You are on page 1of 26

PENDAHULUAN

Masyarakat majmuk wujud akibat daripada kemasukan imigran pada pertengahan abad ke-19 dan telah melahirkan satu masyarakat majmuk, organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi pelbagai. Hal ini berlaku kerana mereka hidup secara individualistik serta hidup dengan cara kehidupan yang berbeza-beza samada dari segi agama, kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan.1

Penulisan pada kali ini cuba untuk membincangkan mana-mana satu atau beberapa karya tulisan Sejarah Dari Bawah dan sejauhmnakah pendekatan ini berupaya membawa kesan kepada perubahan ekonomi dan masyararakat.Perbincangan disini lebih tertumpu di Tanah Melayu iaitu mengenai imigran Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu bertujuan mencari rezeki telah berupaya membawa kesan kepada perubahan ekonomi dan masyarakat.2 Tetapi sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut tentang kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu yang memberi kesan terhadap ekonomi dan masyarakat, adalah lebih afdal jika diterangkan serba sedikit mengenai kesan kedatangan imigran di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Leon Comber, (terj) Omardin Haji Ashaari, Peristiwa 13 Mei :Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, International Book Service, Petaling Jaya, 1985. hlm. 2. 2 A. Aziz Deraman, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Sdn. Bhd, 2001, hlm. 87.

Kemasukkan imigran Cina dan India ini bukan sahaja terdapat di Tanah Melayu ,malah terdapat juga di negara-negara Asia Tenggara yang lain, umpamanya di Indonesia . Pada peringkat awal kegiatan ekonomi orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda. Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan pengangkutan feri, perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah berjaya menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melebihi kekayaan penduduk pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk pribumi dan bagi menjamin perniagaan mereka dilindungi, orang Cina telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908. Dari sudut sosial pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.3Hal ini sudah tentu memberi kesan ke atas sistem pendidikan Negara Indonesia. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kedatangan imigran cina di Indonesia bukan sahaja untuk mencari rezeki, malahan mereka seakan-akan ingin memonopoli kesemua aspek daripada pribumi di Indonesia. Hal ini juga lebih kurang sama dengan keadaan di Tanah Melayu iaitu kaum cina ini sememangnya bijak dalam mendapatkan hak walaupun bukan di negara sendiri.4

Hall, D. G. E. (Daniel George Edward) , Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 967. 4 Ahmad Jelani bin Halimi, Tinjauan Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise,1990, hlm. 65.

Dikatakan bahawa Filipina juga turut mengalami keadaan yang sama dengan Tanah Melayu dan Indonesia yang mana kemasukan imigran-imigran turut berleluasa sehingga banyak memberi kesan terhadap ekonomi dan masyarakat di negara ini. Imigran Cina di Filipina dikatakan banyak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industri pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan.5 Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan pemodal kedua terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika Syarikat dengan modal sebanyak 100 juta dollar AS. Mereka juga terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan kampung-kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina. Kedatangan orang Cina di Filipina juga telah memberi kesan kepada sistem pendidikan di Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan oleh mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang Cina. Sekolah Cina yang pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar diajar tentang buku-buku klasik Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke 20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina.6

Hall, D. G. E. (Daniel George Edward) , Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm.960. 6 Ahmad Jelani bin Halimi, Tinjauan Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden, hlm. 87.

Sebagaimana negara-negara lain di Asia Tenggara, Thailand tidak terkecuali daripada menerima limpahan kemasukan orang Cina. Dekad selepas Perang Dunia kedua memperlihatkan betapa masyarakat Cina di Thailand mnguasai 70% sektor perdagangan, 16% industri, 6% prlombongan dan 8% dalam sektor pertanian dan perikanan. Di Thailand tarikan utama adalah terdapatnya permintaan tenaga buruh yang tinggi serta pembabitan mereka dalam aktiviti perdagangan.

Berdasarkan kepada pola jantina, kaum lelaki lebih ramai berbanding kaum wanita. Ini kerana terdapat halangan-halangan fizikal yang menyebabkan kaum wanita tidak dibawa bersama ke Thailand. Imigran ini mempunyai keinginan untuk mencari keuntungan dan bersifat sementara. Kekurangan kaum wanita Cina telah menyebabkan kaum lelaki Cina untuk memilih wanita tempatan sebagai teman hidup mereka. Maka pekahwinan campur terjadi dan lahirlah golongan Lukkhin yang bejumlah kira-kira 80 000 orang pada tahun 1820-an. Sehingga abad ke-20, orang Cina yang ada di Thailand masih terus mngekalkan ciri2 kecinaan mereka. Mereka masih tetap mengamalkan budaya serta cara hidup mereka dan tidak becampur gaul secara erat dengan masyarakat tempatan.

ISI-ISI

Kewujudan masyarakat majmuk juga berlaku ketika perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkembang pesat dan telah menyebabkan Inggeris membawa masuk buruhburuh Cina dan India bagi menambah tenaga buruh di lombong. Buruh India juga digunakan dalam perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalanraya dan keretapi.7

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran Cina dan India. . Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku. Namun begitu, kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada ekonomi yang terus berkembang di Tanah Melayu. Perbincangan penulisan ini akan menumpukan kepada sejarah dari bawah yang telah banyak memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat di Tanah Melayu terutamanya terhadap imigran cina dan India. Perkara ini akan lebih menumpukan kepada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kaum imigran ini di Tanah Melayu bagi menjamin hak dan kedudukan mereka agar lebih terjamin.8 Dikatakan bahawa apabila suasana ekonomi sudah mula pulih di Tanah Melayu pada tahun 1934, buruh-buruh cina mempunyai faktor faktor yang lebih kuat dalam menuntut hak-hak asasi dari majikan-majikan mereka jika dibandingkan dengan rakanrakan dalam tahun 1920-an. 9Masalah kekurangan tenaga kerja membolehkan kaum buruh mempunyai kuasa kuat untuk memaksa majikan memenuhi tuntutan mereka.
10

Mereka

Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionsim in Colonial Malaya: A Study of the Sosial Ekonomic and Political Bases of The Malayan Labour Moverment, 1930-1957, USM, 1999, hlm. 168. 8 Emerson, R, Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 39. 9 A. Aziz Deraman, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, hlm. 76. 10 Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, Program Pendidikan Jarak Jauh, USM Module 2, hlm. 56.

menjadi lebih menekan dalam menuntut hak-hak untuk menubuhkan dan menjalankan mogok mengenai isu-isu seperti kenaikan upah, waktu kerja yang lebuh singkat, penghapusan sistem kontrak dan hak-hak lain. Kebanyakkan buruh imigran yang datang ke TanahMelayu adalah disebabkan

kemiskinan, tidak berpelajaran dan tidak berkemahiran. Terdapat banyak mogok- mogok berlaku akibat daripada ketidakpuasan hati kaum buruh dalam pemberian hak-hak kepada mereka. Apabila tuntutan-tuntutan buruh ditolak oleh majikan maka banyak mogok-mogok berlaku.11 Mulai dari tahun 1934, tindakan-tindakan kekacauan buruh-buruh cina menjadi satu ciri yang biasa dalam bidang suasana perusahaan di Tanah Melayu. Pekerja-pekerja mahir di bandar-bandar memulakan tindakan-tindakan mereka supaya di bayar upah dikembalikan kepada peringkat sebelum zaman kemerosotan ekonomi dahulu.
12

Pekerja-

pekerja pertukangan pula melalui syarikat mereka yang tradisional dikatakan telah berjaya menyelesaikan beberapa pertelingkahan yang timbul. Senjata yang digunakan oleh pekerja pekerja pertukangan ini ialah merupakan amaran-amaran tindakan mogok atau cara perletakan jawatan beramai-ramai kerana mereka ketahui bahawa mereka adalah pekerja-pekerja yang mahir dan tidak dapat digantikan dalam pemulihan ekonomi tersebut.13 Dengan mendapat galakan dan kejayaan yang dicapai oleh pekerja-pekerja terutamanya pemotong-pemotong dan pembungkus-pembungkus

nanas di Singapura dan Johor mogok ini menjadi lebih agresif dan menjelang akhir tahun

11 12

Emerson, R, Malaysia, hlm. 39. Bastin, John , Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , (terj) oleh Zaha, hlm 67. 13 Kamaruddin M.Said, Mogok dan Kofliks Perindustrian di Malaysia,. hlm. 5.

1936, mogok-mogok yang dilakukan adalah menjadi lebih tersusun dalam menuntut sesuatu daripada majikan mereka.14 Seterusnya mogok juga telah berlaku di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh tukang kasut pada 30 Disember 1933 dan tukang Jahit pada Januari 1934. 15 Alasan mereka melakukan mogok ialah menuntut kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja mereka. Begitu juga pada 10 Oktober 1934, satu lagi mogok yang dilakukan oleh kaum pekerja iaitu mogok pemandu lori yang berbangsa Cina di Pulau Pinang. Dipercayai bahawa permogokan oleh pemandu lori berbangsa Cina adalah disebabkan oleh pengurangan bayaran muatan lori dari 60 sen kepada 50 sen.16 Selain itu, akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia 1929 ini juga satu lagi permogokan yang berlaku oleh pekerja Cina dilombong besi Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Mogok ini telah berlaku pada 26 September 1935 kerana masalah kenaikan gaji. Kadar kenaikan kemudiannya dipersetujui oleh pihak pengurusan sebanyak 20%. Mulai dari tahun 1934, tindakan-tindakan kekacauan oleh buruh-buruh Cina menjadi satu cirri yang biasa dalam suasana perusahaan di Tanah Melayu. Pekerja-pekerja mahir di bandar-bandar memulakan tindakan mereka menuntut supaya bayaran upah dikembalikan kepada peringkat sebelum zaman kemerosotan ekonomi dahulu. Hal ini telah banyak meninggalkan kesan terhadap ekonomi dan msayarakat di Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Umpamanya, jika dilihat dari segi ekonomi masyarakat cina di Tanah Melayu sehingga

14

Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Pernerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 1997, hlm. 166. 15 Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia , Program Pendidikan Jarak Jauh, USM Module 2, hlm. 48. n Comber (terj.) Omardin Haji Ashaari, Peristiwa 13 Mei :Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, hlm. 24. 16 Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, Master of Philosophy Thesis, University of Hong Kong, 1973, hlm. 43.

kini, masyarakat ini sudah jauh ke depan kerana mempunyai semangat-semangat dalam menuntut hak serta sikap berani yang ditunjukkan sehingga dapat setanding dengan kaumkaum lain. Bagi Parmer, pekerja-pekerja Cina di Selangor dan negeri-negeri Sembilan telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka tentang kadar upah pada bulan September 1936 dan telah berhenti kerja buat sementara waktu. Masalah sebenarnya bermula apabila pengurus eastet Connemara dan Sungai Rinding menolak untuk berbincang tentang kenaikan kadar upah.17 Pda 8 Mac 1936 pekerja-pekerja di beberapa buah estet juga berhenti kerja kerana mendapat berita tentang kenaikan kadar upah. Pada masa yang sama, mogok telah merebak ke estet-estet lain dan daerah daerah yang lain.18 Pendapat Parmer menjelaskan bahawa mogok-mogok berlaku adalah disebabkan oleh faktor kepimpinan buruh itu sendiri dan bukannya oleh faktor kepimpinan orang luar. Menurut Tai Yuen, mogok-mogok dilakukan oleh kaum buruh kerana rasa tidak puas hati mereka terhadap gaji dan keadaan kerja. Keadaan ini bertambah buruk apabila kos kehidupan semakin tinggi tetapi upah kerja semakin bertambah. Bagi pemogokpemogok, mereka berkata:

We do not want to cease work but what else can we do if managers persistently refuseto discuss the question and dismiss our request with a wave of hand?... if we were allowed to organize ourselves as European planters, we would then be in a position to discuss the whole question thoroughly and received better treatment.19

17

Dr Zainal Kling (penyunting), Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 135. 18 Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 145 19 Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 160.

Menjelang akhir tahun 1936, kekacauan buruh semakin merebak ke Utara Selangor di mana pekerja-pekerja lombong arang batu Malayan Collieries di Batu Barang, buruh perlombongan di Sunagi Besi dan lombong Tong San Tin dan pekerja pekerja kilang kayu, nanas dan kilang getah di Klang terlibat.20 Tindakan-tindakan ini berterusn sehingga pada bulan Mac 1937 apabila kekacauan-kekacauan ini juga merebak kepada penoreh-penoreh ladang getah di Melaka, Johor dan mencapai kemuncaknya dengan tindakan mogok tanda simpati pekerja pekerja lombong di Batu Arang pada penghujung bulan Mac 1937. Sebenarnya, mogok-mogok 1937 merupakan manifestasi-menifestasi kesedaran buruh-buruh buruh pada 1930-an. Apa yang diperjuangkan oleh buruh-buruh Cina adalah perjuangan terhadap hak mereka sebagi buruh atau dalam erti kata lain mahu menentukan bahawa mereka tidak akan teus ditindas oleh pihak majikan dengan pembayaran upah yang rendah dan sebagainya.21 Hal inilah yang telah banyak menunjukkan bahawa melalui mogok-mogok inilah yang telah banyak membawa kepada peningkatan ekonomi kaum cina dalam masyarakat di Tanah Melayu.22 Selain itu, keresahan dalam kalangan kaum buruh telah timbul sejak ekonomi dunia mengalami kemelesetan . Sistem indenture , sistem kontrak, layanan mengikut jantina, masa bekerja yang lama dan kekurangan perlindungan dari segi undang-undang dan cukaicukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas buruh bawahan telah memberikan

20 21

Goh Hoon Pan, Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, hlm. 15. Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia , Program Pendidikan Jarak Jauh, USM Module 2, hlm. 48. 22 Dr Zainal Kling (penyunting), Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, hlm. 135.

sumbangan kearah berlakunya keresahan dalam kalangan buruh-buruh antara 1934 hingga 1941.23 Pada tahun 1932, gaji pekerja ladang ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada tahun 1929, gaji pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari.24Dikatakan bahawa, gaji buruh dan sistem pembayaran gaji adalah tidak memuaskan pada zaman kemelesetan ekonomi ini. Walaupun ekonomi Tanah Melayu selepas 1934 telah kembali pulih, namun gaji buruh masih belum kembali ke peringkat yang selaras dengann ekonomi.25 Seterusnya, dalam kalangan buruh estet bayaran upah pula didasarkan kepada timbangan susu getah yang dipungut pada hari bekerja ialah sebanyak empat sen sepaun, tetapi apa yang berlaku ialah kiraannya hanyalah sebanyak tiga sen sahaja dan selebihnya iaitu satu sen adalah menjadi milik kontraktor.26 Pengurusan bayaran gaji juga adalah sepenuhnya diuruskan oleh pihak kontraktor. Akaun-akaun kontraktor tersimpan dalam bahasa Cina dan dalam cara yang sukar difahami oleh para majikan atau Jabatan Perlindungan Cina. Jadi kadar bayaran upah dan amalannya adalah di luar pengawasan secara langsung oleh pihak majikan.27 Dengan keadaan sedemikian, corak ekploitasi terus berlaku. Pada 1930-an, kuasa kontraktor ke atas pemburuhan kian merosot dan kaum buruh pada masa itu lebih bebas daripada kekuasaan kontraktor. Keadaan ini berubah dan kaum buruh menjadi lebih berani serta lebih bersedia

23 24

Ruslan ZainuddinSejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2004, hlm. 63. Kamaruddin M.Said, Mogok dan Kofliks Perindustrian di Malaysia, hlm. 5. 25 Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang pekerja tetapi pada tahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja ladang. Sebahagian daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Antara tahun 1930-1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India. 26 Bastin, John , Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , (terj) oleh Zaha, hlm 81. 27 Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 145.

10

untuk memperbaiki kedudukan mereka. Golongan ini adalah jauh berbeza dengan buruhburuh sebelumnya dan mereka sedar tentang persekitaran dan sistem pekerjaan mereka.28 Kemasukan buruh India ini adalah berdasarkan sistem Kangani kerana kaedah ini dilihat lebih murah dan bebas daripada kawalan serta pemeriksaan kerajaan. Di samping itu, buruh India juga dibawa masuk melalui pinjaman, undang-undang dan subsidi juga diberikan untuk tambang.29 Mogok yang dicetuskan oleh buruh India ini adalah memeranjatkan pihak pentadbir, kerana sebelum ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan buruh India akan bertindak sedemikian. Komuniti India di Tanah Melayu telah menampakkan perubahan ke arah yang lebih dinamik dan progresif sejak 1920-an lagi. Kaum buruh India mula dipengaruhi oleh gerakan-gerakan reformasi yang dipelopori oleh golongan Tamil. Mereka telah menimbulkaan isu-isu yang berkaitan dengan sosioekonomi, iaitu untuk mendapatkan kenaikan gaji dan memperbaiki taraf hidup sosial buruh-buruh estet dalam masyakarat di Tanah Melayu pada waktu itu. Pada peringkat awal isu-isu yang berkenaan adalah berasaskan kepada sosioekonomi iaitu dalam mendapatkan hak untuk kenaikan gaji dan membaiki taraf sosial buruh-buruh estet.30 Akan tetapi bermula dari 9hb April, bilangan-bilangan buruh yang melancarkan mogok kian bertambah sehingga tercetusnya rusuhan yang mengancam

28 29

Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 145 Mengikut Kernial Sandhu, kemasukan buruh India juga kerana dasar Inggeris yang mahu mengimbangi buruh Cina. Perkara ini secara tidak langsung telah mendorong perubahan kependudukan di Malaysia kerana keutamaan orang India bekerja di ladang dan orang Cina menjadi pelombong. Selain itu, kemasukan orang Melayu yang berasal daripada dari kawasan sekitar Malaysia telah mengubah corak kependudukan di Malaya. 30 K.S Jomo and T Patricia, Trade Union and the State in Peninsular Malaysia, New York: Oxford University Press, 1994, hlm. 72.

11

kedudukan dan maruah kerajaan. Bilangan buruh India yang terlibat meng hampiri 15,000 orang. Pertempuran dengan pihak polis berlaku menyebabkan kerajaan terpaksa menghancurkan mogok-mogok dengan menggunakan askar-askar dari Voluntter

Armoured, Signal Company dan satu battalion Tentera India. Jadi mogok yang bermula dengan isu-isu sosioekonomi di beberapa estet telah merebak sehingga merangkumi sebanyak 176 estet. Mogok-mogok tersebut bermula secara teratur telah berakhir dengan pertempuran yang sengit. Sikap kaum buruh India pada keseluruhannya telah berubah sejak berlakunya mogok-mogok kaum Cina. Namun begitu mereka tidak menyertai mogok buruh-buruh cina pada ketika itu kerana sistem pengurusan upah adalah berbeza.

By the end of 1940 Indian estate labourers wages were only at the 1928 level of 50 cents as compared with wages of at least 70 cents and sometimes over $ for Chinese tapper31

Mogok-mogok buruh cina telah menunjukkan kepada para pekerja India betapa pentingnya semangat perjuangan dan penyatuan untuk mencapai taraf hidup sosial dalam masyarakat iaitu melalui ekonomi yang seimbang dengan msyarakat pribumi. Semangatsemangat sebeginilah yang menjadikan kaum-kaum India lebih selesa dengan layanan

31

Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 56.

12

kepada mereka sehingga ke hari ini. Hal ini kerana apabila mogok-mogok dilakukan, maka hak mereka akan dipertimbangkan serta lebih terjamin dalam masyarakat.32 Seterusnya, dikatakan bahawa pada keseluruhannya, gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan kenaikkan kos sara hidup. Upah buruh pada tahun 1930-an adalah ditetapkan oleh sebuah Jawatankuasa Imigrasi India yang terdiri darpada wakil-wakil majikan dan pihak kerajaan. Upah yang ditetapkan dikenali sebagi Standard Wages iaitu sesuatu kadar minina yang dipersetujui oleh pihak majikan melalui United Planting Association of Malaya (UPAM) dan wakil pihak kerajaan biasanya Pesuruh Jaya Buruh. Kegiatan-kegiatan yang begitu aktif telah membolehkan para pemimpin PIDK menguasai beberapa persatuan-persatuan lain seperti Persatuan Keretapi Negeri-negeri Bersekutu, Liga Pemuda India dan Persatuan India Kuala Langat Kebanyakan ahli-ahli persatuan-persatuan itu terdiri daripada kelas buruh India terutamanya buruh-buruh yang lahir di Tanah Melayu.33 Mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang cara cara menentang pihak majikan. Jadi apabila terdapat segolongan orang luar yang sanggup memperjuangkan hak-hak perburuhan, mereka telah bersedia menerima pimpinan persatuan-persatuan tersebut tanpa mempersoalkan lagi kesalahan pemimpin persatuanpersatuan tersebut tanpa mempersoalkan lagi kesahan pemimpin atau persatuan-persatuan ini. Kemasukkan imagran India juga turut mempengaruhi ekonomi dan masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini dikatakan bahawa telah wujudnya golongan ceti yang terdiri daripada kaum-kaum India. Dikatakan pada akhir abad-19 sehingga awal abad ke-20 ,
32 33

Tai Yuen, Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 187. Bastin, John , Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , hlm 60.

13

komuniti ceti inilah yang merupakan pembekal kad kredit kepada pengusaha Cina yang membuka hutan di Tanah Melayu bagi mengusahakan tanaman getah dan melombong bijih timah.34 Pada masa yang sama, komuniti ceti juga turut melibatkan diri dalam industri getah. Di Melaka sahaja komuniti ceti telah memiliki 50,000 ekar tanah ladang getah. Komuniti ceti turut meminjamkan wang kepada komuniti Melayu yang terdiri daripada penanam padi, pekebunkecil getah, penjawat awam dan golongan aristokrat. Golongan ceti yang terdiri dari kaum India ini juga menjadi pemajak kawasan perlombongan, khususnya di negeri Perak dan Selangor.35 Di samping itu golongan ini juga telah berusaha telah menubuhkan beberapa bank dalam usaha memodenkan urusan peminjaman wang, memudahkan transaksi an pengiriman wang serta melibatkan diri dalam pasaran. Seterusnya, kedudukan ekonomi ceti bertambah kukuh di sekitar tahun 1930-an apabila berlakunya kemelesetan ekonomi yang telah menjejaskan perdagangan getah dan pendapatan pekebun kecil Melayu. Keadaan ini juga telah memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah ladang yang dicagar kepada ceti. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu banyak berhutang kerana kekurangan wang dan kemiskinan yang berlaku pada zaman kemelesetan ekonomi ini. Mereka terpaksa mencagarkan tanah-tanah untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan dan untuk keperluan asasi mereka.

34

Cheah Boong Kheng dan Abu Talib (ed), Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Kuala Lumpur: Petaling Jaya, 1990, hlm. 265.

14

Mogok yang dilancarkan oleh imigran Cina dan India di Tanah Melayu tidak terhenti ketika itu sahaja tetapi dapat dilihat kesinambunganya selepas pendudukan Jepun sehingga Darurat diisytiharkan. Sebenarnya peristiwa yang cukup penting dalam sejarah perburuhan di Tanah Melayu36 adalah di antara tahun 1945 hingga tahun 1948 iaitu tercetusnya kebangkitan pergerakkan buruh dalam kesatuan sekerja di bawah penguasaan komunis. 37 Peristiwa yang cukup penting dalam sejarah perburuhan di Tanah Melayu adalah antara tahun 1945 hingga tahun 1948 iaitu dengan tercetusnya kebangkitan pergerakan buruh dalam kesatuan sekerja dibawah penguasaan komunis. Peralihan kuasa dearipada Jepun kapada Pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengubah kedudukan politik Parti Komunis Malaya (PKM) .38 Ia telah nuncul sebagai sebuah parti politik yang sah selepas perang dan di antara tahun 1945-1948 ia dibenarkan bergerak secara terbuka dengan penubuhan cawangan parti di Tanah Melayu dan Singapura.39 Dikatakan bahawa semasa di bawah pemerintahan BMA dan Kerajaan Malayan Union kepentingan kaum buruh adalah tidak dipedulikan kerana kerajaan hanya mementingkan pemulihan ekonomi dan politik.
40

Hal ini telah menyebabkan kaum buruh

beranggapan bahawa mereka tidak ada bezanya jika dibandingkan denagn keadaan semasa pendudukan Jepun.
36

Kemasukan buruh-buruh Cina dan India ke Tanah Melayu telah membawa kepada beberapa masalah sampingan dari segi pekerjaan, bayaran gaji layanan dan sebagainya. Di Tanah Melayu masalah-masalah yang melibatkan soal-soal pemburuhan ini dapat dikesan dengan bermulanya industri moden iaitu penanaman modal secara besar-besaran. Akibatnya terbentuklah satu kelas pekerja bergaji, sejajar dengan perkembangan ekonomi yang pesat dan pengalaman buruh di dalam bidang pekerjaan mereka.
37 38

Bastin, John , Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , hlm 81. Lee Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 56. 39 Abdul Rahim bin Haji Omar, Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, USM, 1979, hlm. 40 Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionsim in Colonial Malaya: A Study of the Sosial Ekonomic and Political Bases of The Malayan Labour Moverment, 1930-1957,hlm. 168.

15

Jelaslah di sini PMGLU telah Berjaya membuka mata orang ramai terutamanya kaum buruh dalam perjuangan menuntut hak ekonomi di atanah Melayu ini.

Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke19 hingga kurun ke-20. Pada masa itu, kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Mereka berhijrah berdasarkan dialek daerah. Oleh itu, imigran Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Kawasan tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan.41

Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripada orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu.42 Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti kesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.

Proses Asimilasi antara golongan imigran Cina dengan masyarakat tempatan dari aspek penyerapan budaya. Asimilasi merupakan satu proses percampuran kumpulankumpulan minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Kumpulan minoriti akan

41

Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 34. 42 Hall, D. G. E. (Daniel George Edward) , Sejarah Asia Tenggara, hlm.967.

16

mempelajari, menyertai, dan mengamalkan cara hidup kumpulan majoriti.43 Hasil daripada proses percampuran tersebut, kumpulan minoriti akan kehilangan pegangan asal, agama, budaya dan bahasa mereka. Mereka akan mengamalkan kepercayaan, budaya, bahasa, dan agama kumpulan majority. Pada akhir proses asimilasi, akan wujud kelompok yang sama dan seragam. Proses asimilasi ini merupakan satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia memandangkan terdapat terlalu banyak jurang perbezaan antara kaum. Tidak mudah untuk kumpulan-kumpulan minoriti meninggalkan budaya, bahasa, agama, dan pegangan mereka. Tambahan pula, mereka terpaksa mengamalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan kumpulan lain44. Namun, di Malaysia proses asimilasi budaya (akulturasi) yang berlaku. Proses akulturasi merupakan satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti. Hanya aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dan tidak pada keseluruhan cara hidup.45 Dengan kata lain, kumpulan minoriti hanya mempelajari aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam, dan lain-lain kemahiran dalam kumpulan majoriti.

Walaubagaimana pun, masyarakat tempatan di Malaysia juga mempelajari budaya daripada imigran Cina dan India. Masyarakat Melayu mempunyai pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Seperti, baju melayu, samping, songkok, dan capal bagi golongan lelaki. Manakala, baju kurung, baju kebaya, kain batik, tudung dan selendang bagi golongan

43

Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, Kuala Lumpur, 1979, hlm. 34. 44 Bastin, John , Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , hlm 81. 45 Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca,hlm.89.

17

perempuan. Bagi pakaian tradisional masyarakat Cina ialah cheongsam, dan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera.46

Contohnya, dalam aspek kebudayaan yang dapat kita lihat dari segi pakaian, yang mana wanita kaum cina sudah boleh memakai baju kurung dan kebaya melayu. Hal ini dapat dilihat semasa hari perayaan iaitu kaum cina akan sama-sama merayakan Hari Raya Puasa dengan memakai baju kaum melayu bagi menghormati orang melayu. Manakala, orang melayu juga turut menyambut Tahun Baru Cina dengan mengunjungi rumah kaum cina. Hal ini menunjukkan bahawa integrasi kaum itu telah wujud di Malaysia.

Selain itu, kita juga dapat melihat penerimaan budaya di antara kaum cina dan melayu dalam aspek kesenian. Masyarakat Melayu mempunyai keseniannya yang tersendiri. Seperti dalam seni bina, wujudnya ukiran jenis flora dan fauna. Sebagai contoh, itik pulang petang, seni pucuk rebung, seni pucuk paku, dan seni burung merak. Seni ini digunakan dalam ukiran, anyaman dan corak di pakaian, dinding rumah, alat perhiasan, dan alat-alat senjata.

Manakala, dalam masyarakat Cina juga mempunyai kesenian yang berunsurkan flora dan fauna. Contohnya lambang naga, ikan emas, bunga teratai, lambang ying dan yang, dan dewa-dewi. Seni ukiran ini digunakan di dinding, bumbung, pintu gerbang, pakaian, alat perhiasan, lambing kebesaran Negara, hulu pedang, dan cop mohor di raja.Misalnya, terdapat masjid di negeri Melaka yang menggunakan seni bina dari China yang begitu ketara terutama pada bentuk bumbung masjid tersebut yang sama seperti bumbung istana kerajaan China. Di samping itu, seni bunga teratai yang terkenal di China
46

Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, hlm 97.

18

juga turut digunakan dalam masjid seperti ukiran di dinding-dinding, tingkap, dan hiasan pada batu marmar di kolah. 47

Sehubungan dengan itu, masyarakat melayu mempunyai seni kraf tangan seperti mengayam bakul, mengayam tikar dan mengayam atap daun nipah. Masyarakat Cina telah menerima seni kraf tangan ini dalam kehidupan sehariannya pada masa dahulu di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu juga menerima seni kraf tangan daripada masyarakat Cina seperti membuat tembikar, pasu bunga dan tempayan yang diperbuat daripada tanah liat 48.

Seterusnya, dari aspek ilmu pengetahuan iaitu dalam bidang perubatan dalam masyarakat Melayu dan Cina, wanita yang sedang mengandung dan mengamalkan cara hidup tradisional perlu mematuhi segala pantang-larang. Makanan yang mengandungi herba yang dirumus khas untuk menguatkan ibu dan janin, mesti dimakan manakala beberapa makanan dielakkan. Oleh sebab ramai orang cina kekurangan enzim untuk mengahadamkan hasil tenusu, ramai yang tidak meminum susu dan menggantikanya dengan makanan yang diperbuat daripada kacang soya.

Sebulan selepas melahirkan anak, ibu-ibu terpaksa patuh kepada pantang-larang untung memulihkan kesihatan dan kekuatannya. Bagi masyarakat Cina, keluarga dan sahabat-handai menghadiahkan wain dan jenis-jenis makanan untuk memulihkan kekuatan tubuh. Manakala bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu perlu memakan herba atau makanan kesihatan yang lain untuk memulihkan tenaga. Selain itu, masyarakat Melayu telah

47

Balu a/l Nambiappan, Kaum Cina dalam Konteks Perkembangannya di dalam Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu semasa Penjajahan British dan Kekesanannya , Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1983, hlm. 243 48 Balu a/l Nambiappan, Kaum Cina dalam Konteks Perkembangannya di dalam Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu semasa Penjajahan British dan Kekesanannya ,hlm. 245.

19

mengamalkan cara perubatan tradisonal masyarakat Cina iaitu ibu yang selepas bersalin perlu memakan sup. Cara perubatan Melayu juga diguna pakai dalam masyarakat cina, seperti memakai bengkung dan amalan bertungku.49

Proses penyerapan budaya juga dapat dilihat daripada aspek penyediaan makanan. Kaum melayu terkenal dengan makanan yang pelbagai jenis seperti masak asam pedas, masak lemak, masak kunyit dalam masa yang sama terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka seperti kuih bahulu dan kuih lapis. Manakala bagi orang cina pula terkenal dengan makanan seperti masakan bersup, herba, teh, mee tiew, dan kuih pau. Apa yang hendak dikatakan di sini ialah orang cina yang datang ke alam melayu ini sudah pandai menyesuaikan kehidupan mereka dengan memakan makanan sama seperti yang dimasak oleh kaum melayu malahan mereka juga sudah pandai makan yang pedas-pedas. 50

Walaubagaimana pun, kaum melayu juga tidak turut meniru cara penyediaan kaum cina seperti masakan yang berunsurkan sup dan mee goreng. Selain itu, apabila tiba musim perayaan pula, kaum cina yang berkunjung ke rumah kaum melayu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri suka makan ketupat dan dodol, masak rendang dan, sebagainya. Manakala, orang melayu pula suka makan kuih bulan dan makanan- makanan yang disediakan oleh orang cina ketika sambutan Tahun Baru Cina. Namun sekarang, kaum Melayu dan kaum cina sudah pandai menyediakan sendiri makanan yang bukan daripada budaya mereka dan

49

Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, hlm. 60. 50 Tan, Chee Beng, Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, hlm. 75.

20

ini membuktikan bahawa masing-masing menerima baik penyerapan yang dibawa oleh kedua- dua kaum ke dalam kehidupan seharian.

Seperti yang diketahui masayakat cina datang dengan membawa banyak bendabenda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar,teh dan sebagainya.Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.Dari aspek kesenian juga,pengaruh masyarakat Cina bukanlah kecil.Jika dilihat di Melaka sahaja,Beberapa buah masjid tua di Melaka nyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat Cina yang jelas.51Sebagai contoh,menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China.Begitu juga dengan seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina.Pengaruh lain ialah dalam pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak dahulu lagi.

Sememangnya tidak dapat nafikan,perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak ialah kerana usaha masyarakat India yang bermigrasi ke Tanah Melayu.Melihat kesan dari segi kebudayaan pula,perlu diakui bahawa kebanyakan adat yang diamalkan oleh majoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan kebudayaan Hindu.Sebagai contoh,adat bersanding ketika majlis perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan adat memakan manisan pada hari raya.Adat-adat

51

M. Rajantheran, Sejarah Melayu kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India ,Seri Kembangan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999,hlm 56.

21

ini ternyata masih diamalkan walaupun selepas proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana dan Mahabrata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh Hindu dalam penulisanya.52

Perkahwinan campur dan pergaulan harian yang rapat dengan masyarakat tempatan turut mempengaruhi budaya masyarakat India Pernanakan ini. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada masyarakat Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.53

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu iaitu nasi. Selain itu, mereka juga menjadikan kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, wajik dan kuih bahulu sebagai antara hidangan utama untuk menyambut tetamu ketika hari perayaan.

52 53

M. Rajantheran, Sejarah Melayu kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India, hlm. 75. M. Rajantheran, Sejarah Melayu kesan hubungan kebudayaan Melayu dan India, hlm. 78.

22

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kedatangan imigran telah banyak membawa perubahan terhadap ekonomi dan masyarakat di Asia Tenggara. Mogok-mogok yang tercetus pada tahun 1937-1941 adalah disebabkan faktor-faktor yang berlaku pada tahun 30-an. Peubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi, sistem pendidikan, komunikasi dan struktur perburuhan pada tahun 1930-an menjadikan kaum buruh lebih peka kepada persekitaran ekonomi, hak mereka dalam masyarakat serta menjadi lebih arif tentang perhubungan buruh dengan majikan. Oleh kerana tuntutan buruh supaya pekerjaan diperbaiki agar setimpal dengan kos sara hidup tidak dilayani, maka kaum buruh telah melancarkan mogok. Sememangnya senjata mogok adalah berbisa kerana setelah tercetusnya mogok adalah berbisa kerana setelah tercetusnya mogok, setelah tercetusnya mogok majikan lebih bersedia untuk memberi konsesi serta meningkatkan taraf hidup dan sekaligus membawa kepada perubahan masyarkat terutamanya kaum buruh ini. Selain itu,kemunculan masyarakat majmuk di beberapa buah negara di Asia Tenggara adalah disebabkan oleh kemasukan imigran yang membawa pelbagai adat dan budaya dari negara asal mereka. Kemasukan mereka telah menyebabkan berlakunya asimilasi di antara budaya dan cara hidup penduduk asal dgn imigran. Maka secara tidak langsung, sememangnya kemasukan kuasa asing telah menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk kesan dasar penjajahan dan pengukuhan kuasa pihak asing terutama bagi tujuan ekonomi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sejarah dari bawah juga perlu

23

dititikberatkan kerana terdapat banyak perkara penting dalam perjuangannya dan kesannya juga dapat dilihat sehinngga hari ini.

24

BIBILIOGRAFI Ahmad Jelani bin Halimi. 1990. Tinjauan Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

A. Aziz Deraman. 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Sdn. Bhd.

Abdul Rahim bin Haji Omar. 1979. Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, USM.

Balu a/l Nambiappan. 1983. Kaum Cina dalam Konteks Perkembangannya di dalam Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu Semasa Penjajahan British dan Kekesanannya, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Bastin, John, (terj) oleh Zaha. 1971. Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boong Kheng dan Abu Talib (ed). 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negaranegara lain, Kuala Lumpur: Petaling Jaya.

Comber, Leon (terj) Omardin Haji Ashaari. 1985. Peristiwa 13 Mei :Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, International Book Service, Petaling Jaya.

Emerson, R. 1987. Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goh Hoon Pan. 1986. Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, Kuala Lumpur: Bangi.

Hanapi Dollah. 1986. Asimilasi budaya : kajian kes komuniti Cina di Kelantan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
25

Jasman Ahmad, etc. 1986. Baba and Nyonya Melaka, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jomo, K.S and Patricia, T. 1994. Trade Union and the State in Peninsular Malaysia, New York: Oxford University Press. Kamaruddin M. Said. 1987. Mogok dan konflik perindustrian di Malaysia, Malaysia: UKM.

Leong Yee Fong. 1997. Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, Program Pendidikan Jarak Jauh, USM Module 2.

Leong Yee Fong. 1999. Labour and Trade Unionsim in Colonial Malaya: A Study of the Sosial Ekonomic and Political Bases of The Malayan Labour Moverment, 19301957, USM.

Nik Hassan Nik Mahmood. 1997. Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Johor: Pernerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tai Yuen. 1973. Labour Unrest in Malaya 1934-1941, University of Hong Kong.

Tan, Chee Beng. 1979. Baba and nyonya a study of the ethnic identity of the Chinese Peranakan in Malacca, Kuala Lumpur.

Steson, M.R. 1970. Industri Conflic In Malaya.

Zainal Kling (penyunting). 1977. Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur, utusan Publications & Distributors.

26

You might also like