You are on page 1of 18

i

Faktor Kegagalan Dasar PPSMI dari Persepsi Guru-guru Opsyen Sains dan Matematik : Satu
Kajian Kes di Lima buah Sekolah di Daerah Gombak.

M Puspanathan Mayan
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor kegagalan pelaksanaan dasar PPSMI di
Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah di Daerah Gombak. Jumlah
responden ialah seramai 175 orang guru dari daerah tersebut tetapi jumlah responden yang
mengembalikan instrumen soal selidik adalah seramai 167 orang iaitu 95 peratus. Responden
menjawab menggunakan instrumen soal selidik dan kajian rintis juga dijalankan untuk
menguji nilai kebolehpercayaan item. Daripada kajian rintis, didapati item-item mempunyai
nilai Alpha Cronbach (0.755) dan nilai mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sederhana
tinggi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan (SPSS) versi 21.0 dan peratusan, min
dan sisihan piawai telah ditentukan untuk membuat dapatan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor murid yang kurang menguasai Bahasa Inggeris mencatat skor
min tertinggi iaitu 4.47. Ini disebabkan oleh kurangnya minat pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris dikalangan murid sekolah menyebabkan dasar ini gagal
diteruskan. Memandangkan Dasar PPSMI ini gagal kerana murid yang kurang menguasai
Bahasa Inggeris, maka pihak-pihak tertentu seharusnya mengambil langkah yang lebih
proaktif dalam melaksanakan dasar MBMMBI yang menggantikan dasar PPSMI untuk
memastikan negara tidak ketandusan modal insan yang menguasai Bahasa Inggeris.

Katakunci : Dasar, PPSMI, Kegagalan

ABSTRACT

This study is to examine the failure factors of the of PPSMI policy in Malaysia. The study was
conducted in five schools in the Gombak district. The number of respondents was over 175
teachers from the district but the number of respondents who returned the questionnaire were
167 people at 95 percent. Respondents answered a questionnaire and a pilot study was
conducted to test the reliability of the item. From the pilot study, it was found items have a
value of Alpha Cronbach (0.755) and has a moderately high level of reliability. Data were
analyzed using (SPSS) version 21.0 and percentages, means and standard deviations were
determined to make the findings. The results showed that the students who are less proficient
in English recorded the highest mean score of 4.47. This is because of students who not
interest learn in Science and Mathematics in English. PPSMI policy failed because students
are less proficient in English and the relevant authorities should take a more proactive role in
implementing policies that replace PPSMI to MBMMBI and ensure that the country has no
shortage of the talent in future.
ii
Keywords : Policy, PPSMI, Failure

KANDUNGAN
ABSTRAK i

KANDUNGAN ii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Penyataan Masalah 2

3.0 Persoalan Kajian 4

4.0 Objektif Kajian 4

5.0 Kajian Literatur 4

6.0 Metodologi Kajian 7

7.0 Hasil Dapatan 8

8.0 Perbincangan 12

9.0 Cadangan Kajian 13

10.0 Kesimpulan 14

11.0 Rujukan 16

12.0 Lampiran 18

1.0 Pendahuluan
Dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) telah dilaksanakan pada secara rasminya pada tahun sesi persekolahan 2003

dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 di sekolah rendah serta tingkatan 1 dan

tingkatan 6 di sekolah menengah. Hasil keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri

pada 19 Julai 2002 ini telah membawa satu perubahan yang drastik dalam sistem

pendidikan Malaysia. Kos sebanyak RM3 bilion telah dibelanjakan sepanjang

pelaksanaan dasar PPSMI dan perbelanjaan ini merangkumi pembelian komputer riba,

bahan bantu mengajar dan latihan guru serta intensif guru. Sepanjang perjalanan dasar

PPSMI ini guru-guru telah diberi kursus dan latihan serta bimbingan yang berterusan

untuk mencapai matlamat dasar PPSMI.

Namun begitu, 8 Julai 2009 kerajaan telah menamatkan dasar PPSMI dalam

sistem pendidikan negara ini setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Banyak faktor yang telah menghalang dan dikenalpasti yang menjadi punca kegagalan

dasar PPSMI di sekolah. Dasar PPSMI ini tidak dihentikan serta merta malah

dilakukan secara soft landing iaitu digantikan dengan dasar MBMMBI secara

berperingkat-peringkat. Jadi, dasar PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2015

di sekolah rendah dan MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah rendah.

Pemansuhan PPSMI ini telah menerima reaksi daripada pelbagai pihak dan ada

golongan yang bergelar PAGE masih ingin meneruskan dasar PPSMI di sekolah.

Pemansuhan PPSMI ini telah dibuat setelah mengambil kira kesemua faktor termasuk

penyelidikan daripada pelbagai pihak tentang pencapaian dasar PPSMI di sekolah-

sekolah Malaysia.
2.0 Pernyataan Masalah

Pada awal pelaksanaan PPSMI, dasar ini dilihat sebagai tanda kepada sistem

pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang mampu berdaya saing di perntas
dunia. Penguasaan Bahasa Inggeris dilihat sebagai satu faktor penting dalam

membawa negara mampu berdaya saing dengan tenaga kerja di peringkat

antarabangsa. Namun, dasar PPSMI ini telah membawa masalah sampingan yang lain

dan kegagalan PPSMI telah memberi impak kepada sistem pendidikan negara.

Seterusnya membawa kepada konflik dan rasa kurang berpuas hati segelintir pihak

kerana sistem pendidikan sering berubah tanpa hala tuju yang sebenar.

Selain itu, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kohort

pertama menunjukkan prestasi yang kurang konsisten iaitu pelajar yang mendapat

gred A bagi matapelajaran Sains telah menurun sebanyak peratus 2.0 peratus

manakala bagi Matematik pula menurun sebanyak 0.3 peratus. Seterusnya jurang

perbezaaan pencapaian UPSR antara sekolah di bandar dan sekolah luar bandar

semakin ketara. Kekurangan sumber dan kepakaran guru dikatakan antara faktor

penurunan keputusan peperiksaan tersebut di kawasan luar bandar.

Penguasaan Bahasa Inggeris oleh guru juga diambil kira. Guru yang berada

pada peringkat cemerlang dan baik adalah sekitar 25 peratus sahaja. KPM juga

mendapati hanya sebahagian kecil guru sahaja yang dapat mengajar Sains dan

Matematik sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama sebahagian

guru lagi masih mengekalkan penggunaan dwibahasa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara keseluruhan, purata penggunaan Bahasa Inggeris adalah antara

53-58 peratus daripada jumlah masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran Sains

dan Matematik. Penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru dalam bilik darjah adalah

sekitar 55 peratus.

Selain itu, beberapa laporan antarabangsa juga menyumbang kepada

pemansuhan PPSMI dan diantaranya ialah laporan dari Trens in Mathematics Science

Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA). TIMSS
dalam laporanya menyatakan bahawa pada tahun 2007 pencapaian murid Malaysia

merosot dari tempat ke-10 pada tahun 2003 ke tempat ke-20 bagi matapelajaran

Matematik dan bagi matapelajaran Sains dari tempat ke-20 ke tempat ke-21 pada

tahun 2007. Terbaru pada tahun 2011, Matematik berada pada kedudukan ke-26

manakala Sains pada kedudukan ke-32.

Manakala laporan PISA pula menyatakan Malaysia masih berada dibawah

gred purata antarabangsa. Bagi subjek Matematik kedudukan negara kita adalah pada

tangga ke-57 pada tahun 2009 dan ke-52 pada tahun 2012 manakala bagi

matapelajaran Sains pula kedudukannya ialah pada tangga ke-52 pada tahun 2009 dan

menurun satu lagi anak tangga iaitu ke-53 pada tahun 2012. Selain itu, laporan PISA

juga melaporkan bahawa murid Malaysia tidak kompetetif berbanding negara lain di

rantau ini seperti Vietnam, Singapura dan Thailand.

Selain itu, pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan

Guru-guru Melayu Malaysia Barat dan GAPENA terus menekan kerajaan untuk

mengembalikan peranan Bahasa Malaysia dengan memansuhkan PPSMI. Desakkan

juga diterima daripada golongan cendiakawan dan ahli akademik untuk memansuhkan

dasar PPSMI sehingga membawa kepada semakkan semula pelaksanaan dasar PPSMI

di seluruh negara. Pada masa yang sama, ibu bapa murid juga berasa bimbang dengan

sistem pendidikan yang sering berubah dan perubahan pengajaran bahasa untuk

subjek Sains dan Matematik akan memberi impak kepada pelajaran anak-anak

mereka.

3.0 Persoalan Kajian

Sebanayak sepuluh faktor dikenalpasti dan telah memberi impak kepada kegagalan

dasar PPSMI. Daripada itu, persoalan kajian telah dikenalpasti.


a). Apakah faktor utama kegagalan dasar pelaksanaan dasar PPSMI di sekolah.

4.0 Objektif Kajian


Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji tentang kegagalan dasar

PPSMI di sekolah.
Objektif kajian secara spesifik adalah :-
a.) untuk mengkaji faktor utama yang menyebabkan kegagalan pelaksanaan dasar

PPSMI di sekolah.

5.0 Kajian Literatur

Junaidi dan Fuad (2010) menyatakan pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana

didapati tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar

bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar memahami subjek Matematik dan

Sains. Kebanyakkan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang diajar dalam

bahasa ibunda dan ini akan membantu pelajar-pelajar mencapai keputusan yang lebih

baik. Dalam peperiksaan. Yahya (2012) pula menyatakan penguasaan Bahasa Inggeris

yang sederhana dan lemah dalam kalangan guru menyebabkan guru sukar untuk

menyampaikan ilmu kepada pelajar. Kebanyakkan guru telah diberi pendedahan

istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia dan mereka menghadapi masalah

apabila kedua-dua subjek tersebut mula diajar dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, Johari, Nor dan Meor(2006) menyatakan pelajar menghadapi

masalah pembelajaran Matematik disebabkan oleh masalah bahasa penghantar dan

tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar itu sindiri.

Sebenarnya bahasa penghantar memainkan peranan yang penting dalam

menyampaikan isi matapelajaran tersebut dan seterusnya mencapai objektif

matapelajaran. Penyelidikan oleh Isahak, Abdul, Md. Nasir, Mariam(2008)

menyatakan PPSMI ini menyusahkan dan melemahkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Kelemahan ini dikenalpasti lebih

ketara di kalangan pelajar sekolah kebangsaan. Salah satu punca kelemahan ini adalah

daripada minat pelajar itu sendiri terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris.


Kesediaan guru adalah anatar kajian yang dilakukan oleh (Mohd,2003) yang

menyatakan guru lama belum bersedia sepenuhnya dalam melaksanakan PPSMI di

sekolah walaupun mereka telah dibekalkan dengan pelbagai bahan pengajaran.

Kebanyakkan daripada mereka aadalah golongan yang kurang mahir dalam

menggunakan komputer dan prasarana ICT. Ini menyukarkan mereka menggunakan

bahan yang dibekaalkan oleh KPM untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Noor daan Norhasnida (2010) pula berpendapat guru mengaplikasikan Bahasa

Inggeris dalam Matematik dan Sains hanya di dalam kelas yang panadai dan kelas

belakang kurang memahami penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakkan murid luar bandar masih tidak mahir menggunakan

bahan ICT yang dibekalkan oleh KPM dan bahan tersebut juga perlukan kemahiran

penggunaan komputer di kalangan murid-murid.

Mohini dan Saiful (2010) berpendapat tahap kesediaan murid dan minat serta

keyakinan murid dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeirs masih berada pada tahap yang sederhana. Keyakinan diri dan

minat terhadap pelajaran penting dalam mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Namun, PPSMI ini kurang memberi keyakinan kepada murid-murid sekolah untuk

memberi yang terbaik dalam pelajaran mereka. Penggunan istilah baru dalam Bahasa

Inggeris menyukarkan mereka memahami secara mendalam subjek yang diajaroleh

guru mereka di sekolah.

Zainal(2008) dalam kajiannya menyatakan guru-guru yang mempunyai

pengalaman lama dan kepakaran dalam bidang tersebut tidak dapat mengajar dengan

baik dan berkesan subjek Sains dalam Bahasa Inggeris. Dalam kajian tersebut,

responden yang pengalaman lama ini tidak mampu berfasih Bahasa Inggeris.

Kebanyakkan guru dikalangan mereka adalah dari guru-guru veteran dan hanya
menunggu masa berpencen serta mereka rasakan bahawa PPSMI ini adalah sesuatu

yang membebankan mereka.

6.0 Metodologi Kajian

Kajian ini akan dijalankan untuk mengkaji faktor kegagalan PPSMI di sekolah. Kajian

ini dijalankan di lima buah sekolah di Daerah Gombak yang terletak di negeri

Selangor. Jumlah populasi ialah seramai 321 orang guru di sekolah-sekolah tersebut.

Jadi, jumlah sampel diambil sebanyak 175 orang guru kajian ini. Jumlah sampel ini

diambil mengikut jadual persampelan (Krejchie dan Morgan, 1970). Kajian ini

menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan

instrumen soal selidik diadaptasikan daripada laporan kajian PPSMI(2009) bagi

mengenal faktor-faktor kegagalan dasar PPSMI.

Kajian rintis juga dilakukan di sekolah yang berhampiran dengan sekolah-

sekolah kajian iaitu SK (2) Taman Selayang dengan mengambil 20 orang responden

guru dari sekolah tersebut. Instrumen soal selidik telah ini telah diuji dalam kajian

rintis dan telah memperolehi nilai Alpha Cronbach (0.755). Mengikut Morgan, Leech,

Gloeckner dan Barrett (2007) menyatakan bahawa nilai Alpha Cronbach yang

melebihi 0.700 akan mempunyai nilai reliabiliti yang baik dan item-item dalam kajian

ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik serta sesuai diedarkan kepada para

responden.

Kesahan instrumen juga dilakukan agar responden dapat menjawab dengan

mudah tanpa sebarang kekeliruan dalam instrumen soal selidik tersebut. Kesahan

instrumen dilakukan dengan merujuk dua orang pakar iaitu Ketua Panitia Bahasa

Malaysia dan Guru Cemerlang Bahasa Malaysia di sekolah penyelidik. Terdapat

beberapa soalan daripada instrumen soal selidik telah diubahsuai setelah menerima

pandangan daripada kedua-dua pakar tersebut.


Instrumen soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A,

bahagian B. Bahagian A iaitu latar belakang responden iaitu mengandungi tiga item

jantina, umur dan pengalaman mengajar. Bahagian B pula berkaitan dengan faktor-

faktor kegagalan dasar PPSMI. Bahagian ini mengandungi 10 item untuk dijawab

oleh responden. Bahagian B menggunakan skala likert 5 mata iaitu sangat setuju(SS),

setuju(S), tidak pasti(TP), tidak setuju(TS) dan sangat tidak setuju(STS). Manakala

bagi kaedah kualitatif, kaedah pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah

pemerhatian ini telah dibuat keatas laporan-laporan daripada pelbagai pihak tentang

PPSMI. Laporan daripada pemerhatian telah dijadikan sumber untuk membina

instrument soal selidik di dalam bahagian B.

7.0 Hasil Dapatan

Dalam bahagian ini, analisis data telah dilakukan dengan menggunakan perisian

komputer SPSS versi 21.0. Didapati jumlah responden adalah seramai 167 orang

guru. Jadual 1 menunjukkan bahawa 117 responden adalah guru perempuan dan 50

orang guru lelaki. Manakala jadual 2 menunjukkan lingkungan umur responden.

Lingkungan umur antara 36-45 tahun menjadi responden paling ramai iaitu seramai

97 orang guru, lingkungan umur 46-60 adalah seramai 36 orang dan 20-35 tahun

mencatat jumlah responden seramai 34 orang guru.

Jadual 3 pula menganalisis pengalaman kerja dimana paling ramai responden

kajian ini mempunyai pengalaman 11-15 tahun iaitu seramai 69 orang. Ia diikuti oleh

pengalaman guru antara 6-10 tahun iaitu mencatat seramai 44 orang guru dan

pengalaman yang melebihi 16 mencatat 36 responden. Akhir sekali ialah pengalaman

guru antara 1-5 tahun yang mencatat paling sedikit iaitu 18 responden. .

Jadual 1 : Taburan jantina responden


Jadual 2 : Taburan umur responden

Jadual 3 : Taburan pengalaman kerja responden

Jadual 4 telah digunakan untuk menganalisis secara keseluruhan dapatan kajian

dimana ia menunjukkan bahawa faktor pelajar yang kurang mahir dalam Bahasa

Inggeris dianggap sebagai faktor utama kegagalan pelaksanaan dasar PPSMI di

sekolah (min=4.47, S.P.=0.55) menurut persepsi guru. Ini diikuti dengan masalah guru
yang kurang menguasai Bahasa Inggeris, desakan daripada parti politik, menelan kos

yang tinggi dalam PPSMI, bantahan daripada agensi luar, keputusan UPSR yang terus

merosot, bahan rujukan yang terhad dalam Bahasa Inggeris, pencapaian TIMSS dan

PISA tentang kemerosotan pendidikan negara, jurang pendidikan anatara banadar dan

luar bandar semakin lebar dan akhir sekali peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

rasmi diabaikan (min=3.30, S.P.=1.36).

Jadual 4 : Faktor-faktor kegagalan dalam pelaksanaan Dasar PPSMI.

Rajah 1 : Graf menunjukkan taburan min bagi faktor-faktor kegagalan PPSMI


Daripada graf didapati bahawa empat skor min melebihi 0.400 manakala baki enam

skor min mencatat julat min antara 0.33 hingga 0.38 berada dalam kategori julat yang

sederhana tinggi. Keenam-enam faktor ini masih memberi kesan kepada faktor

kegagalan dasar PPSMI tetapi tidak sekuat empat faktor yang mencatat skor min yang

lebih daripada empat.

8.0 Perbincangan

Setelah meneliti kesepuluh faktor, didapati nilai min bagi faktor murid kurang mahir

dalam Bahasa Inggeris menjadi faktor paling utama yang menyebabkan kegagalan

PPSMI di Malaysia. Ini disebabkan oleh kurangnya minat pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris dikalangan murid sekolah menyebabkan dasar ini

dihentikan secara beringkat-peringkat bermula tahun 2011. Manakala faktor

pengabaian Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara mencatat skor min terendah

dalam kajian ini iaitu 3.30 dan didapati mempunyai hubungan yang agak sederhana.

Ini bermakna guru-guru berpendapat faktor pengabaian Bahasa Malaysia kurang

memberi impak kepada kegagalan PPSMI.

Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dilakukan oleh Junaidi

dan Fuad(2010) dan Johari, Nor dan Meor(2006) yang menunjukkan murid masih

lemah dan belum bersedia sepenuhnya untuk belajar Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris. Selain itu, skor min kedua tertinggi juga tidak jauh bezanya iaitu

4.42 iaitu faktor yang menyatakan guru-guru Sains dan Matematik kurang menguasai

Bahasa Inggeris dan ini juga selari dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd (2003)

yang menunujukkan guru Sains dan Matematik belum bersedia untuk

mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka.

Secara keseluruhannya, didapati faktor murid dan guru yang kurang

menguasai Bahasa Inggeris menjadi faktor utama kegagalan pelaksanaan Dasar


PPSMI dan kedua-dua faktor ini telah memberi impak yang amat besar dalam sistem

pendidikan Malaysia. Dasar yang dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun

Mahathi Bin Mohemad pada tahun 2003 dengan harapan melahirkan modal insan

yang kompetetif di peringkat global hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja. Ia

telah dihentikan secara berperingklat-peringkat mulai tahun 2010 dan sepenuhnya

pada tahun 2015 di sekolah rendah.

9.0 Cadangan Kajian

Memandangkan Dasar PPSMI ini gagal kerana guru dan murid kurang menguasai

Bahasa Inggeris, maka pihak-pihak tertentu seharusnya mengambil langkah yang

lebih sistematik dan proaktif dalam melaksanakan mana-mana program yang

melibatkan Bahasa Inggeris. KPM telah pun menggantikan dasar PPSMI dengan

dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa

Inggeris(MBMMBI) di sekolah. Melalui dasar ini, Sains dan Matematik kembali

diajar dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 2011 untuk tahun 1. Pada masa sama,

KPM komited untuk terus membaiki penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan murid-

murid dan juga guru-guru dalam dasar MBMMBI ini.

KPM komited tentang penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan guru-guru dan

murid-murid sekolah. Pelbagai program telah dirancang untuk guru-guru melalui

dasar MBI ini. Antaranya ialah program penutur jati, program linus Bahasa Inggeris,

intensif guru bagi guru-guru Bahasa Inggeris dan sebagainya. Diharap kajian ini dapat

membantu pihak yang terlibat untuk melihat kekurangan yang wujud di sesuatu dasar

dan dapat buat penambahbaikan supaya seuatu dasar dapat diaplikasikan dengan

jayanya. Penyelidikan yang berterusan daripada pakar bidang dapat merealisasikan

pelaksanaan sesuatu dasar di sekolah.

10.0 Kesimpulan
Dalam kajian ini dapat dibuktikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah

dikalangan guru-guru dan murid-murid adalah punca utama kepada kegagalan dasar

PPSMI di sekolah. Pelaksanaan dasar PPSMI ini telah menghadapi masalah dari awal

lagi iaitu dari segi kebersediaan guru dan kebersediaan murid dan pada akhirnya

faktor merekalah yang menjadi punca kegagalan Dasar PPSMI ini.

Jadi, penguasaaan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru perlu diperkukuhkan

lagi kerana ia akan memastikan penyampaian ilmu kepada murid-murid dapat sampai

dengan betul. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang telah

mendominasi negara dari pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi dan teknologi.

Sekiranya penguasaan Bahasa Inggeris tidak kukuh atau lemah di peringkat sekolah,

maka kemampuan untuk bersaing pada peringkat antarabangsa akan terjejas dan ini

akan menyebabkan rakyat negara kita ketinggalan pada masa hadapan. PPSMI dapat

membawa kesemua aspirasi ini namun ia gagal dalam sistem pendidikan negara kita.
Komitmen KPM terhadap PPSMI masih diselitkan dalam dasa MBI dan

pelbagai strategi telah dirancang dalam dasar tersebut. Sesuatu dasar memerlukan

masa dan kajian yang teliti agar pencapaian dibuktikan dan kekangan serta masalah

yang dihadapi dalam melaksanakan sesuatu dasar di peringkat sekolah perlu

penambahbaikan dengan kadar yang segera agar dasar tersebut terus diaplikasikan di

sekolah dengan jayanya.


11.0 Rujukan

Isahak Haron, Abdul Latif Gapor, Md. Nasir Masran, Abdul Halim Ibrahim,& Mariam

Mohemed Nor(2008). Kesan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa

Inggeis di sekolah rendah. Laporan penyelidikan : Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim.

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, &Meor Ibrahim Kamaruddin(2006). Masalah

Pembelajran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan

1 Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali (2010). Pemansuhan Dasar PPSMI :

Tinjauan daripada Persepsi Parti Politik, Ahli Akademik dan NGO serta

Pengalaman di Sekolah. Jurnal Melayu (5) 2010, 177 – 197.

Krejcie, R.V, & Morgan, D.W.(1970). Detemining sample saiz for research activities.

Educational and psychological measurement.

Mohd Rasdi Saamah(2003). Kesediaan guru-guru sekolah rendah melaksanakan

perubahan bahasa penghantar mata pelajaran Sains dan Matematik. Dalam

Kolokium Penyelidikan Siswazah Ke-7, Fakulti Pendidikan , Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mohini Mohamed,& Saiful Azman Mokhter(2010). Persepsi Pelajar UITM terhadap

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.


Morgan.G.A., Leech N.L., Gloeckner. G.W.&Barrett.K.C.(2007). SPSS Introductory

Statistics: Use and Interpretation. Third Edition.Lawrence Erlbaum Associates,

Publishers, New Jersey.

Noor Azlan Ahmad Zanzai, & Norhasnida Mohamad(2010). Keberkesanan

Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris

di sekolah luar bandar. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Yahya Mahmud (2012). Persepsi Guru dan Pelajar di Sekolah Menengah Daerah

Pontian terhadap Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tesis Sarjana: Universiti

Teknologi Malaysia.

Zainal Abidin Razak (2008). Teaching of Science in English: Experinced Science

Teachers’ Perpection. Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


12.0 Lampiran

Faktor
Kegagalan Dasar PPSMI dari Persepsi Guru-guru Opsyen Sains dan
Matematik : Satu Kajian Kes di Lima buah Sekolah di Daerah Gombak.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

ARAHAN:

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina
A1 Lelaki [ ] A2 Perempuan [ ]

2. Umur
A3. 20 – 35 tahun [ ]
A4. 36 – 45 tahun [ ]
A5. 4 6– 60 tahun [ ]

3. Pengalaman mengajar
A6. 1 - 5 tahun [ ]
A7. 6 - 10 orang [ ]
A8. 11 - 15 orang [ ]
A9. Melebihi 16 tahun [ ]
BAHAGIAN B : FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN PPSMI DI SEKOLAH

Soal selidik ini mengandungi soalan yang berkaiatan dengan faktor-faktor kegagalan PPSMI
di sekolah. Tiada jawapan yang dianggap betul atau salah. Tandakan (/) pada pilihan jawapan
anda.

Skala:

1. Sangat Tidak Setuju


2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

BIL KETERANGAN SKALA

STS TS TP S SS

1. Menelan kos yang tinggi dalam pelaksanaan PPSMI 1 2 3 4 5

2. Pelajar kurang mahir dalam Bahasa Inggeris 1 2 3 4 5

3. Bahan rujukan yang terhad dalam Bahasa Inggeris 1 2 3 4 5

4. Guru kurang menguasai Bahasa Inggeris 1 2 3 4 5

5. Keputusan UPSR terus merosot 1 2 3 4 5

6. Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar 1 2 3 4 5


semakin lebar
7. Bantahan daripada agensi luar 1 2 3 4 5

8. Pencapaian TIMSS dan Pisa tentang kemorosotan 1 2 3 4 5


pendidikan negara
9. Desakan daripada parti politik 1 2 3 4 5

10. Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi 1 2 3 4 5


diabaikan

You might also like