You are on page 1of 1

ULASAN

Berdasarkan artikel yang dibaca, teknologi pendidikan mempunyai tiga


kegunaan utama iaitu sebagai satu tutor, alat mengajar dan alat belajar. Kita perlu
memfokuskan pada lima bidang program perisian yang berpotensi untuk
mempengaruhi pengalaman belajar kanak-kanak iaitu nilai pengajaran bagi program,
keupayaannya untuk melibatkan kanak-kanak dalam pembelajaran, kemudahan
penggunaan, interaksi antara kanak-kanak dengan program serta kemungkinan
bahawa program perisian yang memantau kemajuan kanak-kanak. Terdapat
beberapa kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran. Antaranya
ialah kita mudah memperoleh maklum balas antara guru dan murid. Seterusnya ialah
kita dapat memperoleh pengetahuan tentang peralatan dan kaedah, kaedah
pengajaran serta perhubungan antara murid dengan guru. Selain itu, teknologi
pendidikan juga menyediakan interaksi yang lebih baik dengan pelajar serta
penerimaan maklumat yang lebih baik kerana pelajar menerima pengetahuan melalui
cara visual, pendengaran dan kinestetik. Teknologi pendidikan memberi motivasi
kepada murid untuk bekerja secara bebas di mana murid lebih banyakbermotivasi
untuk belajar dan bekerja kerana peralatan teknikal moden boleh didapati di mana-
mana sahaja. Namun, disebabkan dua faktor kekangan iaitu keupayaan guru dalam
mengaplikasikan teknologi pendidikan serta kelengkapan kemudahan teknikal
moden dalam sekolah, kita mesti mendapatkan strategi yang paling tepat bagi
mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran.

You might also like