You are on page 1of 6

TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES

1.0 Pengenalan

Pada 11 Mac 2019 yang lalu, saya bersama ahli kumpulan saya telah melaksanakan
pentaksiran kepada kanak-kanak pendidikan khas untuk menguji tahap psikomotor kanak-
kanak pendidikan khas untuk kategori autisme. Psikomotor terbahagi kepada dua iaitu
psikomotor halus dan kasar. Perkembangan motor halus merupakan perkembangan
kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan.
Pergerakan motor halus mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan kanak-
kanak. Pentaksiran yang kami lakukan dengan menggunakan instrumen yang bersesuian
untuk melakukan pentaksiran ini. Saya telah melaksanakan pentaksiran bersama Mikail
antaranya melaksanakan pemerhatian secara tidak formal, membuat catatan dan,
menyemak rekod kehadiran. Ini selaras dengan pendapat Hallahan & Kauffman, 2006; Snell
& Brown, 2006 tentang pelaksanaan pentaksiran untuk mendapat gambaran prestasi dan
potensi murid kurang upaya. Penilaian perlulah dilakukan menjadi sesuatu pengalaman
yang selesa, selamat dan dilaksanakan secara sistematik.
Instrumen yang kami sediakan ialah borang senarai semak untuk membuat
pemerhatian bagi menguji psikomotor Mikail. Borang senarai semak merupakan borang
yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan
diajukan kepada responden. Seperti situasi kami menggunakan borang senarai semak untuk
membuat pemerhatian terhadap psikomotor Mikail. Jika saya menemubual mungkin saya
akan menghadapi masalah dapatan hasil dan tidak membantu untuk kami mencapai objektif.
Sebelum saya membuat pemerhatian terhadap Mikail, saya bersama ahli unit saya telah
mendapat kebenaran untuk melakukan pemerhatian terhadap mereka. Guru mereka telah
memberi arahan yang jelas sebelum semua murid diberikan kepada kami. Saya telah
mengambil seorang murid yang bernama Mikail berumur 6 tahun. Saya ingin melihat tahap
psikomotor Mikail sepanjang dia belajar di dalam kelas.
Rajah 1: Murid mendengar taklimat ringkas dari guru mereka

2.0 Analisis SWOT


2.1 Kekuatan (Strength)
Berdasarkan pentaksiran yang telah kami laksanakan terdapat kekuatan selepas
pemerhatian terhadap Mikail. Mikail murid yang sangat mudah untuk dikawal
tingkah lakunya walaupun saya merupakan orang asing untuknya yang
melakukan aktiviti bersamanya. Mikail mudah untuk menyesuaikan diri dengan
persekitran yang baru. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk
merangsang minat dan semangat murid untuk belajar. Jadi persekitaran yang
disekeliling Mikail dapat memberi rangsangan kepada Mikail untuk melakukan
aktiviti bersama saya. Saya telah merancang beberapa aktiviti bagi menarik
minat Mikail terlebih dahulu sebelum saya melakukan pemerhatian tentang motor
kasar dan motor halus Mikail. Aktiviti yang telah saya lakukan seperti rajah 2

Rajah 2: Mikail melakukan aktiviti binaan menggunakan cawan plastik


Mikail ialah murid yang mudah memahami arahan yang diberikan. Saya cuba
menanyakan soalan berdasarkan instrumen yang saya dan ahli kumpulan saya
sediakan. Mikail dapat memberi respon yang positif terhadap semua instrumen
tersebut. Selain menanyakan soalan saya juga membuat pemerhatian secara
tidak formal terhadap Mikail semasa dia bermain bersama rakan-rakannya yang
lain. Mikail tiada masalah dalam pergaulan dengan rakan-rakannya dan dia boleh
berkongsi apabila bermain dengan rakan-rakan yang lain. Kemudian, saya
memberi Mikail sehelai kertas untuk menguji motor halus Mikail. Saya menyuruh
Mikail menulis namanya di atas kertas dan Mikail dapat lakukannya. Ini
menunjukkan Mikail dapat melepasi item pentaksiran psikomotor.

Rajah 3: Mikail memegang pensel dan menulis namanya

Ini menunjukkan Mikail dapat menguasai psikomotor halus dan kasar dengan
baik dan instrumen yang telah saya sediakan semua tahap Mikail dapat
mencapai dengan baik. Mikail tidak mempunyai masalah dalam psikomotor
berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan semasa aktiviti yang saya
rancang dijalankan.
2.2 Kelemahan
Kelemahan bagi pentaksiran yang telah kami lakukan ialah dari segi pembinaan
instrumen. Borang senarai semak yang kami bina mempunyai aspek yang terlalu
mudah untuk dicapai oleh Mikail. Aspek yang kami bina terlalu mudah untuk
dicapai oleh Mikail yang tidak mempunyai masalah motor halus dan motor kasar.

BELUM
BIL KEMAHIRAN DIUJI TARIKH MENGUASAI CATATAN
MENGUASAI
1 Murid dapat menggoyangkan
tangan.
2 Murid dapat menggoyangkan
kaki.
3 Murid dapat menggerakkan jari.

Rajah 4: Aspek instrumen yang diuji pada Mikail

Instrumen yang dibina tidak fokus kepada masalah yang di hadapi oleh Mikail.
Mikail mempunyai masalah dalam komunikasi jadi ini menunjukkan senarai
semak ini tidak dapat menguji tahap Mikail yang sebenar. Saya sepatutnya
mengetahui dahulu tahap kognitif Mikail sebelum membina instrumen. Ini akan
menunjukkan bahawa instrumen yang kami bina tiada kesahan dan
kebolehpercayaan. Akibatnya data yang saya kumpulkan akan mengahadapi
masalah. Hal ini kerana, Mikail tidak mempunyai masalah untuk motor kasar dan
motor halus. Saya perlu membuat penambahbaikkan untuk membina instrumen
bagi memenuhi masalah yang dihadapi oleh murid saya yang lain kelak. Menurut
Matin (2000), apabila guru telah mengenal pasti potensi, keperluan dan halangan
yang dihadapi oleh seseorang murid dalam pembelajaran dan perkembangan
mereka, usaha penambahbaikan pembelajaran boleh dilaksanakan.

2.3 Peluang
Peluang yang dapat dilakukan terhadap pentaksiran ini adalah perkhidmatan
terapi cara kerja sebagai salah satu intervensi kepada Mikail. Menurut Mulligan
(2003), perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan,
intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-
kanak. Saya akan menjalankan satu penilaian berstruktur kepada Mikail supaya
saya dapat ketahui samada Mikail mempunyai masalah dalam kemahiran motor
kasar dan motor halus. Saya akan berfokus kepada aktiviti kemahiran motor
halus dalam pembelajaran kanak-kanak. Peruntukan masa yang lebih lama
diperlukan untuk menjalankan aktiviti yang pelbagai supaya saya dapat ketahui
tahap kemahiran motor kasar dan motor halus Mikail. Aktiviti yang lebih menarik
dapat dijalankan jika masa yang diperuntukkan kepada kami satu kumpulan lebih
lama dan saya dapat merancang aktiviti berkaitan motor kasar dan motor halus
dengan lebih teratur.
Selain itu, saya perlu melakukan temubual bersama guru Mikail sebelum
menyediakan instrumen yang bersesuaian tahap kognitif Mikail. Ini ada;ah
bertujuan untuk saya untuk mengumpul maklumat klien saya terlebih dahulu
sebelum menjalankan apa – apa tindakan yang lain. Apabila saya mendapat data
yang terkini tentang klien saya, barulah saya dapat menganalisis data tersebut
dan membuat instrumen yang berkaitan tentang tahap murid tersebut. Kemudian,
peluang lain yang saya dapat lakukan kepada Mikail ialah dengan lakukan aktiviti
yang dapat menarik minat dan dalam amsa yang sama menguji kemahiran motor
halus Mikail seperti rajah 5.

Rajah 5: Aktiviti lain yang dapat menarik minat Mikail


2.4 Ancaman
Semasa menjalani pentaksiran ini melalui pemerhatian yang telah saya lakukan
terdapat beberapa ancaman yang saya dapati iaitu dari kekangan masa. Masa
yang diperuntukkan tidak mencukupi jadi masalah dan ancaman yang dihadapi
untuk saya jalankan pemerhatian. Kemudian, saya tidak dapat gambaran
prestasi dan potensi murid terlebih dahulu dari segi kognitif, sosial dan emosi. Ini
mengakibatkan semua data yang saya peroleh tidak mencapai objektif saya
semasa membina instrumen kemahiran motor kasar dan motor halus ini.

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, sebagai guru pendidikan khas boleh menggunakan pelbagai cara


untuk mendapat gambaran tentang prestasi dan potensi murid kurang upaya. Pentaksiran
boleh dilakukan dalam dua peringkat, iaitu peringkat pengenalpastian dan penilaian
terperinci. Teknik dan alat yang paling penting bagi melakukan penilaian adalah seperti
pemerhatian, soal selidik, senarai semak dan ujian. Pentaksiran ini dilakukan adalah untuk
melihat tahap keberkesanan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran kepada murid
berkeperluan khas,

You might also like