You are on page 1of 23

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah Pembinaan JSU


Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran


Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang
kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran


Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan
dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras
pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakanrakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat
penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan
soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua
paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:


Kandungan Pengetahuan
Tajuk
Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
Tajuk
Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
Tajuk
Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,
yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya
ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan


Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif
pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif
yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayatayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan


Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan
peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan
ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab
semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang
ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

Langkah 1 : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Langkah 2 : Tentukan soalan-soalan yang akan dibina itu.


a. Soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item.
c. Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= __Jumlah masa _ X Jumlah soalan
Jumlah Masa Keseluruhan

Langkah 3 : Tentukan model aras kesukaran item.


Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
3 domain:
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor

Domain kognitif (Aras daripada mudah kepada aras sukar)

6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Aplikasi
2. Kefahaman
1. Pengetahuan

Langkah 4 : Apakah jenis ujian yang akan diuji?


Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei

Langkah 5 :
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei).
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar).
Pemarkahan.

Langkah 6 :
Menyatakan mata pelajaran.
Tingkatan.
Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAKSONOMI BLOOM

Pelopor : Benjamin Samuel Bloom.


Tujuan: Membina pemikiran dan pemahaman.
Contoh :
Menjawab soalan berdasarkan pemahaman petikan.
Menyatakan isi penting dalam cerita.

ARAS PENGETAHUAN

TUJUAN :
Mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa perubahan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

OJEKTIF UMUM :Mengetahui

OBJETIF KHUSUS :
Mampu menyatakan,
Menuliskan,
Melabelkan.

KOSA KATA POPULAR :

Labelkan
Senaraikan
Nyatakan
Manakah
Apakah
Berikan

CONTOH SOALAN :
1.Apakah maksud perkataan leka?
A.Lalai.
B.Prihatin.
C.Rajin.
D.Malas.

2. Di manakah letak ibu negara Malaysia?


A.Surabaya.
B.Kuala Lumpur.
C.Kota Kinabalu.
D.Kangar.

ARAS KEFAHAMAN

TUJUAN :
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada sesuatu perkara, dan
menjangkakan kemungkinan.

CIRI SOALAN :
Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam
bahasanya sendiri.
i.Terjemahan isi
ii.Tafsiran maklumat.
iii.Aras ekstrapolasi / tafisran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

OBJEKTIF UMUM :
Dapat memahami,menelaah, dan menjelaskan.

OBJETIF KHUSUS :

* Membanding,
* Membezakan,
* Menulis,
* Merumuskan semula.

KOSA KATA POPULAR :


Terangkan
Jelaskan
Huraikan
Tukarkan
Mengapakah
Bandingkan
Bezakan

Ringkaskan

Contoh soalan :
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

1. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi
seorang doktor.

A.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


B.Bagai aur dengan tebing.
C.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D.Bagai tikus membaiki labu.

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

2.Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar __________ di sekolah tersebut.
A.Buaya darat.
B.Kaki bangku.
C.Ulat buku.
D.Putih mata.

ARAS APLIKASI

TUJUAN :

* Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak).


* Menyelesaikan masalah / situasi maujud (konkrit).

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menyelesaikan masalah bukan rutin atau masalah baharu.
* Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman, dan pelbagai
kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
* Penekanan : kaedah, hukum, teori.

OBJEKTIF UMUM :
Menunjukkan, menyelesaikan, menggunakan.

OBJETIF KHUSUS :
Menyediakan, menghubungkan, mengira, mengendalikan, menggunakan.

KOSA KATA POPULAR :


Selesaikan
Binakan
Carikan
Tunjukkan
Kirakan
Demonstrasikan
Bagaimana
Berikan

CONTOH SOALAN :

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


1)
I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.
II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.
III.kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak, kata Pak Ali.
IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

2)
I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.
II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.
III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan minggu depan.
A.I dan III sahaja.
B.II dan IV sahaja.
C.I, III, dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

ARAS ANALISIS

TUJUAN :

* Menaakul, mencari sebab dan musabab.


* Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian.

CIRI SOALAN :
* Memerlukan calon menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya
secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan.

OBJEKTIF UMUM :

Mencerakinkan, menjelaskan, menilai kerelevanan data dan menaakul.

OBJETIF KHUSUS :
Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi.

KOSA KATA POPULAR :


Bandingkan
Bezakan
Buktikan
Beri sebab
Buat analisis
Cerakinkan
Tafsirkan
Klasifikasikan

CONTOH SOALAN :

Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan hangat.

1.Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud


A.Menyampaikan sesuatu dengan penuh semangat.
B.Menerima penyertaan yang amat menggalakkan.
C.Melakukan dengan bersungguh-sungguh.
D.Medapat perhatian daripada orang lain.

Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat berjalan semula.
2.Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?
A.Menunjukkan ketabahan.
B.Memberikan perangsang.
C.Menjalani pemulihan.
D.Membina ketahanan.
ARAS SINTESIS

TUJUAN :
Membentuk sesuatu yang baharu.

CIRI SOALAN :

* Memerlukan calon merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif
daripada penggabungan pelbagai unsur.
* Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan.
* Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau
idea-idea berkaitan.

OJEKTIF UMUM :
* Menukis karangan, mencadangkan suatu pandangan.
* Menghasilkan karya.

OBJETIF KHUSUS :
* Menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.

KOSA KATA POPULAR :


Rancangkan
Rumuskan
Sediakan
Cadangkan
Karangkan
Gubahkan
Gabungkan
Mereka bentuk
Kumpulkan
Susunkan

CONTOH SOALAN :

1.Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun yang lengkap.

Masak sebiji di atas peti


Hutang budi dibawa mati
Pisang emas dibawa belayar
Hutang emas boleh dibayar

_________________________,
_________________________;
_________________________,
_________________________.

2. Aminah lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menduduki peperiksaan PMR?
A.1997
B.1998
C.1999
D.2000

ARAS PENILAIAN

TUJUAN :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.

CIRI SOALAN :

Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan
memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu
kesimpulan.

OBJEKTIF UMUM :
Menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.

OBJEKTIF KHUSUS :
Menilai, membuat pertimbangan.

KOSA KATA POPULAR :


Bincangkan
Nilaikan
Beri pendapat
Beri justifikasi
Pertimbangkan
Sejauh mana
Rumuskan
Tafsirkan
Bandingkan
Ulaskan

CONTOH SOALAN :
1.Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.
2.Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan pernyataan tersebut.

DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL , 1964


(TAKSONOMI OBJEKTIF AFEKTIF)

Pelopor : David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram B. Masia.

Berkaitan : Perasaan, emosi, dan perkara-perkara kurang nyata dalam sesuatu subjek.
Penekanan : Perubahan tingkah laku pelajar pada akhir sesuatu pembelajaran.
Peranan guru : Pupuk perasaan suka dan minat dalam kalangan murid alam subjek yang diajarnya.
PERINGKAT PENERIMAAN
KONSEP :

*
Murid diberi kesedaran akan sesuatu fenomena dan ransangan.
*
Murid memberi perhatian terhadap ransangan tersebut.
*
Langkah terawal dalam sesuatu pembelajaran.

KATEGORI :
1) Keinginan dan kesanggupan menerima :
Kesanggupan memberi perhatian.
Mendengar ucapan / pendapat orang lain.
Menghormati kebudayaan berlainan.

2) Kesedaran :
Faktor :
Estetik.
Reka bentuk.
Kecantikan sesuatu benda.
Pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

3) Perhatian terkawal :
Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan.
Contoh :
Menghayati orang mendeklamasi sajak.
OBJEKTIF UMUM :

*
Mendengar dengan berhati-hati.
*
Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
*
Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
*
Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
*
Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.

OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menyoal.
*
Memilih.
*
Menghuraikan.
*
Mengikut.
*
Mengenal pasti.
*
Menamakan.
*
Menggunakan.

PERINGKAT BERTINDAK BALAS


KONSEP :

*
Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau ransangan.
*
Mengambil bahagian secara aktif.
*

Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas.

KATEGORI :
1) Persetujuan membalas :

*
Setuju untuk ikut peraturan.
Contoh :
Senaraikan 5 teknik (peraturannya 5 teknik).

2)Kesediaan membalas :

*
Sukarela.

3)Kepuasan membalas :

*
Merasa suka / senang dalam pembelajaran (capai objektif).

OBJEKTIF UMUM :

Arahkan pelajar melengkapkan kerja rumah.


*
Respon pelajar sebagai bukti penglibatan dalam kelas.
*
Seronok membantu rakan.
*
Secara sukarela.

OBJEKTIF KHUSUS :

*
Menulis tentang isi pelajaran.
*
Menjawab soalan.
*
Melafazkan sesuatu.
*
Menyatakan.Main peranan.

PERINGKAT MENILAI

KONSEP :

*
Kemahiran membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda dan tingkah laku.

*
Berdasarkan penghayatan suatu set nilai spesifik.

KATEGORI :
1. Penerimaan :
Murid punya minat yang baik.
Keinginan menguasai sesuatu yang baik.
2. Pilihan :
Usaha memperoleh suatu nilai yang telah dipilih.
3. Penglibatan :
Libatkan diri dalam perbincangan.
Libatkan arahan ketua kelas.
OBJEKTIF UMUM :

* Menghargai karya orang lain.


* Menunjukkan sikap menyelesaikan masalah.
* Bekerjasama.

OBJEKTIF KHUSUS :

* Berbincang dengan rakan-rakan.


* Melaporkan.
* Mencadangkan.

PERINGKAT ORGANISASI

KONSEP :

*
Pelajar mengorganisasikan / mengaplikasikan nilai.
*
Pelajar dapat membezakan nilai penting dan kurang penting.

KATEGORI :
1. Tanggapan :
oMampu mencipta konsep yang abstrak.
2. Organisasi :
oHidup sekelompok.
oKebolehan menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan.
oMembentuk suatu sistem.

OBJEKTIF UMUM :
Pelajar mampu mereka cipta (nilai estetika).
Contoh :
Reka baju tradisi.
OBJEKTIF KHUSUS :
Mampu membina / mereka.Mampu membina karangan.

PERINGKAT PERWATAKAN

KONSEP :
Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF UMUM :

*
Kebolehan mengekalkan nilai-nilai.
*
Perwatakan : disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

KATEGORI :
1. Set am :

* Sedia mengubah pertimbangan, dan mengubah tingkah laku mengikut maklumat baharu
* Melihat masalah dengan cara yang objektif, realistik, dan sabar.
* Menggunakan cara-cara yang objektif, dan perancangan sistematik untuk menguasai sesuatu.
* Optimis akan berjaya.

2. Perwatakan :
* Membentuk kod tingkah laku berdasarkan prinsip-prinsip etika untuk panduan kehidupan sehari-hari.
* Membentuk falsafah hidup yang konsisten.
* Membentuk suara hati atau kesedaran batin.

You might also like