You are on page 1of 6

2.

0 CABARAN & FAKTOR-FAKTOR MENDORONG KEJAYAAN PENDIDIKAN


INKLUSIF

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan


matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.
Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara
sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber
yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya
(Ysseldyke dan Alozzine, 1982).
Berdasarkan Bahagian Pendidikan Khas dalam usaha membangunkan golongan murid
berkeperluan khas (MBK) kita seharusnya meletakkan mereka menjadi sebahagian
daripada sumber modal insan negara (Utusan Malaysia, 2017). Perkara ini bertujuan untuk
mengelakkan pendiskriminasian kepada golongan murid ini dalam mencari pekerjaan
sekaligus dapat mewujudkan daya bersaing yang baik dengan golongan normal.
Pendidikan Inklusif adalah program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang
dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama dengan murid normal yang lain di dalam
arus perdana dan kelas yang sama.

Terdapat pelbagai teori ekologi antaranya ialah Teori Ekologi Bronfenbrenner (Urie
Bronfrenbrenner, 1977) dimana mengatakan bahawa guru , ibu bapa dan rakan sekelas
merupakan individu yang paling rapat dengan murid secara langsung memberi pengaruh
kepada murid. Oleh itu, mereka ini merupakan faktor dari segi aspek sosial penting kepada
kejayaan Pendidikan Inklusif ini. Selain itu juga, isu yang timbul seperti infrastruktur dan
peralatan mengajar juga memberi impak kepada pembelajaran murid dan mendorong
kepada kejayaan Pendidikan Inklusif.

I. Alat Bantu Mengajar & Infrastruktur

Bagi memastikan sistem pembelajaran berjalan lancer dan efektif, alat bantu mengajar
yang bersesuaian dan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran memainkan
peranan penting. Oleh itu, faktor infrastruktur menjadi salah satu faktor dalam
perlaksanaan program inklusif ini. Menurut Lokman dan Nurul (2009), yang menyatakan

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
perkara ini merupakan cabaran bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif lebih berjaya
kerana kebanyakkan guru-guru ini tidak mempunyai pendedahan yang cukup untuk
membuat alat bantu mengajar bagi pelajar pendidikan khas. Alat bantu mengajar yang
bersesuaian amat diperlukan oleh pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran terutama dalam
membantu mereka memahami konsep tertentu. Pembinaan peralatan yang ideal serta
penggunaannya yang efektif diharap dapat meningkatkan pencapaian pelajar inklusif
dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Selain itu, faktor berkenaan persekitaran fizikal sesuatu kelas inklusif. Keadaan kelas
seperti tempat duduk untuk pelajar MBK yang jauh di belakang di dalam kelas inklusif
juga akan menyebabkan mereka tidak dapat fokus belajar dan berasa seperti dipinggirkan
semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Malahan ada juga kelas inklusif ditempatkan
di kawasan yang kurang selesa atau kondusif misalnya berhampiran dengan kantin atau
tandas juga akan menyebabkan mereka kurang tumpuan untuk belajar. Kelengkapan asas
untuk proses pengajaran yang tidak mencukupi juga menjadi penghalang kepada kejayaan
pendidikan inklusif ini (Noorizah et al., 2012). Oleh itu, amat penting bagi pihak berwajib
menyediakan kelengkapan asas dalam usaha kepasa kejayaan Pendidikan inklusif ini.

II. Guru

Bagi menjayakan perlaksanaan Pendidikan Inklusif ini, guru pendidikan khas perlulah
memainkan peranan utama dengan bertindak sebagai guru resos yang sangat efektif. Guru
resos ini akan berperanan membantu guru kelas, guru mata pelajaran dan MBK sebelum,
semasa dan selepas sesi PdP di dalam kelas di PPI . Guru kelas aliran perdana dan guru
pendidikan khas mestilah bersama-sama mengambil peranan dalam mewujudkan
kerjasama dalam mengendalikan murid berkeperluan khas (MBK) sebagai contoh
membantu menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan, serta berkongsi maklumat
terperinci dan ilmu berkaitan MBK (Noor Aini et al, 2010). Hubungan baik dan sikap
saling bantu membantu akan menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu
pelaksanaan program ini. Oleh itu, guru dalam latihan dan dalam perkhidmatan perlu
diberi latihan dan pemahaman yang mendalam. Mazlinah (2009) menyatakan bahawa
guru-guru sanggup menerima cabaran untuk mendidik pelajar-pelajar tersebut akan tetapi
masalah utama mereka ialah tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk mendidik

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
pelajar-pelajar sedemikian. Guru di aliran perdana memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kejayaan program Pendidikan Inklusif ini. Pengubahsuaian amalan
pengajaran guru terutama bagi guru yang terlibat dengan program inklusif perlulah
mengikut keupayaan dan kemahiran MBK (Smith et al., 2006). Mereka tidak seharusnya
mengajar dengan menumpukan hanya kemampuan pelajar normal sahaja

III. Ibu Bapa

Faktor ketiga ialah sokongan ibu bapa. Sokongan ini merangkumi ibu bapa bagi pelajar
normal dan ibu bapa bagi pelajar MBK itu sendiri. Ibu bapa MBK perlu memberi
kepercayaan dan keyakinan terhadap kemahiran guru kelas arus perdana dalam
mengendalikan keperluan khas anak mereka dan begitu juga dengan ibu bapa pelajar
normal (Norhayati et al., 2010). Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti persekolahan dapat
dilihat dengan memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah, berbincang dengan guru
mengenai anak mereka dan lain-lain lagi. Mereka harus sentiasa berhubung dengan guru
aliran perdana yang mengajar kelas inklusif ataupun guru Pendidikan Khas. Pandangan
daripada ibu bapa juga penting, dan harus bersikap yang terbuka seperti memberi peluang
kepada anak-anak mereka menyertai aktiviti luar kelas bersama pelajar-pelajar normal.

IV. Pihak Pentadbiran

Bagi memastikan keberkesanannya Pendidikan Inklusif dapat dijayakan dengan lebih


meluas, pihak pentadbiran sekolah berperanan untuk lebih memahami tentang Program
Inklusif ini. Pihak pentadbiran perlu prihatin, bersedia memberi dan menyediakan
kemudahan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan MBK untuk mencapai potensi diri.
Menurut Osman dan Ahmad (2007) bahawa sokongan pihak pentadbir sekolah dalam
melaksanakan pengajaran Pendidikan Inklusif sangat diperlukan. Hal ini kerana, pihak
pentadbir turut memahami akan masalah dan kekangan yang timbul di kalangan semua
pihak yang lain yang terlibat iaitu guru dan pelajar arus perdana. Oleh itu, kemudahan dan
toleransi dalam pembahagian tugas serta peranan semua pihak dapat diselaraskan dengan
harapan tidak timbul masalah perselisihan faham yang dapat dijadikan sebagai bebanan
tambahan.

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
KAJIAN-KAJIAN LAMPAU

Hasil kajian Mohd Najib (2006) telah meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan
pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang sering dihadapi seperti keadaan bilik
darjah untuk pelajar MBK yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti
dibawah tangga, berdekatan dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas
juga tidak mencukupi.

Selain itu, berdasarkan beberapa kajian lepas faktor keadaan bilik darjah juga menjadi
kekangan kepada keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas PPI. Kajian yang telah
dijalankan oleh Kamaliah (2010) mendapati bahawa tiada perubahan atau penyesuaian
fizikal dilakukan oleh pihak pentadbiran terhadap sumber bantuan pembelajaran untuk
murid austistik di dalam kelas PPI. Oleh hal yang demikian, ianya menyukarkan guru arus
perdana dalam melaksanakan proses PdP di dalam kelas PPI tersebut. Ianya menyukarkan
aktiviti guru bagi proses PdP, dan menyebabkan pergerakan MBK austistik serta
penglibatan mereka dalam aktiviti agak terbatas, tidak selamat dan kurang selesa. Hal ini
akan menyebabkan proses PdP menjadi tidak lancar.

Selain itu, berdasarkan kajian Hanafi (2016), mendapati bahawa terdapat guru arus
perdana yang mengajar di dalam kelas PPI yang tidak mempunyai pengetahuan atau
pengalaman asas berkaitan pendidikan khas serta cara efektif mengendalikan MBK.
Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan guru mata pelajaran berdepan dengan
kesukaran untuk mengetahui serta memahami keperluan MBK semasa PdP di dalam kelas.
Justeru itu, situasi ini akan memberi kesukaran bagi proses PdP MBK di dalam kelas.
Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tiga daripada lima (60%) guru arus perdana
tidak mempunyai pendedahan khusus berkaitan tentang cara dan kaedah PdP yang
bersesuaian untuk MBK semasa di dalam kelas PPI.

Seterusnya, kajian daripada Mohd Hanafi (2016) juga mendapati masih terdapat guru mata
pelajaran yang menyamaratakan teknik dan kaedah PdP kepada semua murid tanpa
mengambil kira tahap keupayaan dan potensi MBK. Hal yang demikian akan
menyebabkan segelintir MBK yang tidak dapat memahami pengajaran guru dan gagal
menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru. Manakala bagi guru yang
mempunyai pendedahan khusus berkaitan kaedah PdP yang bersesuaian untuk MBK,
pengajaran berjalan lancar dan berkesan (Grace et al, 2012).

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
Grace, N. M. F., Rosadah Abdul Majid, Mohd Mokhtar Tahar & Mohd Hanafi Mohd Yasin
(2012). Pelaksanaan Amalan Pengajaran Dalam Kelas Inklusif: Adakah Masalah
Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas Ditangani?. Seminar International Pasca Siswazah
Pendidikan Khas UKM-UPSI Siri II 2012. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi. Selangor.

Hjh Kamaliah Muhammad dan Wan Amiman Wan Mahmud. Perlaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes. The
4th International Conference on Teacher Education : Join Conference UPI & UPSI.
2010. 561-575. Bandung. Indonesia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas (PPIMBK). Bahagian Pendidikan Khas. Putrajaya

Mazlinah Abd.Mutalib. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dan Transisi Kerjaya Kanak-Kanak


Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah Di Negeri Melaka. Prosiding
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-kanak

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
Berkeperluan Khas. 2009. 414-437. Bangi. Selangor.

Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
http:/www.researchgate.net/publication/299447306

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru Dalam Pelajaran Khas
Dan Pelajaran Normal. Paper work Annual Conference on Teacher Education. Kota
Kinabalu, 6-8 September

Norhayati Razali, Mohd Mokhtar Tahar dan Mohd Hanafi Mohd Yasin. Perlaksanaan
Pendidikan Inklusif Melalui Aktiviti Rekreasi : Satu Kajian Kes Permainan Boling.

Noor Aini Ahmad, Zahara Aziz dan Zamri Mahamod. Pendidikan Inklusif Dalam Kalangan
Murid Bermasalah Pembelajaran Ringan. Prosiding Seminar Kebangsaan
Pendidikan Negara Kali Ke-4. 2010. 45-52. Bangi. Selangor.
Proceeding First Annaul Inclusive Edcation Practices Conference. 2010. 1-16.
Bandung. Indonesia.

Noorizah Mohd. Noor et al. Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus
Perdana di Malaysia. International Conference on Learner Diversity 2010. 2012.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

This study source was downloaded by 100000793357433 from CourseHero.com on 01-05-2022 20:34:09 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/60531553/CABARAN-FAKTORdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like