You are on page 1of 10

KBS 3093 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS PEMULIHAN KHAS TUGASAN 2

TAJUK TUGASAN

TAJUK TUGASAN 2:
Pendekatan Pendidikan Inklusif adalah antara jenis program yang disarankan untuk murid pemulihan khas. Huraikan kebaikan dan kelemahan model inklusif ini. Berikan pendapat anda tentang masa depan pendekatan pendidikan inklusif ini. Bincangkan juga halangan dan rintangan dalam pelaksanaannya.

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA

NAMA TUTOR E-LEARNING

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 2.0 Pengenalan Sejarah dan latarbelakang kelas Pemulihan Khas 2.1 Sejarah pembukaan Program 2.2 Jumlah Murid 2.3 Statistik Murid Pemulihan Khas 2.4 Rasional 2.5 Objektif 2.6 Konsep Pemulihan Khas di SJK(T) Teluk Merbau 2.7 Matlamat 2.8 Piagam Kelas Pemulihan 2.9 Visi Kelas Pemulihan Khas 2.10 Matlamat Program Pemulihan Khas 2.11 Strategi Pelaksanaa 2.12 Punca dan bidang kuasa 2.13 Bidang kuasa Pekeliling 2.14 Peruntukkan Jawatan Guru Pemulihan khas 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 7. Carta Organisasi Jadual Waktu Pelaksanaan Takwin Tahunan Kelas Pemulihan Khas Pengelolaan Sistem Fail kelas Pemulihan Khas Prasarana Senarai Guru Pemulihan Khas Kesimpulan Bibliografi 78 9 10 10 11 11 11 11 12 12 12 13 13 13 14 15 16 17 17 19 20 20 - 22 23 23 46

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Dalam hal ini, murid- murid pemulihan khas juga mempunyai minat , hasrat dan cita-cita yang standing dengan individu normal. Pendidikan khas adalah sinonim dengan istilah pendidikan inklusif. Perkataan inklusif diambil daripada perkataan Inggeris inclusive yang memberikan maksud merangumi . Menurut Niam, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintergrasikan murid-murid pemulihan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka

berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolahsekolah tertentu sahaja. Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Syarahan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

1.1 Objektif Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif yang diperkenalkan di Malaysia mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah, pendidikan ini memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). Pendidikan inklusif juga menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar pemulihan khas dengan murid di aliran perdana. Di samping itu, pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakanrakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan -rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Pendidikan ini juga membantu melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar pemulihan khas dan menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. Akhir kata, pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar pemulihan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

1.2 Definisi Pendidikan Inklusif


Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

Matlamat
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak

istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Rasional
Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan: * * * * * * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

1.3 Kebaikan dan Keburukan Pendidikan Inklusif Program Pendidikan Inklusif di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti program pendidikan inklusif. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badanbadan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan

memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Antara kebaikan pendidikan inklusif ialah, pendidikan inklusif memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam hal lain pula, pendidikan inklusif membantu guru berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar airan perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. Di samping itu, semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping atau resos. Program pendidikan inklusif yang dilaksanakan akan meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Sejurus itu, penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Ibu bapa akan yakin atas perkembangan murid-murid dari masa ke semasa. Sejurus itu, pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti masyarakat setempat. Pendidikan inklusif juga membri lebih banyak peuang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. Pada hal lain, pendidikan inklusif juga memberi impak atau kesan negative kepada guru dan pelajar. Implement program ini, memberi tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas kurang. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan khas. Ada sesetengah guru tidak memberi kerjasama kepada guru guru lain. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama menjadi masalah kepada pihak sekolah. Guru matapelajaran kurang berkomitmen dengan guru pendidikan khas. Ini adalah akibat anggapan bahawa murid murid pendidikan khas belum atau tidak bersedia sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru berkenaan mengalami kesukaran untuk mendidik murid murid pendidikan khas di kelas arus perdana. Hal lainnya ialah, kekurangan penyeliaan dan pemantaun dari pihak pentadbiran menjadikan program pendidikan inklusif tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Kadangkala ibu bapa kurang memberi kerjasama terhadap program ini. Mereka tidak yakin akan sebab tiada pendedahan tentang program pendidikan inklusif ini.

1.4 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah:

Pembahagian tugas

Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.

Penyelarasan pengajaran

Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.

Tanggungjawab

Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Beban tugas

Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.

Alatan / Kelengkapan

Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.

Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas

Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.

Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa

Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

2.0 Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Insklusif Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini dijalankan secara Partikal Inclusion. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini. 1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guruguru kelas normal yang akan terlibat dengan pelaksanaan program

pendidikan insklusif. 2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti program pendidikan insklusif. 3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalm bilik darjah biasa. 5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini. 7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal. 9. Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

You might also like