You are on page 1of 45

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat

dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Syarahan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Syarahan ini dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap perkembangan pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.

Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas . 2009. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-919-0 (kulit lembut). 66 halaman. RM 20.00. Zalizan Mohd Jelas.

Isu Pendidikan Inklusif.


Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada muridmurid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996).

Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi. Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara

rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian. Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi. Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka. JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.

Cadangan mengatasinya:
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guru-guru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar

berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan muridmurid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990) Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-pendidikan-inklusif.html

KERTAS KONSEPSELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA,SEKOLAH DAN PIHAK LUAR. ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana merekamemasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana danmengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas.

Objektif kertaskerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan programinklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yangdihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlumemainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yangdilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranansetiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakanialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja inidiharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah. PENGENALAN Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Iniadalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan perananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikaninklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. PERANAN GURU Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubahdaripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahajasebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentangkepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.Dalam
melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al

2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelasaliran perdana.Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing- masingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkandefinisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif.

Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagimemastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmenguru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan gurudengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yangmereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagaiguru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana,karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadidalam karier sebagai guru. PERANAN IBUBAPA Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,ibubapa perlu : Sentiasa berfikiran positif Menjalin hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar. Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan mendapatkan khidmat sokonganIbubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensiyang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.(Cross,Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas,ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawabdengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibatdengan latihan pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibubapa turutterlibat secara

tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif
Posted by mnby75 at 18:57 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 561 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID AUTISTIK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH : SATU KAJIAN KES Hjh Kamaliah Muhammad Wan Amimah Wan Mahmud Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Seramai dua puluh satu orang respoden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada seorang Guru Besar yang kemudiannya digantikan oleh Guru Penolong Kanan, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran, tiga orang Guru Pendamping dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM), tiga orang guru mata pelajaran, tiga orang murid autistik dan sepuluh orang murid normal. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Muridmurid Autistik. Seramai lapan orang murid autistik dari (NASOM) telah berjaya dimasukkan secara sepenuh masa di kelas biasa di sekolah tersebut. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid autistik akan disertasi oleh seorang guru pendamping dari (NASOM) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran telah diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid autistik dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan (NASOM). Dapatan kajian mendapati guru-guru kelas dan guru mata pelajaran menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari (NASOM) untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid autistik. Murid-murid ini mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. Semua murid-murid tersebut gembira belajar di sekolah ini. Mereka boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas dan guru-guru mata pelajaran. Guru Penolong Kanan menyarankan Program Pendidikan Inklusif akan berkesan jika dirancang dengan rapi dari pihak KPM dan diimplimentasikan dengan bantuan dan pemantauan berterusan. Kata kunci: pendidikan inklusif, murid autistik, sekolah rendah Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010 562 Pendahuluan Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih

sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Murid-murid berkeperluan khas kategori autistik yang berupaya dalam akademik sahaja yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 ) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat. Objektif Kajian Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid pendidikan khas dari kategori autistik di sebuah sekolah rendah. Objektif khusus kajian kes ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat berikut: 563 1, Bagaimanakah pelaksanaan PPI bagi murid pendidikan khas kategori autistik dari segi: a. Murid autistik di kelas inklusif: 1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif 2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik di kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid autistik di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru: 1) Pendedahan guru-guru mata pelajaran mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar 2) Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif 3) Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif. Persoalan Kajian Kajian Kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalanpersoalan berikut. 1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikan khas kategori autistik di Sekolah A dari segi: a. Murid autistik 1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif. 2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik ke kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan olehmurid autistik. di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru 1) Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar? 2) Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif? 3) Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif? Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak

yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid autistik khasnya dan murid berkeperluan khas amnya. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja 564 kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid autistik sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002 )

Tinjauan Literatur
Kecelaruan Spektrum Autistik ( Autistic Spectrum Disorder ) Kecelaruan Spektrum Autistik lebih mudah dicirikan melalui aspek tiada perkembangan atau secara luar biasanya perkembanganya tertangguh. Autisme biasanya juga dirujuk sebagai satu gangguan yang berbentuk spektrum di mana ciricirinya boleh wujud dalam mana-mana kombinasi dan dalam keadaan keterukan yang berbeza.Sifat autistik tidak dapat dikesan pada kanak-kanak berumur antara setahun hingga dua tahun, tetapi biasanya menjadi ketara pada usia dua tahun hingga enam tahun.Mengikut Ketidakupayaan Tiga Segi Wing, individu autistik menunjukkan ketidakupayaan dalam tiga bidang, yaitu komunikasi, sosial, dan tingkah laku. Kajian Dalam Negeri Di Malaysia, tiada kajian dijalankan terhadap Program Pendidikan Inklusif murid autistik secara khusus. Ini adalah kerana tidak banyak program khusus yang menempatkan murid autistik di satu-satu PPI. Semua murid autistik ditempatkan di dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran sekolah-sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, kajian ini akan secara khusus mengkaji murid-murid autistik yang menghadiri Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah rendah. Kajian Luar Negara Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan, fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik (Garguilo, 2006). Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan ringan sering membuatkan mereka sukar diterima Begitu juga strategi yang diambil oleh guru dan pihak pentadbir sekolah dalam menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid normal dengan murid autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan kefahaman yang positif kepada murid normal maka pergaulan dan penerimaan mereka juga akan lebih baik dan menimbulkan persepsi yang positif. ( Gore, 2004 ) Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. 565 Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap PPI mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan

mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan Millward, 2000 ). D i Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Metologi Kajian Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif.. Dua kaedah pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melalui senarai semak. Populasi Kajian Populasi kajian ini ialah Sekolah A iaitu sebuah sekolah rendah berenrolmen rendah di Kuala Lumpur. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan Projek Rintis Pendekat an Inklusif Bagi Murid-murid Autistik. Sampel Kajian Berikut adalah senarai sampel kajian ini. Jadual 3.1 Sampel Kajian di Sekolah A Bil. Sampel Bilangan (orang) 1. Guru Besar 1 2. Penyelaras Kelas Khas 1 3. Guru Mata pelajaran ( kelas inklusif) 3 4. Guru Pendamping Pendidikan Inklusif 3 5. Murid Autistik 3 JUMLAH 11 566 Instrumen Kajian Instrumen kajian kes ini adalah seperti berikut: Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. (Lampiran A) Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang dipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai semak Vandercook (1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu seperti berikut: Bahagian A : Mengenai persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 item Bahagian B: Mengenai aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 item Bahagian C: Mengenai Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 item Set Temu Bual - Protokol Temu Bual Guru Besar ( Lampiran B ) - Protokol Temu Bual Guru Matapelajaran dan Guru Pendamping Pendidikan Inklusif ( Lampiran C ) - Protokol Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas (Lampiran D) Dapatan Kajian Kajian kes ini telah mengambil sebelas orang sebagai responden dari sekolah A. Murid-muridnya terdiri daripada berbilang bangsa dan belajar dari tahun satu hingga tahun enam.Saiz kelas adalah sekitar dua puluh orang murid hingga dua puluh lima orang murid di dalam setiap kelas.Menurut Guru Besar Sekolah A, beliau bersama-sama semua Penolong Kanan telah dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, KPM bagi membincangkan implementasi Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid autistik dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) iaitu sebuah Organisasi Bukan Kerajaan yang menjalankan pendidikan untuk murid-murid autistik.Di pihak sekolah, mereka hanya menerima murid-murid yang telah dicalonkan oleh pihak NASOM tanpa bantahan. Sungguh pun demikian pihak sekolah telah mengemukakan satu set peraturan sekolah untuk dipatuhi oleh pihak NASOM dan ibu bapa murid-murid autisma yang terlibat. Penempatan murid-murid autistik dari NASOM ke PPI sekolah ini adalah secara inklusif penuh. Ini bermakna mereka akan mengikuti aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid normal. Ciri-ciri murid autistik yang layak mengikuti ini telah ditentukan oleh pihak NASOM. Mereka hanya memilih mereka yang menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid-murid ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain. Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang 567 bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah A sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Pihak NASOM turut mengatur program persediaan untuk murid-murid autistik yang terpilih sebelum mengikuti program ini secara sepenuh masa. Guru Penyelaras Pendidikan Khas telah memberi penerangan mengenai keadaan dan senario aktiviti pembelajaran yang akan berlaku di dalam kelas inklusif. Sebelum mengikuti program ini mereka dikehendaki melakukan lawatan ke sekolah A setiap pagi dan melihat kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah disamping mengikuti aktiviti penilaian diagnostik dan Program Pra Inklusif selama beberapa hari. Murid-murid autistik ini telah melalui program persediaan yang terancang dan tersusun. Antara aktiviti persediaan yang telah dilakukan adalah lawatan ke sekolah A, melawat sekeliling kawasan sekolah, menghadiri majlis perhimpunan mingguan, makan bersama-sama murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan muridmurid normal sewaktu rehat, menyertai program pra inklusif di kelas PKBP dan kelas biasa Di samping itu, guru-guru kelas dan mata pelajaran telah diberitahu mengenai kehadiran murid-murid autistik tersebut di dalam kelas mereka. Di dalam kohort pertama, hanya empat buah kelas sahaja yang terlibat iaitu dua buah kelas di tahun satu dan dua buah kelas di tahun dua. Kesemua murid autistik hanya berada di kelas-kelas tahap satu sahaja. Di dalam setiap kelas telah ditempatkan dua orang murid autistik. Ini adalah bagi mengseimbangkan jumlah murid di setiap kelas yang terlibat supaya tidak membebankan guru mata pelajaran dan murid-murid normal yang belajar bersama-sama mereka. Selain daripada itu, antara persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di pihak guru-guru mata pelajaran dan murid-murid normal sekolah A. Istimewanya Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus mengenai program ini secara khusus oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan NASOM. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid autistik, bagaimana implementasi program tersebut dan bidang-bidang kuasa masingmasing. Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid autistik tersebut. Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah yang lain telah diberikan penerangan oleh pihak pentadbir sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program Pendidikan Inklusif ini. Surat-surat pemberitahuan mengenai program ini turut diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid di sekolah A sebelum program ini dilaksanakan. Dari segi sumber bantuan pembelajaran untuk murid autistik di kelas inklusif pula, tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang telah dibuat oleh pihak terlibat. Tetapi yang istimewanya ialah setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping dari NASOM yang bertindak sebagai guru pembantu. Ini adalah penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu murid-murid autistik ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bantuan ini di dapati sangat diperlukan oleh murid-murid autistik ini. Setiap guru pendamping dari 568 NASOM ini akan bertanggungjawab kepada dua orang murid autistik Mereka akan sentiasa berada bersama-sama murid autistik di sepanjang waktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid autistik ini diakui oleh kesemua guru yang terlibat. Mereka sekata menyatakan semua murid autistik telah menunjukkan perubahan sama ada dari aspek perubahan tingkah laku atau pun pencapaian akademik. Guru Penolong Kanan menerangkan bahawa tingkah laku murid-murid autistik tersebut kini sudah tidak dapat dibezakan dengan murid-murid normal. Ini dapat dibuktikan jika seorang pelawat baru datang ke sekolah tersebut pasti pelawat tersebut tidak dapat membezakan yang mana satu seorang murid autistik di dalam sesebuah bilik darjah itu. Kesimpulannya, perubahan murid-murid autistik sangat jelas selepas mereka mengikuti PPI. Semua murid autistik telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Semua staf akademik dari guru besar, guru-guru penolong kanan hinggalah guru-guru mata pelajaran dan guru kelas Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan mengenai PPI sebelum program ini dilaksanakan.Kursus pendedahan tiga hari dua malam tersebut telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM. Kursus dan taklimat mengenai murid-murid autistik telah membuka minda dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar murid-murid autistik. Guru-guru mata pelajaran turut bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara beliau dan guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid autistik. Ia turut menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru pendamping NASOM jelas kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu membantu dan bertanya antara satu sama lain. Kesimpulannya, kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru pendamping telah memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku bahawa dia mengajar menggunakan kaedah talk and chalk. Beliau yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid autistik yang berada di dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Murid autistik tersebut juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan rakan sekelas. Guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan muridmurid autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal atau hanya berlakun di hadapan pengkaji yang turut berada di dalam kelas membuat pemerhatian. Dalam pemerhatian pengkaji, persekitaran fizikal kelas inklusif adalah amat sesuai. Dengan enrolmen murid antara dua puluh ke dua puluh lima orang di dalam satu bilik darjah, kemasukan murid autistik tidak menjejaskan kepadatan kelas. Kedudukan murid autistik selalunya diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kumpulan. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru atau sebaliknya. Susunan meja yang di susun mengadap antara satu sama lain memudah interaksi muridmurid normal dengan murid autistik dan sebaliknya. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran semua murid autistik akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid autistik yang melibatkan diri secara aktif 569 semasa guru mengajar. Namun majoriti daripada mereka agak pasif dan nampak seperti tidak memberikan tumpuan kepada guru tetapi tidak pula melakukan sesuatu yang mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semua guru menggunakan bahan bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Murid autistik yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. Ini menunjukkan murid autistik tidak bergantung kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya perlu. Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid autistik, mereka nampak agak matang dan sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan begitu juga sebaliknya. Tetapi terdapat tiga orang murid autistik yang masih tidak dapat memulakan perbualan dengan rakan sekelas mereka.Murid lain perlu memulakan sesuatu komunikasi barulah mereka akan berinteraksi secara minima sahaja. Sungguhpun demikian murid-murid autistik yang lain akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan baik. Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa waktu rehat. Murid-murid autistik akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas

tetapi dengan semua murid di sekolah A.Terdapat dua orang murid autistik yang mulai meninggalkan ciri-ciri tidak boleh berkomunikasinya dan berjaya berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh bermain kejar-kejar dengan rakanrakan bukan sekelas dan makan di tempat-tempat yang berlainan di kantin setiap hari. Rumusan dan Perbincangan Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih murid autistik yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini. Selain daripada itu murid-murid autistik yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka ini dikategorikan sebagai murid autistik berfungsi tinggi. Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai perjalanan program dan telah menjalani Program Pra Inklusif di kelas PKBP dan kelas-kelas terpilih sebelum mereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa. Kelas-kelas inklusif di sekolah A mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid autistik tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi murid autistik itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal tetapi pertambahan ini tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di dalam bilik darjah tersebut. Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak sekolah A. Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, berdaftar dengan program PKBP sekolah A dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang diperlukan. 570 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, muridmurid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa, 2001). Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik.Seterusnya ini telah meningkatkan kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A. Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar bersama-sama atau co-teaching bersama-sama guru mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa. Cadangan Berdasarkan kepada rumusan daripada hasil kajian terdapat faktok-faktor positif yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik.Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang. Cadangan untuk Sekolah Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan

perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah ini. 571 Penerangan kepada Murid-Murid Normal Pihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan penerangan berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidangbidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel co teaching atau mengajar bersama, lawatan sambl belajar dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat. Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri Pengalaman menjalankan kajian rintis di sekolah A sepatutnya menjadi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas menunjukkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berkesan kerana adanya perancangan yang rapi telah diatur. Semua persediaan di peringkat akar umbi telah dilakukan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini. Semua warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang sesuai untuk mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan dapat menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama seperti dilaksanakan di sekolah A. Penutup Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik. Kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian tersebut mendapati perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 572 Rujukan Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi Al Quran.( 1983). Tafsir Al Quran oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Edisi ke 23. Jakarta: P.T. Hidakarya Agung, Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ashman, A. & Elkins, J. (1998). Educating Children with Special Needs. Australia : Prentice Hall. Asmah Hj. Omar. (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur DBP. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bauer, A. & Kroeger, S. (2004). Inclusive Classrooms. New Jersey : Pearson Merrill Prentice Hall. Choate, J. S. (Ed.). (2000). Successful Inclusive Teaching. USA : Allyn and Bacon. Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research Methods.( 5th Ed.). London : Routledge Falmer. Crowther, J. (Ed.) (1995). Oxford Advanced Learners Dictionary. (5th Edition). Oxford: Oxford University Press. Davis, P. (2003). Including Children With Visual Impairment in Mainstream school. A Practical Guide. London: David Fulton Publishers. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher. Fitton, P. (1994). Listen to Me. London : Jessica Kingsley Publishers Ltd. Fergusan, P.M. et. al. (Ed.).(1992). Interpreting Disability. A Qualitative Reader. New York, USA : Teachers College Press. Fernandez, M. (2000). Educating Mary : A Special Education case study in one Western Australia high school. Support for Learning. Juornal 15(3). Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth . Greig, A. & Taylor, J. (1999). Doing research with Children. London : Sage Publications Inc. Gore, M.C. ( 2004 ). Sucessful Inclusion Strategies For Secondary and Middle School Teachers. Carlifornia, USA : Corwin Press. 573 Haniz Ibrahim. (1998). Inclusion Education in Malaysia : Teachers attitude to Change. Dessertasion Ph.D: Faculty of Education, University of Exeter. Holliday, A. (2002). Doing and writing Qualitative Research. London : Sage Publications Ltd. Howlin, P., Baron-Cohen, S. & Hadwin, J. (1999). Teaching Children With Autism To Mind-Read. England: John Wiley & Son Ltd. Jones, G. ( 2002 ). Educational Provision for Children with Autism And Asperger Syndrome. Meeting their Needs. London : David Fulton Publication Ltd. Jones, V.F. & Jones, L. S. (1990). Comprehensive Classroom Management. USA:Allyn and Bacon. Jordan, R. & Jones, G. ( 997). Meeting The Needs O Children With Autistic Syndrome Disorders. London : David Fulton Publication Ltd. Jordan, R & Powell, S. ( 1995 ). Understanding And Teaching Children With Autism. England: John Wiley & Son Ltd. Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. Khine, M.S., Quek, C.L., Wong, A. & Lourdusamy, A. (2003). Classroom Management for Beginning Primary Teachers. Singapore : Prentice Hall. Lang, G. & Berberich, C. (199). All Children Are Special. Creating An Inclusive Classroom. New York : Stenhouse Publishers. Lee Shok Mee (1996). Psikologi Pendidikan 2 : Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Lewis, A. & Lindsay, G. (Ed.). (2000). Researching Childrens Perspectives. Buckingham

: Open University Press. Lynas, W. (1986). Intergrating the Handicapped into Ordinary Schools. London: Croom Helm. Marshal, C. &Rossman, G.B. (1995). Designing Qualitative Research. 2nd ed. Thousand Oaks, CA, USA: Sage Publications Ltd. McConkey, R & Bhlirgri, S. (2003). Children with Autism Attending Preschool Facilities: the experiences and perceptions of staff. Early Child Development and Care Journal. 173 (4), 445-452 Meijer, C.J.W., Pijl, S.J. & Hegarty, S. (Ed.). (1994). New Perspectives in Special Education. London: Routledge. Mesibov, G & Howley, M. (2003). Accessing The Curriculum for Pupils with Autistic Syndromme Disorders. London : David Fulton Publication Ltd. Mesibov, G.B. & Shea, V. (1996). Full Inclusion and Students with Autism. Journal of Autism and Developmental Disorder., 26(3), 337-346. Mohd. Salleh Lebar. (1998). Pengenalan Ringkas: Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor: Thinkers Library. Mok Song Sang (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Moyes, R.A. ( 2002 ). Addressing The Challenging Behavior of Children with High Functioning Autism / Asperger Syndrome in the Classroom. London : Jessica Kingsley Publishers Ltd. 574 Ochs, E., Kremer-Sadlik, T., Solomon, O. & Sirota, K.G. (2001). Inclusion as Social Practice: Views of Children with Autism. Journal of Autism and Development Disorder, 10 (3) Paul, J.L. et. al.(1997).Special Educatin Practice. USA : Brooks / Cole Publishing Co. Pijl, S.J., Meijer, C.J.W., Hegarty, S. (Ed.). (1997). Inclusive Education A Global Agenda. London: Routledge. Rahil Mahyuddin & Habibah Elias. ( 2002). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publication. Gomm, R. & Woods, P.(Ed.). (1993) Education Research in Action. London: Paul Chapman Publicatin Ltd. Robertson, K., Chamberlain, .B & Kasari, C. (2003). General Education Teachers Relationships with Included Students with Autism. Journal of Autism and Development Disorder, 33(2). Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50 Rose, R. & Grosvenor, I. (Ed.) (200). Doing Research in Special Education: Ideas into practice. London: David Fulton Publisher. Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi dan Tteknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang: PTS. Smith, R.M., Neisworth, J.T. (1980). The Exceptional Child. A Functional Approach. USA : Mc Graw-Hill. Stakes, R. & Hornby, G. (2000). Meeting Special Needs in Mainstream Practical Guide for Teachers. London: David Fulton Publisher. Sulaiman Ngah Razali. (2001). Pedagogi - Teori dan praktik. Kuala Lumpur : DBP. Thacker, J., Strukwick, D. & Babbedge, E. (2002). Educating Children with Emotional and Behavioral Difficulties: Inclusive Practice in Mainstream Schools. London: Routledge. Thomas, G & Feiler, A (1988). Planning for Special Nneeds : A Whole School Approach. London, Great Britain : Blackwell Ltd Wearmouth, J. ( Ed.). (2001).Special Education Provision in the context of Incusion. Policy and practice in school. London: David Fulton Publishers. Weishaar, M & Borsa, J.C. (2001). Inclusive Educational Administration: A Case Study Approach. New York: McGraw-Hill Co. Westwood, P. (1987). Commonsence Methods for Children with Special Needs. London: Croom Helm.

Wolfberg, P.J. (1999). Play and Imagination in Children with Autism. New York : Columbia University. Worth, S. (2005). Autistic Syndrome Disorders. London : Continuum International Publishing Group Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 575 Zalizan Mohd Jelas.(1996). Perkembangan kini dan peningkatan pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas. Zainal Abidin Safarwan (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Artikel dalam jurnal elektronik: http://www.autcom.org/criteria.html http://www.autism.org/styles.html http://www.autism-resources.com/autismfaq-defi.html http://www.educationnext.org/20041/42.html http://puterakembara.org http://www.researchmethods.com/

http://mnby75.blogspot.com/

PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.
PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING. 1.0-PENDAHULUAN Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 2.0-PROGRAM INKLUSIF 2.1-SEJARAH INKLUSIF Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (17811851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa -Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa -Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas. -Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. -Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik. 2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) -Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. -Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. -Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. -Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa. 2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas 3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. 4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model) 5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. 3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing . 4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. 5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik. 9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas. 2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan. 2. Guru sukar memberikan tumpuan. 3. Berlakunya penglabelan

4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas. 5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak. 3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU 3.1-LATAR BELAKANG Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa. Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4. 3.2-MATLAMAT Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah: 1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. 2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. 3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996. 4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. 5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina. 3.3-OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ). 3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana. 4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. 5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . 6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. 7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. 3.4-KUMPULAN SASARAN Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF

Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua) Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK) Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum) AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah) : Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu) : En Jamaluddin Juni (PPM) : Cik Nillip (PPM) : Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi) : Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris) : En Badrulisham Ameran (Guru Matematik) : En Mohd Safwan Alias (Guru Sains) : En Badrol Hisham Majid (Ustaz) 3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini

mengandungi dokumen-dokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. 3.7.1-Sebelum Program 1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guruguru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8) 3.7.2- Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat. 4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik. 5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas. 3.7.3- Program Mentor Mentee 1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan. 4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti 3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Pengetahuan Agama Islam Matematik Sains KHB/ERT 3.7.4.2-Tingkatan 4A Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Pengetahuan Agama Islam Matematik Sains 3.7.4.3-Tingkatan 4Sains Bahasa Melayu

Kimia Biologi Matematik Pengetahuan Agama Islam Bahasa Inggeris Sejarah 3.7.5-Selepas Program 1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah. 3.8-PENCAPAIAN 1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B) 2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum -Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph. 3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak. Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan . Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi . Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah. 4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.

4.0 RUMUSAN Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana.

7.0-LAMPIRAN 1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR 2. Lampiran C- Salinan Sijil 3. Lampiran D- Gambar Pelajar 4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan 5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan 6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran perdana 7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain. 8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan 9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana 10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8 http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-program-inklusif_21.html

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

1.0

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

2.0

TUJUAN KERTAS Untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

OBJEKTIF Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru. Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masingmasing. Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara. Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas.

4.0

RASIONAL Dengan adanya garis panduan ini, pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara.

5.0 5.1

DEFINISI Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

5.2

Program Pendidikan Inklusif Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama muridmurid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.1

Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2

Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.3

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

5.4

Bilik Resos Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

5.5

Jumlah Waktu Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.

6.0 ASAS PERTIMBANGAN Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor :

6.1

Kesamarataan Pendidikan

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

a)

b)

6.2

Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut.

6.3

Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut. 7.1.1 a) i. ii. iii. Prosedur Penempatan Peringkat 1 Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI .

b) i. ii.

Peringkat 2 Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Peringkat 3 Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI. Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif

c) i. ii. iii. iv.

v.

7.1.2

a) Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi b) Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana c) Tidak mempunyai pelbagai kecacatan d) Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya 7.1.3 Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif

a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif b) Merancang dan melaksanakan penilaian. c) Gunakan BBM yang sesuai. d) Dedikasi dan komitmen yang tinggi. e) Layanan dan bimbingan yang adil.

7.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Murid Bermasalah Pendengaran 7.2.1 a) b) c) d) e) Pengajaran dan Pembelajaran Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian.

f) g) h) i) j) k) l)

7.3 Pengurusan a) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. b) Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar. c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran. 7.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) b) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. 7.5 Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.

(a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah (b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. (d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras. (f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

8.0 SYOR Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

9.0 RUMUSAN Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masing-masing. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.

10.0

PENUTUP Ahli mesyuarat adalah dimaklumkan akan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi.

http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html

CONTOH KERTAS CADANGAN PERMOHONAN "READER"


KERTAS KERJA KEPERLUAN READER DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI/ DISLEKSIA. SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN.

1.0 TUJUAN : Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan perlaksanaan Reader bagi murid -murid yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid yang menghadapi masalah pembelajaran Spesifik Disleksia dalam peperiksaan awam. 2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS SPESIFIK DISLEKSIA Program Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di telah bermula pada 20 Julai 2004. Program rintis Kementerian Pelajaran ini telah dilaksanakan mengikut model inklusif. Murid-murid

Disleksia adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi pencapaian akademik setara dengan murid sebaya terutama dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai, murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (JPK,2003). Perkataan dyslexia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitudys bermaksud kesukaran dan lexia membawa maksud perkataan. Dyslexia jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis, dengan istilah lain yang pernah digunakan bagi kesukaran ini adalah word blindeles. Disleksia didefinisikan sebagai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.( JPK, 2003). Terdapat tiga kategori murid Disleksia iaitu adalah Disleksia Visual, Disleksia Audio, dan Disleksia Audio Visual. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai permasalahan yang berbeza. Tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan bagi murid-murid ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di kelas biasa. Guru khas PPKI Spesifik Disleksia sentiasa mendampingi dan berada bersama-sama pelajar semasa sesi pembelajaran. Beliau berperanan sebagai guru resos bagi memberikan bantuan, bimbingan, tunjuk ajar, bekerjasama bersama guru mata pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran dan kemajuan muridmurid tersebut sepanjang tempoh tersebut. Mengikut unjuran calon UPSR bagi tahun 2008 hingga 2013, terdapat peningkatan calon Disleksia UPSR. Oleh yang demikian, keperluan Reader bagi murid Disleksia akan berterusan dan meningkat setiap tahun. Jumlah ini tidak termasuk calon Disleksia yang tidak berada di dalam program Jabatan Pendidikan Khas.

2008 Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 53 98 69 64

2009 98 69 64 48

2010 69 64 48 60

2011 64 48 60 57

2012 48 60 57 55

2013 60 57 55 57

JADUAL 1: UNJURAN CALON DISLEKSIA 2008 2013 *Maklumat ini adalah jumlah calon daripada 27 buah program Disleksia di bawah kendalian Jabatan Pendidikan Khas, KPM.

Tahap keupayaan penyesuaian diri yang Tahun 2 48 60 57 55 57 56 tinggi amat perlu bagi seseorang pelajar untuk Tahun 1 60 57 55 57 56 56 berjaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru lain di kelas biasa. Berdasarkan pemerhatian, maklumbalas guru kelas, keputusan ujian PKSR dan hasil kerja murid, akan menentukan tahap keupayaan murid-murid tersebut. Bagi murid yang berjaya melalui proses tersebut, mereka akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan murid yang gagal menunjukkan potensi dan masih memerlukan perhatian khusus akan kembali belajar di kelas disleksia di bawah Kebanyakan murid-murid disleksia menghadapi kesukaran dalam penulisan semasa mereka berada di tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran memahami arahan yang

panjang dan mengolah idea dalam bentuk penulisan yang panjang. Pembacaan secara melangkau baris, menambah, menggugur dan meninggalkan perkataan serta mengubahan makna perkataan. Murid-murid disleksia juga kerap menimbulkan masalah dan kekeliruan yang berlarutan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Fenomena ini mencetuskan satu anjakan paradigma di kalangan guru-guru program PPKI disleksia untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyediakan keperluan Reader bagi murid-murid disleksia semasa menjawab soalan peperiksaan. Perlaksanaan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada murid-murid disleksia memerlukan keperluan tersebut. Ini memandangkan tidak semua di kalangan mereka berupaya mengatasi kesukaran dalam literasi 3M. Berdasarkan pemerhatian dan peperiksaan peringkat sekolah, keputusan ujian telah mendapati pencapaian murid adalah lebih baik setelah dibacakan soalan berbanding murid menjawab tanpa bantuan Reader. Kebanya kan muridmurid ini berpotensi untuk berjaya dalam akademik, namun begitu, kesukaran yang dialami membataskan keupayaan untuk menunjukkan potensi akademik mereka yang sebenar. Justeru itu, adalah sangat wajar perlaksanaan Reader diberi pertimbangan unt uk kebaikan muridmurid ini. Walaubagaimanapun keperluan ini perlu dirangka dengan teliti agar proses perlaksanaannya berlaku dengan efektif dan tiada unsur manipulasi oleh pihak-pihak tertentu. 3.0 RASIONAL 3.1 Lemah daya ingatan (Short Memory) Penggunaan Reader di dalam peperiksaan diperlukan oleh murid -murid disleksia kerana murid dapat memahami arahan dan kehendak soalan. Ulangan soalan dapat meneguhkan daya ingatan murid terhadap kehendak soalan . 3.2 Murid disleksia tidak menguasai kemahiran membaca. Terdapat segelintir murid disleksia yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan mengambil masa yang lama untuk mengeja serta membaca ayat mahupun petikan kefahaman. Bagi menangani masalah ini, dicadangkan pelaksanaan Reader kepada mereka. De ngan adanya Reader diharapkan dapat menangani kesukaran dalam aspek membaca dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri murid disleksia semasa menduduki peperiksaan. 3.3 Masalah Disleksia Kekal Sesetengah murid disleksia yang telah berjaya mengatasi masalah kecelaruan dan mempunyai kemampuan menjawab soalan peperiksaan setanding dengan murid yang sebaya dengannya. Namun, masih terdapat segelintir murid disleksia yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Ada juga murid disleksia yang mengalami permasalahan secara kekal sepanjang hayat. 3.4 Masalah Tumpuan Murid Disleksia mempunyai pelbagai masalah tumpuan dari segi visual. Contohnya, lazy eyes. Murid tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan yang lama. Kesannya, apabila murid membaca petikan, keadaan teks yang dilihat seakan bergerak-gerak ataupun berpusing-pusing dan mata murid ini akan sentiasa berair. Justeru itu, dengan adanya Reader, masalah ini dapat diselesaikan 3.5 Kemampuan menjawab soalan adalah sama.

Kemampuan mental dan menjawab soalan adalah sama tetapi jika dibiarkan calon membaca dengan sendiri tanpa adanya Reader, kebolehan menjawab murid menjadi berbeza . Ini kerana calon mengalami gangguan seperti tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan. 4.0- CADANGAN PELAKSANAAN Kertas cadangan ini mensyorkankan beberapa cadangan pelaksanaan berdasarkan kriteria-kriteria yang terkandung di dalam kenyataan seperti berikut: 4.1.- Murid Disleksia 4.1.1- Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) Calon disleksia yang memerlukan Reader perlu mempunyai ISD dan laporan pengesahan pengamal perubatan kerajaan . 4.1.2 Tempoh belajar Murid Disleksia yang memerlukan Reader perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Program Khas Disleksia sekurang-kurangnya selama dua tahun. Murid tersebut layak menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah selewat-lewatnya pada atau sebelum berumur 14 tahun. 4.2 Reader/ Pembaca soalan Pemilihan Reader adalah berdasarkan penetapan oleh Jabatan Pendid ikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia . 4.2.1 Reader boleh dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas. 4.2.2 Reader bukanlah terdiri daripada pengawas peperiksaan. 4.3 Kaedah Pelaksanaan Reader. 4.3.1-Seorang Reader: 3 orang pelajar.( bergantung kepada tahap keupayaan dan kebolehan pelajar tersebut.) Semasa peperiksaan dijalankan, seorang Reader ditempatkan bersama tiga orang murid disleksia. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada calon disleksia. Reader juga dapat menyampaikan bacaan yang lebih berkesan dan jelas kepada murid-murid disamping mengelakkan gangguan kepada calon-calon lain. 4.3.2- Membaca Soalan Dengan Sebutan dan Intonasi yang Betul Reader hendaklah membaca soalan dan jawapan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pelajar semasa menjawab soalan. 4.3.3 Soalan Dibaca Dua Kali. Reader akan membacakan soalan dan jawapan sebanyak dua kali sebelum murid menjawab soalan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid dapat memahami sepenuhnya kehendak soalan dan membuat pilihan jawapan yang betul. 4.3.4 Reader perlu menyebut arahan dan nombor soalan. Reader perlu membacakan arahan soalan dan m enyebut nombor soalan . 4.3.5 Reader membacakan soalan tanpa mempengaruhi calon. Reader hendaklah membacakan soalan dan pilihan jawapan kepada calon tanpa

mempengaruhi pilihan jawapan. 5.0 IMPLIKASI 5.1. 5.2. 5.3. Latihan perlu diberi kepada Reader oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia /JPK,KPM. Taklimat perlu diberi kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dan Setiausaha peperiksaan sekolah. Reader dan calon peperiksaan ditempatkan di dalam satu bilik khas dengan nisbah 1:3. Bilik khas berkenaan dianggap sebagai bilik peperiksaan. Reader perlu dibayar elaun khas Tambahan masa yang sesuai diperlukan mengikut kelayakan pelajar Pendidikan Khas.

5.4. 5.5 .

6.0 SASARAN Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Integrasi yang layak menduduki peperiksaan awam. 7.0 PENUTUP Reader atau pembaca soalan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan tumpuan pelajar pelajar berkenaan dalam menghadapi peperiksaan awam. Mereka seharusnya di beri peluang menikmati segala kemudahan yang sewajarnya supaya mereka dapat berdaya saing dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang bermakna. KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA

Disediakan oleh; (SUPIAH BT MAT YUSOF) GPK Pendidikan Khas PPKI SK Fakeh Abd Samad.

Disahkan oleh:

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/02/kertas-cadangan-permohonan-reader.html

Contoh kertas kerja PKBP

KERTAS KERJA PERANCANGAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009 1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Jabatan Pelajaran Unit Pendidikan Khas bagi melakasanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk 2010 bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Demak Baru.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid PKBP bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan. 2.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid PKBP supaya mereka terus mantap dalam bidang sukan dan permainan. 2.3 Menyedarkan murid-murid PKBP tentang kepentingan amalkan gaya hidup yang sihat dengan aktiviti yang dirancangkan. 2.4 Explotasi kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal sukan. 2.5 Memantapkan interaksi sosial. 2.6 Melahirkan murid PKBP yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 2.7 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 2.8 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang di rancang oleh PKBP. 2.9 Meningkatkan keceriaan bilik darjah dan persekitaran. 3.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 3.1 Tarikh akan ditentukan sepanjang tahun 2010 3.2 Masa perlaksanaan merangkumi sehari, 3 hari 2 malam (bergantung kepada aktiviti yang akan dijalankan). 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Murid-murid PKBP SMK Demak Baru

5.0 PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN 5.1 Perkhemahan (Program Bina Insan ) PKBP 5.2 Sukaneka 5.3 Lawatan Sambil Belajar 5.4 Aktiviti Kebudayaan (nasyid,kompang,tarian,nyayian) 5.6 Sambutan Bulan Patriotisme 5.7 Ceramah Kesihatan 5.8 Projek Keceriaan (persekitaran kelas dan bilik darjah) 5.8 Pertandingan Bocce 5.9 Pertandingan Futsal dan Bola Jaring 5.10 Aktiviti Pakaian Beragam 5.11 Anugerah Student Of The Month 5.12 Projek Kraftangan 5.13 Aktiviti Kelab Keceriaan 6.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN DAN ANGGARAN KOS BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 1. Baju Tarian 12 orang x RM100 RM 1200.00 2. Aksesori Tarian RM 1000.00 3. Kompang 12 x RM 130 4. Khemah 10 x RM 300

5. Bola Bocce 6. Mounting Board 7. Getah Paip 8. Bola Jaring 9. Bola Futsal 10. Batten 11. Peti Kecemasan 12. Kasut Bola 13. Manila Kad 14. HI FI set 15. Kertas Fotostat 16. Corum 17. Tiang Gol Mini Bola Sepak 18. Pelaka 2 x RM 250 19. Berus Cat 20. Punch Berbentuk 5 x RM 35

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 21. CD Tradisional 1 set x RM300 22. Selindang 12 x RM20 23. Gong 1 x RM 600 24. CD Nyayian 1 x RM 300 25. Set Karaoke 1 x RM 2000 26. Pakaian Sembahyang 10 x RM 60 27. Sejadah 10 x RM 30 28. CD Nasyid 2 x RM 30 29. Bunga Tiruan RM 500.00 30. Alatan Asas Solekan 1 x RM 100 31. Gerudi Elektrik 1 x RM 1500 32. Gunting Pemangkas Pokok 5 x RM 30 33. Tukul Besi 8 x RM 25 34. Ketam Elektrik 1 x RM 1000 35. Pemutar Skru Mata Rata 10 x RM 10 36. Pemutar Skru Mata Philip 10 x RM 10 37. Gergaji Kayu Kecil 10 x RM 5 38. Buku Cerita 10 set x RM 100 39 Magnetik Dart Set 1 set x RM 120 JUMLAH

6.0 PENUTUP Semoga dengan adanya aktiviti aktiviti yang akan dilangsungkan nanti dapat membolehkan murid dan guru PKBP menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak di Unit Pendidikan Khas mempertimbangkan dan meluluskan permohonan peruntukan seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2009/12/contoh-kertas-kerja-pkbp.html

Wednesday, 30 January 2013

GARIS PANDUAN PELAKSAAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994).

Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together.

Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.

2.0 PENCALONAN

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khasyang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi 3. Menduduki peperiksaan awam 3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada: i. ii. iii. iv. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered.

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. II.

Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.

III.

IV.

Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.

V.

Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

VI.

Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. Penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka Cipta. Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

I.

Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks.

II.

III. IV.

Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat . Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif. Penilaian: Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek: a. Tingkah laku b. Sosial c. Akademik Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

V. VI. VII. VIII.

IX.

X.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

7.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam 7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.

Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa.(OctopusModel) 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. 3. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. 4. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. 5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. 6. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 7. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX.

Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar pendidikan khas. Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru aliran perdana. Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi kerjasama. Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas inklusif. Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran. Kurang kerjasama dari ibu bapa. Jurang yang besar dalam kurikulum .

11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF Peranan Dan Tanggungjawab A. Pengetua/Guru Besar Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. ii. iii. iv. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan inklusif di sekolah. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid programpendidikan inklusif di sekolah. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.

i.

v. vi. vii.

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

i. ii. iii.

Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif .

iv.

Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program pendidikan inklusif di sekolah. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

v.

vi. vii.

i. ii. iii. iv. v.

B. Guru Kelas Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. Membuat penilaian. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii. Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa . iii. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. iv. Membuat penilaian. v. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran. iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif. iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana. vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.

viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif.

i. ii. iii. iv.

D. Murid Berkeperluan Khas Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Tiada masalah tingkah laku berat. Bersedia belajar di kelas aliran perdana. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

E. Rakan pembimbing i. ii. iii. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas. Rakan Pembimbing. menjadi role model.

F. Ibu bapa i. ii. iii. iv. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : 1. 2. 3. Kurikulum perdana Masa pembelajaran Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF

1.

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:

a. Pengerusi: Pengetua/Guru Besar b. Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas c. Setiausaha: guru pendidikan khas d. Ahli jawatankuasa: i. Guru kelas ii. Guru mata pelajaran iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas) iv. Guru bimbingan dan kaunseling v. Ibu bapa / penjaga

2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas. 3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa 4. Merancang dan membina instrumen penilaian. 5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF

14.1 Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta

menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

14.2 Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. 4. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program

1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan

pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.

15.0 Program Mentor Mentee

1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar. 3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI. 4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html

You might also like