You are on page 1of 16

UNIVERSITI MELAKA (UNIMEL)

PERKEMBANGAN KANAK KANAK


( SEC 1103 )

SESI 2022/2023

TUGASAN 1

TAJUK TUGASAN :
ASPEK PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK KANAK

DISEDIAKAN UNTUK
PUAN NUR SYAKIRA BINTI BAHARUDIN

DISEDIAKAN OLEH

NURQISTINA BALQISH BINTI ISMAIL D2210645

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN ………………………………………………………….…….… 3
ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL …….…………………………………… 4
ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF …….…………………………………. 5
ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI ……………………………………….. 6–7
ASPEK PERKEMBANGAN BAHASA ……….………………………...….. 8–9
ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL …………………………………………. 10
ASPEK PERKEMBANGAN MORAL ……………………………………. 11 - 12
ASPEK PERKEMBANGAN KREATIVTI ……………….………………….… 13
KESIMPULAN …………………………………………………………………. 14
RUJUKAN ……………………………………………………………………… 15

2
PENGENALAN

Setiap manusia di bumi ini akan mengalami perubahan mengikut proses


pertumbuhan dan perkembangan semasa melalui aspek fizikal, sosiol, emosi, dan
kognitif semenjak mereka di la h ir ka n s eh in gg a m e ni ng ka t ke p r o se s k an ak -
k an ak , r em a ja da n de wa sa .

P er t um bu ha n merupakan satu peningkatan yang dimana melibatkan


perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan mata
kasar manusia. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan dari segi berat
badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya.

Manakala, perkembangan melibatkan perubahan kualitatif iaitu perubahan yang


tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan
membuat perbandingan sebelumnya. Perkembangan berlaku daripada keadaan
menyeluruh kepada keadaan tertentu d a n p e r u b a h a n i n i b e r s i f a t k u a l i t i m a l a h
p e r k e m b a n g a n b o l e h d i d e f i n i s i k a n s e b a g a i perubahan tingkah laku yang
tersusun dan teratur. Dengan kata lain, perkembangan boleh dianggap satu proses di
mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan.

Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan


kanak-kanak. Di Malaysia terdapat perlbagai kaedah yang dijalankan bagi memastikan
kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar mahupun di luar
bandar. Di samping itu juga, kurikulum Pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi
memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan kanak-kanak dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi.

3
ISI-ISI PENTING

ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL

Robert Havighurst merupakan seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori


perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-
kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi
personaliti kanak-kanak.Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-
satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan
individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta
mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala kegagalan melaksanakan tugas
kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas
itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personality seseorang dipengaruhi oleh
nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat.

R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada


peringkat kanak-kanak (6-12 tahun). Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada
peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih
cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga
kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan
fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana
badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran
hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru
sudah mula membentuk kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira yang


biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di sekolah. Pelbagai kebolehan
yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti
mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka
sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan
peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya
mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin
dalam menhadapi dunia sebenar.

4
ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF
Jean Piaget (1896 - 1980) merupakan ahli psikologi Switzerland yang telah
mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui beberapa peringkat
perkembangan. Menurut Piaget proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehinggalah kita mencapai kematangan. Setiap perubahan yang berlaku akan
mendorong kepada individu untuk menyesuaikan dirinya. Beliau juga berpendapat bahawa
perkembangan kognitif itu adalah secara berperingkat dan baginya, peringkat yang paling
awal adalah penting kerana menjadi tunjang kepada perkembangan seterusnya. Piaget
telah mengenal pasti empat faktor yang mampu mempengaruhi proses pemikiran individu,
iaitu skema, penyerapan, pengubahsuaian dan juga keseimbangan.
Proses pengubahsuaian pula berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi setiap kemahiran tertentu
sehingga berlakunya keseimbangan. Contohnya, seseorang kanak-kanak menerima
maklumat baharu, ia akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skemanya. Sekiranya ia
berjaya diproses maka keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan
bermula dari bayi hingga ke dewasa. Berdasarkan kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan kepada
empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan
operasi formal.
Peringkat sensori motor (0-2 tahun) merupakan peringkat permulaan dalam
perkembangan kognitif. Pada peringkat ini, berlakunya penggunaan deria dan pergerakan
fizikal. Contohnya, kanak-kanak menggunakan mulut untuk merasakan objek, menghisap
ibu jari dan mencapai objek yang berbunyi. Malah, kanak-kanak juga mula menunjukkan
pemikiran logik seperti mereka mampu mengeluarkan barang daripada sebuah bekas
tertutup. Seterusnya, peringkat operasi (2-7 tahun), kanak-kanak pada peringkat ini sudah
mampu menggambarkan dan merancang aktiviti melalui proses pengulangan ke bentuk
asal. Seacara ringkasnya, mereka sudah mula menggunakan minda untuk membentuk
skema. Mereka juga sudah dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental seperti bahasa,
isyarat dan gambar. Kebolehan ini akan memberi kesan yang baik dalam perkembangan
bahasa. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat umur ini mampu menceritakan
pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah.
Seterusnya ialah pada peringkat operasi konkrit (7-11 tahun). Pada peringkat umur ini,
kanak-kanak mempunyai pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit.
Mereka berkebolehan dalam menguasai tiga prinsip asas seperti prinsip identiti, prinsip ganti
rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti merupakan satu konsep di mana kanak-kanak
ini tahu tentang kuantiti objek yang telah ditambahkan ataupun dikurangkan walaupun
bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula membawa konsep kepada perubahan pada satu
segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Penguasaan pada prinsip
keterbalikan pula, murid mampu mengulangi proses yang berlaku secara mental kepada
keadaan yang asal.
Akhir sekali, peringkat operasi formal (11 tahun ke atas), kanak-kanak boleh melakukan
proses mental ke atas semua idea mereka. Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada
bahan-bahan konkrit dan tidak lagi memerlukan contoh yang konkrit. Contohnya, kanak-
kanak pada peringkat ini mampu memberi idea tentang isu-isu semasa kerana mereka boleh
mengkaji masalah abstrak secara sistematik dan juga boleh membuat hipotesis bagi
menyelesaikan suatu masalah.

5
ASPEK PERKEMBANGAN EMOSI

Berdasarkan teori perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami


perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan
peringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia
yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif
yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur
0 hingga 8 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih saying dan
kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh,
dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya
pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati.
Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali
menghampirinya.

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak
berumur 8 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk
melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-
kanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan
mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan marasa
ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.

Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-
kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap
berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka
suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang
berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut.
Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan
tidak yakin terhadap dirinya sendiri.

Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud
pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi
peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika
menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat
pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya
upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan
rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila
gagal mencapai apa yang diinginkan.

6
Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak
yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada
dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini,
mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya
persekitaran sosial mereka.

Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk
memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati
sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan
menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa
kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri sendiri.

Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang
menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui
pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala
krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak dan
membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Ibu bapa dapat membantu anak-
anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan bermutu tinggi. Oleh itu, mereka
bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam diri anak-anak seperti rajin
belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul, sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah. Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh sikap
yang baik kepada anak-anak dan membimbing mereka menjadi insan yang baik. Ibu bapa
juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan diri yang positif
di kalangan anak-anak. (Zaleha Sulaiman 1995).

Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan sosial
kanak-kanak di sekolah. Di sekolah, mereka mula membina persahabatan di luar
persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang
melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan sebagai orang
dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.
Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan
kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya

7
ASPEK PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa adalah perubahan yang berlaku secara tekal dari lahir hingga ke
akhir. Perkembangan juga berpegang pada beberapa prinsip iaitu berlaku pada tahap
berbeza, berlaku secara teratur dan seterusnya beransur-ansur. Begitu juga perkembangan
bahasa dalam kehidupan manusia yang berlaku pada tahap yang berbeza, berlaku secara
teratur dan beransur-ansur. Melihat pada segi perkembangan bahasa ianya bermula dari
elemen fonologi, semantik , morphologi, sintaks dan seterusnya pragmantik.

Secara generalnya, fonologi, morphologi, sintaksis adalah elemen yang membentuk


bahasa dan semantik untuk pengisian manakala pragmantik adalah untuk kegunaannya.
Menurut Kridalaksana (2002) dalam kamus lingustik, fonologi adalah bidang dalam lingustik
yang menyelidik bunyi- bunyi bahasa menurut fungsinya. Elemen unit dalam bahasa pula
dikenali sebagai fonem iaitu ‘the smallest linguistic unito f sound that can signal a difference
in meaning’ (Owen 2005). Fonem adalah kesatuan bunyi terkecil yang berfungsi untuk
membezakan makna. (Chaer 2007) dan (Owen 2005) berkata unit bahasa itu boleh di
bezakan dengan bunyian –bunyian yang berfungsi untuk membezakan makna. Contohnya
adalah bunyi vokal I, a, e, o, dan konsonan k, l, m, n jika dibunyikan akan memberikan bunyi
yang berbeza. Ketika menyebut perkataan berang, jika ‘e’ di situ ditukar menjadi ‘a’ ianya
akan menjadi barang dan seterusnya akan memberikan makna yang berbeza pada
perkataan itu.

Morphologi pula adalah kajian tentang perkataan dan bagaimana ianya terbentuk.
Undang- undang morphologi menyatakan bagaimana bunyian boleh disatukan dan
membentuk struktur perkataan. Elemen yang membentuk blok bahasa dikenali sebagai
morfem. Morfem adalah unit terkecil yang mempunyai maksud dalam bahasa. Ianya
terbahagi kepada dua bahagian iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Bagi morfem bebas
contohnya adalah baseball ini mempunyai dua morfem kerana perkataan base dan ball
boleh dipisahkan dan masih mengekalkan maksudnya tersendiri. Jika morfem terikat pula,
basement adalah satu morfem sahaja kerana perkataan basement tidak boleh dipisahkan
kerana ianya akan tidak memberi makna.

Sintak pula adalah kajian tentang peraturan yang menentukan bagaimana perkataan
diletakkan bersama untuk membentuk ayat. Membina sesuatu ayat memerlukan kombinasi
antara frasa nama dan frasa kerja. Contoh ayat adalah aminah sedang membaca buku.
Perkataan ‘sedang’ membantu untuk menyambungkan perkataan menjadi satu ayat.
Seterusnya pula adalah semantik iaitu kajian tentang makna perkataan. Ianya adalah lebih
pada pemahaman dalam memahami sesuatu ayat itu.

Pragmantik pula penggunaan bahasa untuk berkomunikasi (Gleason 2001).


Penggunaan bahasa untuk menyatakan niat seseorang dan untuk membolehkan sesuatu
dilaksanakan. Perkembangan bahasa juga mempunyai pelbagai teori yang boleh dikaitkan.

8
Bagi tugasan kali ini saya mengambil menggunkan teori Jean Piaget sebagai rujukan.
Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif mendahului bahasa dan bahasa juga
adalah salah satu dari fungsi simbolik di bentuk melalui perkembangan dan interaksi dengan
persekitaran. Dari maksud defenisi perkembangan bahasa yang diberikan oleh Piaget.
Beliau menekankan pada aspek simbolik yang membentuk perkembangan bahasa,
kemudian beliau mengaitkan dengan faktor persekitaran dalam mempengaruhi bahasa
seseorang. Seterusnya, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat kepada
aspek perkembangan bahasa. Sokongan serta pengaruh ibu bapa dan guru penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status
sosioekonomi ibu bapa mempengaruhi perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut kajian
Betty Hart dan Todd Risly (Santrock 2007) mendapati bahawa ibu bapa dari golongan
professional menyediakan persekitaran untuk perkembangan bahasa yang lebih baik
berbanding golongan biasa. Dalam kajian lain kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang
banyak berkomunikasi dengan mereka adalah empat kali ganda lebih perbendaharaan kata
berbanding ibu bapa yang pendiam. Kajian terhadap kanak-kanak Pra-sekolah di Amerika
(1998-1999) mendapati bahawa ibu bapa yang rajin membaca untuk anak-anak mereka
sebanyak tiga hingga empat kali seminggu memberi kanak-kanak tersebut mempunyai
kemahiran berbahasa yang lebih baik berbanding ibu bapa yang kurang berbuat demikian.

9
ASPEK PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang


membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh
diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial
melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku
sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan
sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan
kognisi sosial, persahabatan dan hubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai,


dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-
peraturan sosial yang diamalkan oleh setiap kumpulan sosial. Misalnya, mereka
mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku serta
pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh
konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap
tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang
bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh


teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan sosial yang penting telah
dikemukakan oleh Erik Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia
sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat
mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Individu dikatakan perlu
menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini. Di
antara lapan peringkat perkembangan sosial ini, empat peringkat yang pertama
menerangkan perkembangan sosial di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Antara pengaruh penting ialah pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi


dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. Selain itu,
kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya
tindak balas. Namun demikian, masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang
dewasa. Seterusnya, pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan
sebaya.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan pelajar daripada segi fizikal, intelek, emosi dan sosial. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah akan

10
melahirkan murid yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, efektif dan
psikomotor pelajar.
ASPEK PERKEMBANGAN MORAL

Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak


berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna dia telah
melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang menganalisa serta membuat
keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara
keseluruhannya. Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral ialah tahap Pra-
Konvensional. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang
akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu
peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat pertama ialah orientasi kepatuhan dan hukuman. Peringkat ini boleh dilihat
pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini
bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-
kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum
mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada
akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah
merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan
kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah
berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat
memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya.
Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-
dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad
dibolehkan mencubit Arif. Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg
ialah tahap Konvensional. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan
berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini
mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik. Pada peringkat ini, ciri utama yang
ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik.
Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap
sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai
orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam
kumpulan rakan sebaya.

Peringkat keempat ialah akur kepada sisitem sosial dan etika peraturan. Pada
peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-

11
undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa
keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula
memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini
menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa
bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg ialah
Pos-Konvensional. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-
alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak
individu dari etika prinsip sejagat.

Peringkat kelima ialah etik kontrak sosial dan hak individu. Pada peringkat ini, persoalan
seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi
isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial
dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati
undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk
kesejahteraan umat atau manusia.

Akhir sekali, peringkat keenam ialah etika prinsip sejagat. Pada peringkat ini individu
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan
nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan
bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak
menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak
kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan
dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Selain itu juga, perkembangan moral yang terjadi pada diri anak yang berusia dini
disebabkan oleh beberapa faktor, yakni faktor yang ada dalam diri anak secara alami
maupun faktor yang ada dari luar diri peribadinya. Kedua faktor tersebut dapat dikatakan
sebagai faktor individu manusia itu sendiri dan faktor sosial di sekelilingnya (Pranoto, 2017).
Kedua faktor tersebut berkontribusi besar dalam membentuk atau mengasah moralitas
seorang anak. Perkembangan tersebut dapat berupa keadaan situasi lingkungan, konteks
individu, atau kepribadian seseorang dalam konteks sosial atau cara berintraksi dengan
lingkungan sekitar dalam bermasyarakat. Hal ini membuktikan bahwa perlu adanya
eksistensi dari orang tua atau pendidik untuk membimbing anak berusia dini, karena hal
eksistensi atau peran tersebut akan memberikan pengaruh signifikan terhadap
perkembangan yang terjadi pada diri anak dalam rentang masa yang mendatang.

12
ASPEK PERKEMBANGAN KREATIVITI

Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni
persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran
Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokaidan
membuat keputusan. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan
(kebolehan) mencipta, dayakreatifdan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud
mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli. Torrance (1970) menyatakan bahawa kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai
keunikan.
Menurut Schirmacher (1998) perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua
iaitu, menerusi aktiviti seni dan juga aktiviti harian mengikut umur. Contohnya, aktiviti seni
dan aktiviti harian yang kreatif bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun ialah
menconteng, melukis, menyanyi dan bermain. Bagi kanak-kanak 4 hingga 5 tahun pula ialah
melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata. Seterusnya, bagi kanak-
kanak berusia 6 hingga 7 tahun ialah berdrama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
Selain itu, kanak-kanak berusia 8 hingga 9 tahun ialah bercerita, bermain permainan dan
pakaian beragam.
Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,
berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea. Pemikiran kreatif dapat
merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam aktiviti seni. Selain itu,
membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil
bakat.Antara teori-teori berkaitan perkembangan kreativiti ialah teori dua belahan otak.
Pertama sekali, hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir seseorang. Otak kanan
merupakan bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih focus
kepada imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak. Otak kiri pula fokus pada urutan,
kemahiran analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.
Seterusnya teori Six Thinking Hats (Edward de Bono), emosi sangat penting dalam proses
berfikir. Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi mereka.
Selain itu, teori kreativiti Paul Torrence menyatakan bahawa 7 perkara dalam proses
mencungkil kreativiti iaitu penyoalan stimulasi minda kanak-kanak. Kedua, penemuan
seperti galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak. Ketiga, pemerhatian menggunakan
pancaindera. Keempat, percubaan eksperimen dan usaha untuk menjadi terbaik. Kelima,
penerokaan iaitu galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling. Keenam,
memanipulasi dengan menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut kajian ahli
psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan jasmani. Kelima-lima aspek ini pula terbentuk daripada dua faktor
utama iaitu faktor genetik atau baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture).
Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh
badan. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunyai
kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor

13
persekitaran (nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Keduadua
faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu .

KESIMPULAN

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan


danperkembangan. Guru umpama ibubapa kedua bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak
berada di bawah tanggungjawabnya. Sebagai seorang guru yang baik dan telah menerima
latihan di institut Pendidikan Guru IPG atau university berpengetahuan luas tentang latar
belakang setiap kanak-kanak serta proses dan prinsip perkembangan dan perlakuan
mereka yang biasanya berkait secara langsung dengan umur akan dapat membantu guru
dalam merancang, mengurus dan melakasanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari
aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja
dewasa dan tua. Sebagai guru kita perlu peka dan prihatin terhadap perubahan
perkembangan ini termasuk keperluan untuk memahami aspek pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid dibawah pengawasannya. Perkembangan merupakan
peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat dan
berterusan.

Perkembangan ialah satu proses untuk menghasilkan peningkatan-peningkatan


kemampuan untuk berfungsi pada tahap-tahap tertentu. Justeru, proses pertumbuhan dan
perkembangan manusia melibatkan perubahan dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Seorang kanak-kanak yang normal akan mengalami perubahan dari segi rupa bentuk tubuh
badan, tahap kebolehan mental dan sahsiah mereka secara berperingkat-peringkat.
Sementara itu, langkah-langkah yang bernas juga boleh diambil oleh setiap guru dalam
membendung masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Pencapaian
akademik yang berbeza bagi responden dan responden mempengaruhi banyak faktor
seperti pekerjaan ibubapa, sosioekonomi ibubapa, umur ibubapa, kelayakan akademik
ibubapadan pengaruh rakan sebaya.

14
RUJUKAN

 MADRI FITRI, NA’IMAH, ( JUNE 2020 ), FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN MORAL
https://www.researchgate.net/publication/
345925747_Faktor_Yang_Mempengaruhi_Perkembangan_Moral_Pada_Anak_Usia_Dini

 TING IVY, EKSPRESI KREATIVTI KANAK-KANAK,


https://www.academia.edu/7986172/
Ekspresi_Kreativiti_Kanak_kanak_Unit_1_6_Modul_UPSI_PJJ_Unit_1_Teori_Kreativiti_dan
_Pemikiran_Kreatif

 NURUL HAYATI, MAZLINA JAMALUDIN, MOHD AMIN ZAKARIA, ISHANUDDIN


HUSIN, (NOVEMBER 2020), TEORI PERKEMBANGAN MORA
https://www.researchgate.net/publication/
345787515_TEORI_PERKEMBANGAN_MORAL_KOGNITIF_DALAM_MEMBUAT_KEPUT
USAN_PERTIMBANGAN_MORAL_KECEKAPAN_MORAL_DAN_KEPUTUSAN_MORAL

 UMMU SULAIM MUHAMMAD, TEORI PERKEMBANGAN BAHASA, SOSIAL,


MORAL, DAN KOGNITIF
https://ummusulaim92.wordpress.com/pendidikan/aplikasi-teori-bahasa-sosial-moral-dan-
kognitif/

 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF


https://www.sistemguruonline.my/2014/11/teori-perkembangan-fizikal-dan-kognitif.html

 AISYAH BAHARUDDIN, (2021), TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON,


PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL
https://karyasama.com/teori-psikososial-erik-erikson-perkembangan-kanak-kanak/

15
 MUHAMMAD WAIZ, (2022), FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/perkembangan-kanak-
kanak/

 HON SHAN SHAN, (2013), PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK,


https://www.slideshare.net/ShanShanHon/pra-3106-perkembangan-kreativiti-kanakkanak

16

You might also like