You are on page 1of 3

Tanah Melayu merupakan tanah jajahan yang banyak memberikan keuntungan terhadap

British. Oleh itu, dasar pentadbiran British adalah untuk memungut hasil kekayaan di
TanahMelayu. Sebelum kedatangan British, penduduk Tanah Melayu mengamalkan ekonomi
tradisional. Ekonomi tradisional merupakan aktiviti ekonomi yang bercirikan sara diri.
Sebagaicontoh, aktiviti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan menternak.
Penduduk Tanah Melayu menjalankan aktiviti ini hanya untuk sekadar menyara diri dan
keluarga dalamskala yang kecil. Lebihan-lebihan pengeluaran dari aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk Tanah Melayu akan digunakan untuk tujuan kenduri, zakat,
sedekah, hadiah dan sebagainya.Pengairan padi hanya bersumberkan daripada sungai dan
hujan.Kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu ialah perubahan
terhadapekonomi perdagangan. Ekonomi tradisional ditukar kepada ekonomi dagangan iaitu
yangmemberi lebih banyak keuntungan terhadap British. Ekonomi dagangan merupakan
aktivitiekonomi yang mengeluarkan hasil dengan skala yang besar. Aktiviti yang dijalankan
oleh Britishdi Tanah Melayu ialah pertanian dan perlombongan bijih timah. Pertanian yang
disarankan olehBritish ialah seperti ubi kayu, gambir, lada hitam, tebu, tembakau, kopi dan
getah.Dasar dekolonialisasi Barat dan kesedaran bangsa-bangsa di kawasan Asia-Afrika telah
menamatkan penjajahan British di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 serta merintis jalan
kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Perubahan dalam bidang
pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai
dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah
ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara
Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi
yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat,
pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi
memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa
Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini
dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak
tercetus peperangan di Asia Tenggara.Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah
merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan
dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan
perkilangan di Britain. Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah
berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman
baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya
menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan
Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan
kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut seperti
pembangunan bangunan melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan
memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di bandar-bandar dan
kawasan-kawasan sekitar.Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat
dengan pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan
bijih timah dalam kuantiti yang banyak.Kemasukan orang Cina dan India secara beramai-
ramai ke Tanah Melayu British membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombong bijih
timah manakala orang India dibawa untuk bekerja di estet getah.Dasar pecah perintah
diperkenalkan oleh British. Setiap kaum diasingkan seperti kaum Melayu bekerja sebagai
petani, kaum Cina pelombong dan berdagang manakala kaum India menjadi bruuh di ladang
getah. Pengenalan sekolah vernakular Melayu dan Inggeris Sekolah Melayu, Sekolah Cina
dan Sekolah Tamil turut diperkenalkan.
Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa
ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam
negara Malaysia iaitu rusuhan kaum.Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh tersebut
merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.Peristiwa ini berkait rapat
dengan Pilihan Raya Umum 1969.Semasa kempen pilihan raya dijalankan,calon-calon
pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-
soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini menyebabkan
semangat perkauman antara kaum semakin menebal.Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)
telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.Punca berlakunya peristiwa
hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang.Penyokong-penyokong Parti
Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan
sekitar Kuala Lumpur.Ada yang mencaci dan mmeludah dari atas lori ke arah orang Melayu
di tepi-tepi jalan.pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengn berbekalkan pedang
dan parang panjang berlakunya kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak. Antara
kejadian berlaku ialah pembunuhan , dipancung , dibunuh . Rusuhan besar-besaran berlaku
antara orang Melayu dan Cina .Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar dari
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu , Iban , Cina
, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang melayu semakin
marah.Akhirnya, Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan
rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-
pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung
tersebut.Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Peristiwa hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum
memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun
Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah
menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis
Perundingan Negara (MPN). Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh
MPN maka lahirlah Rukun Negara.Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 31 Ogos 1970 dan menjadi pegangan, panduan serta amalan oleh seluruh rakyat
Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan
kepada bangsa dan negara.Rukun Negara adalah ideologi Kebangsaan Negara yang dibentuk
untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau yang tua.
Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh
kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Rukun Negara diwujudkan untuk
menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan
kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta
membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

You might also like