You are on page 1of 19

HUBUNGAN ETNIK

SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA


KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
PENGENALAN

Asal usul masyarakat pluralistik


 Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang
proses pembentukan masyarakat pluralistik di
Alam Melayu sejak abab ke-5 Masihi yang
bermula dengan kedatangan masyarakat luar
seperti Arab, Cina dan India. Pertembungan
kelompok masyarakat ini mewujudkan
masyarakat pluralistik
KONSEP PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK
Pluralisme
 Ideologi yang menyemarak kepercayaan dan

pegangan yang berbeza dalam masyarakat

Pluraliti
 Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada

suatu masa secara semula jadi

Pluralistik
 Merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat,
pada suatu masa secara dirancang atau dipaksa oleh pihak-pihak
tertentu yang berkepentingan.
MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU
 Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi
sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat
hidup secara bersama dalam kepelbagaian.
 Kedatangan kolonial yang disebabkan oleh faktor Gospel, Glory
and Gold (3G) telah memberi impak dalam sistem kehidupan
masyarakat Melayu.
 Masyarakat pelbagai etnik sebelum kedatangan kolonial Eropah
terbentuk melalui proses semula jadi . Hasilnya - wujud interaksi
yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar, sistem sosial,
politik dan agama. Mereka secara sukarela sangggup berkahwin
dengan penduduk tempatan.
sambungan

 Menurut Al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha


tidaklah mendominasi masyarakat di alam
Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh
Islam.
 Orang Cina dan India dibawa ke alam Melayu
demi kepentingan British.
KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU:
KESULTANAN MELAYU MELAKA.
 Melaka dianggap sebagai Venice of the East.
 Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang
berteraskan agama Islam mampu memberi keadilan kepada
masyarakat plural Melaka pada ketika itu.
 Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil
urus tadbir berteraskan Islam.
 Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai
etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman damai.
 Penghijrahan semula jadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi
antara pedagang Cina, India dengan penduduk tempatan turut
berlaku.
 Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbang
kepada kepelbagaian budaya. Hasilnya terbentuk etnik Baba
dan Nyonya.
MASYARAKAT PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAHAN

 Penjajah British telah memisahkan negara


dengan agama iaitu pentadbiran dikuasai oleh
mereka sementara agama (Islam) dan adat
istiadat (Melayu) di bawah kuasa sultan/raja.
 Dasar pemerintahan secara pecah dan
perintah diamalkan – memaksa kewujudan
masyarakat pluralistik
PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Pembentukan masyarakat majmuk di negara kita ialah kesan
penjajahan British yang berjaya memperoleh dan meluaskan
jajahan takluk secara berperingkat-peringkat:
 Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1824)
- Negeri-Negeri Selat (1826)
 Perak (1874), Selangor (1874), Negeri Sembilan (bermula 1874 di
Sungai Ujong hingga 1895) dan Pahang (1888).
- Sistem Residen digantikan dengan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (1896).
 Kedah (1909), Perlis (1909), Kelantan (1909), Terengganu (1909)
dan Johor (1914)
( Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu )
 Sarawak (1841/1842)
- Keluarga Brooke.
 Sabah (1881/1882)
Syarikat Borneo Utara British.
TANAH MELAYU

 Sebelum tahun 1848, hampir semua


penduduk ialah etnik Melayu.
 Senario ini berubah dengan penghijrahan
orang Cina dan India disebabkan galakan
daripada British kerana perkembangan
perusahaan bijih timah (pertengahan abad ke-
19) dan perusahaan getah (awal abad ke-20).
SARAWAK,

 Etnik bumiputera terdiri daripada Iban,


Bidayuh, Melayu, Melanau dan lain-lain.
 Keluarga Brooke menggalakkan penghijrahan

orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang,


petani dan pelombong. Bilangan etnik Cina
ialah 5,000 orang (1871) telah bertambah ke
123,626 orang (1939).
SABAH,
 Etnik bumiputera terdiri daripada Kadazandusun,
Bajau, Murut, Suluk dan lain-lain.
 Syarikat Borneo Utara British menggalakkan
penghijrahan etnik Cina untuk bekerja di ladang
getah dan tembakau.
 Bilangan etnik Cina ialah 27,801orang (1911)
telah bertambah ke 50,056 orang (1931).
 Kesannya wujudlah masyarakat majmuk yang
mengekalkan kebudayaan masing-masing.
 Namun begitu, kesefahaman dan keharmonian
pelbagai etnik ini akhirnya telah berjaya
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu (31
Ogos 1957) dan pembentukan Malaysia (16
September 1963).
ZAMAN PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

 Perkembangan masyarakat plural selepas merdeka


boleh dilihat dalam ruang politik, perlembagaan,
pendidikan dan ekonomi.
 Malaysia dianggap negara yang berupaya
melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan
 Dasar-dasar kerajaan berkaitan hubungan etnik melalui
formula tolak ansur telah berjaya mengekalkan
keharmonian masyarakat Malaysia.
 Dalam Perlembagaan negara kontrak sosial merupakan
satu kesepakatan yang telah dirunding.
POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

 Dari segi politik, kerjasama dan bertolak-ansur antara etnik sangat


dipentingkan demi memelihara kestabilan politik.
 Bermula pada tahun 1955, semasa pilihan raya umum pertama,
ketiga-tiga etnik bersatu membentuk parti Perikatan (UMNO-
Melayu, MCA-Cina dan MIC-India).
 Pada tahun 1957-1959, berlaku pergolakan dalam Perikatan
kerana MCA menuntut penambahan kerusi (pilihan raya umum
1959) dan segelintir ahli MIC tidak berpuas hati terhadap Parti
Perikatan.
 Kemelut diatasi menerusi perundingan. Selepas 1960-an, politik
Malaysia terus berkembang/dinamik.
 Pada tahun1974 Parti Perikatan ditukar namanya kepada Parti
Barisan Nasional (BN) dan terus kekal memerintah sehingga kini.
EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK
 Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah telah
berhasil mengelompokkan etnik mengikut aktiviti ekonomi
tertentu serta memperkenalkan sistem ekonomi bebas atau
laissez faire dan mewujudkan sistem ekonomi dualisme iatu:

 (a) Sistem ekonomi moden


 Diperkenalkan oleh British yang tertumpu kepada perdagangan
moden berasaskan bijih timah dan getah serta berteraskan
bandar. Sistem ekonomi ini di bawah kawalan British dan firma
asing yang melibatkan etnik Cina dan India.

 (b) Sistem ekonomi tradisional


 Didominasi oleh etnik Melayu dan lebih tertumpu kepada
pertanian (padi dan perikanan) dan tumpuan di luar bandar.
;

KESAN EKONOMI DUALISME


 bukan sahaja dapat dilihat pada zaman kolonialisme malah
selepas merdeka.
 Buktinya agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama dan
melibatkan tiga sektor iaitu;
 Sektor pertanian tradisional (pekebun kecil getah, kelapa,
pesawah padi dan nelayan kecil-kecilan) dikuasai oleh etnik
Melayu. Kadar kemiskinan adalah tertinggi.
 (b) Sektor ekonomi moden (perlombongan, perkilangan dan
perkhidmatan) didominasi oleh etnik Cina.
 (c) Sektor ketiga (tertiary sector), ketara ketidakseimbangan;
(i) Melayu: sektor kerajaan.
(ii) Cina: sektor swasta (pengangkutan, perniagaan )
(iii) India: sektor pengangkutan awam, perkhidmatan awam,
perniagaan dan kewangan).
 Walaupun terda[at empat rancangan
pembangunan ekonomi negara selepas merdeka
 Masih terdapat jurang dan ketidakseimbangan
ekonomi yang boleh mencetuskan konflik antara
etnik seperti peristiwa 13 Mei 1969.
 Integrasi dan perkongsian ekonomi antara kaum
dapat mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi dan seterusnya dapat mengendurkan
jurang yang dibina sejak zaman penjajahan.
PENDIDIKAN DAN HUBUNGAN ETNIK

 Pada zaman penjajahan terdapat empat jenis aliran pendidikan


yang berlainan iaitu sekolah Inggeris dan sekolah vernakular
(Melayu, Cina dan Tamil).

 Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan


pendidikan yang berbeza. Kepelbagaian sistem pendidikan ini
bertambah rumit dengan wujudnya kepelbagaian bentuk
kurikulum, sukatan pelajaran, orientasi dan matlamatnya.
 Bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan
pelajaran dan orientasi mereka dilihat lebih berkiblatkan
negara asalnya.
 Walau bagaimanapun, sistem pendidikan negara era
pascamerdeka telah berubah kepada satu corak baharu yang
berorientasikan unsur-unsur tempatan.
 Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan pelajaran dan peperiksaan.
 Pendidikan kebangsaan yang bercorak tempatan ini penting
sambungan
 Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk
berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan
pelajaran dan peperiksaan.
 Pendidikan kebangsaan yang bercorak tempatan
ini penting sebagai satu wadah bagi menyatukan
etnik-etnik di Tanah Melayu yang pelbagai budaya,
nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan
tempatan demi mencapai matlamat membentuk
identiti kebangsaan di Tanah Melayu.

You might also like