You are on page 1of 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NAMA : NUR NABILAH BT MAT YASIN

KURSUS : SARJANA PENDIDIKAN TESL

NO MATRIK : P99373

TUGASAN : TUGASAN 5 (INDIVIDU)

PENSYARAH : DR. AZLIN NORHAINI BT MANSOR

1
Soalan:

1. Pada pandangan anda adakah wajar meletakkan syarat wajib lulus subjek
Bahasa Inggeris dalam SPM? Huraikan rasional kepada jawapan anda.

Pada pendapat saya, adalah tidak wajar meletakkan syarat wajib lulus subjek Bahasa
Inggeris dalam SPM. Langkah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menangguhkan
pelaksanaan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bermula dari tahun 2015 merupakan satu keputusan yang mengambil kira
pandangan semua pihak.

Saya sedia maklum dengan hasrat kerajaan yang bermatlamat untuk memperkukuhkan
subjek Bahasa Inggeris melalui polisi Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Hal ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ia bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran bahasa
Inggeris bagi membolehkan semua murid dapat menguasai dan berkemahiran menggunakan
bahasa tersebut (Alimuddin, 2015). Namun, langkah syarat wajib lulus subjek Bahasa Inggeris
merupakan satu isu yang memerlukan kajian dan perancangan rapi sebelum sebarang keputusan
dapat dicapai.

Alimuddin(2015) turut menyokong kenyataan ini dalam artikelnya bertajuk ‘Langkah


tepat tangguh wajib lulus Bahasa Inggeris’ bahawasanya ini akan memberi peluang kepada
mereka yang terlibat untuk membuat persediaan yang lebih rapi bagi menduduki kertas tersebut.
Apa tidaknya, kegagalan dalam mata pelajaran itu bermakna mereka tidak akan mendapat sijil
SPM walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran lain.

Menurut analisis mata pelajaran dan gred Bahasa Inggeris bagi tahun 2017 dan 2018
yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, subjek ini mecatatkan peratusan yang
tertinggi bagi gred Gagal berbanding subjek-subjek lain. Pada tahun 2017, peratusan calon yang
gagal mencatatkan 20.1 manakala bagi tahun 2018, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 dengan
catatan 20.6. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa calon menghadapi masalah dalam
menguasai Bahasa Inggeris berbanding subjek-subjek lain. Data juga menunjukkan calon-calon

2
kurang bersedia dalam menguasai Bahasa Inggeris berbanding subjek wajib lulus lain seperti
Bahasa Melayu dan Sejarah.

Jadual 1.1 Analisis Mata Pelajaran dan Gred Bahasa Inggeris bagi tahun 2017 dan 2018

Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia 2019

Sebelum kita ingin menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, beberapa
persoalan perlu dijawab terlebih dahulu. Adakah kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar sama taraf dengan sekolah bandar? Harus diingat
walaupun empat tahun sudah berlalu, kita masih mempunyai komposisi pelajar sekolah luar
bandar yang besar di negara ini terutamanya di Sabah dan Sarawak. Akankah mereka mungkin
menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM? Umum sudah
mengetahui bahawa kita mempunyai sistem pendidikan yang berpusat. Maka semua sekolah di
seluruh negara akan mengikuti kurikulum dan sistem pendidikan yang sama lebih-lebih lagi bagi

3
SPM. Sekiranya langkah ini diluluskan, ia akan menyebabkan jurang yang lagi besar di antara
pelajar yang tinggal di bandar dan luar bandar.

Dalam keadaan ini sudah tentu pelajar yang mendapat pendedahan yang banyak dan
sering menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian akan mendapat kelebihan.
Kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui kekerapan penggunaan dan digunakan secara
berterusan sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Inilah cabaran besar yang sering dihadapi
oleh guru Bahasa Inggeris walaupun mereka terdiri daripada guru terlatih mahupun guru
cemerlang. Pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan bandar akan mendapat lebih kelebihan dalam
menguasai Bahasa Inggeris berbanding pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar yang
kurang pendedahan. Menurut Siti Masayu (1999), kebanyakan penduduk luar bandar terlibat
dalam pertanian bercorak sara diri dan berada pada tahap miskin. Latar belakang dan usaha
berterusan murid untuk menguasai bahasa itu menjadi faktor utama bagi membolehkan mereka
memiliki kemahiran berbahasa.

Teo Kok Seong, (2015) berpandangan bahawa kecekapan seseorang guru itu dalam
mengajar pertama-tamanya hendaklah terletak pada penguasaan baik terhadap kandungan subjek
yang diajar itu.Inilah sepatutnya yang menjadi syarat utama pengambilan guru kita. Dengan
masih wujudnya kelemahan begini pada sistem pendidikan kita, syarat wajib lulus ini perlu
difikirkan kaedah pelaksanaannya yang lebih adil. Kita hendaklah menemui kaedah yang boleh
memberi kebaikan kepada sistem pendidikan itu sendiri dan selain kepada pelajar

Pada pandangan saya, langkah meletakkan Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus
bukanlah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik dalam menggalakkan penggunaan Bahasa
Inggeris yang meluas dalam kalangan pelajar. Guru-guru juga dilihat masih belum bersedia
dengan langkah yang dilihat terburu-buru ini. Namun demikian saya tidak boleh menafikan
hasrat murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan merangka dasar untuk
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Dengan
pendekatan ini, secara tidak langsung pelajar dan guru akan meletakkan lebih usaha dan
memandang serius akan kepentingan menguasai bahasa ini. Kemahiran berbahasa Inggeris amat
ditekankan lebh-lebih lagi apabila ingin melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi selepas
menamatkan persekolahan. Dengan adanya kemahiran ini, ianya akan memudahkan mereka

4
mengikuti pengajian selain membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan dengan lebih
mudah.

Namun, ingin saya menegaskan di sini bahawa masih banyak yang perlu dilakukan bagi
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus. KPM perlu menjalankan lebih banyak
penyelidikan dan kajian yang mendalam melalui data dan maklumat lengkap tentang sejauh
mana persediaan sekolah dan guru bagi menghadapi mata pelajaran wajib ini. Pendekatan
‘down-top’ di mana pihak KPM mengambil kira pendapat dan pandangan dari para guru, ibu
bapa dan pelajar perlu dilakukan supaya penambahbaikan yang komprehensif dan menyeluruh
dapat dilakukan tanpa ada bantahan di masa depan sepertimana yang terjadi kepada polisi
PPSMI. Saya percaya bila tiba masanya, semua pihak akan lebih bersedia dan memberi perhatian
sewajarnya untuk membolehkan pelajar mereka bukan sekadar lulus tetapi cemerlang dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.

5
RUJUKAN

Alimuddin. 2015. Langkah tepat tangguh wajb lulus Bahasa Inggeris . Utusan, 20 May.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2019. Laporan Analisis Keputusan SPM 2018.

Siti Masayu Rosaliah Abdul Rashid. 2008. Peluang dan cabaran pendidikan dalam kalangan
masyarakat luar bandar: Satu kajian kes isi rumah Melayu miskin di jajahan Bachok,
Kelantan. Ph. D Thesis, Universiti Sains Malaysia.

Teo Kok Seong, 2015. Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris tak adil. Berita Harian, 20 May.

You might also like