You are on page 1of 3

AKTA PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan

‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan

lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di

Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan Khas

Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996.

Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut

yang menyarankan bahawa:

40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan

di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang

difikirkan oleh menteri sesuai manfaat

41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan

menetapkan:

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang

menerima pendidikan khas

Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas


Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi

pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh

menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.

Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era

baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka

kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa

kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum

untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan

khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.

Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta P endidikan 1996.

1. Pelaksanaan Pendidikan inklusif

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar

di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang

pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L)

Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah

sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan

kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan

pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan
keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada

tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang

vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK

memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.

3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan

Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan

sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan

seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat

tempoh percubaan.

4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel

Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan pihak guru

mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan

kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka

kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah.

You might also like