You are on page 1of 12

Pengenalan

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan

pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada

keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan

Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk

merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai seksi komuniti yang tinggal

bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang

berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.

Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung

Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan

masyarakat majmuk sekaligus membentuk struktur sosioekonomi dan kemajmukan demografi

kebudayaan berbilang ras. Keduanya menghuraikan tentang ciri-ciri demografi dan

sosioekonomi utama masyarakat tersebut. Perkara terakhir sekali yang akan dibincangkan

berkenaan dengan langkah oleh kerajaan untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat

majmuk.

Sejarah demografi

Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. 1

Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah mayarakat

majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung

abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi

elemen utama yang membawa perubahan identiti NNM.2 Hal ini sememangnya suatu yang
1
Melaka sebuah wilayah yang berjaya menempatkan namanya di dalam peta dunia pada abad ke-14.
Kegemilangannya telah berjaya menarik ramai masyarakat seluruh dunia untuk singgah dan menjalinkan hubungan
perdagangan.
2
Kebanyakakan ahli sejarah mengakui penyataan ini dimana susunan ras dan corak penempatan penduduk masa ini
telah ditentukan pada zaman perkembangan pemerintahan kolonial dan juga kesan eksploitasi orang British. K.K Chong.
realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British.

Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan

kewujudan istilah masyarakat majmuk.

Semasa penguasaan British, telah berlaku proses migrasi dan ianya berlangsung dalam

beberapa peringkat.3 Peringkat yang pertama adalah migrasi secara besar-besaran yang berlaku

akibat perkembangan pesat ekonomi yang pada masa yang sama didorong oleh dasar British. 4

Aktiviti perlombongan antara ekonomi yang utama membawa kepada penghijrahan orang Cina

dengan jumlah yang tinggi.5 Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British

lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan

jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak

migrasi masuk.6 Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung

abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.

Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.7

Keadaan kemasukan migrasi ke NNM melayu mengalami penurunan pada 1929 hingga

1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi ini

menyebabkan sejumlah besar migrasi kehilangan kerja seterusnya mendorong untuk kembali

"Masyarakat Majmuk Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed). Pulau Pinang:
USM. 1985. hal. 53-88.

3
Proses migrasi merupakan satu keadaan dimana perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dalam konteks Malaysia bermakna migrasi antarabangsa yang berlaku. Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent.
Trends A Challenges. Singapore: Insitute of Soatheast Asian Studiest. 2006. hal. 6.
4
Sebenarnya, terdapat tiga bangsa yang terlibat dalam proses migrasi ke Tanah Melayu dalam tempoh penjajahan
British termasuklah orang Indonesia. Namun oleh kerana mereka mempunyai identiti dan budaya yang sama dengan orang
melayu, perpindahan mereka tidak ditekankan sangat sebagaimana dua bangsa yang lain. Kehadiran mereka kemudiannya
menjadi satu kepentingan pada era selepas kemerdekaan.
5
Pada dasarnya terdapat faktor penolak yang membawa kepada berlakunya proses penghijrahan ini. Antaranya ialah
kekacauan di negara asal dari segi politik, ekonomi dan sosial.
6
Terdapat pelbagai dasar dan sisitem yang telah dilaksanakan bagi memastikan buruh memasuki NNM dengan
mudah. Kehadiran mereka yang ramai ini telah mempercepatkan lagi pengeksploitasian sumber di NNM.
7
Pada peringkat paling awal kemasukan orang India merujuk pada perpindahan banduan India selepas Bangkahulu
diserahkan kepada Belanda. Pada akhir abad ke 19, kehadiran mereka diuruskan dengan pelbagai sistem seperti kanggani.
semula ke negara asal.8 Dalam tempoh ini juga, British telah menyekat kemasukan golongan

lelaki terutamnya dari China, sebaliknya mengalakkan kemasukan golongan wanita dibawah

Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini telah menyeimbangkan demografi penduduk di

NNM.9

Kekurangan migrasi juga berlaku untuk kali yang keduanya selepas perang dunia ke-2

berlaku. Ini merujuk pada penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan

migrasi terutamanya dari China.10 Sementara migrasi dari India pula masih lagi berlaku

sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pendudukan Jepun bermakna merujuk pada zaman

darurat yang berlaku dalam tempoh 1948 hingga 1960. 11 Pada 1947 sehingga 1953, telah

berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara selepas tahun 1954,

orang Cina mengambil keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu.12 Tindakan mereka

ini mewujudkan keadaan sebenar masyarakat majmuk yang pada dasarnya telah bermula pada

tahun 1910-an.13

Pada tahun 1945, British merangka prinsip Jus Soli iaitu kerakyatan sama rata

berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini kemudiannya dijalankan pada 1946 melalui Malayan

Union.14 Semua warganegara Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras
8
Orang melayu walau bagaimanpun tidak menerima kesan kemelesetan ekonomi tersebut. Hal ini kerana mereka
tidak melibatkan diri dalam ekonomi bernilai kormesial dibawah British.
9
Ini telah meningkatkan jumlah penduduk di NNM. Juga menyeimbangkan komposisi jantina yang sebelumnya
menunjukkan paras yang tinggi bagi golongan lelaki.
10
Jepun menyekat kemasukan orang Cina dan antara kedua-dua kelompok itu sudah tertanam nilai permusuhan.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, mereka telah memberi layanan yang teruk kepada orang Cina. Saudagar yang
pada zaman kolonial British berada di bandar telah dipaksa untuk menanam tanaman di kawasan perkampungan sebagai
bekalan makanan bagi tentera Jepun.
11
Tempoh ini bukan sahaja merujuk pada pendudukan Jepun semata-mata sebaliknya kesan daripada
pendudukan Jepun yang mewujudkan Komunis yang kemudiannya menyebabkan pihak kerajaan mengisytiharkan
darurat.
12
Suasana sedemikian ada kaitan dengan keterlibatan orang Cina dalam politik Tanah Melayu. Dari situ, mereka dapat
menentu hak mereka sebagai sebahagian dari tanah Melayu. K.K Chong. 1985. hal. 62.
13
Keadaan yang tidak stabil kemudiannya berlaku dikalangan penduduk di Tanah Melayu terutamnya melibatkan
perselisihan antara orang Melayu dengan orang Cina di mana masing-masing ingin mempertahankan hak. Kasim Ahmad. Soal
Kebangsaan. 9 Novenmber. 2005. http://kassimahmad.blogspot.com.
14
Skim Malayan Union ini mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua
orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Malahan Malayan Union juga menggariskan elemen yang menggugat kedudukan
Sultan. Ianya menjadi salah satu sebab orang melayu menentang habisan sehinggakan Malayan Union ditukarkan kepada
dan kepercayaan. Prinsip ini menguntungkan golongan imigran yang merujuk pada Cina dan

India kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah. 15 Ini menyebabkan orang

melayu tidak senang dan ia menjadi salah satu punca kenapa ketidaksefahaman antara kaum.

Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang

orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar. Namun dalam bahagian yang

seterusnya akan dihuraikan kesan-kesan migrasi ini terhadap orang Melayu dalam konteks

masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi

yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya penguasaan

lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat

sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu

sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai

“kampung” selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar.16

Ciri-ciri demografi dan sosioekonomi

Melihat pada sejarah perkembangan demografi masyarakat majmuk tersebut, adalah sesuatu

yang lazim bagi kehidupan mereka yang tidak bercampur. Bersesuaian dengan pendapat

sejarahwan yang menyatakan masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam istilah masyarakat

majmuk sahaja sebaliknya tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan

budaya masing-masing. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi

kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan

Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

15
Orang Cina beranggapan mereka berhak untuk mendapatkan hak kerakyatan kerana merekalah yang menjadi
penggerak utama ekonomi Tanah Melayu. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 12.
16
Perpindahan orang melayu ke kawasan “kampung” ini kerana mereka enggan bekerjasama dengan kolonial British
yang pada tanggapan mereka bukan sahaja mengancam dari aspek ekonomi tetapi juga aspek agama. Orang Melayu
beranggapan orang Inggeris berusaha untuk mengkristiankan mereka.
mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamnya dari luar Tanah Melayu sendiri yang

tidak seagama.17

British dalam penguasaanya di Tanah Melayu mengamalkan pendekatan “pecah

perintah”.18 Pendekatan yang diperkenalkan oleh British ini mengukuhkan keadaan masyarakat

majmuk yang tidak bercampur, dan boleh ditegaskan merekalah yang menjadi asas kepada

situasi sedemikian. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina

dan India adalah transient.19 Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan

budaya sendiri. Lama-kelaman sehingga pertengahan abad ke-20, transient bertukar kepada

menetap. Ini menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan konflik yang lebih besar berlaku

mencerminkan ketidakserasian antara mereka.

Melihat pada perkembangan sejarah masyarakat di tanah Melayu, dapat dijelaskan

bahawa tradisi menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Dalam tradisi misalnya,

orang Melayu terlalu tunduk pada pemerintah sehingga mementingkan aspek kesetiaan yang

pada masa itu merujuk pada konsep perhambaan.20 Berbanding orang Cina dan India yang

menunjukan sikap berlawanan yang lebih mementingakan ekonomi. Buktinya dengan melihat

kehadiran mereka di NNM.21 Oleh kerana masyarakat Melayu penduduk asal di tanah Melayu,

17
Orang melayu sangat menitikberatkan soal agama dan budaya tradisional semasa era kolonial. Pencampuran bangsa
yang disebabkan oleh kolonial inilah yang menyebabkan mereka berpindah ke kawasan yang jauh bagi menunjukkan mereka
tidak suka dengan dasar British. Secara asasnya tindakan mereka ini menjadikan mereka jauh ketinggalan dan kesannya
berpanjangan sehingga kini. McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964. hal. 25.
18
Merujuk keadaan dimana hampir tiada hubungan langsung antara ketiga-tiga kaum tersebut yang terpisah oleh
ekonomi, politik dan geografi (tempat tinggal).
19
Pendekatan ini menekankan bahawa migrasi hidup dalam budaya asal masing-masing bukannya berdasarkan
kawasan tempat mereka menetap. Bermakna orang Cina dan India hanya meminjam kawasan orang Melayu sebagai
penempatan untuk memenuhi keperluan ekonomi.
20
Sedangkan British menggunakan konsep upah. Konsep perhambaan yang diamalkan oleh orang melayu
menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kemiskinan. Justeru apabila melihat kaum lain melebihi mereka dari segi
ekonomi, perasan curiga mula timbul.
21
Secara asasnya mereka melarikan diri daripada masalah dalaman negara asal terutamanya penindasan dari orang
atasan. Namun mereka tidak seperti orang Melayu yang terusan tunduk dan takut dengan memencilkan diri jauh ke kawasan
yang lebih dalam.
ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka menyebabkan timbulnya perasaan

tidak puas hati. Kesannya berlaku peristiwa 13 Mei beberapa tahun selepas merdeka.22

Sejarah Tanah Melayu secara keseluruhannya terbahagi kepada dua wilayah iaitu

Melayu lama dengan Melayu Baru. Melayu Lama merujuk pada negeri Perlis, Kedah,

Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sementara Melayu Baru merangkumi Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Berdasarkan pengkelasan tersebut, ternyata

Melayu Lama negeri yang ketinggalan dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu.23

Sementara Melayu Baru pula merujuk pada negeri yang mempunyai kemajuan ekonomi yang

lebih tinggi serta mempunyai ramai masyarakat Cina dan India. Daripada pengkelasan ini juga

dapat dinyatakan bahawa kehadiran orang luar menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi

NNM. Kesannya, NNM membangun dengan lebih cepat dan hasilnya hanya dinikmati oleh

migrasi tersebut.24

Langkah Kerajaan

Salah satu langkah yang diambil ialah melalui pendidikan. Kesemua dasar yang

dikemukakan bagi pendidikan ini bertujuan untuk mencapai perpaduan dikalangan penduduk.

Misalnya Penyata Razak dan Rahman Talib yang mengariskan unsur perpaduan sebagai

objektif utama.25 Untuk itu, Bahasa Melayu dipelajari di semua sekolah sementara bahasa

22
Selepas pilihanraya, pembangkang mengadakan perarakan di jalan raya bagi merai kemenangan. Ada dikalangan
mereka menggunakan penyapu yang diikat pada kenderaan. Orang Melayu rasa tercabar kerana penyapu bagi mereka sesuatu
yang negetif. Mereka beranggapan orang Cina hendak menyingkirkan orang Melayu ke laut dengan penyapu tersebut. Leon
Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd.
1983. hal. 5.
23
Majoriti penduduk melayu, bermakna turut ada kehadiran orang luar terutamanya Cina. Melihat pada dua keadaan
ini, ahli sejarah menyimpulkan masyarakat di Melayu Lama tidak mempunyai masalah dalam hubungan antara kaum. Ini
disebabkan jurang ekonomi antara mereka yang tidak seluas jurang ekonomi di Melayu Baru. Malahan terdapat beberapa
perbezaan yang mencerminkan keadaan sebenar keduanya. Lihat...Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya:
Visage Communication. 1996. hal. 5-11.
24
Sebagai contoh di Kuala Lumpur yang suatu masa yang lalu merupakan tempat perlombongan bijih timah yang
kemudian menjadi bandar akibat perkembangan ekonominya yang dimainkan oleh orang Cina.
25
Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992.
hal. 44.
kaum masing-masing turut dipelajari dengan harapan dapat merapatkan hubungan antara

kaum.26 Namun masih terdapat kekangan dimana kawasan dan jarak bagi setiap kaum itu

menjadi penghalang utama. Bahasa melayu hanya digunakan oleh satu bangsa sahaja dalam

komuniti sekolah tersebut.27 Maknanya disini, sekolah Cina dan India mempelajari bahasa

Melayu namun bukan digunakan untuk berbahasa dengan kawan sebaliknya sebagai memenuhi

syarat pendidikan. Jelasnya masih tidak terdapat perhubungan perpaduan.

Sekiranya dilihat pada ruangan pendidikan masa kini, sudah banyak dasar yang diubah

bagi memastikan perpaduan kaum tercapai. Salah satu langkah yang dijalankan adalah

sekolah wawasan. Namun, kejayaannya masih kurang pasti. Malahan masih ramai pelajar

bukan Melayu yang kurang fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih dalam bahasa

Inggeris dan bahasa kaum sendiri. Persoalannya, adakah pendidikan Malaysia ini mampu

menjadi alat perpaduan dalam mencapai matlamatnya? Jika diteliti keadaan pendidikan masa

kini, dapat dinyatakan bahawa ianya kurang berjaya sungguhpun terdapat percampuran pelajar

di sekolah-sekolah namun hubungan mereka amat longgar.

Langkah seterusnya dengan penubuhan negara Malaysia. Pengambilan wilayah

Singapura, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk menyeimbangkan statistik kaum di Tanah

Melayu dengan meletakan ketiga-tiga wilayah tersebut di bawah satu payung negara iaitu

Malaysia.28 Dengan mengambil ketiga-tiga wilayah tersebut, kedudukan orang Melayu atau

istilah lainnya yang merangkumi semua penduduk asal (bumiputera) lebih stabil dengan

jumlahnya yang melebihi separuh penduduk Malaysia. Hal ini merujuk pada jumlah penduduk

bukan Melayu yang terlalu ramai di tanah Melayu yang menyebabkan kedudukan orang
26
Dasar ini boleh dikatakan berjaya namun tidak sepenuhnya. Ini terbukti dimana sebahagian pelajar bukan Melayu
tidah fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih berbahasa Inggeris. Keadaan ini masih berlaku sehingga kini dan mungkin
keadaannya lebih ketara di masa akan datang. Saw Swe-Hok and Kesarapany. 2006. hal. 231.
27
Ini kerana sekolah bagi ketiga-tiga bangsa ini terpisah. Sekolah orang Melayu di kawasan kampung, Cina di bandar
sementara orang India pula dikawasan felda.
28
Salah satu sebab pengambilan Sabah dan Sarawak adalah bertujuan untuk membangunkan wilayah tersebut supaya
mencapai kemajuan sebagaimana yang dicapai oleh Tanah Melayu selain mempercepatkannya bebas dari cengkaman penjajah.
Melayu tergugat. Justeru, penubuhan Malaysia membolehkan orang Melayu sebagai penduduk

asal dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka dapat. Namun ini tidak bermakna kaum lain

ditekankan kerana turut mendapat hak yang setimpal dengan kedudukan mereka di Malaysia.

Dalam pada itu, jika dilihat pada perkembangan masyarakat Melayu di Semenanjung

Malaysia, kemasukan orang Indonesia secara tidak langsung telah menjamin kedudukan orang

Melayu. Pada era 40-an dan 80-an, kemasukan orang Indonesia berlaku secara besaran dan

pada 80-an, orang Indonesia diberikan kad pengenalan khas (merah) bagi mengesahkan mereka

sebagai penduduk tetap. Kehadiran mereka ini mewujudkan masyarakat Melayu yang pelbagai

seperti Jawa, Banjar dan Bugis.

Dasar Ekonomi Baru juga salah satu langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi

mengatasi permasalahan perkauman. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada seluruh

rakyat Malaysia.29 Jurang ekonomi yang terlalu tinggi menyebabkan orang Melayu tidak

berpuashati dengan kaum Cina dan India. Untuk itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan

merangka ekonomi yang baru yang dapat memenuhi kehendak semua pihak. Antara objektif

dasar ekonomi ini ialah mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu sekaligus

mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Masyarakat Melayu juga diberikan hak istimewa

sebagai penduduk asal. Dan langkah ini diterima oleh kaum lain memandangkan hak yang

mereka perolehi di negara Malaysia hampir setaraf dengan penduduk asal terutamnya

29
Peristiwa bersejarah ini bermula disebabkan oleh sambutan kegembiraan pihak pembangkang selepas meraih
kejayaan besar dalam pilihan raya bagi tahun tersebut yang bertukar menjadi insiden pergaduhan apabila penyokong masing-
masing mengeluarkan kata kesat. Semangat orang melayu pula bangkit selepas pihak pembangkang mengungkit berkenaan
dengan Bahasa Kebangsaan dan kedudukan orang Melayu dalam kempen pilihan raya. Jumlah kematian yang terlalu ramai
menjadikannya satu detik hitam dalam sejarah Malaysia.
berkenaan dengan hak kerakyatan.30 Dasar ekonomi yang dirangka itu pula merangkumi

pelbagai aspek dan salah satunya yang menjadi elemen penting adalah pendidikan.31

Analisis

Masyarakat majmuk di Malaysia secara keseluruhannya hidup bersama namun tidak

bercampur. Ini jelas dibuktikan dengan beberapa fakta yang diterangkan sebelum ini. Dalam

melihat perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia juga dapat dirumuskan dengan melihat

kepada tiga tempoh yang berbeza. Pertamanya, zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga

kaum langsung tidak berinteraksi. Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu,

ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British. Yang

nyatanya orang Melayu ketinggalan. Sehinggakan orang luar (juga merujuk pada penjajah

British) beranggapan orang Melayu sebagai pemalas. Sebenarnya terdapat beberapa faktor

yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial. Salah satu sebabnya

adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal.32

Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat

dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-

Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada

di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini

membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.

Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada

30
Masyarakat Cina dan India mendapat hak kerakyatan dengan mudah oleh kerajaan Tanah Melayu semasa menuju
kemerdekaan. Langkah penggunaan sistem Jus Soli pada awalnya mendapat tentangan dari orang Melayu. Kemudiannya di
hapuskan. Syarat kerakyatan yang longgar ini terbukti dengan adanya penglibatan orang Cina dan India dalam politik Tanah
Melayu.
31
Dasar Ekonomi baru ini masih lagi digunakan sehingga sekarang namun dirangka untuk tempoh 10 tahun setiap
pindaan. Pindaan yang dilakukan pula merujuk pada kesesuaian semasa bagi keseluruhan kaum.
32
Langkah pihak British ini meminggirkan orang Melayu bertujuan menghalang mereka daripada sedar tentang hak.
Sebaliknya British mengutamakan pihak Sultan (mengikat dengan pelbagai perjanjian) memandangkan sikap dan tradisi orang
Melayu yang mentaati golongan atasan terutamnya Sultan yang berdasarkan konsep daulat dan derhaka juga tulah.
1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. 33 Dalam tempoh ini juga

hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman

selepas 1969. Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi

ekonomi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh

mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.

Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha

mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain.

Sekitar tahun 1965, penggunaan Malaysian Malaysia telah mula digunakan namun ia

tidak begitu diterima pakai. Berlainan pada masa kini dimana ia menjadi salah satu matlamat

kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Melayu. 34

Dalam pada itu, kerajaan juga telah menggariskan satu ikrar dan rukun negara yang menyebut

berkenaan dengan pengutamaan perpaduan malah boleh juga sebagai ingatan bagi rakyat

Malaysia bermula di peringkat bawahan lagi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan

British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting

adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap

masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing.35 Perlu

ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat,
33
Sebenarnya, PKM di tubuhkan pada 1930 bagi membantu pihak British menentang pihak Jepun. Namun bertukar
arah dengan melakukan keganasan selepas Jepun kalah. Mereka melakukan penindasan ke atas orang Melayu yang membantu
Jepun.
34
Perkataan ini pertama kali digunakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1991 semasa berucap di Malaya Bussines Council
dalam satu persidangan antarabangsa.
35
Pembinaan Bangsa Malaysia perlulah berpandukan hidup secara serumpun demi kepentingan bersama. Ismail
Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001. hal. 171.
penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang

berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.

Bibliografi

A. Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M)
Sdn. Bhd. 2001.

Chong. K.K. "Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah." In Masyarakat


Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985.

Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyonsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua).
Selangor: UKM. 2001.

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press. 1939.

Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005.


http://kassimahmad.blogspot.com

Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong:
Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983.

McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964.

Mohd Redzuan Otman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006.

Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise. 1992.

Muhammad Haji Muhd Taib. Melayu Baru. Petaling Jaya: Visage Communication. 1996.

Prinsip-prinsip pemerintahan dalam masyarakat majmuk. Abdul Monir Yaacob (Peny.) Kuala
Lumpur: IKIM. 2000.

Rabuskha, Alvin. Race And Politics In Urban Malaya. Stanford University, Stanford,
California: Hoover Intitution Press. 1973.

Saunders, Graham. Malaya : Perkembangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur: Longman,


1978.

Saw Swe-Hok and Kesarapany. Malaysia Recent. Trends A Challenges. Singapore: Insitute of
Soatheast Asian Studiest. 2006.
Syed Ahmad b. Syed Mohamad. Kepentingan Perundangan Islam Dalam Konteks Masyarakat
Majmuk. Oct 03, 2006 - 01:59 AM.
http://www.permaya.org/yaman/modules

Tragedi 13 Mei: Satu Laporan Majlis Gerakan Negara. Kuala Lumpur. 1969.

Zakaria Ariffin. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

You might also like