You are on page 1of 1

Isu PdP dalam PdP Matematik sekolah rendah yang boleh dikaji ialah penguasaan

murid berkaitan dengan soalan-soalan KBAT dalam Matematik. Ramai murid masih
kurang menguasai KBAT dalam mata pelajaran Matematik. Buktinya, status
pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA yang mengutamakan KBAT agak
rendah. Kebanyakan soalan KBAT adalah bukan rutin dan mempunyai banyak jalan
penyelesaian. Hal ini memerlukan murid berfikir secara kritis. Murid yang kurang
mahir untuk mengaitkan ilmu Matematik dengan kehidupan harian akan menghadapi
masalah dalam menyelesaikan soalan-soalan KBAT dalam mata pelajaran
Matematik. Isu ini perlu dikaji supaya menambahbaik strategi PdP dan
meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah dalam KBAT Matematik.

Isu yang kedua ialah masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid sekolah rendah. Tahap penguasaan murid sekolah rendah
yang rendah dalam bahasa inggeris menjejaskan pencapaian mereka dala mata
pelajaran matematik disebabkan oleh masalah untuk menyelesaikan soalan yang
berbentuk penyelesaian masalah. Soalan berbentuk penyelesaian masalah ini
memerlukan pelajar memahami masalah yang diberi sebelum membuat jalan
penyelesaian (Wan Nor Azian, 2004). Soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menjawab dengan betul kerana salah satu
punca ialah tidak faham soalah yang ditulis dalam bahasa inggeris.

You might also like