pada 20 September 2019, daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/41656/5/RosnahManaBMFP2013.pdf

Russell, R. P. (2012). The evolving definition of physical fitness. Journal Of Quest,


40(3), 174-179. Diakses pada 20 September 2019 daripada
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00336297.1988.10483898

Salmah Nordin. (2015). Amphetamine Type Stimulant (ATS) dalam Kalangan


Remaja. Diakses pada 21 September 2019, daripada
http://www.myhealth.gov.my/amphetamine-type-stimulant-ats-dalam-kalangan-
remaja/

Shazrul Nazri Rosli & Wan Hanim Nadrah Wan Muda. (2018). Amalan Gaya Hidup
Sihat Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Diakses pada 20 September
2019, daripada http://active.uthm.edu.my/ejournal/volume/2018/37.pdf

Siti Nadirah Hafidzin. (2018, Julai 18). Laman cergas galak bersenam. My Metro.
Diakses pada 20 September 2019, daripada
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/07/359430/laman-cergas-galak-bersenam

Suhaizamn Sulaiman & Adawiyah Ismail. (2017). Pengaruh didikan keluarga di


rumah dalam kalangan penagih dadah: kajian di Cure & Care Vocational Centre
Sepang. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(1), 93-103. Diakses pada 22
September 2019, daripada
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files6/jsass_vol4bil1_010_suhaizam.pdf

Syahrul Ridhwan Morazuki & Fardilla Haryani Abdullah. (2009). Kesan senaman
berjalan pantas ke atas perubahan komposisi tubuh badan. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Vikneswaran Sabramani, Idayu Badila Idris, Rosnah Md. Isa, Zaleha Sutan, Saidatul
Norbaya Buang & Hasanain Faisal Ghazi. (2015). Managing obesity in Malaysia
schools: are we doing the right strategies? Jurnal Perubatan Kesihatan Awam
Malaysia, 15(2), 75-83.

Wan Salmi Wan Ramli. (2012). Pengaruh psikososial dan tahap pengetahuan
bahaya dadah terhadap penagihan semula dalam kalangan banduan penagih
dadah penjara Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Diakses pada
20 September 2019, daripada
http://etd.uum.edu.my/3266/4/WAN_SALMI_WAN_RAMLI.pdf

Wardle, J. & Cooke, L. (2005). The impact of obesity on psychological well-being.


Best Practice & Research. Clinical Endocrinology & Metabolism, 19(3), 421-440.
Diakses pada 20 September 2019, daripada

15
https://www.researchgate.net/publication/7612475_The_Impact_of_Obesity_on_
Psychological_Well-Being

World Health Organisation. (2000). Obesity: Preventing and managing the global
epidemic. Report of a WHO consultation. Geneva: World Health Organization.

World Health Organisation. (2011). Obesity and overweight. Diakses pada 20


September 2019, daripada http://www.who.int/ mediacentre/factsheets/fs311/en

Zarina Othman & Muhamad Daud Drius. (2015). Ancaman sindiket dadah terhadap
juvenil di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 11(1), 62-72.
Diakses pada 20 Sepmtember 2019, daripada
http://journalarticle.ukm.my/8889/1/7ok.geografia-jan15-daud%26zarina-
edam.pdf

Zeti Farzana Alpikri. (2019, Mac 14). Kempen gaya hidup sihat. Utusan Online.
Diakses pada 20 September 2019, daripada
https://www.utusan.com.my/mega/kempen-gaya-hidup-sihat-1.860259

16

You might also like