You are on page 1of 3

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

Pendidikan khas merupakan salah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang telah
disediakan untuk murid bekeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring
dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Pendidikan khas di Malaysia mula
berkembang dengan pesat pada awal 1990- an. Sepanjang tempoh itu, KPM telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk mengintergrasikan MBK dengan murid-murid tipikal
dalam persekitaran arus perdana. UNESCO (1994) menegaskan bahawa semua kanak-
kanak perlu belajar bersama-sama dalam konteks yang sama tidak kira apa jua kesulitan atau
perbezaan yang ada pada diri mereka. Pendidikan inklusif penting untuk murid bekeperluan
khas kerana murid-murid ini berhak untuk akses kepada kesamarataan hak asasi, pendikan
berkualiti, dan keperluan sosial. Ia seiring dengan matlamat pendidikan inklusif di Malaysia
iaitu meningkatkan peluang penyertaan murid bekeperluan khas untuk mengikuti program
akademik dan bukan akademik bersama-sama dengan murid-murid tipikal. Ini dapat
meningkat lagi keyakinan murid bekeperluan khas dalam mempraktikkan dan mempelajari
kemahiran-kemahiran baharu. Objektif pendidikan inklusif sendiri ialah supaya dapat
membina keyakinan diri murid bekeperluan khas (MBK) bagi mencapai potensi yang optimum
(Ang Chai Tin, 2018). KPM telah menggariskan matlamat dan objektif pendidikan inklusif ini
bertujuan bagi memboleh murid bekeperluan khas dapat peluang untuk berintergrasikan
dengan semua aktiviti kehidupan dan belajar untuk berdikari.

Menurut Mohd Siraj (1996), proses memasukkan murid-murid ke dalam sistem


pendidikan normal di sekolah-sekolah dinamakan sebagai Program Inklusif. Pendidikan
Inklusif juga dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi
keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Pendidikan Inklusif merupakan satu
transformasi pendidikan yang mencabar kerana guru yang terlibat dalam program Pendidikan
Inklusif perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan bidang yang kukuh, kemahiran
pengajaran yang mantap serta sikap yang terpuji. Bagi sekolah yang melaksanakan
pendidikan inklusif, ibu bapa, MBK, dan personel sokongan sering terlibat dalam membuat
perancangan dan keputusan bagi memastikan minat dan keperluan pendidikan MBK tercapai
(Sands, Kozleski & French, 2000). Personel sokongan adalah orang yang sering kelihatan
dalam persekitaran MBK. Hal ini menanam keyakinan MBK untuk berinteraksi dan
bersosialisasi dengan persekitaran arus perdana. Menurut Smitch et.al (2011),
mencadangkan guru-guru yang terlibat dengan program inklusif supaya dapat memberikan
peluang tanpa ragu-ragu kepada pembantu murid, sukarelawan dan guru untuk menjalankan
peranan mereka membantu murid MBK di dalam kelas
Guru merupakan sumber yang paling utama dalam sistem pendidikan sesebuah
negara (UNESCO ,2008). Menurut Lewis & Doorlag (2014), guru sebagai orang pertama yang
dapat mengesan masalah murid dalam pelajaran dan berusaha untuk merujuk murid
berkenaan kepada pihak-pihak yang dapat membantu. Guru arus perdana yang akan terlibat
secara langsung dalam pendidikan inklusif ialah guru kelas dan guru mata pelajaran yang
mengajar mata pelajaran inklusif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Ainscow (2008),
usahasama yang kuat dalam kalangan guru pendidikan khas dan guru aliran perdana dalam
menerangkan keperluan dan objektif inklusif dilaksanakan. Sebagai guru yang terlibat secara
langsung dengan Program Pendidikan Inklusif, guru arus perdana perlu memahami dan
mamatuhi tuntutan dasar pendidikan semasa berkaitan dengan pendidikan inklusif, misalnya
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dan sebagainya yang secra
langsung atau tidak langsung mempengaruhi hala tuju pelaksanaan PPI di sekolah. Hal ini
dibuktikan dengan pernyataan dalam PPPM (KPM, 2013) yang mengatakan bahawa
kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai murid bekeperluan khas ke dalam program
pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan. Selain itu,
guru arus perdana bertanggungjawab untuk membantu MBK menyesuaikan diri di dalam
kelas arus perdana dengan mewujudkan suasana penerimaan semua murid termasuklah
murid bekeperluan khas. Bagi mencapai tujuan ini, guru arus perdana perlu membuat
pengubahsuaian kurikulum, jadual waktu, dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapat menarik
minat dan penyertaan semua murid. Menurut (Golder et al, 2005), pendekatan yang menarik
dapat melibatkan pengajaran MBK. Pendekatan ini akan memberikan peluang kepada murid-
murid berinteraksi dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan ia akan memberi
peluang kepada semua murid merasai semangat yang lebih efektif dan bermakna. Guru arus
perdana juga perlu memberikan penekanan kepada pembelajaran koperatif dan komunikasi
dua hala dalam kalangan ahli kelas, mewujudkan peluang berkala untuk MBK bercakap
secara berpasangan, secara individu, dan dalam kumpulan.

Guru arus perdana digalakkan menggunakan pendekatan multisensori, iaitu


melibatkan lebih dari satu deria murid untuk meningkatkan minat dan daya tumpuan murid
bekeperluan khas. Untuk itu, guru arus perdana perlu menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar yang dapat memberikan rangsangan multisensori murid secara kreatif dan inovatif
bagi membantu pembelajaran MBK. Selain melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
guru arus perdana juga terlibat membuat pelbagai penilaian formal dan informal tentang
kemajuan yang dicapai oleh MBK. Penilaian ini membolehkan guru arus perdana membuat
pengubahsuaian pada Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang dirancang apabila perlu.
Guru arus perdana haruslah memaklumkan kepada guru pendidikan khas tentang kemajuan
murid bekeperluan khas di dalam kelas arus perdana. Sekiranya murid bekeperluan khas
menunjukkan masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku, guru arus perdana boleh
mendapatkan bantuan daripada guru pendidikan khas untuk membuat perubahan RPI yang
bersesuaian bagi mencapai matlamat yang dirancang untuk murid bekeperluan khas. Semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru arus perdana boleh mendapatkan
bantuan daripada guru pendidikan khas dari segi penyediaan bahan bantu mengajar dan
berbincang dengan guru pendidikan khas bagi melaksanakan pendekatan pengajaran
multisensori supaya pengajaran yang dilaksanakan adalah berkesan kepada murid
bekeperluan khas. Guru arus perdana juga perlu menjalinkan hubungan baik dan berkongsi
idea atau sumber pengajaran dengan guru-guru pendidikan khas atau guru-guru sekolah lain
yang terlibat dengan PPI juga. Hal ini penting khususnya untuk guru yang baru terlibat dengan
PPI kerana mereka berkemungkinan besar akan mengalami kekeliruan dan kerisauan tentang
cara pelaksanaan pengajaran apabila melibatkan MBK di kelasnya.

Kesimpulan, PPI diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan peluang kepada murid


bekeperluan khas untuk mendapat pembelajaran dan perkembangan yang selaras dengan
muri-murid tipikal. Pendidikan inklusif membolehkan murid bekeperluan khas mencapai
pembangunan peribadi dan menguasai kemahiran sosial untuk berinteraksi dan seterusnya
berdikari dalam hidupnya. Untuk merealisasikan matlamat ini supaya boleh dicapai,
pengstrukturan semula sekolah-sekolah arus perdana adalah perlu supaya dapat memenuhi
keperluan pembelajaran semua murid termasuklah murid bekeperluan khas.

You might also like