You are on page 1of 19

TUGASAN 1 PART 1: KENEGARAAN MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
Dr Mohd Ammyrul Ashraf Bin Sairan

KUMPULAN 16

TEMA: KONFLIK PERKAUMAN


TAJUK: 13 MEI MENJADI TITIK HITAM BAGI SEJARAH PEKAUMAN DI MALAYSIA

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK


1. TANIESSWARY A/P ARUMUGAM 278678
2. NUR NAJIBAH ATIQAH BINTI ABDUL AZIZ 281986
3. NOR FARAHIN BINTI RAMLI 281995
4. WAN NUR SYUWAIBAH 282011
5. TAN SZE TENG 282099
6. WAN MUHAMMAD FAIZ BIN WAN ZAIDI 282002
7. MUHAMMAD FAIZ BIN ANUAR 281962
8. WAN NUR ANIS NADHIAH BINTI WAN AB WAHAB 281960
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana atas
kurnianya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam jangka masa yang
ditetapkan walaupun kami menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Ammyrul Asraf Bin
Sairan, selaku pensyarah Kenegaraan Malaysia kami yang telah memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini secara sempurna.

Kami juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami atas
kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh mereka sepanjang kami menyipakan tugasan
ini. Walaupun kami menghadapi pelbagai cabaran disebabkan oleh pandemik Covid-19 namun
atas komitmen ahli-ahli kumpulan, kami dapat juga menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.
Tanpa kerjasama ahli kumpulan kami, tugasan ini tidak mungkin diselesaikan dalam masa yang
singkat. kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang tercinta
kerana mereka juga memberi galakkan dan dorongan dalam menghasilkan tugasan ini.

Akhirnya, harapan kami agar tugasan yang kami hasilkan ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kami dan juga ilmu pengetahuan orang lain serta memberi iktibar kepada seluruh
rakyat Malaysia dan mengambil berat tentang isu yang berkaitan perkauman.
1.0 PENGENALAN

Tanggal 13 Mei 1969, merupakan hari yang tidak boleh dilupakan oleh setiap rakyat
Malaysia kerana ia telah meninggalkan sejarah hitam di negara Malaysia. Pada hari tersebut,
tercetusnya rusuhan kaum sehinggakan tragedi ini telah meragut kebanyakkan nyawa rakyat
serta meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial dalam Negara Malaysia. Tradegi
ini sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Pilih Raya Umum yang diadakan
pada 10 Mei 1969. Pada masa itu, semangat perkauman menjadi sangat kukuh dalam kalangan
orang melayu dan orang cina di Tanah Melayu. Tambahan pula, terdapatnya parti-parti politik
yang menyuburkan idea perkauman dengan tujuannya untuk menarik populariti seseorang
pemimpin dalam kalangan masyarakat. Antara parti politik yang wujud pada masa tersebut
adalah parti PAS, MIC, MCA, GERAKAN, PARTI BURUH dan lain-lain lagi.

Sewaktu kempen pilihan raya diadakan pada 1969, banyak isu-isu sensitif telah
dikemukakan oleh calon-calon parti pembangkang. Antara isu-isu sensitif yang sangat diberi
tumpuan adalah tentang Bahasa Kebangasaan Tanah Melayu ialah Bahasa Melayu, kedudukan
istemewa orang-orang melayu sebagai Bumiputera, dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Hal
ini telah menjadi salah satu punca dimana semangat pekauman menjadi semakin menebal dalam
kalangan masyarakat di Tanah Melayu.

Pada 10 Mei 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC telah
gagal memperoleh majoriti 2/3 dalam Parlimen (Dewan Rakyat) manakala DAP, Parti Gerakan
dan Parti Progresif telah berjaya mendapat sebanyak 25 kerusi dalam Parlimen (Dewan Rakyat)
dan PAS hanya memperolehi 12 kerusi dalam Pilihan Raya Umum tersebut. Kebanyakkan kerusi
di kawasan bandar-bandar utama telah berjaya dimenangi oleh Democratic Action Party (DAP)
dan Gerakan yang ahlinya terdiri daripada orang-orang Cina.

Pada 11 Mei 1969, pihak pembangakang iaitu DAP, Parti Gerakan, dan Parti Progresif
yang memenangi Pilihan raya telah meraikan kemenangannya dengan melancarkan perarakan.
Perarakan ini melibatakan perarakan di sekelilingi bandar Kuala Lumpur. Pada masa itu,
terdapatnya sekumpulan orang cina yang membuka seluarnya dengan tujuan untuk menghina
anggota polis dan kerajaan. Bukan itu sahaja, ada juga yang mencaci dan meludah dari atas lori
ke arah orang melayu yang berada di tepi-tepi jalan. Kumpulan perarakan tersebut telah menuju
ke kawasan Kampung Baru. Sewaktu perarakan mereka di Kampung Baru, gambar Sultan Ismail
Nasiruddin Shah iaitu Yang Dipertuan Agong pada ketika itu telah dipijak dan dihancurkan.
Tujuan perbuatan mereka adalah untuk mengajak orang melayu yang menetap di Kampung Baru
keluar dan bertindak balas. (Muhammad, 2019)

Walaupun terdapatnya tindakan provokasi sewaktu perarakan dijalankan namun orang-


orang melayu tidak bertindak balas. Seperti yang tidak dijangkakan, pada 12 Mei 1969 orang-
orang melayu di Kampung Baru telah mengadakan perarakan sebagai tindak balas terhadap
perbuatan orang-orang cina. Akibat perarakan ini, kedua-dua kaum tersebut tidak berpuas hati
antara satu sama lain.

Pada ketika itu, orang-orang Melayu menahan kesemua kereta dan lori yang dipandu oleh
orang cina dimana mereka dipaksa untuk menurun dari lorinya, dipukul dan dibunuh di situ. Hal
ini menyebabkan orang-orang cina menyahut cabaran tersebut dan membakar kediaman orang-
orang melayu sehinggakan ramai orang melayu mati dibakar bersama kediaman dan harta benda
mereka. Sehingga lewat 12 tengah malam, separuh Kampung Baru, Kuala Lumpur telah pun
dibakarkan oleh orang-orang cina. (Muhammad, 2019)

Sebagai langkah yang efektif, pada 13 Mei 1969, 2 petang Darurat Negara telah
diisytiharkan. Pada waktu itu, MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang dipengerusikan oleh
Tun Razak telah ditubuhkan manakala Parlimen telah digantungkan. Rusuhan besar besaran yang
berlaku di antara orang melayu dan cina telah menunjukkan jumlah kematian rasmi yang
direkodkan adalah sebanyak 196 orang dan 439 orang yang mengalami kecederaan. (Razak,
2019). Ribuan nyawa telah dikorban menyebabkan 13 Mei adalah peristiwa ngeri sehingga kini
2.0 PUNCA-PUNCA TERJADINYA PERISTIWA 13 MEI

2.1. Dasar pecah dan perintah British

Dasar pecah dan perintah British ini adalah merupakan satu tindakan yang amat
berkesan kerana dasar ini telah mewujudkan jurang antara kaum dari segi ekonomi. Pada
zaman pemerintahan British, kelompok-kelompok ras ditentukan berdasarkan kegiatan
ekonomi. Hal ini adalah demikian kerana pihak British mahu memelihara kepentingan
mereka agar tidak terjejas kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin
kekayaan semula jadi tanah Malaysia. Justeru, status dan peranan yang ditetapkan oleh
mereka juga adalah berbeza bagi setiap kaum misalnya orang Melayu digalakkan tinggal
di kampung, orang Cina pula digalakkan tinggal di kawasan bandar manakala orang India
digalakkan tinggal di estet-estet (mei, 2020)

Dari segi kegiatan ekonomi pula, kaum Cina menjalankan perniagaan dan aktiviti
perlombongan bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan lombong dan sebenarnya
dalam ekonomi masyarakat Malaysia, mereka memiliki aset yang tinggi. Orang Melayu
pula menjalankan kegiatan sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala, bagi kaum India
pula, kebanyakkannya adalah sebagai buruh kasar kerajaan atau pekerja di ladang.
Kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khusunya kaum Melayu menjadi
ketinggalan dan lemah. Berdasarkan (Syafiq, 2020)hal ini merupakan kesan daripada
kegiatan ekonomi masyarakat melayu yang bercorak sara diri. Malah kedudukan sosio-
ekonomi antara kaum juga adalah tidak seimbang akibat daripada corak penglibatan
ekonomi mereka yang berbeza.

Dasar yang dijalankan ini berfungsi untuk menghalang daripada perpaduan antara
kaum berlaku. Hal ini adalah demikian kerana, pihak British khuatir perpaduan kaum ini
akan mengancam kedudukan mereka. Dasar ini telah berjaya melahirkan kumpulan-
kumpulan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi yang seterusnya menjadikan interaksi
antara kaum terbatas di mana hanya di pejabat dan pasar sahaja. Keadaan ini merupakan
satu peluang yang baik untuk pihak British dalam mengekalkan kedudukan dan kuasa
mereka. Hal ini juga telah menyebabkan perasaan prasangka lahir antara satu etnik
dengan satu etnik yang lain. Oleh kerana prasangka yang wujud inilah sentimen 13 Mei
1969 telah tercetus. Setelah meyedari perasaan tidak puas hati yang wujud antara kaum
ini tidak harus dibiarkan, pihak kerajaan terus mengambil langkah dengan melahirkan
satu dasar baru pada tahun 1971 iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai salah satu
usaha bagi memulihkan keadaan ini.

2.2 Layanan berbeza oleh tentera Jepun

Peristiwa layanan penjajah Jepun yang berat sebelah antara kaum pada zaman
pendudukan Jepun merupakan satu peristiwa yang membuktikan titik permulaan
ketidakpuasan hati di antara kaum yang seterusnya menzahirkan sifat kebencian kaum
Cina terhadap kaum Melayu. Orang Cina diberikan layanan yang buruk serta dihukum
oleh Jepun sebagai balasan mereka kerana memberi sokongan dan bantuan moral dan
material kepada golongan nasionalis Cina dalam “Perang China-Jepun” (DIN, 2010)

Kesannya, perasaan dendam antara orang Jepun dengan orang Cina masih segar di
ingatan.Ekoran daripada itu, orang-orang Cina tidak lagi mampu bertahan dengan
kekerasan-kekerasan yang diberikan oleh pihak tentera Jepun kepada mereka lalu mereka
bangkit dengan percubaan untuk menubuhkan kerajaan baru, Komunis Malaya yang
akhirnya menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. Hal ini
dikatakan demikian kerana penyokong dan ahli Komunis rata-ratanya terdiri daripada
orang Cina manakala anggota pihak polis dan regim Malaya secara eksklusifnya adalah
terdiri daripada orang Melayu.

2.3 Perasaan tidak puas hati terhadap hak orang Melayu

Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau Bahasa Inggerisnya People’s Action Party
(PAP) dengan lantangnya menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap perkara
yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan seperti hak tanah
dan ekonomi. Mereka mendakwa yang kononnya kaum-kaum lain telah disisihhkan
daripada keadilan serta mereka juga telah diketepikan. Oleh hal yang dikatakan demikian,
berdasarkan Jomo dalam bukunya yang bertajuk “Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia”, perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu adalah isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun begitu,
pada hakikatnya, kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah jika
dibandingkan dengan kaum Cina.

2.4 Latar belakang Pendidikan yang berbeza


Seterusnya punca yang menyemarakkan lagi jurang perpaduan antara kaum di
Tanah Melayu, adalah latar belakang Pendidikan yang berbeza. Sebelum kemerdekaan,
Tanah Melayu mempunya system Pendidikan yang ternahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Sekolah ini juga
mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran
membaca, menulis dan mengira dan ianya sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum di sekolah Cina dan India pula masing- masing berpandukan
Pendidikan di negara asal mereka. Guru yang mengajar di sekolah tersebut juga
merupakan gurudari tanah asal mereka. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. (Syafiq, 2020). Manakala, sekolah Inggeris
sedikit berebeza kerana ianya hanya dapat dinikmati oleh masyarakat yang tinggal di
bandar-bandar sahaja. Disebabkan silibus pemebelajaran yang berbeza ini, wujudlah
ketidakseragaman Bahasa, indentiti dan fahaman yang berbeza yang dapat kita lihat pada
zaman sekarang juga.

Kerajaan telahpun memperkenalkan dasar-dasar baru bagi Pendidikan di Tanah


Melayu bertujuan untuk memnyelaraskan semua tahap Pendidikan. Akan tetapi,proses
perpaduan ini sukar dilakukan atas beberapa factor yang kritikal. Satu dasar iaitu Dasar
Pelajaran Kebangsaan telah dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah menerima
banyak kecamana daripada bangsa bukan Melayu. Mereka merasa dasar tersebut berat
sebelah kerana mengutamakan Bahasa Melayu. Kesatuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung (KPGMS) juga tidak berkenan dengan perlaksanaanya
Banyak pihak kecewa kerana pihak kerajaan tidak berjaya menubuhkan sekolah
yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar sepertimana yang telah
dibincangkan. Namun demikian, berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan
Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib
pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak
bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat
sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970
dan telah menjadi salah satu university terbaik di Asia. (Mutakhir, 2020)

2.5 Isu perkauman dalam Pilihanraya 1969


Selanjutnya, pada tahun 1969 telah berlakunya titik permulaan yang
meningkalkan kesan yang mendalam kepada perpaduan kaum di Tanah Melayu. Ia
bermula dari Pilihanraya Umum yang diadakan pada 10 Mei 1969. Ketika pilihanraya
dijalankan, dapat kita lihat ramai ahli politik dari pihak pembangkang membangkitkan
soal-soal sensitive seperti Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Banyak
sentiment perkauman yang disuarakan dengan begitu lantang. Parti perikatan (UMNO,
MIC, MCA) telah kalah teruk dalam pilihanraya ini. Kejayaan dipihak DAP telah
menggawatkan suasana yang sedia teganh. Orang Cina yang merasakan mereka sudah
menang dan mendapat menewaskan orang Melayu mula mengeluarkan kata-kata
menghina UMNO dan orang Melayu. Hasil dari pilihanraya tersebut, Parti Perikatan telah
berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang
berbanding dengan kemenangan sebelumnya. Akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang
tak berdosa terkorban dan harta benda musnah. (Pekhabar, 2016)

Pada tahun 2007, satu buku yang bertajuk May 13: Declassified Documents on
the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action
Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang
sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
"ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk
menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

Akan tetapi. peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak bahawa jurang
perkauman masih wujud di Tanah Melayu Ketika itu. Bagi mengawal keadaann yang
gentir, darurat telahpun diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan untuk mengambil alih pemerintahan negara. Tun Abdul Razak telah
mengetuai MAGERAN ini. Beliau telah melakukan sehabis baik bagi mewujudkan
semula perpaduan di Malaysia. Dapat kita lihat, isu perkauman merupakan isu yang
sangat serius, jadi kita haruslah mengambil iktibar dari tragedy hitam 13 Mei. Kita tidak
boleh mengambil mudah dengan sentiment perkauman

3.0 KESAN-KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI

3.1 Ketidakstabilan Perpaduan Kaum dalam Negara

Antara kesan yang berlaku daripada peristiwa berdarah pada tanggal 13 Mei 1969 ialah
ketidakstabilan perpaduan kaum dalam negara. Kemenangan yang dicapai oleh pihak
pembangkang dalam pilihanraya telah diraikan iaitu dengan mengadakan perarakan
paada tanggal 11 Mei 1969. Pada awalnya perarakan tersebut hanyalah untuk meraikan
kemenangan daripada pihak pembangkang dan tidak bertujuan untuk membangkitkan
kemarahan orang Melayu, tetapi semasa perarakan tersebut sedang dijalankan terdapat
beberapa pengikut yang terlibat dengan perarakan tersebut yang mana identiti diri mereka
tidak dapat dikenalpasti telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan
mengeluarkan slogan-slogan yang bersifat sensitif tentang isu perkauman. Isu perkauman
tersebut timbul semasa perarakan dijalankan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala
Lumpur. Selain itu, perarakan tersebut berlanjutan sehingga ke hari kedua iaitu 12 Mei
1969. Menurut sumber daripada (National Operations Council, 1969), kejadian tersebut
berlaku sebelum tercetusnya pergaduhan di Kampung Bharu. Sebelum perarakan
dijalankan, pihak pembangkang yang sebahagian besarnya merupakan kaum Cina dari
Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang dalam pilihanraya telah
mendapatkan kelulusan ataupun permit daripada pihak polis untuk mengadakan
perarakan di jalan yang telah ditetapkan di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun,
perarakan mereka telah memasuki kawasan orang Melayu iaitu Kampung Bharu yang
mana kawasan tersebut bukan kawasan yang diberi permit oleh pihak polis untuk
mengadakan perarakan. Perarakan ke Kampung Bharu itu telah menimbulkan kemarahan
orang Melayu kerana ada sesetengah penunjuk perasaan yang membawa penyapu yang
dianggap sebagai simbol seperti menghalau orang Melayu dari Kuala Lumpur. Keadaan
yang semakin teruk apabila kesabaran orang Melayu semakin menipis dan perarakan
tersebut telah menimbulkan perbalahan diantara kaum dan akhirnya menyebabkan
kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa.

3.3 Pengolakan dalam system ekonomi

Sistem ekonomi adalah antara aspek yang paling terjejas ketika berlakunya Peristiwa 13
Mei 1969. Menurut Laporan Tragedi 13 Mei yang diterbitkan oleh (Puteh, 2008),
ekonomi yang berlaku ketidakseimbangan telah berlaku sebelum negara kita memperoleh
kemerdekaan lagi. Hal ini demikian berlaku kerana akibat dari perasaan salah faham,
resah dan juga syak wasangka antara kaum. Sebelum ini, Malaysia mengamalkan sistem
ekonomi tradisional yang sederhana di mana masih terikat dengan tradisi dan
kebudayaan. Selepas itu, system ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris
telah menwujudkan dasar ekonomi kolonalisme yang bermatlamatkan keuntungan
semata-mata yang kita kenali sebagai dasar pecah dan perintah. Dasar ini bertujuan untuk
memisahkan komposisi kaum di negara ini. Perkara ini memudahkan usaha mereka
mengekploitasi sumber semulajadi negara kita. Namun pada masa yang sama, interaksi
antara kaum dapat dihadkan. Antara tindakan yang pernah dilakukan oleh pihak British
termasuklah menetapkan peranan dan status setiap kaum dengan mengasingkan tempat
tinggal mereka. Selain itu, dalam laporan kertas putih MAGERAN, pihak British tidak
begitu mendedahkan kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu dengan adat
istiadat orang Melayu dan lebih berminat untuk tinggal secara berasingan. Kejadian
secara kecil- kecilan ini telah sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan antara kaum dan
terdapat sikap ingin balas dendam dalam diri masing-masing. Perkara ini telah
dibincangkan dan dipersetujui bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak British
sebelum merdeka lagi telah menyumbangkan kepada kemarahan antara kaum semasa
tragedi 13 Mei 1969.

3.3 Pendidkan

Sebelum Laporan Razak dibentangkan pada tahun 1956, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau system pendidikan nasional. Sistem pendidikan negara ini menyaksikan empat
aliran pendidikan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris dan semua sekolah
menggunakan kurikulum dan bahasa pengantar yang berbeza. Kebanyakkannya
menggunakan silibus yang diambil dari negara asal mereka untuk mengajar anak-anak.
Sebagai contoh, negara China yang mengamalkan fahaman komunisme membawa silibus
yang mempunyai unsur-unsur komunisme yang berbeza dengan fahaman kaum lain.
Penukaran dari segi pendidikan oleh penjajah Inggeris telah menyebabkan banyak suara
dan pendapat yang kurang berpuas hati dalam kalangan kaum dan menyebabkan rakyat
yang menginginkan keadilan daripada kerajaan supaya sistem pendidkan diseragamkan.
Dari kupasan lapisan sejarah oleh penerbit (Moustapha, 2019), ketidakseragaman dalam
pendidikan ini menyebabkan pelajar-pelajar yang lahir dari tiga aliran sekolah berkenaan
hanya mampu bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Terdapat juga perbincangan
antara tokoh-tokoh politik yang mengatakan bahawa ramai anak- anak yang kurang
bernasib baik dan tidak mendapat pendidikan pada ketika itu. Beberapa masalah ini
adalah juga kesan yang mengugat perpaduan pada 13 Mei 1969.

3.4 Pengisytiharan Darurat

Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada
16 Mei 1969, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Darurat telah
diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu. Setelah darurat diumumkan,
negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan
tentera. Tujuan utama darurat diisytiharkan adalah untuk menenangkan situasi yang tidak
terkawal. Kedua ialah untuk memberikan masa untuk kerajaan dan pihak yang berkenaan
untuk bertenang dan berfikir secara rasional untuk tindakan seterusnya. Berdasarkan
laporan British dalam jurnal (Nor Azlah Sham & Rashidah, 2018), punca permasalahan
ini ialah “.inter-communal tension mainly between Malays and Chinese as aftermath of
election”. Pertembungan konflik perkauman ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba tetapi
duri-duri perkauman telah wujud sejak awal lagi sewaktu proses penjajahan berlangsung.
Petikan ini telah dibincangkan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun
dan Falsafah Universiti Utara Malaysia dalam satu laporan bersumberkan rekod foreign
and commonwealth office yang bertajuk tragedi 13 Mei 1969.

Selain itu, kami juga mendapati dalam perbincangan dua pensyarah kanan di Universiti
Utara Malaysia iaitu (Nor Azlah Sham & Mohamed Ali , 2018), beliau mengatakan
dalam ucapan Tunku pada 15 Mei 1969, Tunku berkata jelas sekali tujuan di sebalik apa
yang berlaku telah menyebabkan keamanan tergugat dan suasana tanpa undang-undang
telah terhasil. Dengan itu, Tunku tiada pilihan untuk menunjukkan kepada golongan ini
bahawa kerajaan masih wujud dan akan terus berfungsi dan seterusnya diteruskan dengan
pengisytiharan darurat di seluruh negara. Semasa kejadian darurat di negara kita, pasukan
tempur dan juga bantuan-bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diaturkan untuk
mengawal ketenteraman dan menangkap pihak yang menyalahkan undang-undang.
Tetapi, usaha tersebut disia-siakan apabila keadaan menjadi amat kucar-kacir dan
perbalahan antara kaum menjadi semakin serius dan telah timbul pembunuhan antara
kaum. Darurat tersebut telah menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama
ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak
dalam satu masa. 
4.0 LANGKAH- LANGKAH YANG DIAMBIL

Kerajaan telah memperkenalkan dua perkara yang penting pasca-rusuhan 13 Mei 1969,
iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi membaiki masalah sosial masyarakat
Malaysia dan membina perpaduan di antara rakyat pelbagai kaum.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, setahun selepas peristiwa berdarah
13 Mei 1969 bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Rukun Negara diilhamkan oleh Majlis Perundingan Negara, sebuah
jabatan yang ditubuhkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menggariskan
dasar-dasar perpaduan negara (Awani, 2019).

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama memperincikan jenis
masyarakat yang ingin dibentuk di Malaysia dan Bahagian Kedua memperincikan lima
prinsip Rukun Negara (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017).

Objektif masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk adalah

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat


2. Memelihara satu cara hidup yang demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dinikmari
bersama secara adil dan saksama
4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak, dan
5. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.

Manakala Bahagian Kedua mengajak rakyat Malaysia untuk mematuhi lima prinsip
(Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Prinsip-prinsip ini adalah

1. Kepercayaan kepada tuhan


2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Prinsip Rukun Negara adalah alat utama untuk membentuk perpaduan di dalam sebuah
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 62 tahun kemerdekaan telah mematangkan kita
dan kita harusbertolak ansur untuk kepentingan negara dan juga perpaduan yang terjalin
di negara ini. Di samping itu, rakyat Malaysia perlulah percaya dengan teguh pada ajaran
agama masing-masing. Sesungguhnya, perpaduan itu datangnya dari hati kita sendiri.
Justeru, semangat perpaduan itu perlu diasuh dalam keluarga dan masyarakat, supaya
sebuah masyarakat yang patriotik dan bersatu-padu dapat dibina. (Md Farid, 2019)

Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Menurut Jomo
Kwame Sundaram, Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua objektif am, iaitu pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum, dan penstrukturan semula masyarakat untuk
menghapuskan identifikasi ras dengan fungsi ekonomi (K.S, 2004).

Melalui DEB, pihak kerajaan berhasrat agar lebih banyak peluang ekonomi dapat
diwujudkan dan diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum. Hal ini untuk
memastikan integrasi ekonomi dan hubungan antara kaum berada pada landasan yang
sama adil sekali gus semangat perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia (Hamidah, Muhammad, Norlin, & Paimah, 2009)

Kerajaan, melalui DEB, telah berhasrat untuk membasmi kemiskinan. Perbezaan


ekonomi yang ketara di antara masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar serta
mengamalkan ekonomi sara diri dan masyarakat Cina yang tinggal di bandar dan
menjalankan aktiviti ekonomi komersial dilihat sebagai tidak adil, dan boleh
menimbulkan perasaan yang tidak enak yang boleh menggugat perpaduan negara
(Hamidah, Muhammad, Norlin, & Paimah, 2009). Antara perkara yang telah diikhtiarkan
oleh kerajaan termasuklah memberi tanah kepada golongan tidak bertanah untuk
diusahakan dengan bantuan agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA, membina dan
memperbaik infrastruktur desa, meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, dan kesihatan serta meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan rakyat.
Kerajaan juga telah berhasrat melalui DEB untuk menyusun semula masyarakat dan
menghapuskan perkaitan kaum dengan kegiatan ekonomi dan tempat tinggal. Penyusunan
semula tenaga kerja ini bagi menonjolkan kepelbagaian kaum di Malaysia dan bagi
memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati kemakmuran
negara. Kerajaan juga telah berharap supaya pemilikan saham di Malaysia dapat
menggambarkan komposisi kaum yang sebenar-benarnya, dengan meningkatkan
pemilikan saham kaum Bumiputera dari 2.4 peratus pada tahun tahun 1971 kepada
sekurang-kurangnya 30 peratus. Antara langkah-langkah lain yang telah kerajaan ambil
untuk menjayakan perkara ini termasuklah membentuk masyarakat Melayu dan
Bumiputera yang berdagang dan berindustri, membentuk agensi kerajaan yang
berperanan untuk membantu kaum Bumiputera mendapatkan modal dan membuat
pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad dan Bank Pembangunan. Agensi
pembangunan wilayah seperti KEJORA, DARA dan KESEDAR telah ditubuhkan,
kawasan zon perindustrian telah dibangunkan di kawasan-kawasan bandar untuk
menggalakkan perpindahan masyarakat dari kawasan luar bandar ke bandar serta
pembangunan bandar-bandar baru di Malaysia (Hamidah, Muhammad, Norlin, &
Paimah, 2009).

Selain daripada apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pasca-1969, kami telah
membincangkan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Cara pertama adalah dengan menyatukan kesemua pendidikan aliran perdana. Pendidikan
aliran perdana di peringkat sekolah rendah yang terdiri daripada aliran-aliran Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
disatukan menjadi Sekolah Rendah (SR) dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, Bahasa Inggeris pula diajar sebagai bahasa antarabangsa, manakala bahasa
ibunda pelajar-pelajar diajar sebagai sebahagian daripada kurikulum. Kerajaan juga
dicadangkan memperbaiki Dasar Pendidikan Negara untuk terus membangunkan
ekonomi kaum. Melalui pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan
juga dapat dihilangkan. Golongan berpendidikan ini pastinya berupaya merubah corak
kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum
sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui
corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.
Pendidikan tidak semestinya merangkumi bidang akademia sahaja, malah boleh
dilakukan melalui pemerkasaan pendidikan vokasional dan penggalakan pendidikan
pertanian bagi menghidupkan semula industri pertanian dan penerapan budaya
keusahawanan dan ilmu perniagaan.
5.0 KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah sangat penting bagi sesebuah negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana, tanpa perpaduan sesebuah negara akan goyah mudah diancam oleh
kuasa luar mahupun pergolakan dalam negara itu tersendiri. Peristiwa 13 Mei ini telah
mencetuskan titik hitam dalam sejarah negara kerana persengketaan kaum yang berlaku
menyebabkan negara kerugian harta benda bahkan negara juga kehilangan banyak
nyawa. Juteru, sebagai masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan makmur kita
haruslah berusaha untuk terus memastikan keharmonian dan perpaduan negara akan terus
terpelihara. Sudah tentu kita semua tidak mahu peristiwa hitam ini berulang kembali
kerana Peristiwa 13 Mei ini hanyalah pengajaran dan pengalaman kepada kita serta
generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita mestilah berpegang kepada tali
silaturrahim antara kaum supaya kita dapat bersama-sama mengatasi segala cabaran yang
mendatang supaya kita dapat memelihara perpaduan dan kemakmuran negara.
Peristiwa13 Mei ini sekaligus menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang pesat
membangun dan memberikan kesan positif terhadap setiap kaum. Jika dibandingkan
dengan dulu, rusuhan yang berlaku boleh dikatakan tanpa kesudahan, kini negara
Malaysia aman makmur sentiasa. Walaubagaimanapun, isu perkauman dalam era
sekarang masih ada, tetapi tetap terkawal. Kita sebagai rakyat Malaysia masih
menghormati setiap kaum tanpa membanding-bandingkan antara satu sama lain.
Persoalannya, adakah kita akan terus saling menghormati antara satu sama lain?. Hal ini
demikian kerana, dalam era yang penuh mencabar ini segalanya berlaku secara tiba-tiba
atau tanpa disengajakan. Justeru, untuk terus mengekalkan rasa hormat antara kaum kita
seharusnya tetap berpegang utuh oleh prinsip Rukun Negara. Tujuan rukun negara ini
dibentuk adalah untuk membentuk dan memperkukuhkan perpaduan. Oleh yang
demikian, kita sewajarnya berpegang teguh terhadap rukun negara bagi mengelakkan
peristiwa 13 Mei berulang kembali. Selain itu, kita haruslah sentiasa peka dan prihatin
dengan isu-isu sensitif yang akan mencetuskan pergaduhan antara kaum. Peristiwa 13
Mei adalah merupakan peristiwa hitam yag tidak akan dilupakan buat selama-lamanya
dan sentiasa didalam ingatan. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bangga dengan apa
yang telah dicapai. Asas perpaduan kaum di negara ini masih berada dalam keadaan baik.
Hal ini dikatakan demikian, penerimaan kita terhadap kepelbagaian kaum dan budaya
dapat membentuk keharmonian sejagat. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama
menghormati dan memahami antara satu sama lain bagi mengelakkan konflik antara
kaum dan mengekalkan semangat perpaduan di Malaysia serta mengelakkan peristiwa 13
Mei daripada berulang Kembali.
Rujukan

Adam, R. (2004). Biografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka 2004.

Awani, A. (2019, July 9). Ini Tiga Peristiwa Yang Membawa Kepada Pengisytiharan Rukun Negara.
Retrieved from Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-tiga-peristiwa-
yang-membawa-kepada-pengisytiharan-rukun-negara-250415

Hamidah, A. R., Muhammad, D., Norlin, A., & Paimah, A. (2009). Pembangunan Ekonomi Dalam
Hubungan Etnik. In D. M. Hamidah Abdul Rahman, Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori
dan Praktik (pp. 185-198). Skudai: Penerbit UTM Press.

Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Rukun Negara. Retrieved from MyGovernment:


https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

K.S, J. (2004). The New Economic Policy and Interethnic Relations in Malaysia. Identities, Conflict and
Cohesion (p. Abstract). Geneva: UNRISD.

Md Farid, M. R. (2019, September 15). Rukun Negara Wadah Penyatuan Masyarakat. (M. N. Mohd
Husni, Interviewer)

Moustapha, A. (2019, May 13). Kupasan Lapisan Sejarah 13 Mei 1969. Retrieved from
https://www.thepatriots.asia/kupasan-lapisan-sejarah-13-mei-1969/

Muhammad, K. A. (2019, october 15). Catatan 13 MEI 1969. Retrieved from thepatriot.asia.com:
https://www.thepatriots.asia/catatan-13-mei-1969/

National Operations Council, A. R. (1969, september 9). The May 13 Tragedy: A Report. Retrieved from
https://books.google.com.my/books/about/The_May_13_Tragedy.html?
id=IX9wAAAAMAAJ&redir_esc=y:
https://books.google.com.my/books/about/The_May_13_Tragedy.html?
id=IX9wAAAAMAAJ&redir_esc=y

Nor Azlah Sham, R. B., & Rashidah, M. (2018). TRAGEDI 13 MEI 1969: SATU LAPORAN BERSUMBERKAN
REKOD. International Journal of Law, Government and Communication, 16.

Nor Azlah Sham, R., & Mohamed Ali , H. (2018). DINAMIKA PEMBENTUKAN KOMUNITI DALAM SEJARAH.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (p. 17). Selangor: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Puteh, R. (2008). Laporan MAGERAN: Tragedi 13 Mei.


Razak, A. (2019, mei 13). 13 mei moga tak berulang. Retrieved from malaysiakini.com:
https://pages.malaysiakini.com/may13/my/

You might also like