You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

“Impian saya ialah mahu menyaksikan anak keperluan khas di Malaysia tidak rasa mereka
sebagai golongan terasing, saya mahu mereka menjadi sebahagian dari kita.

“Saya juga inginkan masyarakat rasakan mereka (anak keperluan khas) ini adalah anugerah
tuhan yang diberikan kepada kita untuk mengenali sikap kemanusiaan yang ada dalam jiwa
setiap individu,”

Begitulah hasrat mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang begitu komited
dalam memperjuangkan nasib murid berkeperluan khas (MBK) di Malaysia. Ucapan tersebut
disampaikan oleh beliau kepada media selepas Penutupan Persidangan Antarabangsa
Pendidikan Khas (SEIC) 2019. Besarlah harapan maka besarlah tanggungjawab dan
peranan yang perlu dimainkan bukan sahaja yang bergelar guru tetapi seluruh anggota
masyarakat bermula dari rumah mereka sendiri.

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai autoriti penuh terhadap


pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk
individu berkeperluan khas.

Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan adalah merangkumi murid


yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian
H, Seksyen 41). Konsep tersebut tidak merangkumi sebahagian kecil kanak-kanak
berkeperluan khas (KBK). Shifrer dan Callahan (2012) pula mendefinisikan kanak-kanak
yang mempunyai ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah
pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan
kesihatan, autisma, pintar cerdas/berbakat dan juga masalah kognitif.

Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggariskan


tanggungjawab Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK.
Individu yang dikenal pasti oleh pengamal perubatan bertauliah sebagai ‘mengalami
kecacatan yang boleh mengganggu proses pembelajaran di kelas normal’ kerana masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran adalah di kategori sebagai murid
pendidikan khas. Bab 8 dalam Akta tersebut menyebut:

1
‘Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana
sekolah rendah atau menengah yang difikirkan sesuai dan bermanfaat oleh Menteri
Pendidikan’.

Di samping itu juga, menjurus kepada kemahuan soalan tugasan iaitu perkaitan
pelaksanaan pendidikan inklusif ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Berdasarkan satu kajian kes yang dikaji oleh Safiah binti Harun (2016), beliau menyatakan
bahawa kajian beliau telah menunjukkan perlaksanaan kelas inklusif sepenuhnya telah
memberi kesan yang mendalam kepada peserta kajian dari segi perkembangan
akademiknya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Peserta kajian telah
menunjukkan minat mengikuti pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan beberapa
strategi untuk meningkatkan prestasinya dalam Bahasa Melayu dan pelajaran lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang positif berbanding negatif jika


pendidikan inklusif ini dijalankan dengan baik dan berterusan. Namun demikian, usaha ini
bukan hanya berada di sebelah pihak sahaja sokongan dan dorongan daripada masyarakat
amat penting bagi memastikan pedidikan inklusif dapat berjalan dengan lancer dan terurus
dari semasa ke semasa.

2.0 ANALISIS PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI


MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Bidang pendidikan inklusif sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program
Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah
tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa.
Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat
pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam satu pemerhatian, ada satu
video di laman sesawang YouTube yang bertajuk Dr Maszlee Malik X John Bear, John Bear
daripada ML Studio sebagai penemuramah kepada Dr Maszlee berkaitan isu pendidikan
zaman sekarang. Dan apa yang ditegaskan dalam video tersebut Dr Maszlee mengatakan
bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan dasar Zero Reject Policy
yang mana semua sekolah wajib menerima murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di
aliran perdana. Dengan termaterai dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi
perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas

2
2.1 Matlamat

Matlamat sesuatu perkara sukar dilaksanakan jika tiada kerjasama dan komited daripada
ahli pelaksana iaitu guru dan pentadbir sekolah. Pihak KPM telah meletakkan matlamat
program pendidikan inklusif (PPI) ini setara dengan apa yang mereka jangkakan iaitu:

“Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik
dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.”

(Pekeliling Pendidikan Khas, KPM)

Konklusinya, sebagai ahli pelaksana dasar ini harus mempunyai suatu keazaman
yang jitu bagi mencapai matlamat ini menjelang tahun 2023 dengan menyasarkan 75% MBK
menyertai program pendidikan inklusif.

Rajah 1: Kenyataan Dr Maszlee Malik di laman Facebook beliau.

(Sumber:Dipetik daripada Laman Facebook Dr Maszlee Malik)

2.2 Dasar

Dalam dasar pendidikan inklusif, ia terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu
dasar kebangsaan (Malaysia) dan dasar antarabangsa.

3
2.2.1 Dasar di Malaysia

Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008. Melalui akta
orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang
upaya termaktub dalam undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di
mana kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas
asas ketidakupayaan.

2.2.2 Dasar Antarabangsa

Di peringkat antarabangsa pula, dasar pendidikan inklusif dapat dilihat pada pernyataan
Salamanca (1994). Di bawah dasar ini, telah disarankan agar peruntukan kewangan
diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa
mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.

2.3 Pendekatan

Inklusif Pendekatan
Rajah 2: Pendekatan Inklusif. Inklusif
Separa Inklusif Penuh
Pendekatan yang
dikeluarkan oleh KPM dalam program pendidikan inklusif ini terdapat dua pendekatan yang
menjurus kepada kebolehan setiap murid berkeperluan khas dari segi kurikulum dan
kokurikulum yang diajarkan di sekolah.

2.3.1 Inklusif Separa

Pendekatan inklusif separa berkmaksud MBK belajar bersama-sama murid arus perdana
bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata
pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang
diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi

4
aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan
mereka.

2.3.2 Inklusif Penuh

MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti
pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau
kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan.

2.4 Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan

Prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan keberkesanan PPI di sekolah.
Aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran murid
bekeperluan khas. Misalnya, adanya kamudahan tandas bagi murid bekeperluan khas
(Kahdijah Rohani, 2000).

Selain itu, peranan masyarakat khususnya golongan ibu bapa juga memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi kejaya program pendidikan inklusif. Sikap positif dan
sokongan ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif melelui penglibatan mereka
dalam program ini mewujudkan budaya sekolah yang menyokong persekitaran
pembelajaran yang inklusif.

2.5 Peranan dan Tanggungjawab Pelbagai Pihak

Peranan pihak pentadbir sekolah harus diletakkan sebagai peranan yang paling utama
bagi menjayakan program pendidikan inklusif ini (Sapiah Harun, 2016). Hal yang demikian,
segala infrastuktur dan bahan bantu mengajar demi keselesaan MBK ini harus
dipertimbangkan secara wajar dan perlu disediakan dengan rapi oleh pihak pentadbir bagi
melancarkan proses PdPc di bilik darjah. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu boleh
melebihkan penggunaan bahan resos yang berbentuk maujud supaya MBK ini mudah
memahami secara kontekstual yang mereka ada.

Haniz Ibrahim (2000) menyatakan bahawa guru-guru arus perdana sanggup


menerima cabaran untuk mendidik MBK tetapi masalah utamanya ialah mereka tidak
mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk mendidik murid-murid sedemikian. Oleh itu,
pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri haruslah mengadakan
kursus khas untuk guru-guru aliran perdana yang akan mengajar MBK. Contohnya, pihak

5
yang terlibat boleh kursus khas mengikut mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan jangan
dicampurkan dengan mata pelajaran yang lain supaya guru-guru ini boleh melaksanakan
PdPc dengan berkesan dan efektif.

Selain itu, murid program inklusif sangat memerlukan khidmat guru damping untuk
membantu mereka dari berbagai segi memandangkan guru-guru damping ini biasanya
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai keperluan dan
cara mengajar MBK dengan lebih tepat dan bersesuaian. Pendapat yang hampir sama turut
dikemukakan oleh Azad Athahiri dan Norsayyidatina (2010) yang menyatakan bahawa
istimewanya ialah setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping daripada
National Autism Society of Malaysia (NASOM).

Di samping itu juga, guru pendidikan khas menerima elaun khas daripada pihak
kerajaan. Sue (2012) menyatakan bahawa guru pendidikan khas dibayar elaun untuk
mengajar mereka. Ini merupakan insentif yang disediakan khas oleh pihak kerajaan
Malaysia untuk guru-guru pendidikan khas atas dasar memikul tanggungjawab khas.

3.0 KESIMPULAN

Dalam melaksanakan program inklusif ini semua pihak yang terlibat dengannya samada
secara langsung mahupun tidak langsung perlu tahu dan faham mengapa program inklusif
ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Memandangkan ianya mempunyai
perkaitan dengan masa hadapan dan kemampuan berdikari bagi setiap individu
berkeperluan khas maka adalah sangat penting perlaksanaannya diberi perhatian serius
agar murid-murid ini dapat turut mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik. Dengan
adanya kajian-kajian berkaitan keberkesanan dan permasalah yang timbul dalam
melaksanakan program ini, diharap ianya akan dapat terus membekalkan maklumat
berguna demi mempertingkatkan kualiti pengurusan dan perlaksanaan program inklusif ini.
Maka, tiada alasan bagi guru-guru di sekolah terutama guru Bahasa Melayu untuk
melaksanakan Program Pendidikan Inklusif ini dengan berkesan dan jayanya.

6
RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996 Kemebterian Pelajaran Malaysia dipetik daripada


https://www.moe.gov.my/pekeliling/2055-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-5-tahun-
1998-akta-pendidikan-1996-dan-peraturan-peraturan-di-bawah-akta-pendidikan-
1996/file pada 12 Februari 2020.

Akta Orang Kurang Upaya 2008 dipetik daripada


http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta
%20685%20-%20Akta%20Orang%20Kurang%20Upaya%202008.pdf pada 12
Februari 2020.

Azad Athahiri Anuar dan Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan Pendidikan Inklusif
dalam Program Pendidikan Arus Perdana di Malaysia. Bangi. UKM.

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Maklumat Pendidikan


Khas 2008. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil. 6/2007 : Garis Panduan Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Guru Resos
Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Penglihatan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Haniz Ibrahim (2000). Pendidikan inklusif di Malaysia: Sikap guru terhadap perubahan.
Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Khas. Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khadijah Rohani Mohd Yunus (2000). Cabaran kerjasama dan koloborasi antara
paraprofesional dalam sistem pendidikan inklusif. Kertas Kerja yang dibentangkan
pada Seminar Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan, Jabatan Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penutupan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC) 2019 dipetik daripada


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/611530/jangan-biarkan-murid-
berkeperluan-khas-berasa-tersisih pada 20 Februari 2020.

Salamanca Statement 1994 dipetik daripada http://www.csie.org.uk/inclusion/unesco-


salamanca.shtml pada 12 Februari 2020.

Sapiah Harun. (2016). Pelajar bahasa Melayu dalam kelas inklusif: satu kajian kes. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi Jilid 10, 2016

7
Shifrer D. and Callahan R. (2012). Stigma of a Label : Educational Expectations for High
School Students Labeled With a Learning Disability. Austin : The University of Texas.

Sue (2012). Isu Pendidikan Inklusif. Diambil daripada


http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-pendidikan-inklusif.html

Video Dr. Maszlee VS John Bear dipetik daripada https://www.youtube.com/watch?


v=0a5BsqkN2lI pada 12 Februari 2020.

You might also like