You are on page 1of 19

KOD KURSUS

MPU 2183

NAMA KURSUS
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TOPIK 4/5/6


6: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA DAN
PERADABAN DI MALAYSIA

TAJUK LAPORAN
ISU KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

PROGRAM DIPLOMA
DIPLOMA PERUNDANGAN SYARIAH KUMPULAN 4
NAMA AHLI KUMPULAN

BIL NAMA AHLI NO PROGRAM NO NAMA DI


MATRIK TELEFON TELEGRAM
1 AZMAH HUSNIAH D2210766 DPS 0194849870 Azmah
BINTI RADUAN Husniah
2 NUR ASYIRA BINTI D2210186 DPS 0183797823 Cira
RAZUAN
3 NUR ATIQAH BINTI D2210365 DPS 0104439757 Atiqah
MOHD AKHBAR
4 NUR ATIQAH D2210327 DPS 0172252470 Atiqah
ZULAIKHA BINTI Zulaikha
CHE YUSOF
5 NUR IZZATI BINTI D2210269 DPS 0193794704 Izzati
NORISHAM
6 NUR MARLISA D2210204 DPS 0111674069 Marlisa
BINTI 5 Azharuddin
AZHARUDDIN
7 NUR SHAZWANI D2210313 DPS 0139142827 Shazwani
ALYASUHADA
BINTI ABD YAZIZ
8 NURUL NADHIRAH D2210231 DPS 0178850702 Nurul
BINTI NORMAN Nadhirah
9 NURIN NILAM D2210162 DPS 0146526765 Nurin
ASYIKIN BINTI MD
RAZEL
10 PUTERI BALQIS D2210443 DPS 0115676311 Puteri Balqis
SYAHMIE BINTI 6
MOHD ZAIDI
11 ZULAIKA BINTI D2210788 DPS 0111101388 Zulaika Zamri
ZAMRI 8

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN AIMI KHAIRUNNISA BINTI ABDUL KARIM

TARIKH PENGHANTARAN:
7 OKTOBER 2022
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN (ISU) 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

4.0 PERSOALAN KAJIAN 4

5.0 KAEDAH KAJIAN 5

6.0 DAPATAN DAN ANALISIS 6-9


KANDUNGAN MAKLUMAT KAJIAN
7.0 KEPENTINGAN KAJIAN 10-11

8.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

LAMPIRAN (JIKA ADA)


PERANAN AHLI KUMPULAN

BIL NAMA AHLI NO PROGRAM PERANAN


MATRIK (KUMPULAN)
1 AZMAH HUSNIAH D2210766 DPS (4) KEPENTINGAN
BINTI RADUAN KAJIAN
2 NUR ASYIRA BINTI D2210186 DPS (4) OBJEKTIF
RAZUAN KAJIAN
3 NUR ATIQAH BINTI D2210327 DPS (4) PERMASALAHAN
MOHD AKHBAR KAJIAN (ISU)
4 NUR ATIQAH D2210327 DPS (4) KESIMPULAN
ZULAIKHA BINTI CHE KAJIAN
YUSOF
5 NUR IZZATI BINTI D2210269 DPS (4) KEPENTINGAN
NORISHAM KAJIAN
6 NUR MARLISA BINTI D2210204 DPS (4) PERSOALAN
AZHARUDDIN KAJIAN
7 NUR SHAZWANI D2210313 DPS (4) PERMASALAHAN
ALYASUHADA BINTI KAJIAN (ISU)
ABD YAZIZ
8 NURUL NADHIRAH D2210231 DPS (4) OBJEKTIF
BINTI NORMAN KAJIAN
9 NURIN NILAM D2210162 DPS (4) PENGENALAN
ASYIKIN BINTI MD KAJIAN
RAZEL
10 PUTERI BALQIS D2210443 DPS (4) PERSOALAN
SYAHMIE BINTI KAJIAN
MOHD ZAIDI
11 ZULAIKA BINTI D2210788 DPS (4) KAEDAH KAJIAN
ZAMRI
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim, Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan kerja ini.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Puan Aimi

Khairunnisa Binti Abdul Karim selaku Pensyarah bagi mata pelajaran Etika Dan Peradaban

kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan

tugasan penting ini.

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah

banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang

telah kalian hulurkan teramat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Sekian, Terima Kasih.


1

1.0 PENGENALAN
Kedudukan dan pelaksanaan keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
tidak pernah sunyi daripada kritikan dan persoalan kerana etnik bukan Melayu berasas bahawa
unsur-unsur tradisi ini menjadikan sistem yang ada tidak demokratik. Persoalan dan polemik
tentang unsur-unsur tradisi sering kali timbul dan ditimbulkan. Menurut Faridah Jalil (2007),
pertentangan berhubung dengan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu adalah
merupakan perbincangan yang sering mengalami pasang surut. Konsep persamaan yang
dipelopori di bawah slogan Malaysian Malaysia ditujukan ke arah pembasmian apa yang
dikatakan diskriminasi dan layanan tidak adil hasil daripada penggunaan Perkara 153, akan
tetapi orang Melayu merasa tidak senang, tergugat dan telah melihat slogan ini sebagai satu
percubaan untuk mempersoal dan mengurangkan kedudukan mereka yang akhirnya membawa
kepada pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 (Mohd Salleh Abas, 1985). Yang
berjalan lancar ialah proses kerakyatan melalui prinsip jus soli manakala syarat-syarat bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan orang Melayu masih dicabar dan digugat
dari semasa ke semasa, walhal perkara ini telah dipersetujui oleh orang bukan Melayu dan
diterapkan ke dalam perlembagaan yang menjadi undang-undang utama seluruh rakyat
Malaysia (INTAN, 1980).

Kedudukan istimewa orang melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Antaranya adalah
perkara 153 perlembagaan memberikan tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong untuk
memelihara kedudukan orang melayu dan orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Dalam
perjanjian perkara itu adalah antara Raja-raja Melayu dengan kerajaan British, membincangkan
tentang peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu yang tidak diperlukan
lagi kerana negara ini merupakan negara melayu dan pada masa itu tiada sesiapa yang menyoal
akan hak dan kedudukan orang-orang melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan
kerajaan British yang mengakibatkan Raja-raja Melayu dikenhendaki menurut segala perintah
kerajaan British kecuali adat istimewa dan agama islam, tetapi hak dan kedudukan istimewa
orang Melayu sedikit demi sedikit hilang dan terhakis.

Apakah antara kedudukan istimewa orang Melayu yang dijaga dan dilindungi oleh
perlembagaan?
2

Di bawah perkara 153 perlembagaan, Yang di Pertuan Agong dikehendaki menjaga dalam
menjaga batas-batas perlembagaan dan undang-undang persekutuan, melaksanakan dasar
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan orang bumiputera Sabah dan Sarawak serta
pihak atasan perlu membuat persiapan dari segi memberi peluang pekerjaan atau jawatan dalam
perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa terhadap pelajar untuk menuntut ilmu bagi
mereka yang kurang berkemampuan dan iainya memberi kelebihan kepada pelajar yang
cemerlang untuk menyambung pelajaran dan permit serta lesen bagi memudahkan mereka
untuk berniaga dan berdagang.

Antara hak dan kedudukan istimewa orang Melayu yang lain ini adalah tidak mutlak kerana
bahawa ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain, yang secara am nya ialah
termasuk hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan
dalam perlembagaan, hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk
menggunakan bahasa ibunda dan perkara yang paling penting adalah hak untuk mendapat
layanan yang sama rata.

NURIN NILAM ASYIKIN BINTI MD RAZEL D2210162


3

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN (ISU)

Kajian ini merujuk kepada permasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenai isu
bagaimana orang melayu memperjuangkan hak dan kedudukan. Sebagaimana yang kita tahu,
“Ketuanan Melayu” adalah satu konsepsi tentang suremasi politik Orang Melayu di Malaysia.
Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut sebagai dengan pelbagai istilah seperti Malay supremacy,
Malay sovereignty, atau Malay dominance.dari segi pandangan orang Melayu, ketuanan
Melayu adalah satu hak Orang Melayu untuk berkuasa secara dominan dalam politik Malaysia.
Ia wajar jika Orang Melayu yang mendominsi politik Malaysia, kerana mereka adalah
peribumi, pemilik tanah air, dan pewaris kekuasaan politik raja - raja Melayu. Berikut
merupakan hak asasi penduduk asal di setiap negeri. Seorang Ustaz Cina Musim, Mohd
Ridhuan Tee Abdullah mengatakan,”mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di bumi
mereka sendiri adalah fitrah manusia itu sendiri yang dijadikan oleh Allah SWT.” (Mohd
Ridhwan Tee Abdullah,2011,p,xii).

Konsep ketuanan Melayu sebagai isu politik, terserlah pertama kali dalam ceramah seorang
ahli Parlimen Malaysia dari parti United Malays National Organisation atau UMNO kawasan
Kak Lanas (Kelantan), iaitu Dato’ Abdullah Ahmad, ketika berucap di Institute of International
Affairs, Singapura, 30 Ogos 1986. ketuanan Melayu yang dimaksudkannya adalah dominasi
Melayu dalam bidang politik (Zainal Abidin Borhan 2009). Kenyataan Dato’ Abdullah Ahmad
adalah dibuat dalam knteks isu perkauman di Malaysia. Ia juga menjadi dua isu paling hangat
dibincangkan kaum bukan - Melayu adalah satu kekejaman yang menyasarkan orang bukan
Melayu. Namun begitu, jawapan yang dibalas oleh Dato’ Abdullah ialah kaum bukan Melayu
itu telah mengambil kesimpulan sendiri atau konteks sebelah pihak, tanpa mempelajari latar
belakang sejarah kemunculan kedua dasar berkenaan.

Ucapan Dato’ Abdullah Ahmad ini bukan sesuatu yang tiba - tiba muncul. Menurut Hasan
Ismail, ucapan bagi “terbit sebagai jawapan kepada apa yang telah dibangkitkan oleh parti -
parti pembangkang di sepanjang PRU (Pilihan Raya Umum) 1986 yang menimbulkan
keresahan dalam kalangan orang - orang Melayu”. Apa yang telah diucapkan oleh Dato’
Abdullah adalah pandangan dari segi umum orang Melayu di Malaysia. Ucapan ini serta merta
mendapat jawapan keras daripada pihak warganegara Malaysia bukan - Melayu.

NUR SHAZWANI ALYASUHADA BINTI ABD YAZIZ D2210313

NUR ATIQAH BINTI MOHD AKHBAR D2210365


4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

- Kajian ini dapat mengenal pasti reaksi Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union iaitu
dengan cara bantahan perjanjian Raja-raja Melayu.

- Kajian ini dapat mengenal pasti faedah hak dan kedudukan istimewa dalam perlembagaan.

- Kajian ini dapat membincangkan dan memfokuskan kepada penentangan penduduk tempatan
terhadap British.

- Kajian ini dapat membantu kami untuk mengenali dan mengetahui tentang bantahan di negeri
Kelantan, Kedah dan Johor pada ketika itu.

- Kajian ini dapat menambah pengetahuan kami tentang bagaimana Raja-raja Melayu di negeri
masing-masing menentang Malayan Union dengan mengadakan Kongres Melayu.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

- Apakah reaksi Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

- Bagaimana perbincangan ini dapat memfokuskan kepada penentangan penduduk tempatan


terhadap British?

- Mengapa Orang Melayu perlu memanfaatkan hak dan kedudukan istimewa dalam
perlembagaan?

- Bagaimana cara mengenali dan mengetahui bantahan di negeri Kelantan, Kedah dan Johor?

- Bagaimana Raja-raja Melayu di negeri masing-masing menentang Malayan Union dengan


mengadakan Kongres Melayu?

NUR ASYIRA BINTI RAZUAN D2210186

NURUL NADHIRAH BINTI NORMAN D2210231

PUTERI BALQIS SYAHMIE BINTI MOHD ZAIDI D2210443

NUR MARLISA BINTI AZHARUDDIN D2210204


5

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat,

iaitu:

(a) Rujukan Buku


Saya merujuk kepada buku etika dan peradabaan serta buku rujukan di perpustakaan
untuk mendapatkan maklumat tambahan.

(b) Kaedah Perbincangan


Saya membuat perbincangan dengan rakan-rakan saya setelah mendapat beberapa
maklumat yang telah diberikan kepada wakil kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini.

(c) Internet
Melalui kaedah ini, saya telah mencari maklumat berkenaan kedudukan istimewa orang
Melayu dengan melayari internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui
kaedah ini. Salah satu lama sesawang yang saya layari ialah

https://www.researchgate.net/publication/326987993_BINCANGKAN MENG
ENAI_HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN_MALAYSIA

(d) Melalui Artikel


Saya telah merujuk kepada artikel di dalam akhbar yang berkaitan dengan hak
istimewa orang Melayu seperti artikel ‘’Prof Madya Dr Nazri Muslim, 2018.
Bagaimana hak istimewa orang Melayu boleh tergugat, Berita Harian’’.

ZULAIKA BINTI ZAMRI D2210788


6

6.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

1. Apakah reaksi Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

Reaksi penduduk tempatan terhadap Malayan Union adalah mereka marah terhadap
tindakan kerajaan British. Oleh itu, mereka menghantar Raja-raja Melayu untuk
membantah perjanjian tersebut iaitu dengan cara bantahan Raja-raja Melayu ialah
membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Persidangan Raja-raja
Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada bulan April 1946 memutuskan untuk
mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England. Sultan Perak, Sultan
Kedah dan Sultan Johor akan berangkat ke England sekiranya kehadiran Baginda
diperlukan di mahkamah tersebut. Menurut sistem Perundangan British, MacMichael
mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu dengan cara tidak sah. Seterusnya,
menghantar surat bantahan ke London. Sulatan Kedah, Sultan Perak dan Sultan Johor
mengutuskan surat bantahan kepada George Henry Hall, mendakwa Baginda diperdaya
oleh MacMichael. Beberapa orang raja mendakwa diugut supaya menurunkan
tandatangan tanpa menyedari akibatnya. Raja-raja Melayu memohon British
memansuhkan persetujuan yang dintandatangani itu. Tuanku Syed Putra Jamalulail
juga mengirim telegram kepada kerajaan British di London untuk menyuarakan rasa
tidak puas hati Baginda terhadap tindakan MacMichael. Baginda tidak diberi peluang
untuk mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri sebelum memberikan
persetujuan.

2. Bagaimana perbincangan ini dapat memfokuskan kepada penentangan penduduk


tempatan terhadap British?

Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar


penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan Sabah untuk mengukuhkan kedudukan politik penjajah.
Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas. Kuasa itu akan
terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, apabila British mengambil
7
alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan
dipaksa membayar ufti. Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan oleh
British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan
mereka. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap
British. Tambahan lagi, campur tangan British dalam adat resam tempatan turut
membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa
penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya
tempatan dan menyebabkan pemimpin dan masyarakat tempatan perbuatan
tersebut. Rentetan daripada itu, penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan
undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi
sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar
tempatan menyebabkan penduduk memberikan kerjasama dalam menentang
British.

3. Mengapa Orang Melayu perlu memanfaatkan hak dan kedudukan istimewa dalam
perlembagaan?

Orang Melayu perlu memanfaatkan hak dan kedudukan istimewa dalam


perlembagaan kerana Orang Melayu akan menjadi lebih hebat jika mereka
bersungguh-sungguh memajukan diri dan manfaatkan hak dan kedudukan
istimewanya di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, Orang Melayu perlu mempunyai ilmu yang banyak iaitu memiliki
ilmu pengetahuan yang selaras dengan perkembangan zaman. Mereka perlu keluar
dari zon selesa yang dikecapi sejak merdeka untuk bersama-sama bersaing dengan
kaum lain. Hal ini adalah untuk menyedarkan Orang Melayu supaya kita perlulah
berusaha untuk mengekalkan hak-hak keistimewaan Orang Melayu. Perlembagaan
adalah asas untuk mempertahankan hak dan kedudukan istimewa Orang Melayu.
Ini adalah tanggungjawab semua Orang Melayu serta semua pemimpin. Hak dan
kedudukan istimewa Orang Melayu telah memudahkan bangsa kita untuk
membolehkan kita bersaing dengan kaum lain. Mata pelajaran perlembagaan
diperkenalkan bagi memastikan semua rakyat memahami dan menghayati semangat
perlembagaan supaya tiada lagi perkara berbangkit mengenai perkara ini pada masa
akan datang.
8
4. Bagaimana cara mengenali dan mengetahui bantahan di negeri Kelantan, Kedah
dan Johor?

Cara mengenali dan mengetahui bantahan di negeri Kelantan, Kedah dan Johor
adalah dengan pemimpin Persatuan Melayu dan Sultan bekerjasama mengadakan
bantahan terhadap kedatangan MacMichael di Kelantan, Kedah dan Johor.
(i) BANTAHAN DI KELANTAN
-Pada 15 Disember 1945, seramai 10,000 orang berhimpun di Kota Bharu semasa
MacMichael datang untuk mendapatkan kedatangan British

(ii) BANTAHAN DI KEDAH


-Pada 19 Januari 1946 ribuan orang Melayu Kedah telah berarak di Alor Setar
menentang Malayan Union.
-Perarakan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS, Kesatuan
Ulama dan Persatuan Melayu Kedah.
-Tuan Haji Hussain Che Dol, Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu
Abdul Rahman, Setiausaha Agung SABERKAS telah mengkritik kandungan kertas
putih Malayan Union yang dianggap mencabul Kedaulatan Bangsa Melayu.

(iii) BANTAHAN DI JOHOR


-Pada bulan Januari 1946, Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancarkan gerakkan
menentang Malayan Union. Perhimpunan ini disertai oleh Persatuan Melayu Johor.
Ungku Omar Abdullah, Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor dan Dr.
Hamzah berucap menentang Malayan Union.
-Pada 10 Februari 1946, Pergerakkan Melayu Semenanjung Johor dibawah
Pimpinan Dato’ Onn Jaafar berhimpun menentang Malayan Union.
-Seramai 20,000 orang Melayu berhimpun di Bandar Batu Pahat.
-Dato’ Onn Jaafar berucap menggesa orang Melayu bangkit untuk menentang
penjajah British.

5. Bagaimana Raja-raja Melayu di negeri masing-masing menentang Malayan Union


dengan mengadakan Kongres Melayu?
9
Raja-raja Melayu di negeri masing-masing menentang malayan union dengan
mengadakan Kongress Melayu.
- Penentangan gagasan Malayan Union dianjurkan oleh pemimpin persatuan
Melayu dan penglibatan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing. Perjuangan
menentang Malayan Union berkembang ke peringkat Kebangsaan apabali Za’ba,
Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor menghubungi Dato’ Onn Jaafar di
Johor, Dato’ Panglima Bukit Gantang di perak dan Tungku Abdul Rahman di
Kedah. Mereka menzahirkan sebuah badan induk untuk menjadi pemangkin
menentang Malayan Union. Pemimpin dan cendekiawan Melayu pada peringkat
negeri bersetuju untuk menganjurkan Kongres Melayu. Mereka bersepakat mahu
menubuhkan badan induk untuk menentang Malayan Union secara tersusun.
-Kongres Melayu diadakan di bangunan kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
Kuala Lumpur. kongres ini berlangsung dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946.
Sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu menghantar wakil masing-masing untuk
menghadiri kongres ini
-Hari lahirnya Malayan Union itu dianggap sebagai “Hari Kematian” oleh orang
Melayu. Peristiwa itu meruntun hati ribuan orang melayu yang berhimpun memakai
lilitan kain putih di songkok sebagai tanda berkabung. Malayan Union merupakan
semboyan yang memanggil orang Melayu dari seluruh negeri menyertai kongres
yang menjadi obor pembakar semangat bangsa melayu.

NURIN NILAM ASYIKIN BINTI MD RAZEL D2210162


10

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

1) UNTUK MENGEKALKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA

- Agama Islam perlu dikekalkan sebagai agama rasmi kerana Islam melatari sejarah rantau ini
dan sangat kukuh dalam kalangan orang melayu yang menghuni nama negara ini berbanding
orang lain.Selain itu , agama Islam merupakan agama bagi persekutuan.

2) UNTUK MENGELAKKAN ORANG MELAYU LUPA AKAN BAHASA IBUNDA

- Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan perlu dipelihara . Ini kerana orang muda zaman
kini makin melupakan bahasa ibunda yang telah diamalkan sejak beralaf tahun dahulu . Ibu
bapa juga memainkan peranan penting untuk mengajar anak - anak mereka bahasa melayu
sejak dari kecil lagi.

3) AGAR HAK ORANG MELAYU TIDAK DITINDAS

Sebagai contoh, memlilih pemimpin yang berbangsa melayu untuk mengekalkan kedudukan
orang melayu. Ini kerana jika orang bukan melayu memegang jawatan pemimpin seperti
Perdana Menteri, kedudukan orang melayu akan direndahkan.

4) UNTUK MEMELIHARA KEPENTINGAN KAUM LAIN.

- Dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diperuntukkan tentang jaminan istimewa


Orang Melayu dan Anak-anak Negeri iaitu Pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah
kaum lain berwarganegara Malaysia.

- Melalui Perkara 153, ada menyebut tentang Prinsip Jus Soli iaitu (undang-undang) hak
mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran di negara itu. Selain itu,
Perjanjian 1948 memperluaskan takrifan bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum
bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai warganegara Persekutuan.

- Perkara 153 juga memperuntukkan bagi YDPA untuk menjaga keistimewaan Orang Melayu
dan Anak-anak Negeri bahkan kepentingan sah kaum lain juga.
11

- Dalam Perjanjian Negeri 1948 diberi komitmen kepada Orang Melayu dalam bidang
pendidikan, keajuan ekonomi, kebajikan sosial dan perkhidmatan kerajaan. Ini bermakna
Perkara 153 bukanlah satu dasar yanag menghalanag kaum bukan Melayu dan Anak Negeri
untuk meraih kekayaan.

5) UNTUK MENYUMBANG PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

- Pada asasnya, pembangunan infrastruktur, sistem pentadbiran moden dan perkhidmatan sosial
yang diwujudkan untuk menyokong aktiviti ekonomi dan kepentingan aktiviti ekonomi dan
kepentingan British secara keseluruhannya di Tanah Melayu.

- Perkara 153 memperuntukkan kewujudan dasar kuota yang merangkumi perizaban pada
kadar munasabah yang difikirkan oleh YDPA iaitu pemberian kemudahan dari segi
perkhidmatan awam, bantuan biasiswa, danasiswa dan keitimewaan pendidikan atau latihan
yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan Kerajaan Persekutuan atau
permit atau lesen pertukangan atau perniagaan.

- Kaedah pelaksanaan Perkara 153 perlu disemak untuk memastikan tidak ada seorang pun
bangsa Malaysia yang dinafikan perlindungan pada sisi undang-undang hak keperluan asasi.

NUR IZZATI BINTI NORISHAM D2210269

AZMAH HUSNIAH BINTI RADUAN D2210766


12

0.8 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulannya, terdapat kefahaman tentang peradaban yang dibangunkan oleh kefahaman


tentang perlembagaan persekutuan. Sebelumnya, perlembagaan persekutuan merupakan tapak
intergrasi dan ia berasaskan daripada host society. Perkara ini perlu difahami dari segi kontrak
sosial yang telah dipersetujui oleh orang-orang melayu dan ketua yang mewakili orang bukan
melayu ketika perlembagaan ini digubal. Seterusnya, perkara 4(1) perlembagaan persekutuan
merupakan undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan perkara yang berlawanan
dengan perlembagaan perlulah dibatalkan. Sekiranya, warganegara tidak menghormati
perlembagaan, keharmonian dan perpaduan negara yang diidamkan tidak akan tercapai. Hal ini
kerana, setiap warganegara perlu bertanggungjawab dalam menjunjung tinggi, berdaulat dan
mempertahankan perlembagaan malaysia. Pengkritik perlembagaan telah membuat satu
penghinaan kepada bangsa dan negara. Di samping itu, perkara ini terjadi kerana pada bulan
April tahun 1946 terdapat bantahan oleh Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union di
Mahkamah Tinggi England. Pada 28 Mei tahun 1946, ahli parlimen British tiba ke Kuala
Kangsar, Perak untuk berhimpun besar-besaran Bersama Raja-raja dan rakyat-rakyat dalam
menentang Malayan Union di Padang Bandar Diraja, Kuala Kangsar.

NUR ATIQAH ZULAIKHA BINTI CHE YUSOF D2210327


13

0.9 RUJUKAN

Nazri Muslim, Jamsari Alias, Wan Zulkifli Wan Hasan, Azizi Umar, Nasruddin Yunos,
Disember 2013,’’Pengenalan kedudukan istimewa orang melayu’’

http://journalarticle.ukm.my/8558/1/5093-12078-1-SM.pdf

Amri Marliza, 18 September 2021,

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/download/33178/13821/79378

Ridzuan bin Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil, Subramaniam a/l
Raman, 2019, Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn.Bhd,’’ Objektif
Kajian’’.

Nursyazwani Saiful Sham, 17 Jun 2020, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-


perlu-bijak-gunakan-kebebasan-bersuara-di-media-sosial-247641

Dr. Noraini binti Mohamed Hassan, 11 Ogos

2017, https://eprints.um.edu.my/17852/1/DR_NORAINI.pdf

MStar, 22 Oktober 2010, https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/10/22/orang-melayu-


perlu-manfaatkan-hak-dan-kedudukan-istimewa-dalam-perlembagaan

Buku Penghayatan Etika dan Peradaban: Ahmad Zamil Abd Khalid, Muhammad Amar
Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd Nizho Abd
Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon, Muhammad Ahmad, Zahari Mohamed, 2021.

Berita Harian, Zamri Hashim, 23 Mac 2018,

https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2018/03/402665/kedudukan-islam-wajar-
dipertahankan

Berita Harian, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain. (2018).Perkara 153 Jamin Hak
Semua Kaum.Berita Harian,
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/504655/perkara-153-jamin-hak-
semua-kaum
Buku: Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar Mahmad, Khairiyah Mohd Yassin,
Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd.Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar
Adon, Muhammad Ahmad, Zahari Mohamed. (2021).Penghayatan Etika Dan
Peradaban.UUM.

Kamus: https://kamusbm.com/jus-soli/
Sharifah Nur Abu, 11 Januari 2021, https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-6-
perlembagaan-sbg-tapak-integrasi
Buku Penghayatan Etika dan Peradaban: penerbit Universiti Utara Malaysia, 2021.

You might also like