You are on page 1of 7

Justeru, tidak dinafikan bahawa Malaysia boleh dijadikan contoh kepada

negara-negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya dari segi perpaduan kaum.

Pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu berkait langsung


dengan aktiviti perdagangan dan lokasi Alam Melayu itu sendiri.

Secara umumnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang dilatari


masyarakat bersifat pluralistik. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk
yang hidup bersama sebelum kemerdekaan dicapai (Muhammad Nazmi, 2016).
Melayu, Cina dan India merupakan tiga kaum utama di Malaysia yang hidup bersama
serta saling menjaga keharmonian negara. Di Sabah dan Sarawak, kita juga
mempunyai pelbagai etnik

Pembukaan Melaka pada 1400 Masihi oleh Parameswara merupakan


peristiwa bersejarah yang menandakan kemasukan komuniti imigran dari negara-
negara luar ke Alam Melayu.

Selepas kemangkatan Parameswara, perhubungan antara kerajaan Melaka


dengan China diteruskan oleh Sultan Mahkota Iskandar Shah, putera Parameswara.

Interaksi sosial ini menandakan permulaan hubungan etnik yang harmoni


dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu.
Kedatangan pedagang China dan India telah meningkatkan kemajmukan
masyarakat dan hubungan etnik di Alam Melayu. Lazimnya,

Penemuan Batu Nisan di Grisek, Pulau Jawa. telah membuktikan kedatangan


Islam ke Alam Melayu seawal abad ke-11 Masihi.

Penghijrahan besar-besaran dari China juga membawa kepada perkahwinan


antara imigran Cina dengan wanita tempatan. Selain itu,
Dasar Penjajah menyebabkan pendatang asing gagal berasimilasi
dengan masyarakat tempatan.
Melalui DEB, pembasmian kemiskinan berjaya dikurangkan dan
mewujudkan kelas menengah yang ramai. Akibatnya, lahir budaya hidup
komersial di kalangan rakyat pelbagai budaya
Di sebalik kejadian konflik antara kaum, negara secara umumnya
stabil, makmur dan harmoni. Malahan, di sebalik ketidakseimbangan yang
wujud, negara telah
Elit ekonomi ini bukan sahaja bergiat cergas di negara ini, malah
mereka juga memainkan peranan yang sama di peringkat global. Senario
politik negara pada hari ini stabil dan. Kesannya, lahir satu budaya
keterbukaan dalam masyarakat negara ini yang boleh menerima,
memperakui, menghormati dan berbangga dengan masyarakat yang bersifat
pelbagai budaya. Mereka, tanpa mengira etnik, boleh berkongsi nilai dan
pendapat awam hingga terbina hubungan silang budaya antara mereka
walaupun latar belakang mereka tidak seragam dari segi budaya, bahasa dan
agama.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengandungi pelbagai
bangsa dan didominasi oleh tiga kelompok utama iaitu
setiap budaya mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memandu
masyarakat ke arah pembangunan mapan.

Kepelbagaian agama dan budaya sebenarnya bukan alasan untuk


mengandaikan masyarakat majmuk sebagai punca kepada kegagalan
penerimaan kerangka budaya berasaskan agama dalam pengurusan di
Malaysia. Hal ini demikian kerana Jelasnya,. Oleh yang demikian,
pembentukan sesuatu model atau kerangka budaya kerja yang berasaskan
agama akan menjadi mudah diterima oleh semua rumpun bangsa dan
anggota masyarakat.

Cabaran seterusnya ialah wujudnya politik perkauman yang akan menimbulkan


perasaan tidak puas hati dan mengukuhkan semangat sesuatu kaum sekiranya penyuaraan
terhadap kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak
(Mohd Ashraf Ibrahim et.al, 2017). Menurut Syed Husin (2015) dalam Mohd Anuar Ramli
et.al (2019), parti politik yang berasaskan kaum yang dibangunkan pasca kemerdekaan
telah menyebabkan persaingan politik yang tidak sihat kerana setiap parti politik
memperjuangkan agenda dan kepentingan kaum masing-masing. Akibatnya, kewujudan
segmentasi dalam politik perkauman ini turut membantut perpaduan kaum sekali gus
menjadi halangan kepada pembinaan negara bangsa di Malaysia.
Contohnya, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik lain seperti Cina, India dan
sebagainya akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba
perayaan etnik lain.
Pembinaan negara bangsa merupakan satu proses melahirkan bangsa baru, iaitu
sebuah negara yang mempunyai kedaulatan di mana bangsanya terdiri daripada rakyat
yang disatukan oleh ikatan-ikatan seperti bahasa, budaya dan nilai-nilai (Chew Fong Peng,
2006).

Pluraliti atau kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan menetap di rantau


Alam Melayu merupakan fakta dan bukti bersejarah yang menunjukkan interaksi
antara etnik sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Selepas pembentukan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah


diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970 untuk mewujudkan perimbangan
ekonomi antara kaum dengan membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat, khususnya selepas tragedi 13 Mei 1969.

Semasa penjajahan British, Dasar British yang menjadikan Tanah Melayu


sebagai pentas sistem ekonomi moden telah menarik kehadiran imigran luar
khususnya imigran dari China dan India.

Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja memisahkan


penempatan antara kaum ini melalui dasar pecah dan perintah.
Perkara ini disebabkan kawasan penempatan yang berasingan iaitu
orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan
perlombongan seperti Kuala Lumpur.
Beberapa pakatan telah dibuat antara kelompok Melayu dengan
kelompok Cina dan pergaduhan sengit berlaku antara mereka
mengakibatkan perdagangan bijih timah terganggu oleh pergaduhan
yang berpanjangan (Khoo Kay Kim Al-Hikmah 8(2) 2016 | 41 1979).
Keadaan ini menyebabkan British menjalankan dasar campur tangan
khususnya di Negeri Perak kerana merupakan pengeluar bijih timah
yang utama di Tanah Melayu. Maka, dalam Perjanjian Pangkor (1874),
peruntukan telah dibuat untuk melantik seorang Residen British yang
nasihat mereka harus diperolehi dan dikuatkuasakan atas semua
perkara kecuali yang berhubung dengan agama dan adat istiadat orang
Melayu (Zainal Abidin et. al. 1996). Sistem residen seterusnya telah
diperkenalkan di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Faktor ekonomi merupakan tarikan utama terhadap kehadiran penjajahan Barat. Hal ini
demikian kerana Tanah Melayu mempunyai simpanan khazanah bumi dan memiliki
kesesuaian iklim untuk tanaman jualan.
Penghijrahan dari India dan China ke Tanah Melayu juga menyumbang kepada
pembentukan masyarakat pluralistik di Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku disebabkan
oleh masalah bencana alam dalam bentuk kemarau yang berlaku secara berpanjangan di
India dan China. Peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi yang terjejas di China juga
menjadi faktor pendorong kepada penghijrahan dari China.

Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah telah menggalakkan British


mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran.
Penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan oleh British untuk
memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka. Orang Cina digalakkan membuka
lombong bijih timah dan emas (Leong H. Liew 2003). Manakala imigran India telah bekerja
di ladang tebu dan kopi serta bekerja sebagai kerani, pembantu hospital dan kakitangan
kereta api.
Kelompok utama imigran Cina ialah Hokkien, Hakka, Kantonis,
Teochew dan Hailam. Mereka aktif sebagai pekerja lombong dan berniaga di
kedia runcit. Imigran India dari kelompok Tamil, Sikh, Malayani dan Telugu
aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas seperti
membina jalan raya dan jalan keretapi. Imigran Melayu dari Jawa dan
Sumatera bekerja dalam sektor pertanian. Di Sarawak, orang Cina tertumpu
di kawasan bandar seperti Sibu, Miru dan Bintulu. Di Sabah, buruh asing
dibawa masuk seperti Cina, Filipina, Jawa untuk bekerja di ladang tembakau,
getah dan sebagainya.

Di samping itu, kawasan penempatan orang Cina merupakan kawasan yang berdikari
sendiri (selfcontained) di mana penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar
untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang hayat (Hashim 2005).
Budaya penduduk tempatan juga mula bersifat kepelbagaian.
Penduduk menggunakan pelbagai bahasa untuk berkomunikasi seperti
bahasa Tamil, Mandarin, Hakka dan sebagainya.

Ciri-ciri masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan British juga


boleh dilihat dari segi sistem pendidikan yang terasing. Buktinya, sekolah
vernakular Melayu, Cina dan Tamil berkembang secara tersendiri dan
berasingan pada zaman ini. Kurikulum dan guru juga masing-masing diambil
dari negara China dan India. Hal ini telah menyebabkan pemisahan
masyarakat.

Kemasukan imigran Cina ke Sabah dan Sarawak dalam skala yang


besar juga membantu pembentukan masyarakat plural. Pada ketika itu,
Sarawak ialah sebuah negeri yang mempamerkan ciri-ciri pluraliti yang tinggi,
di mana terdapat lebih 40 subetnik di negeri tersebut. Antaranya termasuklah
etnik Iban, Melayu, Cina, Melanau, Orang Ulu dan sebagainya. Namun,
setiap subetnik mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri.

Kajian telah menunjukkan pada dekad 1990-an batas etnik di kalangan masyarakat pelbagai
budaya ini nipis dan hubungan dua individu yang berlainan etnik walaupun berbentuk
hubungan sosial, namun perkiraan bukan etnik yang lebih diutamakan dalam tindakan
mereka. Al-Hikmah 8(2)

Lihat perbincangan detail hal ini dalam Jack Parkinson et.al. (1991). DEB:
Pertumbuhan dan Ketaksamaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970
untuk mewujudkan perimbangan ekonomi antara kaum dengan membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat khususnya selepas Tragedi may
1969.

dan budaya hidup kelas menengah telah menjadi kenyataan serta struktur masyarakat telah
berubah (Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman 2005). Transformasi sosial ini
telah menipiskan batas etnik di kalangan rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan
oleh perkiraan ganjaran material, status sosial dan ikatan sosial berbanding dengan
kepentingan etnik (Abdul Rahman Embong 2001). Ini bermakna batas etnik wujud tetapi
bersifat sekunder. Dalam kehidupan harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan utama.
Malahan perkiraan peribadi lebih diutamakan dan senario perhubungan etnik ini lebih dapat
diperhatikan di barat Semenanjung. Di utara dan timur Semenanjung, perkiraan agama lebih
diutamakan, manakala di Sabah dan Sarawak, isu kewilayahan lebih berpengaruh sebagai
perkiraan asas kepada tindakan berbentuk kumpulan.

Struktur perhubungan etnik di Malaysia selepas DEB lebih dipengaruhi oleh batas
etnik yang nipis dan perhubungan antara mereka berdasarkan perkiraan bukan etnik.
Punca kepada terbentuknya isu perhubungan etnik seperti manipulasi etnik adalah
disebabkan kemunduran, pengangguran, kemiskinan, peminggiran dan
ketidaksamarataan dalam kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu, punca kepada
konflik etnik di Malaysia pada tahap ini bukan lagi ala 13 Mei 1969 iaitu jurang
ekonomi yang memisahkan etnik Melayu dan Cina, tetapi konflik di kalangan
masyarakat miskin dan pinggiran, terutama di bandar. Kejadian pergaduhan seperti
di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 1998 dan Kampung Medan, Selangor pada
tahun 2001 antara Melayu dengan India menunjukkan pengurusan kumpulan miskin
dan pinggiran di bandar perlu diberi perhatian utama. Jika ini ialah intipati masalah
etnik di Malaysia, maka penyelesaiannya bukan asimilasi etnik tetapi pentadbiran
yang cekap dalam pemerintahan negara ini.

Akhir sekali, masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia


wujud apabila buruh-buruh asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk
memenuhi tenaga kerja yang diperlukan. Menurut laporan Astro Awani
(2016), Bangladesh dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman
(MoU)untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk
tempoh tiga tahun. Hal inimenyebabkan warga Bangladesh dibawa masuk ke
negara Malaysia secara paksaan olehkerajaan negara kita kerana negara kita
memerlukan tenaga buruh dan mereka perlu hidup bersama-sama rakyat
Malaysia dan hal inilah yang menjadikan masyarakat kita pada hari iniadalah
sebuah masyarakat pluralisitik

Manakala Kepercayaan beragama ialah Taoisme, Konfusius dan animisme. Kepercayaan


berbudaya pula ialah petua, pantang larang, nilai, norma, mores dan folkways.
Namun perkara tersebut bukanlah suatu yang mudah untuk dipraktikan dalam
masyarakat majmuk, maka beberapa perkara perlu difikirkan; (i)
Sejauhmanakah penganut-penganut agama yang pelbagai di Malaysia
faham, yakin dan dapat menerima etika dan budaya kerja yang
diketengahkan dalam ajaran agama seterusnya menjadikannya sebagai paksi
dalam kehidupan? (ii) Sejauhmanakah anggota masyarakat tersebut dapat
menerima etika dan budaya kerja asing walaupun dikatakan bersesuaian
dengan agama yang dianuti? (iii) Bagaimanakah sesuatu idea pembaharuan
tersebut, yang melibatkan semua budaya dan agama dapat dilaksanakan dan
mampukan Islam menjadi teraju utama dalam proses penggubalan dan
perlaksanaan dasar tersebut?

Oleh itu, kepelbagaian bangsa, agama dan budaya sebenarnya bukan


penghalang kepada rakyat Malaysia untuk tinggal bersama sebaliknya
mereka dapat berkongsi beberapa perkara yang menjadi tunjang kepada
perpaduan kaum. Idea-idea untuk pembangunan pengurusan yang bermoral
adalah dituntut oleh semua bangsa, budaya dan agama di dunia.

You might also like