You are on page 1of 26

TUGASAN: LAPORAN BERTULIS DOMAIN PERKEMBANGAN FIZIKAL &

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 5-6 TAHUN

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 10

KOD KOS : PIC1005


NAMA KOS : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
SESI : 2023/2024 (SEMESTER 1)
PENSYARAH : DR AMIRA NAJIHA BINTI YAHYA

BIL NAMA NO.MATRIK

1. NURKAIYISAH BINTI MOHD RIZAL 23003526

2. NURUL NADIA BINTI MOHD ZAYID 23003469

3. NIK AULIA INSYIRAH BINTI ISMAIL 23003411

4. NURUL SYAFIQAH BINTI ZAIDIN 23003445

5. NUR SYAHIRAH BINTI MOHD AZAR 23003529


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan........................................................................................................................ 2
1.1 Perkembangan Fizikal (Motor Kasar & Motor Halus).................................................2
1.2 Perkembangan Kognitif................................................................................................4
1.3 Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Mengikut Umur................................................. 6
1.4 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Mengikut Umur.............................................. 7
1.5 Justifikasi Pemilihan Domain dan Peringkat Umur..................................................... 8
2.0 Perbincangan.................................................................................................................. 11
2.1 Bahan-bahan yang digunakan.................................................................................... 11
2.2 Langkah-langkah menjalankan aktiviti...................................................................... 12
2.3 Justifikasi Pemilihan Aktiviti..................................................................................... 13
2.3.1 Perkembangan Fizikal....................................................................................... 13
2.3.2 Perkembangan Kognitif.....................................................................................14
3.0 Penutup............................................................................................................................16
4.0 Rujukan...........................................................................................................................17
5.0 Lampiran.........................................................................................................................19
5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)........................................................................ 19
5.2 Pandangan Pakar (Rakaman Video)........................................................................... 25

1
1.0 Pengenalan

1.1 Perkembangan Fizikal (Motor Kasar & Motor Halus)

Sejak dari bayi lagi tahap perkembangan motor kanak-kanak perlu berada pada tahap
yang tertinggi. Hal ini kerana, perkembangan motor yang baik dapat memberikan kesan
yang positif kepada kanak-kanak. Perkembangan positif ini termasuklah penglibatan yang
aktif dalam melakukan aktiviti yang menggunakan motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Pada dasarnya, perkembangan motor boleh didefinisikan sebagai perubahan
yang berlaku terhadap tingkah laku dan pergerakan di dalam kehidupan sepanjang hayat
manusia (Payne & Isaacs, 2017). Justeru, perkembangan motor merangkumi perubahan
tingkah laku pergerakan fizikal yang berlaku sepanjang hayat manusia iaitu bermula dari
lahir lahir sehinggalah kepada kematian. Perubahan tingkah laku pergerakan ini berlaku
disebabkan oleh faktor fizikal, persekitaran dan juga pengalaman kanak-kanak dalam
melakukan aktiviti di sekolah atau tadika. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi
tahap kemahiran dan prestasi motor seseorang kanak-kanak.

Perkembangan motor secara asas terbahagi kepada kemahiran motor halus dan juga
kemahiran motor kasar. Kedua-dua kemahiran ini merujuk kepada keupayaan kanak-kanak
dalam menggunakan anggota badan. Perkembangan fizikal kanak-kanak terutamanya dari
segi kemahiran motor kasar merupakan satu aspek yang penting dalam pemahaman dan
perkembangan holistik kanak-kanak. Kemahiran motor kasar merujuk kepada kemahiran
dan koordinasi pergerakan badan yang melibatkan penggunaan otot besar untuk melakukan
aktiviti yang melibatkan seluruh badan. Bagi mengenal pasti perkembangan fizikal
kemahiran motor kasar kanak-kanak adalah sangat penting untuk memahami perubahan
yang berlaku sejak lahir hingga mencapai tahap perkembangan tertentu.

Pada peringkat awal perkembangan, bayi sudah mengalami kemahiran motor kasar
asas seperti menggerakkan tangan dan kaki, mengangkat kepala, dan mencapai objek yang
berada di sekitarnya. Seiring dengan peningkatan umur kanak-kanak, kemahiran motor

2
kasar berkembang dengan lebih kompleks termasuk kemampuan untuk merangkak, berdiri,
berjalan, dan akhirnya berlari. Perkembangan ini sentiasa berubah untuk setiap kanak-kanak
tetapi terdapat beberapa perkara umum yang diluar jangkaan pada setiap perkembangan
mengikut persekitaran kanak-kanak. Tambahan pula, ketika kanak-kanak mencapai usia lima
tahun hingga enam tahun, mereka biasanya telah memperoleh kemahiran motor kasar yang
lebih cekap. Aktiviti-aktiviti fizikal seperti melompat, bermain bola, dan berbasikal sudah
menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga enam tahun. Oleh itu,
perkembangan fizikal mengikut kemahiran motor kasar adalah penting bagi memastikan
kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor kasar secara berperingkat dan sistematik
dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

Seterusnya, kemahiran motor halus adalah kemahiran kanak-kanak yang


memerlukan kawalan halus dan koordinasi otot-otot halus seperti menggunakan gerakan
tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dinamakan ‘dexterity’. Pada peringkat
awal, bayi mengalami pencapaian awal seperti menggenggam objek dan menggerakkan
tangan ke mulut. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan
otot kecil tangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak meningkat usia, mereka akan mula
mencapai objek dengan lebih tepat dengan jari mereka serta kemahiran motor halus menjadi
lebih kompleks termasuk kebolehan memegang pensil, menulis, melukis atau melakukan
tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Aktiviti yang merangsang kemahiran motor halus adalah penting dalam


perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana perkembangan motor halus dapat meningkatkan
kebolehan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti seperti memasukkan objek ke dalam
lubang, aktiviti seni dan kraf serta bermain dengan mainan yang memerlukan tindakan
halus, contohnya menampal sesuatu objek pada bentuk yang betul atau melakukan aktiviti
menyusun teka-teki. Oleh itu, memahami perkembangan motor halus kanak-kanak
memainkan peranan penting dalam pendekatan pendidikan dan penyediaan pengalaman
yang sesuai kepada kanak-kanak. Guru dan ibu bapa perlu menyediakan peluang kepada

3
kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan motor halus bagi
meningkatkan lagi perkembangan fizikal kemahiraan motor halus kanak-kanak.

Intihannya, memahami perkembangan fizikal kanak-kanak terutamanya dalam


konteks kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus haruslah dititikberatkan dalam
kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak memerlukan kemahiran ini bagi
menjalani kehidupan seharian mereka dari awal kelahiran hingga dewasa kelak.
Menyediakan persekitaran dan aktiviti yang sesuai adalah penting bagi menyokong
kemajuan kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran motor mereka serta membantu
membentuk strategi pendidikan dan penjagaan yang holistik. Mengaplikasikan pendekatan
holistik terhadap perkembangan kanak-kanak melibatkan tumpuan pada kemahiran motor
kasar yang membentuk asas penting untuk pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan
kanak-kanak serta memperoleh kemahiran motor halus bagi mencapai akademik dan
kemahiran hidup yang berjaya.

1.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak


kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Pengertian
‘cognitive’ berasal daripada perkataan ‘cognition’ yang bermaksud mengetahui (Zega &
Suprihati, 2021). Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,
menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, dan berimaginasi. Kemahiran kognitif adalah
penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak merujuk kepada proses pertumbuhan dan


perubahan dalam cara kanak-kanak memahami, memproses maklumat, dan menyelesaikan
masalah sepanjang fasa pembangunan mereka. Ia melibatkan perkembangan fungsi-fungsi
kognitif seperti pemikiran, ingatan, perhatian, dan pemahaman konsep-konsep abstrak. Hal
ini sangat penting untuk memahami perkembangan kognitif ini kerana ia membentuk asas

4
bagi pencapaian kebolehan intelektual kanak-kanak dan mempengaruhi cara mereka
berinteraksi dengan dunia. Perkembangan kognitif juga berkembang secara berperingkat
dalam kalangan kanak-kanak mengikut umur mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak
memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada
yang seterusnya.

Selain itu, terdapat satu ciri penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget. Menurut Piaget, kanak-kanak melalui
empat peringkat pembangunan kognitif utama iaitu sensorimotor, praoperasi, operasi
konkrit, dan operasi formal. Piaget (1952), melihat perkembangan kanak-kanak sebagai
perkembangan kendiri di mana mereka boleh meneroka, membentuk idea, dan mengujinya
secara individu. Piaget menyatakan bahawa proses asimilasi (menggunakan skema sedia
ada untuk maklumat baru) dan akomodasi (mengubah skema untuk menyesuaikan dengan
maklumat baru) adalah penting dalam pembangunan kognitif. Teori Piaget memberikan
wawasan mendalam tentang bagaimana kanak-kanak membina pemahaman mereka tentang
dunia melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang berbeza.

Seterusnya, teori perkembangan kognitif oleh Lev Vygotsky menekankan peranan


penting interaksi sosial dalam pembentukan pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak.
Menurut Vygotsky, pembelajaran tidak hanya berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran fizikal, tetapi juga melalui interaksi dengan individu-individu dalam komuniti
mereka. Vygotsky mengenali "zona pembangunan proximal" (ZPD), iaitu jurang di antara
apa yang kanak-kanak dapat lakukan sendiri dan apa yang mereka dapat lakukan dengan
bantuan orang lain yang lebih berpengalaman. Belajar paling efektif berlaku apabila
kanak-kanak berada dalam ZPD, di mana mereka dibimbing dan disokong oleh individu
yang lebih mahir.

Tambahan pula, bahasa memainkan peranan utama dalam teori Vygotsky, dan beliau
menyatakan konsep "bicara luar" atau berbicara kepada diri sendiri sebagai alat untuk

5
memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, interaksi sosial dan
penggunaan bahasa dianggap sebagai elemen penting dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak serta dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di
persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik-beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya.

Intihannya, perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh interaksi sosial dan


persekitaran. Stimulasi yang baik, sokongan dari penjaga, dan peluang untuk
mengeksplorasi dunia sekitar membantu membentuk asas perkembangan kognitif yang
kukuh kepada kanak-kanak. Melalui peringkat-peringkat ini, mereka dapat mengembangkan
kemampuan berfikir secara kreatif, meningkatkan daya penyelesaian masalah, dan
membentuk pandangan dunia yang lebih kompleks. Oleh itu, pemahaman perkembangan
kognitif kanak-kanak penting dalam merancang pendekatan pendidikan yang sesuai dan
memberikan pengalaman yang meningkatkan pertumbuhan intelektual yang optimal pada
setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

1.3 Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Mengikut Umur

Perkembangan fizikal kanak-kanak merujuk kepada perubahan-perubahan yang


berlaku dalam tubuh dan sistem fizikal mereka sepanjang tempoh pertumbuhan dan
perkembangan. Perkembangan ini melibatkan beberapa aspek, termasuk pertumbuhan
jasmani, koordinasi motor, perkembangan organ-organ dalam tubuh, dan kemahiran motor
halus. Perkembangan fizikal ini pada peringkat umur lima hingga enam tahun. Bagi
kemahiran motor kasar mereka, kemampuan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun
untuk melompat dan berlari benar-benar mula berkembang pada usia ini seperti lompatan
dan larian di sekitar rumah pada usia ini. Selain itu, memandangkan otot-otot kecil mereka
menjadi lebih selaras, mereka akan dapat berpakaian sendiri, memegang butang dan zip,
mereka mungkin memerlukan pertolongan dari orang dewasa jarang-jarang sekali, selain itu
juga, mereka juga dapat menggunakan gunting dengan bimbingan orang dewasa atau guru
dan juga perlu memotong potongan sederhana.

Pada perkembangan motor halus kanak-kanak yang berusia lima hingga enam tahun
ini sudah dapat berupaya membuat pilihan dengan menggunakan tangan serta mereka juga

6
dapat menggunakan jari mereka yang dipanggil tripod grasp yang membuat mereka dapat
merenyok kertas mahupun mereka dapat menyelak halaman muka surat seterusnya.Serta
pada tahap ini mereka dapat membina menara dengan menggunakan mainan seperti blok
dan juga mereka gemar untuk melukis, jika seorang guru memberi kertas dan pensil untuk
mereka lukis, ia akan menggambarkan sesuatu yang mereka suka dan memberi makna
kepada mereka. Pada umur mereka lima hingga enam tahun ini ia dapat menggunting
mengikut garisan yang betul. Kanak-kanak biasanya mereka dapat mengutip sesuatu objek
dengan menggunakan dua jari sahaja yang dipanggil ‘pincer grasp’, namun mereka perlu
masa yang lebih untuk mengutip atau mengambil objek dengan menggunakan ‘pincer
grasp’.

Seterusnya bagi perkembangan motor kasar pada peringkat ini, kanak-kanak boleh
mengimbangi badan dan melompat menggunakan satu kaki sahaja dan juga boleh melompat
ke depan dan ke belakang atau memanjat. Malah, apabila mereka melakukan aktiviti motor
kasar yang baru mereka akan mengagumi diri sendiri apabila berjaya melakukan aktiviti
tersebut, akan tetapi mereka tetap berasa kekurangan jika sesuatu aktiviti yang mereka
lakukan itu tidak berjaya. Oleh itu, sebagai guru dan ibu bapa hendaklah memastikan
kanak-kanak dapat melakukan aktiviti sama ada di tadika atau di rumah dengan melakukan
aktiviti yang mengikut perkembangan usia kanak-kanak.

1.4 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Mengikut Umur

Perkembangan kognitif pada usia 5 hingga 6 tahun adalah tahap penting dalam
perkembangan anak-anak. Pada usia ini, anak-anak biasanya menunjukkan kemajuan
signifikan dalam berbagai aspek kognitif, termasuk bahasa, pemikiran logis, dan
keterampilan sosial. Menurut Piaget terdapat empat tahap kognitif dengan karakteristik
masing-masing , iaitu sensorimotor (umur 0-2 tahun), praoperasi (umur 2-7 tahun), operasi
konkrit (umur 7-12 tahun), dan operasi formal (umur 12-18 tahun). Perkembangan kognitif
dalam aktiviti yang dilaksanakan hanya memfokus pada perkembangan kognitif
kanak-kanak usia lima hingga enam tahun yang berada pada tahap praoperasi.

Pada tahap perkembangan kognitif ini yang mana menyebutkan bahawa dalam
tahap pra operasional terdapat empat kemampuan dasar yang perlu diperhatikan iaitu

7
kemampuan transformasi, kemampuan reversibility, kemampuan klasifikasi, dan
kemampuan hubungan asimetris (Yusuf, 2012:12). Menurut Piaget, pada kanak-kanak dapat
transformasi adalah kemampuan memahami perubahan atau pergantian bentuk. Sedangkan,
reversibiliti adalah kemampuan untuk mengikuti satu rangkaian berfikir, kemudian memutar
kembali proses berpikir tersebut. Selanjutnya klasifikasi merupakan kemampuan menguasai
dasar dari klasifikasi dan dapat memilih objek berdasarkan kelasnya secara konsisten. Tidak
semua klasifikasi berdasarkan atas kesamaan, tetapi juga boleh diatasi perbezaan,
kemampuan untuk mengklasifikasikan objek berdasarkan perbezaannya adalah faktor
penting lain dari berfikiran logik. Konsep dasar dari kemampuan ini disebut hubungan
asimetris yang memungkinkan kanak-kanak memahami pernyataan seperti, apabila A lebih
besar dari B, dan B lebih besar dari C, maka A pasti lebih besar dari C.

Selain itu, pada peringkat ini kanak-kanak dapat mempertingkatkan pengetahuan


yang lebih baik tentang dunia sekitarnya, termasuk pengenalan bentuk, warna, dan ukuran
sepertimana yang kita dapat dari hasil aktiviti kita iaitu kank-kanak dapat melakukan aktiviti
tersebut dengan baik dan sudah memiliki pengetahuan yang sedia ada pada diri mereka,
apabila mereka melihat bola, kanak-kanak mengetahui bentuk bola tersebut kategori bulat.
Di samping itu, kanak-kanak-kanak pada peringkat ini ia ada peningkatan pemahaman
tentang alam dan lingkungan serta penkembangan keterampilan sosial, seperti berbagi,
bekerja sama, dan bermain dengan teman-teman. oleh itu kerana mereka tahu semasa
mereka melakukan aktiviti tersebut, kanak-kanak dapat menunggu giliran-giliran daripada
kawan dan sama-sama melakukan tugas aktiviti itu dengan bagus. Malah pemahaman yang
lebih baik tentang perasaan sendiri dan perasaan orang lain serta kanak-kanak
berkemampuan untuk fokus pada tugas dan aktivitas tertentu dengan lebih baik.

1.5 Justifikasi Pemilihan Domain dan Peringkat Umur

Pemilihan domain perkembangan motor halus dan motor kasar, serta dengan domain
perkembangan kognitif bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun, mencerminkan
pentingnya memahami dan menyokong keseluruhan pembangunan mereka. Pada peringkat
ini, kanak-kanak mengalami kemajuan yang pesat dalam kemahiran motor halus dan motor
kasar, memainkan peranan penting dalam kecekapan fizikal mereka. Sementara itu, domain

8
perkembangan kognitif menekankan pertumbuhan pemikiran dan pengetahuan mereka.
Penekanan pada pemahaman konsep, pengembangan bahasa, dan kemampuan pemikiran
simbolik menjadi kunci dalam memberi landasan untuk perkembangan kognitif yang lebih
kompleks. Oleh itu, dengan memahami dan menyeluruh memantau domain-domain ini,
pendekatan pembelajaran dan pembangunan kanak-kanak dapat disusun secara holistik
untuk memenuhi keperluan unik mereka pada tahap usia ini.

Perkembangan fizikal bagi kemahiran motor kasar dan motor halus dalam
melaksanakan aktiviti “Teng-teng Bentuk Asas” bagi kanak-kanak yang berusia lima hingga
enam tahun merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melompat serta menampal sesuatu pada objek yang betul. Menurut Diana (2014), bermain
membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar serta memudahkan pergerakan otot
dan saraf kanak kanak. Melalui aktiviti belajar sambil bermain kanak-kanak dapat
memperkemaskan kemahiran fizikal mereka iaitu motor kasar (gross motor skills) dan motor
halus (fine motor skills) secara optimum (Damanhuri, 2017). Apabila kanak-kanak bermain
mereka perlu melibatkan diri secara aktif, serta mereka dapat merangsang pergerakan
keseluruhan anggota badan. Melalui aktiviti fizikal yang dilaksanakan semasa bermain
dapat memberi kesan positif dari sudut kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak dalam
kumpulan usia ini sering mengeksplorasi dunia melalui aktiviti yang melibatkan gerakan
tubuh seperti berlari, melompat, dan melempar. Oleh itu, dengan memberi penekanan
kepada kedua-dua domain ini, pendekatan holistik terhadap perkembangan fizikal
kanak-kanak dapat direalisasikan. Ini memberikan peluang untuk menyediakan pengalaman
pembelajaran yang bersifat menyeluruh, memastikan kanak-kanak memperoleh kemahiran
motor halus dan motor kasar yang penting bagi perkembangan fizikal dan perkembangan
keseluruhan mereka pada usia ini.

Seterusnya, perkembangan kognitif dalam melakukan aktiviti ini dapat memberi


impak yang positif kepada kanak-kanak. Menurut Piaget (Waseso, 2018) tingkah laku
seseorang sentiasa berubah berdasarkan pada kognitif, iaitu tindakan untuk mengenali atau
memikirkan keadaan di mana sesuatu tingkah laku berlaku. Begitu juga dengan personaliti
kanak-kanak secara langsung dibentuk melalui proses pembelajaran yang melibatkan proses

9
pemikiran adalah kompleks dan merupakan satu peristiwa mentaliti yang kemudiannya
boleh menggalakkan sikap dan tingkah laku yang berlaku. Tambahan pula, perkembangan
kognitif ialah pertumbuhan pemikiran logik sejak bayi menjadi dewasa, menurut Piaget
perkembangan yang berlaku melalui empat peringkat iaitu peringkat perkembangan
peringkat sensorimotor pada usia kelahiran hingga dua tahun, peringkat praoperasi pada
umur dua hingga tujuh tahun, peringkat operasi konkrit pada umur tujuh hingga sebelas
tahun, dan peringkat operasi formal adalah 12 tahun ke atas (Basri, 2018). Melalui peringkat
umur ini jelas, menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia lima hingga enam tahun
dapat melakukan aktiviti yang dilaksankan dengan memadankan objek yang betul kerana
mereka sudah dikategorikan pada peringkat praoperasi menurut teori Piaget.

Kesimpulannya, pemilihan untuk memberi tumpuan kepada domain perkembangan


fizikal dalam motor halus dan motor kasar, serta domain perkembangan kognitif
kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun, adalah berasaskan pada keperluan
pembangunan holistik kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan. Pada tahap usia
ini, fokus terhadap kemahiran motor halus dan motor kasar mencerminkan keperluan
mereka dalam menyempurnakan kawalan gerakan tangan dan koordinasi tubuh. Sementara
itu, penekanan pada perkembangan kognitif memberi tumpuan kepada keupayaan mereka
untuk berfikir, merancang, dan memahami konsep-konsep yang semakin kompleks.
Pendekatan ini menyokong perkembangan global kanak-kanak, memastikan kecekapan
mereka dalam aspek fizikal dan intelektual pada peringkat perkembangan ini.

10
2.0 Perbincangan

Aktiviti ini dijalankan di sebuah tadika Tatih Rakyat pada 8 Disember 2023 iaitu
pada hari jumaat. Tajuk aktiviti yang kami lakukan ialah mengenal bentuk-bentuk asas
seperti bentuk segi empat, segitiga dan bulat. Terdapat dua perkembangan yang digunakan
untuk menjalankan aktiviti ini antaranya ialah perkembangan fizikal dan perkembangan
kognitif. Umur kanak-kanak yang kami pilih untuk melaksanakan aktiviti ini ialah berumur
5 tahun iaitu seramai 3 orang murid yang menjalankan aktiviti tersebut. Tunjang utama bagi
aktiviti ini ialah tunjang sains dan teknologi (matematik awal). Standard kandungan ialah
memadankan objek dan standard pembelajaran memadankan objek berdasarkan bentuk.

Seterusnya, kesepaduan tunjang ialah murid melakukan pergerakkan seperti


melompat dan melompat sebelah kaki. Manakala bagi objektif pembelajaran yang kami
ingin murid kuasai ialah murid-murid dapat mengenali bentuk bulat, segi tiga dan segi
empat sama. Yang kedua, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dengan
melakukan aktiviti melompat (teng-teng). Akhir sekali, murid-murid dapat menampal
bentuk asas pada objek dengan betul. Bagi pengetahuan sedia ada murid, mereka pernah
melihat bentuk yang berada di sekeliling mereka.

2.1 Bahan-bahan yang digunakan

Bahan-bahan yang digunakan untuk menajalan aktiviti ini ialah kad imbasan bentuk
untuk memudahkan murid-murid mengenali bentuk-bentuk asas yang dipelajarinya.
Seterusnya, kotak misteri iaitu di dalam kotak tersebut terdapat beberapa objek maujud
berbentuk asas yang perlu dipilih oleh murid seperti kertas bola, dawai (berbentuk segi tiga),
buku kecil (berbentuk segi empat) untuk digunakan sewaktu menjalankan aktiviti teng-teng
bersama murid-murid. Selain itu, pada aktiviti ini kami juga menggunakan kadbod
bergambar (bentuk), kertas warna yang telah dilukiskan bentuk-bentuk asas, dan kadbod
bergambar (objek). Setiap bahan-bahan yang digunakan telah dipilih dahulu demi menjaga
keselamatan murid-murid sewaktu menjalankan aktiviti agar dapat mengelakkan daripada
berlakunya perkara yang tidak diingini.

11
2.2 Langkah-langkah menjalankan aktiviti

Bagi aktiviti ini, langkah untuk set induksi ialah sesi perkenalan dan soal jawab.
Pada langkah ini cuma dijalankan selama lima minit sahaja iaitu guru masuk ke kelas dan
bertanya khabar bersama murid-murid dahulu. Selepas daripada sesi bertanya khabar, guru
menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan kepada
murid-murid. Soalan yang diberikan oleh guru dapat dijawab dengan baik oleh murid.
Penerapan nilai bagi langkah ini ialah hormat-menghormati.

Seterusnya, langkah pertama dijalankan selama 10 minit iaitu mengenal bentuk asas
seperti segi tiga, bulat dan segi empat. Pada langkah ini guru menunjukkan kad imbasan
bentuk asas kepada murid. Daripada kad imbasan tersebut, guru meminta murid-murid
untuk meneka bentuk yang ada pada kad imbasan tersebut. Selepas itu, murid diminta untuk
menyebut dan mengenalpasti bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh guru pada kad imbasan
dengan betul.

Langkah yang kedua dijalankan selama 10 minit. Pada langkah ini guru
menyediakan kotak misteri yang berisi bahan-bahan maujud kepada murid-murid. Selepas
itu, guru menerangkan serta membuat demokrasi cara melakukan aktiviti teng-teng yang
akan dijalankan kepada murid-murid. Dalam demokrasi tersebut, guru meminta murid untuk
mengambil satu bahan maujud di dalam kotak misteri yang disediakan. Seterusnya, murid
diminta untuk mengambil satu bahan maujud dan perlu menyebut bentuk yang mereka
dapat.

Selepas itu, guru meminta murid untuk melompat pada teng-teng bentuk yang
disediakan pada kad board bergambar bentuk dengan berhati-hati. Akhir sekali, murid perlu
memadankan dengan betul bentuk maujud yang diambil dengan gambar bentuk asas yang
dipegang oleh guru. Bagi langkah yang ketiga dijalankan selama 10 minit. Pada langkah ini,
guru menerangkan cara untuk melakukan aktiviti menampal bentuk asas pada objek yang
betul kepada murid. Murid perlu memerhati dan mendengarkan arahan guru dengan baik.
Akhir sekali, murid diminta untuk menampal bentuk pada objek yang disediakan di kad
board bergambar (objek) dengan betul.

12
Seterusnya, langkah bagi penutup aktiviti ini dijalankan selama 5 minit iaitu guru
mengimbas kembali dengan menunjukkan kad imbasan bentuk asas kepada murid-murid.
Selepas itu, murid perlu menyebut dan mengenalpasti bentuk yang ditunjukkan oleh guru
dengan betul. Murid dapat membezakan antara bentuk bulat, segi tiga dan segi empat
dengan baik. Akhir sekali, guru menanyakan perasaan murid semasa melakukan aktiviti
tersebut.

2.3 Justifikasi Pemilihan Aktiviti

Pemilihan aktiviti memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap


perkembangan kanak-kanak. Jadi, tahap pencapaian milestone kanak-kanak juga diambil
kira iaitu selari dengan umur mereka. Oleh itu, aktiviti pengenalan bentuk asas telah dipilih
oleh kami iaitu melibatkan beberapa permainan yang interaktif bagi menarik perhatian
kanak-kanak. Antara permainan yang dijalankan semasa aktiviti sesi pengajaran adalah
aktiviti bermain teng-teng bentuk asas dan aktiviti mencabut dan menampal bentuk asas
mengikut bentuk yang betul dan tepat. Kesemua aktiviti permainan yang dinyatakan adalah
melibatkan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Aktiviti ini telah dijalankan
oleh kanak-kanak yang berusia lima dan enam tahun.

2.3.1 Perkembangan Fizikal

Antara faktor pemilihan aktiviti ini adalah disebabkan kebolehan dan


keupayaan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak iaitu berusia lima dan enam
tahun. Dalam milestone perkembangan fizikal iaitu motor kasar bagi kanak-kanak
yang berusia lima dan enam tahun, mereka sudah boleh berdiri dengan satu kaki,
melompat dengan dua kaki dan melompat dengan sebelah kaki ke hadapan. Jadi,
aktiviti teng-teng bentuk asas telah menyokong tahap perkembangan motor kasar
kanak-kanak dan ini adalah bersesuaian dengan umur kanak-kanak. Ini kerana
mereka sudah mampu untuk melakukan aktiviti permainan teng-teng yang akan
menguji tahap kebolehan motor kasar disamping meningkatkan perkembangan
motor kasar mereka. Manakala, milestone perkembangan fizikal motor halus
kanak-kanak pula, mereka sudah boleh melipat kertas dan membutang baju sendiri.
Jadi, secara asasnya mereka sudah boleh melakukan aktiviti permainan menampal

13
dan mencabut bentuk asas dengan betul dan tepat. Oleh sebab itu, aktiviti permainan
menampal dan mencabut bentuk asas dapat membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan lagi perkembangan motor halus mereka.

Menurut Arnold Gesell seorang ahli psikologi, perkembangan manusia


dipengaruhi oleh faktor kematangan. Beliau menyatakan bahawa perkembangan
individu mengikut jadual waktu telah ditetapkan urutan atau pola tertentu. Jadi,
aktiviti ini dapat menyokong perkembangan fizikal kanak-kanak mengikut milestone
yang ditetapkan. Namun begitu, menurut teori perkembangan Arnold Gesell juga,
setiap individu mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Tidak semua
kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang sama. Jadi, dengan adanya
aktiviti permainan seperti yang dinyatakan di atas. Secara tidak langsung,
kanak-kanak yang kurang penguasaan motor kasar dan motor halus dapat
meningkatkan kemahiran mereka dalam perkembangan fizikal. Menurut Havighurst
dalam bukunya Human Development and Education (1953), kanak-kanak perlu
belajar kemahiran fizikal untuk permainan biasa. Ini kerana beliau berpendapat
bahawa pada peringkat ini, pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak telah bersedia
untuk mempelajari kemahiran yang lasak. Jadi, jelaslah bahawa pemilihan aktiviti ini
mampu menyokong perkembangan fizikal kanak-kanak seiring dengan kesediaan
mereka untuk meneroka perkara baru.

2.3.2 Perkembangan Kognitif

Pada awal perkembangan kanak-kanak, konsep matematik berkembang


selain daripada hanya menulis nombor. Sebaliknya, apabila kanak-kanak mula
belajar pengiraan, mereka sepatutnya tertumpu kepada perkara yang berkaitan
dengan matematik dan perkara yang dilihat di sekeliling mereka, kerana ia berkaitan
dengan kehidupan harian. Setiap rumah di mana kanak-kanak dibesarkan
mempunyai banyak kaitan dengan konsep matematik ini. Untuk membina kemahiran
pengiraan atau memperkenalkan bentuk asas kepada kanak-kanak, permainan
sepatutnya menjadi kaedah yang menyeronokkan dan menggembirakan. Standard
Pembelajaran di bilik darjah menumpukan pada kemahiran berfikir dengan

14
penekanan khusus pada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) apabila Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 disusun (Tasripin,2021).

Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun telah mencapai tahap di mana
mereka boleh melakukan aktiviti seperti memadankan objek berdasarkan warna,
bentuk, dan saiz. Kita boleh mengukur kemajuan kognitif kanak-kanak apabila
mereka mengambil bahagian dalam permainan yang memerlukan pengenalan bentuk
asas. Aktiviti ini memerlukan mereka memadankan objek berdasarkan bentuk asas.
Laili (2018) menyatakan bahawa kanak-kanak di prasekolah boleh mempelajari
konsep pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik dengan memadankan
bentuk asas. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak yang tidak
menerima pendidikan formal mungkin menghadapi masalah dan mencapai tahap
rendah dalam pembelajaran matematik.

Menurut teori Jean Piaget, pada tahap kedua praoperasi, yang berlaku antara
dua dan tujuh tahun, kanak-kanak mula menggunakan simbol dalam permainan.
Sebagai contoh, apabila buku ditarik di atas lantai, mereka menganggapnya sebagai
kereta. Walaupun begitu, kualiti pemikiran orang dewasa pada tahap ini masih lebih
tinggi daripada kanak-kanak. Piaget juga menyatakan bahawa tiga kebolehan asas
meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, keupayaan mental
kanak-kanak untuk melaksanakan tingkah laku yang boleh diukur, seperti kemahiran
mengira. Kedua, rangkaian tingkah laku diperkuat dan digeneralisasikan melalui
latihan berulang. Ini menghasilkan skema tingkah laku yang stabil. Terakhir tetapi
tidak kurang pentingnya, mempunyai pemahaman yang mendalam tentang idea
umum yang dipelajari oleh orang ramai untuk menguatkuasakan pengukuhan
terhadap tingkah laku tertentu (Hanry, 2016).

15
3.0 Penutup

Kesimpulannya, aktiviti "Teng-teng Bentuk Asas" yang dijalankan pada tadika Tatih
Rakyat, fokus diberikan kepada perkembangan fizikal motor halus dan motor kasar, serta
perkembangan kognitif kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. Aktiviti ini
melibatkan pengenalan bentuk asas seperti segi tiga, bulat, dan segi empat, dengan
menggunakan bahan-bahan seperti kad imbasan, kotak misteri, dan kad board bergambar.
Pemilihan domain ini membantu menyokong perkembangan holistik kanak-kanak pada
peringkat ini.

Melalui aktiviti ini, kanak-kanak tidak hanya dapat mengenal bentuk-bentuk asas
secara visual, tetapi juga melibatkan gerakan tubuh seperti melompat dan menampal,
memperkemaskan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Selain itu,
perkembangan kognitif juga ditekankan dengan penerapan konsep-konsep matematik awal,
seperti memadankan objek berdasarkan bentuk.

Keseluruhan aktiviti ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar


melalui pengalaman aktif dan interaktif, memastikan perkembangan fizikal dan kognitif
mereka terbentuk secara seimbang. Melibatkan murid dalam proses pembelajaran yang
menyeronokkan, aktiviti ini merangsang minat kanak-kanak terhadap pembelajaran,
memperkukuhkan nilai hormat-menghormati, dan membentuk asas perkembangan yang
optimum pada peringkat usia ini.

16
4.0 Rujukan
Allah, Hamba. “Psikologi Kanak Kanak [PKK]: Teori Perkembangan Arnold Gesell

(1880-1961).” Psikologi Kanak Kanak [PKK], 29 Apr. 2014,

psikologikanakkanak.blogspot.com/2014/04/teori-perkembangan-arnold-gesell-1880

.html.

Damanhuri, Z. (2017). PERKEMBANGAN MAIN DALAM KALANGAN

KANAK-KANAK AWAL. Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science

Jilid, 2, 144–155.

http://unimel.edu.my/journal/index.php/JSS/article/viewFile/458/389

Hanry, A. (2016). TEORI-TEORI UTAMA DALAM PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK. www.academia.edu.

https://www.academia.edu/22104245/TEORI_TEORI_UTAMA_DALAM_PERKE

MBANGAN_KANAK_KANAK

Laili, R. (2018). HBEC1203 Perkembangan kognitif. Oum.

https://www.academia.edu/36152367/HBEC1203_Perkembangan_Kognitif

Nuryati, N., & Darsinah, D. (2021). Implementasi Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

dalam Pembelajaran Matematika di Sekolah Dasar. Jurnal Papeda: Jurnal Publikasi

Pendidikan Dasar, 3(2), 153–162.

https://doi.org/10.36232/jurnalpendidikandasar.v3i2.1186

Novitasari, Y. (2018). Analisis permasalahan" Perkembangan kognitif anak usia dini”.

PAUD Lectura: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 2(01), 82-90.

https://journal.unilak.ac.id/index.php/paud-lectura/article/download/2007/1250

17
Penyelidikan, J., Sosial, S., Ashraf Bin Sawal, A., Koh, D., Lian, C., Sawal, A., Lian, D.,

Hubungan, Fizikal, A., Bmi, D., & Kalangan, D. (2023). Kanak-Kanak Pra Sekolah.

Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 6(19), 93–99.

https://doi.org/10.55573/JOSSR.061909

Rosliza, W., Rahman, W., & Yunus, F. (n.d.). CABARAN DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN KOGNITIF KANAK-KANAK PRASEKOLAH: PENAKSIRAN

AUTENTIK SEBAGAI ALTERNATIF.

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/13-WAN-RO

SLIZA--UKM.pdf

Tasripin, N. (2021b, December 30). PERMAINAN INTERAKTIF MEMBANTU

PEMBELAJARAN MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK EMPAT TAHUN. Tasripin |

Jurnal Kesidang. http://unimel.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/970

‌Zega, B. K., & Suprihati, W. (2021). Pengaruh Perkembangan Kognitif Pada Anak. Veritas

Lux Mea (Jurnal Teologi Dan Pendidikan Kristen), 3(1), 17–24.

https://jurnal.sttkn.ac.id/index.php/Veritas/article/view/101/40

Zairil. (n.d.). PERKEMBANGAN MOTOR KASAR. Scribd.

https://www.scribd.com/document/471553342/PERKEMBANGAN-MOTOR-KAS

AR

18
5.0 Lampiran

5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tatih Rakyat

Umur : 5 tahun

Bilangan Murid : 3 orang murid

Tarikh : 8 Disember 2023

Hari : Jumaat

Masa : 40 minit

Tajuk : Mengenal Bentuk Asas

Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik Awal)

Standard Kandungan : (MA 1.1) Memadankan objek

Standard Pembelajaran : (MA 1.1.4) Memadankan objek berdasarkan:

i. Bentuk

Kesepaduan Tunjang : (FK 2.2.1) Melakukan pergerakan:

i. Melompat

ii. Melompat sebelah kaki

Objektif Pembelajaran : Muird- murid dapat:

19
1) Mengenali bentuk bulat, segi tiga, dan segi empat

2) Meningkatkan kemahiran motor kasar dengan


melakukan aktiviti melompat (teng-teng)

3) Menampal bentuk asas pada objek dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihati bentuk yang berada di


sekeliling mereka

Kemahiran Berfikir Aras : 1) Mengenal pasti

Tinggi (KBAT) 2) Memerhati

3) Membezakan

Penerapan Nilai (PN) : Hormat-menghormati, mendengar arahan, keberanian,

kerjasama

Alat Bantu Mengajar : Kad imbasan bentuk, kotak misteri, kertas bola, dawai (segi
tiga),buku, kadbod bergambar (bentuk), kertas bergambar (bentuk), dan kadbod bergambar
(objek).

20
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Masa

Set Sesi perkenalan Guru masuk ke kelas dan bertanya PN:


induksi dan soal jawab khabar dengan murid-murid.
Hormat-meng
(5 minit) Murid-murid menjawab soalan guru hormati
dengan baik.

Guru menyanyakan soalan-soalan


yang berkaitan dengan aktiviti yang
akan dijalankan kepada murid-murid.

Murid-murid menjawab soalan guru


dengan baik.

21
Langkah 1 Mengenal Guru menunjukkan kad imbasan ABM:
bentuk bulat, bentuk kepada murid-murid.
(10 minit) Kad imbasan
segi empat, dan
Murid meneka kad imbasan yang bentuk
segi tiga dengan
ditunjukkan oleh guru.
betul KBAT:
Guru meminta murid untuk menyebut
Memahami
dan mengenal pasti bentuk-bentuk
yang ditunjukkan oleh guru pada kad PN:
imbasan dengan betul.
Mendengar
arahan

CONTOH
SOALAN:

“Apakah
nama bentuk
yang
ditunjukkan
ini?”

22
Langkah 2 Meningkatkan Guru menyediakan kotak misteri yang ABM:
kemhiran motor berisi bahan-bahan maujud kepada
(10 minit) Kad imbasan
kasar dengan murid-murid.
bentuk, kotak
melakukan
Guru menerangkan serta membuat misteri,
aktiviti
demokrasi cara melakukan aktiviti bahan-bahan
melompat
yang akan dijalankan kepada maujud(kertas
(teng-teng)
murid-murid. bola, dawai
(segi tiga),
Murid memberi perhatian kepada guru
dan buku),
dengan baik.
kadbod
Guru meminta murid untuk bergambar
mengambil satu bahan maujud di bentuk dan
dalam kotak misteri yang disediakan. kertas
bergambar
Murid mengambil satu bahan maujud bentuk
dan menyatakan bentuk mereka dapat.
KBAT:
Guru meminta murid untuk melompat
pada bentuk teng-teng yang Memerhati
disediakan pada kadbod bergambar
PN:
bentuk dengan berhati-hati.
Keberanian
Murid diminta untuk memadankan
dengan betul bentuk maujud yang CONTOH
diambil dengan gambar bentuk asas SOALAN:
yang dipegang oleh guru.
“Bentuk apa
yang kamu
dapat itu”?

23
Langkah 3 Menampal Guru menerangkan cara untuk ABM:
bentuk asas melakukan aktiviti menampal bentuk
(10 minit) Kadbod
pada objek yang asas pada objek yang betul kepada
bergambar
betul murid-murid.
(objek)
Murid memerhati dan mendengar
KBAT:
arahan guru dengan baik.

Memerhati
Guru meminta murid-murid untuk
menampal bentuk pada objek yang PN:
disediakan di kadbod bergambar
(objek). Kerjasama

Murid menampal bentuk pada objek


dengan betul.

24
Penutup Mengimbas Guru mengimbas kembali dengan ABM:
kembali menunjukkan kad imbasan bentuk
(5 minit) Kad imbasan
asas kepada murid-murid.
bentuk
Murid dapat menyebut dan mengenal
KBAT:
pasti bentuk yang ditunjukkan oleh
guru dengan betul. Membezakan

Murid dapat membezakan antara PN:


bentuk bulat, segi tiga dan, segi empat
dengan baik. Kegembiraan

Guru menanyakan apa perasaan murid


semasa melakukan aktiviti ini.

Murid menjawab dengan penuh


semangat dan gembira.

5.2 Pandangan Pakar (Rakaman Video)

Pandangan Pakar (Cikgu Tadika)

https://www.canva.com/design/DAF4Cmoep1E/rQKBn9G2gr0uZ8TikDgb4Q/watch
?utm_content=DAF4Cmoep1E&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&u
tm_source=editor

Video Pengajaran di Tadika Tatih Rakyat

https://www.canva.com/design/DAF3MSth6y8/UbxFBMVj3mcgc5L6lrN34Q/watch
?utm_content=DAF3MSth6y8&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&ut
m_source=editor

25

You might also like