You are on page 1of 20

UHAS1172

DINAMIKA MALAYSIA
• KUMPULAN 7 •

TUGASAN KUMPULAN
TEMU BUAL
POLITIK DI MALAYSIA
PENSYARAH : DR. MOHD NASIR BIN MASROOM
TARIKH HANTAR: 25/9/2021
AHLI KUMPULAN
“Bersama adalah permulaan. Menjaga bersama
adalah kemajuan. Bekerjasama adalah kejayaan”
Hai, kami ahli kumpulan 7!
NAGUIB BIN AB JABAR
SX142541CSJF04

NORMAN NYIGOR
SX170139CSRS04

IZZAT AKMAL B. MAHADI KAMIL


SX130323HADS

MUHAMMAD NAJDI B ABDULLAH ZAWAWI


SX171717KAWF09

WAN MUHD AMIN BIN WAN DOLLAH


SX140109CSRS04

IRMA FARINA BINTI ABDUL MANAF


SX153084KAWF04

RIKNESH A/L SARAVANAN


SX191580KAWF04
Minit Mesyuarat No.01

Ruj : DM/G7/0001/Min
Tempat : Google Meet Video Conference
Link : https://meet.google.com/cbv-oebx-rzh
Tarikh : 6th Ogos 2021
Masa : 10.00 pm – 11.00 pm

Kedatangan

NAME MATRIX NO.

1. NAGUIB BIN AB JABAR SX142541CSJF04


2. NORMAN NYIGOR SX170139CSRS04
3. IZZAT AKMAL B. MAHADI KAMIL SX130323HADS
4. MUHAMMAD NAJDI B ABDULLAH ZAWAWI SX171717KAWF09
5. WAN MUHD AMIN BIN WAN DOLLAH SX140109CSRS04
6. IRMA FARINA BINTI ABDUL MANAF SX153084KAWF04
7. RIKNESH A/L SARAVANAN SX191580KAWF04

Gambar 1: Mesyuarat bersama ahli kumpulan


No. Perkara Aksi Tarikh
aksi
1.0 Pengenalan

1.1 Penerangan ringkas oleh Naguib bagi tugasan berkumpulan Info

2.0 Temu Bual Responden


2.1 Pembahagian tugas kepada ahli kumpulan. Temu bual perlu di sertakan dengan Info -
dialog transkrip, video atau gambar.

2.2 Responden 1
1 orang warga emas (bangsa Cina)
Najdi 20/9/21
2.3 Responden 2
1 orang dewasa (bangsa Sarawak) Norman 20/9/21

2.4 Responden 3
1 orang dewasa (bangsa Melayu) Naguib 20/9/21

2.5 Responden 4
1 orang remaja (bangsa Cina) Izzat 20/9/21

2.6 Responden 5
Amin 20/9/21
1 orang remaja (bangsa India)

2.7 Tarikh hantar dialog temu bual dan video pada 20/9/2021. Semua ahli kumpulan Info
perlu hanta pada link yang diberi.
24/9/21
2.8 Tarikh hanta laporan dan perbentangan pada 24/9/2021. Irma/Ricky

3.0 Perkara lain


- Segala perbincangan lanjut boleh di ajukan di dalam group whatsapp. Info

3.1 Konklusi & Mesyuarat Seterusnya


-

PERHATIKAN RUANG TINDAKAN DAN LAKUKAN UNTUK MENYELESAIKAN


TUGAS RESPEKTIF ANDA SEBAGAI MANA YANG DITETAPKAN.
Ditulis oleh:

1) Irma Farina.
2) Riknesh Saravanan
1.0 Pengenalan

Laporan ini memfokuskan perbincangan tentang pandangan orang awam terhadap perkembangan politik
di Malaysia khususnya dalam era Malaysia Baharu hari ini. Era Malaysia Baharu telah ditonjolkan selepas
berlakunya pertukaran kerajaan beberapa kali dalam tempoh masa yang singkat. Justeru, pensyarah telah
memberikan satu tugasan secara berkumpulan bagi menemubual orang awam dan mendapatkan respon
orang awam mengenai politik di Malaysia. Ahli kumpulan di berikan syarat untuk menemubual berlainan
katagori iaitu bangsa, agama dan umur bagi mendapatkan respon dan data yang berbeza untuk di analisa.
Malaysia Baharu dikatakan membawa ‘nafas baru’ angin perubahan dalam segenap aspek kehidupan
merangkumi hal ehwal politik, pembangunan ekonomi dan pemerkasaan sosiobudaya ke arah yang lebih
baik berbanding dengan era sebelumnya. Namun, adakah benar ahli politik ikhlas untuk memperjuangkan
nasib rakyat atau sebaliknya lebih lagi dengan keadaan negara yang terkesan dengan wabak Covid 19 yang
melanda dunia.

2.0 Objektif

Mendapatkan pendapat orang awam tentang politik di Malaysia.

3.0 Metodologi Kajian

1. Temu bual orang awam

 1 org warga emas


 2 dewasa (lain-lain bangsa)
 2 remaja ( lain-lain bangsa)
3.1 DIALOG TEMUBUAL

1. WARGA EMAS BERBANGSA CINA

Latar belakang responden

Nama : Wong Tat Chen

Umur : 65 tahun

Bekerja/Belajar : Pengurus Tapak Projek Binaan

Kursus : -

Transkrip temubual

Najdi :
Apakah pandangan Mr. Wong berkaitan dengan politik Malaysia pada masa sekarang?

Mr. Wong :
Saya sebagai rakyat Negara Malaysia sangat merasa sangat keliru dan tidak berpuas hati dengan keadaan
politik Malaysia. Rakyat sekarang banyak yang menghadapi masalah terutamanya dari segi kewangan
akibat kehilangan pekerjaan dan tidak mencukupi makanan untuk menyara keluarga.

Najdi :
Apakah pandangan Mr. Wong yang ahli politik perlu perjuangkan?

Mr. Wong :
Saya berharap semua ahli politik walaupun berlainan parti untuk bekerjasama menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh rakyat pada masa sekarang.

Najdi :
Sebagai rakyat Malaysia apakah harapan Mr. Wong kepada Negara Malaysia?

Mr. Wong :
Saya berharap keadaan Negara Malaysia kembali stabil dan rakyat dapat hidup dengan selesa dan ceria.
Setiap negara perlu ada pemerintah dan pembangkang yang baik dan kuat. Setiap pemerintah dan
pembangkang hendaklah melaksanakan peranan masing-masing dengan baik demi kesejahteraan rakyat.
Najdi :
Sebagai rakyat Malaysia apakah yang boleh Mr. Wong sumbangkan kepada Negara Malaysia.

Mr. Wong :
Saya sebagai rakyat Negara Malaysia perlu bersama-sama dengan pemerintah dan semua rakyat untuk
memulihkan keadaan Malaysia tidak kira pegangan politik, agama dan bangsa dan saya berharap Negara
Malaysia kembali maju dan dapat bersaing dengan Negara maju yang lain.

3.2 DIALOG TEMUBUAL

2. DEWASA BERBANGSA SARAWAK

Latar belakang responden

Nama : Mike S.

Umur : 35 tahun

Bekerja/Belajar : Pengurus Kedai

Kursus : -

Transkrip temubual

Norman Nyigor :
Jadi hari ini kita bersama, Mike S. Bolehkah anda beritahu kami, etnik apa anda?

Mike S. :
Saya sebagai rakyat Negara Malaysia sangat merasa sangat keliru dan tidak berpuas hati dengan keadaan
politik Malaysia. Rakyat sekarang banyak yang menghadapi masalah terutamanya dari segi kewangan
akibat kehilangan pekerjaan dan tidak mencukupi makanan untuk menyara keluarga.

Norman Nyigor :
Apa pendapat anda mengenai politik di Malaysia?

Mike S. :
Pada masa ini, politik di Malaysia ketika ini “messy”, saya rasa mereka perlu lebih fokus pada apa yang
mereka cuba lakukan, lebih fokus pada apa yang mereka lakukan. Dan saya fikir ia akan menjadi lebih baik.
Terdapat banyak ruang untuk diperbaiki, bukan keadaan yang ideal.
Norman Nyigor :
“Messy” dari segi apa?

Mike S. :
Jadi baru-baru ini, anda tahu, mendapat perdana menteri baru, yang bagus kerana semoga ada kestabilan
dalam kerajaan. Tetapi untuk berfikir bahawa, anda tahu, ada orang yang dapat menukar kesetiaan
mereka dan membuat kedudukan perdana menteri terbatal berulang kali, membuat saya berfikir bahawa
mereka harus menjadi semacam kawalan atau reformasi untuk benar-benar menghentikannya daripada
terjadi lagi, kerana sangat tidak masuk akal jika anda dapat meyakinkan orang yang cukup untuk
menyokong sokongan mereka, ia akan berubah sepanjang masa

Norman Nyigor :
Tidakkah mereka mahu melakukan dasar anti-lompatan di bawah Muhyiddin? apa pendapat anda
mengenai perkara ini?

Mike S. :
Ya. dasar Anti-lompatan sebenarnya akan membantu.

Norman Nyigor :
Itu adil. Salah satu soalan yang ingin saya ajukan kepada anda ialah, apa pendapat anda yang seharusnya
dituju oleh ahli politik dari mana-mana parti

Mike S. :
Pemimpin masa kini harus bertujuan untuk benar-benar memperbaiki negara secara keseluruhan dan
bukannya berusaha untuk mendiskualifikasi antara satu sama lain. Saya tidak mengatakan bahawa saya
tidak memilih pihak, tetapi setiap pihak mempunyai kelebihan masing-masing. Dari segi tindakan, anda
tahu, semua orang boleh mengatakan 1,001 perkara. Tetapi anda harus benar-benar bersikap adil antara
satu sama lain sehingga kadang-kadang memberi kredit di mana kredit perlu dibayar.
Pada asasnya. Oleh itu, kedua-dua belah pihak telah melakukan perkara yang baik dan kedua-dua
belah pihak mempunyai kelemahan masing-masing, jadi mereka perlu bekerjasama untuk menjadikan
negara ini lebih baik. Kerana pada masa ini, ada banyak orang yang menganggur, ada banyak orang yang
menderita akibat wabak ini, dan itu adalah sesuatu yang perlu mereka atasi sebagai satu pasukan, tanpa
mengira. Sayangnya, banyak dari mereka adalah apa yang dikatakan orang Melayu di akhir tahun 80-an
"cakap tak sampai bikin" jadi pada dasarnya banyak dari mereka menuntut tindakan tetapi tidak
melakukan perkara yang sama seperti yang mereka katakan atau berjanji.

Norman Nyigor :
Faham. Apa harapan anda untuk Malaysia di masa hadapan?

Mike S. :
Saya harap Malaysia dari segi politik itu sendiri akan menjadi buta warna. Ia bukan lagi perkara Melayu
atau benda Cina atau India, atau benda dayak atau sarawak atau perkara sabah. Harapan saya adalah
semestinya perkara Malaysia. Tidak kira siapa diri anda atau kepercayaan anda. Pada akhirnya saya
berpendapat bahawa untuk kemajuan negara, perkara-perkara ini tidak boleh dipertimbangkan, malah
dipertimbangkan lagi. Itulah harapan saya.
Norman Nyigor :
Apakah yang boleh tuan/puan sumbangkan untuk Malaysia?

Mike S. :
Sumbangan saya Kepada Malaysia. Ape yang kita boleh sumbangkan dari segi fisikal adalah untuk
menolong golongan yang tidak berupaya supaya membangkitkan negara. pada asasnya, untuk
mendorong hubungan kaum yang lebih baik , jangan melihat bangsa atau agama seseorang, saya rasa
boleh, menyumbang dalam pengertian di mana kita semua orang Malaysia itulah sumbangan saya untuk
benar-benar mengingatkan orang bahawa pada akhirnya kita seluruh rakyat Malaysia.

3.3 DIALOG TEMUBUAL

3. DEWASA BERBANGSA MELAYU

Latar belakang responden

Nama : En. Semaonsha Apandi

Umur : 56 tahun

Bekerja/Belajar : Baru bersara dari Bank Negara Malaysia

Transkrip temubual

Naguib:
Apakah pendapat En. Semaonsha mengenai “politik di malaysia” ?

En Semaonsha:
Kita dapat ringkaskan dimana politik kita masih cacar marba dimana semua parti masih mencadangkan
wakil politik yang sama terutamanya dari UMNO ia seperti tidak mempelajari kesilapan yang lalu dimana
mereka sekarang tidak mempunyai majority seperti dahulu. Mereka perlu tahu bahawa mereka perlu
berkongsi dengan parti-parti yang lain. UMNO sepatutnya bersyukur dimana Datuk Sabri Ismail dipilih
menjadi Perdana Menteri dan mereka patut memberi perhatian untuk PRU 15 yang akan datang. Jika
mereka masih berbalah seperti ini kita dapat lihat mereka mungkin akan kalah semula pada PRU akan
datang. Bagi saya ia akan mengacau kestabilan politik Ketika ini kerana mereka lebih banyak bising-bising
daripada mengeluarkan cadangan-cadangan yang baik untuk membantu meningkatkan ekonomi Ketika
ini. Tapia da sesetengah Menteri yang bagus dan buat kerja contohnya Khairy Jamaludin, dia bagus dan
kita Nampak beliau memang membuat tugasan yang diberikan dan beliau tahu apa yang dia buat. Kita
perlukan orang yang macam tu dan bukan seperti yang lain yang mungkin lebih kepada mendapatkan
kuasa. Sudah tiba masanya geng-geng yang tua mengundur diri, tidak perlu lagi meletakkan diri anda di
politik Malaysia jika tidak dapat membantu memberikan idea baru untuk ekonomi akan datang. Dari
pandangan peribadi saya jika saya dilantik menjadi Perdana Menteri pun susah saya nak menjaga Malaysia
disebabkan ahli-ahli politik yang sebegini..
Naguib:
Apakah sepatutnya ahli politik di Malaysia perjuangkan?

En Semaonsha:
Ahli politik sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dari segi sosio ekonomi, kebajikan rakyat dan
sebagainya. Bila kita lihat semasa PRU dimana manifesto yang dijanjikan semua untuk kepentingan rakyat
akan tetapi ahli politik sekarang tidak lagi kearah itu, mereka lebih merebut kepada siapa akan menjadi
apa, ia dapat dilihat ahli-ahli politik telah dilantik mengetuai GLC untuk memastikan mereka yang dilantik
akan memberikan sokongan kepada mereka dan ia boleh diaggap mereka telah dibeli oleh ahli politik lain
untuk mendapat sokongan. Bila ia jadi seperti ini mereka akan tidak memperjuangkan rakyat lagi. Semasa
di penghujung PN kita dapat lihat ahli politik seperti Dato Ahmad Maslan mereka tidak memberikan
cadangan yang bagus akan tetapi lebih menyalahkan kerajaan seperti perkataan kerajaan gagal. Rakyat
menjadi bosan dengan ahli politik Ketika ini, apa ahli politik inginkan iaitu ingin masuk parlimen, bila sudah
dapat masuk mereka bukan memperjuangkan rakyat akan tetapi mereka menjadi seperti sarkas melalak
disana sini. Mereka lebih kepada usul undi tidak percaya dan ingin menjatuhkan kerajaan. Sultan Johor
antara yang berani memperkatakan kepada ahli politik baginda dimana jika mereka masuk bersidang tapi
lebih kepada perangai seperti beruk baginda akan membubarkan ahli dewan rakyat di Johor. Ahli politik
sepatutnya perlu Kembali kepada janji mereka memperjuangkan rakyat dan bukannya membesarkan
perut dan tembolok masing-masing.

Naguib:
Baiklah, soalan seterusnya. Apakah harapan tuan kepada Malaysia?

En Semaonsha:
Kita ini Malaysia sepatutnya dah menjadi negara yang membangun berbanding dengan negara-negara
lain. Kita boleh jadikan Singapura sebagai benchmark. Disebabkan politik kita masih bergaduh sesama
tetangga kita dah ketinggalan sedikit dengan negara jiran kita Indonesia. Kita dapat lihat banyak syarikat-
syarikat yang besar telah meninggalkan Malaysia dan berpindah ke Indonesia. Ketika dahulu dan yang
lebih baik negara-negara timur tengah telah banyak pergi ke Indonesia dan melabur disana disebabkan
ketidakstailan politik di Malaysia. Boleh jadi satu sampai masa nanti orang Malaysia akan menjadi PATI di
Kalimantan dimana jika Kalimantan membangun dan banyak peluang pekerjaan ditawarkan, rakyat
Malaysia pula sudah bosan dengan kepimpinan di Malaysia jangan terkejut rakyat Malaysia berhijrah ke
sana untuk peluang pekerjaan. Harapan saya Malaysia sepatutnya ada pelan peluang pekerjaan dan politik
kepada generasi muda, jika tidak mereka boleh berhijrah ke negara-negara lain seperti di Canada. Canada
antara negara yang mudah untuk bekerjasama disana seperti rakan-rakan saya terutama yang berbangsa
cina. Mereka percaya akan masa depan yang lebih cerah disana jika Malaysia masih cerita yang sama
seperti mesti anak keturunan ahli politik yang terdahulu perlu menerajui politik Malaysia. Pengalaman
saya sendiri pada minggu lepas dimana saya terjumpa dengan seorang bangsa cina dan dia juga tidak
berpuas hati dimana hanya keturunan Lim Kit Siang sahaja kah yang pandai berpolitik? Adakah banga cina
yang lain tidak pandai berpolitik dan menjadi Menteri? Parti politik perlu mengeluarkan generasi tua dan
memberikan peluang kepada generasi muda yang masih fresh dan bersih dimana tiada kluster mahkamah.
Bila anak-anak muda tidak diberi pulang dan peluang kerja juga tiada ia mendatangkan mereka kearah
melakukan jenayah. Jangan jadi seperti di Amerika Latin dimana jika mereka protes mereka pergi
memusnahkan harta benda awam dan Jika keperluan asas kerajaan tidak dapat sediakan generasi-
generasi muda akan memberontak jadi kita tidak mahu mereka kearah itu. Kita berharap ahli-ahli politik
yang dipilih itu sedar-sedarkan diri mereka dipilih untuk memperjuangkan rakyat dan kebajikan rakyat.
Naguib:
Ok baik, seterusnya ni soalan yang terakhir. Apakah tuan rasa yang tuan boleh sumbang kepada Malaysia.

En Semaonsha:
Jika sebelum ini saya bekerja di Bank Negara Malaysia kita dapat membantu dari segi memupuk dan
memberikan Pendidikan kepada rakyat Malaysia. Bila baru bersara ini, apa yang boleh disumbangkan
Ketika ini adalah ikut SOP yang kerajaan sediakan. Kita sahut seruan kerajaan, kita pergi vaksin, ikut SOP
dan sama menurukan kes COVID 19. Jika kes Covid 19 sudah turun dan ekonomi dapat dibuka seperti
biasa, Kerajaan akan rasa mereka boleh focus kepada yang lain. Tapi kalau kita terus tidak ikut SOP
contohnya kita menambah kes yang sedai ada, focus kerajaan terpaksa berpatah balik semula kepada
covid 19. Orang Ketika ini sibuk nak pergi melancong dan minta membuka masjid seluas-luasnya, jika lah
kita seorang pembawa covid 19 dan berjangkit kepada semua orang yang hadir Ketika itu. Disebabkan
seorang ramai yang terlibat dan Kembali memenuhi hospital covid19. Ketika ini, yang terbaik adalah kita
sumbang dengan mudah iaitu patuhi SOP dan jadi seorang rakyat yang patuh kepada seruan kerajaan.
Kalau kita lihat dalam Islam kita sebagai umatnya perlu patuh kepada pemimpinnya selagi ia tidak
menyuruh membuat perkara yang tidak elok. Bagi saya apa yang boleh sumbangkan Ketika ini adalah
patuhi SOP dan menyelesaikan segala masalah mengenai Covid 19 dan kita balikkan ekonomi kita. Itu
sahaja.

3.4 DIALOG TEMUBUAL

4. REMAJA BERBANGSA CINA

Latar belakang responden

Nama : Lim Chee Yin

Umur : 18 tahun

Bekerja/Belajar : HELP University (kuala lumpur)

Kursus : Diploma perniagaan

Transkrip temubual

Izzat :

Apakah pendapat chee yin mengenai “politik di malaysia” ?

Chee Yin :

Pada pendapat saya, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berpelembagaan. Malaysia mengamalkan sistem parlimen dwidewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Dewan Rakyat pula mempunyai
seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih oleh sokongan rakyat
melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan
raya yang baru akan diadakan.

Izzat :

chee yin berumur 18 tahunkan, sepanjang 18 tahun ini chee yin rasa ahli politik ni sepatutmya perlu
perjuangkan apa?

Chee Yin :

Ahli politik sepatutnya menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili masing-masing dan
menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab. Ahli politik juga perlu mewakili suara rakyat
dengan mengemukakan solusi bagi setiap masalah yang timbul.

Izzat :

Baiklah, soalan seterusnya. Apakah harapan chee yin sendiri berkenaan atau kepada Malaysia?

Chee Yin :

Saya berharapan, agar Malaysia bertambah maju dan berkembang pada masa hadapan. Seterunya
teknologi dapat melebihi negara lain seperti Negara china dan juga lain-lain.

Izzat :

ok baik, seterusnya ni soalan yang terakhir. Sebagai seorang remaja, apa yang boleh chee yin sendiri dapat
sumbangkan ke pada negara kita Malaysia?

Chee Yin:

Saya akan sumbang dengan belajar bersungguh-sungguh dn seterusnya mendapat keputusan yang
cemerlang. Boleh belajar diluar Negara dan seterusnya mengharumpan nama Negara Malaysia diluar
Negara.

3.5 DIALOG TEMUBUAL

5. DEWASA BERBANGSA MELAYU

Latar belakang responden

Nama : Encik Faizul Bin Kasmin

Umur : 43 tahun
Bekerja/Belajar : Juruteknik di Syarikat Telekomunikasi

Kursus : Diploma Telokuminkasi

Transkrip temubual

Wan Muhd Amin:

Hari ini saya berkesempatan untuk menemu ramah seorang warganegara yang berbangsa Melayu iaitu
Encik Faizul Bin Kasmin yang berumur 43 tahun. Beliau merupakan seorang Juruteknik di Syarikat
Telekomunikasi di Negara kita.

Apakah pandangan Encik Faizul Bin Kasmin berkaitan dengan politik Malaysia pada masa sekarang?

Faizul Bin kasmin:

Saya berpandangan dalam hal politik Malaysia pada hari ini, ia nampak tidak berapa stabil disebabkan
kerajaan yang ada hari ini tiada majoriti 2/3 di parlimen, maka akan ada percubaan untuk menukar tampuk
pemerintahan ketika ini. Maka ia tidak sihat untuk negara kita khususnya dalam hal ekonomi, agama dan
sosial. Banyak yang mereka perkatakan tentang pertukaran pemerintah sahaja. Tiada usaha untuk bersatu
dalam menanggi masalah yang rakyat yang semakin ramai tertekan ketika ini.

Wan Muhd Amin:

Apakah pandangan Encik Faizul yang ahli politik perlu perjuangkan?

Faizul Bin kasmin:

Sudah tentu kita mahu mereka (orang poilitk) memperjuangkan hak rakyat khususnya kebajikan kami
seperti kesihatan, ekonomi dan kestabilan antara kaum. Dimusim yang penuh cabaran ini khususnya covid
19 ini, mereka kena berkerjasama dan proaktif untuk membantu rakyat khususnya yang terkesan dengan
pendemic ini. Jangan sekadar pandai berkata tetapi tiada susulan.

Wan Muhd Amin:

Sebagai rakyat Malaysia apakah harapan En. Faizul kepada Negara Malaysia?

Faizul Bin Kasmin:

Saya mengharapkan keadaan Negara Malaysia selapas ini kembali stabil dan rakyat dapat hidup dengan
aman dan sejahtera. Ini penting kerana ia perlu ada pemerintah dan pembangkang yang bagus dan adil.
Setiap pemerintah dan pembangkang hendaklah melaksanakan peranan masing-masing dengan baik demi
kesejahteraan rakyat atau saling melengkapi antara satu sama lain.

Wan Muhd Amin:


Sebagai rakyat Malaysia apakah yang boleh En. Faizul sumbangkan kepada Negara Malaysia.

Faizul Bin Kasmin:

1- Saya berperanan sebagai salah seorang rakyat yang diberikan amanah untuk berkerja di Syarikat
telekomunikasi dan dengan itu saya akan membantu rakyat diluar sana melalui syarikat kami dengan
menyelesaikan masalah capaian internet mereka yang bermasalah,

2- Kami sebagai rakyat juga perlu bersama-sama dengan pemerintah dan semua rakyat lain untuk
memulihkan keadaan Malaysia tidak kira pegangan politik, agama dan bangsa. Harapan kami adalah
supaya Negara kita kembali maju dan dapat bersaing dengan Negara lain dalam menangani wabak covid19
ini dan hal ekomoni.
Soalan Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5
1. Apakah Saya sebagai Pada masa ini, Kita dapat Malaysia Saya
pendapat rakyat Negara politik di ringkaskan mengamalkan berpandangan
anda tentang Malaysia sangat Malaysia dimana politik demokrasi dalam hal
politik di merasa sangat ketika ini kita masih berparlimen di politik Malaysia
Malaysia keliru dan tidak “messy”, saya cacar marba bawah pada hari ini, ia
berpuas hati rasa mereka dimana semua pentadbiran nampak tidak
dengan keadaan perlu lebih parti masih Raja berapa stabil
politik Malaysia. fokus pada mencadangka Berpelembagaa disebabkan
Rakyat sekarang apa yang n wakil politik n. Malaysia kerajaan yang
banyak yang mereka cuba yang sama mengamalkan ada hari ini
menghadapi lakukan, lebih terutamanya sistem parlimen tiada majoriti
masalah fokus pada dari UMNO ia dwidewan iaitu 2/3 di parlimen,
terutamanya apa yang seperti tidak Dewan Rakyat maka akan ada
dari segi mereka mempelajari dan Dewan percubaan
kewangan lakukan. Dan kesilapan yang Negara. Dewan untuk menukar
akibat saya fikir ia lalu dimana Negara tampuk
kehilangan akan menjadi mereka mempunyai 70 pemerintahan
pekerjaan dan lebih baik. sekarang tidak orang yang ketika ini. Maka
tidak mencukupi Terdapat mempunyai terpilih selama 3 ia tidak sihat
makanan untuk banyak ruang majority tahun. Dewan untuk negara
menyara untuk seperti Rakyat pula kita khususnya
keluarga. diperbaiki, dahulu. mempunyai dalam hal
bukan Mereka perlu seramai 222 ahli, ekonomi,
keadaan yang tahu bahawa dan setiap ahli agama dan
ideal. mereka perlu mewakili satu sosial. Banyak
berkongsi kawasan pilihan yang mereka
dengan parti- raya. Ahli-ahli perkatakan
parti yang lain. dipilih oleh tentang
UMNO sokongan rakyat pertukaran
sepatutnya melalui pilihan pemerintah
bersyukur raya. Setiap ahli sahaja. Tiada
dimana Datuk Dewan Rakyat usaha untuk
Sabri Ismail memegang bersatu dalam
dipilih menjadi jawatan selama menanggi
Perdana 5 tahun, dan masalah yang
Menteri dan selepas itu rakyat yang
mereka patut pilihan raya yang semakin ramai
memberi baru akan tertekan ketika
perhatian diadakan. ini.
untuk PRU 15
yang akan
datang.
2. Apakah Saya berharap Pemimpin Ahli politik Ahli politik Sudah tentu
yang ahli semua ahli masa kini sepatutnya sepatutnya kita mahu
politik perlu politik walaupun harus menjaga menjaga mereka (orang
perjuangkan berlainan parti bertujuan kepentingan kebajikan rakyat poilitk)
? untuk untuk benar- rakyat dari di kawasan yang memperjuangk
bekerjasama benar segi sosio diwakili masing- an hak rakyat
menghadapi dan memperbaiki ekonomi, masing dan khususnya
menyelesaikan negara secara kebajikan menjalankan kebajikan kami
masalah yang keseluruhan rakyat dan tugas dengan seperti
dihadapai oleh dan bukannya sebagainya. amanah dan kesihatan,
rakyat pada berusaha Bila kita lihat bertanggungjaw ekonomi dan
masa sekarang. untuk semasa PRU ab. Ahli politik kestabilan
mendiskualifi dimana juga perlu antara kaum.
kasi antara manifesto mewakili suara Dimusim yang
satu sama yang dijanjikan rakyat dengan penuh cabaran
lain. Saya semua untuk mengemukakan ini khususnya
tidak kepentingan solusi bagi setiap covid 19 ini,
mengatakan rakyat akan masalah yang mereka kena
bahawa saya tetapi ahli timbul. berkerjasama
tidak memilih politik dan proaktif
pihak, tetapi sekarang tidak untuk
setiap pihak lagi kearah itu, membantu
mempunyai mereka lebih rakyat
kelebihan merebut khususnya yang
masing- kepada siapa terkesan
masing. akan menjadi dengan
apa, ia dapat pendemic ini.
dilihat ahli-ahli Jangan sekadar
politik telah pandai berkata
dilantik tetapi tiada
mengetuai susulan.
GLC untuk
memastikan
mereka yang
dilantik akan
memberikan
sokongan
kepada
mereka dan ia
boleh diaggap
mereka telah
dibeli oleh ahli
politik lain
untuk
mendapat
sokongan.
3. Apakah Saya berharap Saya harap Harapan saya Saya Saya
harapan keadaan Negara Malaysia dari Malaysia berharapan, mengharapkan
anda kepada Malaysia segi politik itu sepatutnya agar Malaysia keadaan Negara
Negara kembali stabil sendiri akan ada pelan bertambah maju Malaysia
Malaysia? dan rakyat dapat menjadi buta peluang dan berkembang selapas ini
hidup dengan warna. Ia pekerjaan dan pada masa kembali stabil
selesa dan ceria. bukan lagi politik kepada hadapan. dan rakyat
Setiap negara perkara generasi Seterunya dapat hidup
perlu ada Melayu atau muda, jika teknologi dapat dengan aman
pemerintah dan benda Cina tidak mereka melebihi negara dan sejahtera.
pembangkang atau India, boleh lain seperti Ini penting
yang baik dan atau benda berhijrah ke Negara china kerana ia perlu
kuat. Setiap dayak atau negara-negara dan juga lain- ada pemerintah
pemerintah dan sarawak atau lain seperti di lain. dan
pembangkang perkara Canada. pembangkang
hendaklah sabah. Canada antara yang bagus dan
melaksanakan Harapan saya negara yang adil. Setiap
peranan masing- adalah mudah untuk pemerintah dan
masing dengan semestinya bekerjasama pembangkang
baik demi perkara disana seperti hendaklah
kesejahteraan Malaysia. rakan-rakan melaksanakan
rakyat. Tidak kira saya terutama peranan
siapa diri anda yang masing-masing
atau berbangsa dengan baik
kepercayaan cina. Mereka demi
anda. Pada percaya akan kesejahteraan
akhirnya saya masa depan rakyat atau
berpendapat yang lebih saling
bahawa untuk cerah disana melengkapi
kemajuan jika Malaysia antara satu
negara, masih cerita sama lain.
perkara- yang sama
perkara ini seperti mesti
tidak boleh anak
dipertimbang keturunan ahli
kan, malah politik yang
dipertimbang terdahulu
kan lagi. Itulah perlu
harapan saya. menerajui
politik
Malaysia.
4. Apakah Saya sebagai Sumbangan Apa yang Saya berperanan Saya akan
yang boleh rakyat Negara saya Kepada boleh sebagai salah sumbang
anda Malaysia perlu Malaysia. Ape disumbangkan seorang rakyat dengan belajar
sumbangkan bersama-sama yang kita Ketika ini yang diberikan bersungguh-
kepada dengan boleh adalah ikut amanah untuk sungguh dn
Negara pemerintah dan sumbangkan SOP yang berkerja di seterusnya
Malaysia. semua rakyat dari segi fisikal kerajaan Syarikat mendapat
untuk adalah untuk sediakan. Kita telekomunikasi keputusan yang
memulihkan menolong sahut seruan dan dengan itu cemerlang.
keadaan golongan kerajaan, kita saya akan Boleh belajar
Malaysia tidak yang tidak pergi vaksin, membantu diluar Negara
kira pegangan berupaya ikut SOP dan rakyat diluar dan seterusnya
politik, agama supaya sama sana melalui mengharumpan
dan bangsa dan membangkitk menurukan syarikat kami nama Negara
saya berharap an negara. kes COVID 19. dengan Malaysia diluar
Negara Malaysia pada asasnya, Jika kes Covid menyelesaikan Negara.
kembali maju untuk 19 sudah masalah capaian
dan dapat mendorong turun dan internet mereka
bersaing dengan hubungan ekonomi yang
Negara maju kaum yang dapat dibuka bermasalah,
yang lain. lebih baik , seperti biasa, 2- Kami
jangan Kerajaan akan sebagai rakyat
melihat rasa mereka juga perlu
bangsa atau boleh focus bersama-sama
agama kepada yang dengan
seseorang, lain. Tapi kalau pemerintah dan
saya rasa kita terus tidak semua rakyat
boleh, ikut SOP lain untuk
menyumbang contohnya kita memulihkan
dalam menambah keadaan
pengertian di kes yang sedai Malaysia tidak
mana kita ada, focus kira pegangan
semua orang kerajaan politik, agama
Malaysia terpaksa dan bangsa.
itulah berpatah balik Harapan kami
sumbangan semula adalah supaya
saya untuk kepada covid Negara kita
benar-benar 19. kembali maju
mengingatkan dan dapat
orang bahawa bersaing dengan
pada akhirnya Negara lain
kita seluruh dalam
rakyat menangani
Malaysia. wabak covid19
ini dan hal
ekomoni.
Dapatan Kajian dan Perbincangan

Hasil daripada temu bual beberapa responden, kami dapati pendapat responden 1,2,3 dan 5
terhadap politik di Malaysia majoriti berasa tidak berpuas hati akan politik di Malaysia. Mereka
berpendapat politik di Malaysia tidak matang dan berada pada keadaan cacar marba dan mengelirukan
rakyat tentang perjuangan ahli politik. Selain daripada itu, kesan hasil daripada kekerapan menukar
kerajaan juga telah menjadikan rakyat hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan.
Mereka berpendapat ahli politik seharusnya fokus dan saling membantu dalam menangani negara dalam
depani wabak Covid-19. Walaubaimanapun, responden 4 telah memberikan pendapatan tentang struktur
kerajaan yang bercorak demokrasi.

Soalan seterusnya adalah pendapat responden terhadap apakah yang ahli perlu politik perlu
perjuangankan. Kami dapati responden 1 berpendapat ahli politik seharusnya bekerjasama dalam
menyelesaikan kemelut permasalahan yang di hadapi rakyat walaupun berlainan parti. Responden 2
berpendapat ahli politik harus benar-benar memperbaiki negara secara keseluruhan dan bukannya
berusaha unutk mendiskualifikasi antara satu sama lain dan melihat dari sudut kelebihan pihak masing-
masing. Walau bagimanapun, responden 3,4, dan 5 berpendapat ahli politik sepatutnya menjaga dan
memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat dai segi sosio ekonomi, kebajikan, kesihatan serta
kestabilan antara kaum. Ahli politik perlu bekersama dan proaktif dalam membantu rakyat yang terkesan
khususnya semasa pandemic ini.

Kajian ini di teruskan dengan melihat apakah harapan responden kepada negara Malaysia.
Responden 1 dan 5 telah memberikan pendapat yang sama untuk melihat negara Malaysia kembali stabil
dan rakyat dapat hidup selesa. Mereka juga berpendapat, Malaysia perlu ada parti pemerintah dan
pembangkan yang bagus dan adil dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing demi
kesejahteraan rakyat. Manakala, responden 2,3, dan 4 berpendapat agar Malaysia berkembang maju
setanding negara lain dan menjadi negara yang berteknologi serta mempunyai peluang pekerjaan yang
luas. Mereka juga berpendapat, kemajuan negara dapat di capai jika Malaysia mempunyai politik yang
stabil dan tidak membeza kan isu perkauman.

Akhir sekali, kajian ini ingin melihat apakah yang boleh responden sumbangkan kepada negara
Malaysia. Responden 1,2, dan 4 telah memberikan pendapat yang sama iaitu memberi kerjasama dengan
pemerintah dan masyarakat untuk memulihkan negara tidak kira pegangan politik, agama, dan bangsa
agar Malaysia menjadi negara yang maju. Responden 3 pula berpendapat rakyat perlu bekerjasaman dan
sahut seruan kerajaan dalam melawan wabak Covid-19 dengan mengikuti SOP yang di tetapkan.
Responden ini berpendapat jika kes Covid-19 dapat di turunkan, negara boleh pulih seperti biasa, namun
jika masyarakat gagal patuhi SOP, negara Malaysia bakal mengulangi titik sejarah hitam kembali. Walau
bagaimapun, responden 5 iaitu seorang remaja yang masih menuntut di university pengajian berpendapat
untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang cemerlang agar dapat
mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Kesimpulan

Malaysia adalah sebuah nagara yang unik kerana rakyatnya yang pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Namun, politik di Malaysia di lihat seperti cacar marba oleh kerana ketamakan sesetengah ahli politik yang
gila kuasa yang cuba untuk menjatuhkan satu sama lain telah memberi imej yang buruk terhadap
Malaysia. Ke tidak stabilan politik mampu membuat pelabur-pelabur lari ke negara lain. Bukan itu sahaja,
ketidak stabilan politik juga mampu membuat rakyat untuk berhijrah ke negara lain. Malaysia sukar untuk
menjadi negara maju jika pemerintahan lemah dan ahli politik tidak bekerjasama. Hasil daripada kajian
ini, kita dapati rakyat mula merasa keliru dan tidak berpuas hati dengan keadaan politik di Malaysia kini.
Rakyat hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat nya oleh kerana sikap intergriti seseorang ahli politik
yang di lihat lemah. Kesilapan menentukan kepimpinan tertinggi negara kita akan menatijahkan
gelombang kegagalan seterusnya membadai pantai kemakmuran negara kita dan akan membawa kepada
perang saudara politik tanah air ke peringkat seterusnya.

You might also like