You are on page 1of 3

LAMPIRAN

Temubual bersama Guru Besar


1. Apakah pendapat tuan tentang murid-murid pendidikan khas?
Pada pendapat saya, murid pendidikan khas merupakan murid-murid yang sangat
istimewa, ahli syurga dan mempunyai kelebihan mereka sendiri. Bagi saya, bukan semua
murid pendidikan khas bermasalah kerana setiap insan mempunyai kebolehan sendiri.
Mungkin mereka mempunyai kekurangan dari segi akal fikiran, fizikal dan sebagainya,
tetapi mereka tetap mempunyai kelebihan dari sudut lain pula.

2. Adakah murid-murid ini memberikan sumbangan untuk sekolah?


Pada pendapat saya, murid-murid ini sebenarnya banyak memberikan sumbangan
kepada sekolah. Sebagai contoh, penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah, peringkat
zon, negeri dan sebagainya turut boleh membantu menaikkan nama sekolah. Itu
merupakan contoh terbaik sumbangan mereka kepada sekolah.

3. Bagaimana pula dengan pandangan tuan tentang guru-guru pendidikan khas?


Pada pandangan saya, guru pendidikan khas merupakan seorang insan terpilih,
penyabar, prihatin dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dan rintangan bagi
memajukan program pendidikan khas. Guru-guru yang memberikan sepenuh usaha dan
tenaga untuk anak-anak istimewa ini tidak terbalas dengan elaun yang diterima. Saya
perhatikan banyak aktiviti yang dirancang oleh guru semata-mata untuk memberikan
sesuatu kepada murid-murid ini. Semoga usaha murni dan keikhlasan guru akan
diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.

4. Bagaimana pula dengan kerjasama dari guru pendidikan khas terutama kepada guru-guru di
aliran perdana?
Setakat yang saya perhatikan, setiap orang guru memberikan kerjasama yang sangat
baik samada untuk program pendidikan khas mahupun untuk program sekolah. Mereka
sama-sama bertugas, melatih murid perdana, melibatkan diri dengan program sekolah
dan ada yang turut membantu mengajar kelas tambahan tahun 6. Syabas dan tahniah
saya ucapkan buat guru-guru ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rencam
masalah murid di program pendidikan khas, mereka tetap memberikan komitmen dan
kerjasama yang sangat baik.

5. Pada pendapat cikgu, wajarkah murid-murid pendidikan khas ditempatkan dalam program
inklusif?
Pada pendapat saya, murid yang layak memang wajar ditempatkan dalam program
inklusif. Sebagai pentadbir saya merasakan tidak wajar untuk kita menyekat peluang
murid tersebut. Murid-murid ini perlu dibenarkan belajar mengikut tempoh dan
kemampuan mereka. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan
serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap optimum.
Tambahan pula, mereka dapat mengembangkan kemahiran sosial dan berinteraksi
bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain apabila bergaul dengan rakan lain di kelas
perdana.

6. Bagaimana pula pandangan tuan mengenai murid pendidikan khas yang ingin mengambil
UPSR?
Bagi saya, murid-murid yang ingin mengambil UPSR tidak boleh disekat. Semua pihak
perlu memberikan galakkan. Ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh semua
pihak termasuk pihak pentadbir. Semua pihak perlu mengembleng tenaga dan tidak
boleh lepas tangan serta menuding jari kepada sesiapa yang bertanggungjawab dan
sebagainya. Selagi ada peluang, pihak sekolah akan memberikan komitmen, galakan dan
bantuan mana yang perlu untuk memastikan murid ini mendapat pendidikan yang

sebaiknya. Tidak mustahil bagi murid ini juga mencapai kejayaan yang sama seperti
murid di aliran perdana.

7. Bagaimana pula kerjasama dan penglibatan pihak sekolah terutama pihak pentadbir kepada
program pendidikan khas?
Pada setiap organisasi, aktiviti mahupun program yang dirancang oleh program
pendidikan khas, saya sebagai pihak pentadbir sangat mengalu-alukan aktiviti yang
dirancang. Bagi saya tiada masalah dan halangan tentang apa sahaja yang ingin
dilaksanakan samada untuk murid, guru, program ataupun untuk sekolah. Akan tetapi
saya sentiasa mengingatkan guru-guru pendidikan khas supaya sentiasa memaklumkan
kepada saya ataupun kepada pihak pentadbir terlebih dahulu. Begitu juga dengan risiko
yang akan dihadapi perlu difikirkan terlebih dahulu. Pastikan setiap apa yang dirancang
sentiasa memikirkan tentang keselamatan murid dan guru.

You might also like