You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan

Pengertian akademik meliputi pelbagai perkara yang berkaitan pendidikan, kurikulum,


pembelajaran dan pembelajaran, peperiksaan serta kelulusan yang dicapai seseorang. Untuk
mendapat pencapaian yang baik dalam akademik, seseorang itu perlu menunjukkan tahap
kecemerlangan yang tinggi semasa berada di institusi pengajian disamping dorongan dari
guru serta program-program yang dijalankan pihak institusi. Kajian ini memfokuskan kepada
perkembangan dan pencapaian akademik di SMK Tengku Ibrahim, akademik yang dikaji
ialah SPM dan STPM. Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang
dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM
ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan
menengah atas. SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung
pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil
STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar
negara. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School
Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh
pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).
STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan
Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walau bagaimanapun, kedua-dua
LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. STPM adalah
salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam
Malaysia. Sistem yang lain pula adalah Program Matrikulasi yang dianjurkan oleh KPM.
STPM diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di
negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. Kebanyakan
universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level. Oleh itu, kajian
mengfokuskan kepada perkembangan dan pencapaian akademik SMK Tengku Ibrahim.
Latar Belakang
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim atau nama ringkasnya SMK Tengku
Ibrahim, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar
Permaisuri, , Setiu , Malaysia. Sekolah ini mulai ditubuhkan pada tahun 1968 dan merupakan
sekolah yang terawal di daerah Setiu. Selepas kedatangan YM.Tuan Haji Datuk Dr.Mohamad
Syahrul Fadli b.Dato Endut ke sekolah ini yang merupakan pengetua pertama yang berkhidmat
di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim. Nama sekolah ini ditukar kepada TIP TOP
iaitu (Tengku Ibrahim Premier Trademark Of Perfection) apabila ia dinaik taraf daripada sekolah
menengah biasa kepada sekolah perdana. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Ibrahim memiliki 438 pelajar lelaki dan 549 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan
murid seramai 987 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.

Perkembangan dan pencapai SMK dalam bidang akademik dari tahun 2015 dan 2019

Bermula pada tahun 2015, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan dengan jumlah calon
sebanyak 168 orang. Seramai 2 orang calon yang mendapat 8A, dan terdapat juga 3 calon yang
mendapat 3A dan 5A. Purata layak sijil pada ketika itu ialah 76.79 peratus, ini menunjukkan 129
calon daripada 168 layak mendapat dan selebihnya gagal. Pada tahun tersebut juga merupakan
tahun terbanyak calon medapatkan 7G iaitu seramai 7 calon berbanding tahun-tahun lain. Pada
tahun 2016 perubahan ketara dapat dilihat,,purata calon layak sijil 81.7 peratus. Pada tahun
tersebut seramai 153 calon SPM, seorang pelajar telah mendapat 9A dan 7A serta 6A. Pada
tahun tersebut seramai 13 calon mendapat 5G, ini merupakan jumlah teramai calon yang
mendapat 5G berbanding tahun-tahun lain,namun, jumlah gagal menurun berbanding tahun
lepas. Pada tahun 2017, seramai 155 calon SPM, dapat dilihat penurunan purata layak sijil iaitu
80.0 peratus sahaja. Pencapaian paling tinggi calon mendapat ketika iaitu hanya 1 calon sahaja
mendapat 7A. Seramai 31 calon gagal mendapatkan sijil pada tahun tersebut. Pada tahun 2018,
pencapaian pada tahun tersebut amat memberangsangkan, daripada 163, 85.28 peratus calon
layak mendapatkan sijil, ini menandakan hanya 24 calon yang gagal layak sijil.
Jika dilihat mengikut subjek, pada tahun 2015, subjek Bahasa Melayu, sebanyak 91.67 peratus
bilangan calon lulus dan Sains berada di tangga kedua iaitu 84.68 peratus calon lulus serta
sejarah 77.71. Pada tahun 2016 penurunan bagi subjek Bahasa Melayu iaitu 90.20 peratus calon
lulus, namun, bagi subjek Sains dan Sejarah dapat dilihat peningkatan yang memberangsangkan
iaitu 91.43 peratus dan 83.01 peratus calon lulus. Pada tahun 2017, ketiga-ketiga subjek berlaku
penurunan peratus calon lulus, Bahasa Melayu 89.91 peratus, Sains 84.16 peratus dan Sejarah
81.29 peratus.

Antara calon SPM tahun 2019 yang mendapat keputusan cemerlang ialah Nur Syazwani Binti
Al Bakri dengan keputusan 6A 1B. Selain itu, Wan Nor Alia Aqilah Binti Wan Abas dengan
keputusan 6A, 1B, 1C dan Muhammad Naif Bin Mohammad dengan keputusan Pada tahun
tersebut seramai 133 orang merupakan calon SPM, 86.47 peratus layak sijil. Dengan ini dapat
ditafsirkan tahun 2019 merupakan tahun paling cemerlang kerana mempunyai peratus bilangan
pelajar layak sijil tertinggi.

Akademik STPM pula, pada tahun 2015, calon STPM berjumlah 56 orang, purata lulus penuh
berjumlah 93.22% purata lulus sebahagian pula 6.78%. Gred purata sekolah ialah 2.78. Hanya
22 orang calon yang mendapat pointer 3.00 ke atas. Pada tahun 2016, calon STPM berjumlah 49
orang, purata lulus penuh ialah 100%. Gred Purata Sekolah ialah 2.88. Seramai 23 calon yang
mendapat pointer 3.00 ke atas. Pada tahun 2017, calon STPM berjumlah 57 orang, purata lulus
penuh ialah 94.74% dan lulus sebahagian 5.26%. Gred Purata Sekolah ialah 2.70. Seramai 16
calon yang mendapat pointer 3.00 ke atas. Pada tahun 2018, calon STPM berjumlah 49 orang,
purata lulus penuh ialah 92.86%, lulus sebahagian pula 5.36% dan selebihnya gagal. Gred Purata
Sekolah ialah 2.82. Seramai 24 calon yang mendapat pointer 3.00 ke atas. Pada tahun 2019
seramai 49 orang calon STPM, purata lulus penuh ialah 93.88% dan 6.12% lulus sebahagian.
Gred purata sekolah ialah 2.96.

Bagi analisa mata pelajaran pada tahun 2017, bagi subjek pengajian am, semua calon STPM
lulus pengajian Am, gred purata sebanyak 2.78% , manakala subjek Bahasa Melayu pula, semua
calon lulus Bahasa Melayu, gred purata berjumlah 2.70%. , bagi subjek Sejarah, hanya 92.68%
lulus Sejarah, gred purata sebanyak 2.78% , manakala subjek Geografi pula, 98.25% calon lulus
Bahasa Melayu, gred purata berjumlah 2.45%. Bagi subjek Ekonomi 94.12% lulus, gred purata
berjumlah 2.16%. Semua calon lulus subjek pengajian perniagaan, gred purata 2.73%. Semua
calon lulus subjek Seni Visual. Gred purata 3.18%.

Seterusnya, analisa mata pelajaran pada tahun 2018, bagi subjek pengajian am, semua
calon STPM lulus pengajian Am, gred purata sebanyak 3.06%, manakala subjek Bahasa Melayu
pula, semua calon lulus Bahasa Melayu, gred purata berjumlah 3.16%. , bagi subjek Sejarah,
semua calon lulus Sejarah, gred purata sebanyak 2.69% , manakala subjek Geografi pula,
95.65% calon lulus Bahasa Melayu, gred purata berjumlah 2.45%. Semua calon lulus subjek
Ekonomi, gred purata berjumlah 2.16%. 90% calon lulus subjek pengajian perniagaan, gred
purata 1.95%. Semua calon lulus subjek Seni Visual, gred purata 3.50%. Dapat dilihat trend gred
purata, subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi dan Seni Visual meningkat,
manakala subjek Geografi dan Pengajian Perniagaan menurun.

Antara calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dengan pointer
3.92, Nur Liyana Najwa Binti Zahari dan Che Nurul Aina Bini Abdul Ghani. Mereka berdua
merupakan calon STPM 2015/2016. Atasa Nazirah Binti Mohammad mendapat pointer 3.84.
Nur Athilah Auni Binti Zuri dan Siti Nor Hajar Binti Shafiei dengan pointer 3.83.

Secara rumusannya, jelaskan dapat dilihat bahawa pencapaian SPM dan STPM berkembang
setiap tahun. Pencapaian pelajar-pelajar SPM meningkat setiap tahun dan subjek Bahasa Melayu
merupakan subjek tertinggi mendapat keputusan yang cemerlang. Ini mungkin disebabkan
kebanyakkan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim merupakan berbangsa
melayu. Manakala bagi STPM pula, perkembangan keputusan STPM tidak konsisten, terdapat
tahun dimana percempaian berkembang dan tahun dimana keputusan menurun.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh Sekolah dan Pelajar yang memperngaruhi


perkembangan dan pencapaian pelajar dalam akademik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Ibrahim Dari Tahun 2015 sehingga tahun 2019.
Kejayaan yang dicekapi dalam akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim
telah mencapai tahap kejayaan yang dapat dibanggakan. Hal ini dikatakan demikian kerana
dalam Daerah Setiu SMK Tengku Ibrahim telah menduduki tangga ke 4 daripada 13 buah
sekolah secara keseluruhannya tetapi tidak termasuk sekolah elit seperti Sekolah Sains Setiu,
Sekolah Kebangsaan Pelong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong. Banyak usaha
yang dilakukan oleh pihak sekolah dan pelajar dalam mendapatkan kecermelangan akademik,
perkembangan dan program-program sekolah telah memperngaruhi pencapaian pelajar dalam
akademik. Usaha ini dilakukan bertujuan tidak dan tidak bukan untuk membantu pelajar dalam
mencapai kecermelangan dalam akademik khususnya SPM dan STPM. Pelbagai usaha yang
dilakukan oleh sekolah telah memberi semangat dan motivasi untuk pelajar supaya mereka
bersungguh-sungguh dalam pembelajaran, Pelajar juga memainkan peranan dalam mendapat
keputusan cemerlang dalam akademik. Dapat disimpulkan bahawa terdapat usaha yang
dilakukan oleh sekolah dan pelajar dalam mencapai keputusan cemerlang dalam akademik.

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membantu pelajar mencapai
akademik ialah program kelas tambahan. Bagi akademik SPM, sekolah sentiasa mengakan kelas
tambahan iaitu kelas petang, Kelas petang bermula pada pukul 2:30 hingga 4:30, dan dilakukan
setiap hari, iaitu hari ahad hingga hari khamis. Guru-guru subjek mereka akan menjadi guru yang
mengajar di kelas petang seperti guru Sains, Encik Azahar; guru matemik dan Bahasa Melayu.
Selain daripada itu kelas tambahan malam juga turut dilakukan kelas bermula pada 8:30 malam
hingga 10:30 malam. Selalunya kelas akan digabungkan daripada 5 kelas kepada 1. Subjek yang
diajar di kelas malam selalunya merupakan subjek penting seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan
Matematik. Sekolah menwajibkan pelajar untuk hadir ke kelas tambahan bagi membantu pelajar
dalam peperiksaan. Kelas tambahan turut dilakukan di hari cuti iaitu jumaat dan sabtu, ini bagi
membantu pelajar tidak hilang fokus dalam pembelajaran di hari cuti, kelas ini akan bermula
pada pukul 8:30 sehingga pukul 12:00 tengah hari. . Oleh itu jelaslah, usaha pihak sekolah
mengadakan kelas tambahan sangat memberi kesan kepada perkembangan dan percapain
Sekolah Menengah Tengku Ibrahim dalam akademik.
Selain itu, sekolah turut menyediakan kemudahan asrama bagi memudahkan pelajar untuk
datang ke sekolah. Asrama ini mampu menanggung lebih 80 orang pelajar lelaki dan 80 orang
pelajar perempuan. Pihak sekolah memberi saranan kepada pelajar untuk tinggal di asrama bagi
memudahkan program-program yang akan dilakukan oleh sekolah seperti kelas petang, malam
dan di hari cuti. Harga yuran adalah murah hal ini kerana yuran yang perlu dibayar bagi B40
(gaji 3000 ke bawah) hanyalah 1 ringgit untuk sehari dan bagi gaji 3000 ke atas 3 ringgit sehari,
ini bertujuan untuk tidak membebani ibu bapa dan. Asrama juga mengadakan kelas tambahan di
asrama setiap petang dan malam, guru-guru subjek akan datang ke asrama bagi mendidik pelajar-
pelajar SPM. Pada malam mereka akan mengadakan kelas tambahan selepas solat Isyak. Asrama
akan mengawal pelajar-pelajar untuk mengulang kaji, Pelajar akan mengulang kaji, untuk
petang, ulang kaji dilakukan bermula pada pukul 3 pm hingga pukul 4:30 pm. Manakala pada
malam hari bermula pada pukul 8:30 pm hingga 10:00 pm malam. . Oleh itu jelaslah, usaha
pihak sekolah menyediakan asrama sangat memberi kesan kepada perkembangan dan percapain
Sekolah Menengah Tengku Ibrahim dalam akademik.

Seterusnya, pihak sekolah juga mengadakan program yang mana menjemput pensyarah-
pensyarah luar untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar SPM. Pelajar-pelajar akan
diajarkan mengenai subjek-subjek tertentu, mereka akan di ajar cara untuk menjawab soalan
peperiksaan. Pensyarah juga akan memberi penerangan kepada pelajar tentang hala tuju mereka
selepas SPM, hal ini bertujuan untuk calon SPM mengetahui sasaran mereka untuk memilih hala
tuju. Pihak kaunselor juga memainkan peranan juga dalam perkembangan dan pencapaian SPM
di sekolah tersebut, mereka akan memberi kertas soalan mengenai keadaan diri pelajar, kaunselor
bertujuan untuk membantu pelajar yang mempunyai masaalah yang mampu memberi kesan
buruk kepada pelajar dalam pembelajaran. Melalui soalan-soalan tersebut pihak kaunselor dapat
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar. Sebagai contoh, jika seseorang itu
mempunyai masalah kekurangan wang, mereka akan bantu pelajar tersebut untuk mengatasi
masalah tersebut. Pelajar juga sering berjumpa dengan kauselor untuk mendapatkan nasihat
tentang pembelajaran dan pendidikan. Oleh itu jelaslah, usaha pihak konsoler dan program-
program yang diadakan sangat memberi kesan kepada perkembangan dan percapain Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim dalam akademik.

Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh guru subjek seperti Puan Rosmirani yang
merupakan guru bahasa Inggeris menggunakan teknik penghafalan esei, hal ini kerana beliau
menjadi mengajar di kelas paling bawah iaitu kelas 5 cemerlang, Puan Rosmirani mengetahui
bahawa pelajar-pelajar ini tidak mampu menghurai karangan dalam bahasa Inggeris, oleh sebab
itu beliau menyuruh pelajar-pelajar untuk menghafal sebuah karangan dan diubah suai mengikut
soalan. Puan Rosmirani mengfokuskan karangan kerana karangan mempunyai markah paling
tertinggi. Manakala guru mata pelajaran matematik pula menyuruh para pelajar untuk fokus
kepada soalan kertas 2. Hal ini kerana disebabkan kertas soalan matematik kertas 2 merupakan
soalan berbentuk subjektif, dan jenis-jenis soalan yang akan keluar adalah sama berbanding
kertas matematik 1 yang berbentuk objektif. Oleh itu jelaslah, usaha guru subjek juga sangat
memberi kesan kepada perkembangan dan percapain Sekolah Menengah Tengku Ibrahim dalam
akademik.

Menurut calon SPM 2018 iaitu Nor Arni Syahira Binti Azaman. Beliau ada berkongsi usaha-
usaha yang dilakukan bagi mendapat keputusan cemerlang dalam akademik iaitu SPM. Beliau
mengatakan bahawa pembelajaran secara langsung membantu beliau dalam pembelajaran, setiap
kali bermulanya pembelajaran. Setiap kali guru mengajar Nor Arni akan menyediakan nota apa
yang diajar, ini akan dijadikan rujukan. Beliau sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
oleh guru, beliau pulang lewat semata-mata untuk menyiapkan kerja sekolah. Arni juga
memanfaatkan pengguna teknologi iaitu telefon bimbit untuk menyertai kumpulan belajar
mengikut subjek di aplikasi Telegram. Dalam kumpulan tersebut terdapat ramai guru pakar yang
dapat menjawab dan mengupas soalan-soalan yang mungkin akan masuk dalam peperiksaan.
Pelajar dapat menanyakan soalan tentang subjek yang calon belajar. Antara kumpulan belajar
paling terkenal iaialah kumpulan Matematik SPM, dalam kumpulan tersebut pelajar-pelajar
sangat aktif menanyakan soalan-soalan mengenai matematik. Oleh itu jelaslah, usaha pelajar
juga memainkan peranan kepada perkembangan dan percapain Sekolah Menengah Tengku
Ibrahim dalam akademik.
Seterusnya STPM, sesungguhnya cara pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan pelajar
STPM dengan STPM tidak jauh beza. Hal ini kerana pihak sekolah juga akan mengadakan kelas
tambahan kepada calon STPM. Bermula pada 2:30 petang hingga 4:30 dan untuk kelas malam
8:30 malam hingga 10:30 malam. Dan juga kelas tambahan di hari cuti turut dilakukan. Pihak
'sekolah turut mengadakan program ‘bengkel’, program ini akan menjemput pensyarah-
penyasarah Universiti untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang STPM dan mengajar
calon caraq untuk menjawab soalan peperiksaan. Sekolah juga mengadakan kem, dimana kem ini
akan meletakkan pelajar STPM di satu termpat persinggahan dan mereka akan disitu 2 hari 1
malam. Guru-guru dan penyasarah akan datang untuk memberi pendidikan kepada calon-calon.
Pihak sekolah juga mementingkan tentang kerohanian, setiap hari pelajar-pelajar STPM dan
guru-guru akan pergi ke surau untuk melakukan bacaan yasin, solat hajat dan solat dhuha,
sekolah juga melalukan kelas tambahan pecutan akhir, program berlangsung 2 minggu sebelum
peperiksaan dan pelajar digalakkan untuk tinggal di asrama untuk memudahkan urusan program
ini. Oleh itu, dapatlah ditafsirkan bahawa pihak sekolah sangat aktif dalam melakukan pelbagai
uaha untuk membantu calon-calon STPM.

Menurut seorang guru pengajian Am, Puan Ismahani, beliau mengetahui bahawa subjek
pengajian am sangat sukar dan memerlukan latihan yang banyak untuk lulus. Hal ini kerana
subjek pengajian am wajib lulus untuk mendapatkan segulung sijil. Beliau sentiasa menyediakan
soalan-soalan kepada pelajar seperti soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Beliau juga
menyuruh pelajar-pelajar untuk membuat pembetangan, ini akan membuat pelajar lebih paham
dalam pembelajaran. Puan Ismahani juga menyuruh pelajar-pelajar menyiapkan graf setiap hari
kerana graf memberi banyak markah. Oleh itu, jelaslah guru-guru subjek STPM berusaha
membantu calon-calon STPM.

Menurut seorang pelajar pula iaitu Nur Liyana Najwa, beliau akan menyiapkan setiap kali
diberikan kerja sekolah dan menyiapkan awal. Beliau mengambil 5 subjek iaitu Bahasa Melayu,
Pengajian Am, Ekonomi, Geografi serta Seni Visual. Oleh itu, setiap kali Liyana tidak
memahami sesuatu soalan, beliau akan terus bertanya kepada guru, beliau juga mengatakan
beliau sentiasa bersedia awal untuk peperiksaan dan bukannya di hujung waktu. Bagi
menampung 5 subjek, beliau akan tidur lewat semata-mata untuk mengulang sehingga beliau
tidur pukul 3 pagi setiap hari. Tekat dan usaha beliau dibayar apabila beliau mendapatkan pointer
tertinggi bagi tahun 2016 iaitu 3.92 bersama-sama dua rakan beliau juga mendapatkan pointer
yang sama. Beliau tidak pernah ponteng mana-mana kelas pagi dan kelas tambahan. Najwa juga
merupakan antara pelajar terbaik STPM ketika itu kerana sangat rajin dan aktif dalam
pembelajaran dan mendapat keputusan cemerlang. Untuk subjek ekonomi iaitu paling susah
dalam STPM, ekonomi dikatakan susah kerana ‘sir badang’ merupakan guru ekonomi tingkatan
lima yang terkenal di media sosial, tidak dapat mengajar pelajar-pelajar STPM kerana ekonomi
STPM jauh berbeza dengan ekonomi SPM, menurut beliau ekonomi sangat terperinci dan sukar.
Oleh itu, Liyana menghafal formula-formula untuk menjawab soalan-soalan ekonomi.

Kesimpulan

Secara rumusnya, kajian ini menceritakan bagaimana tentang sejarah sekolah dan sejarah
perkembangan akademik di SMK Tengku Ibrahim yang berlaku sepeanjang lima tahun, iaitu dari
tahun 2015 hingga 2019. Dapat kita lihat bahawa banyak perkembangan yang berlaku dalam
tahun-tahun tersebut. Tidak boleh lupakan juga usaha-usaha sekolah dalam membantu anak-anak
pelajar dalam akademik. Usaha-usaha pelajar dalam akademik turut perlu dihargai kerana
menjadi punca utama mereka berjaya. Hal ini kerana walau beribu-ribu program dilakukan oleh
pihak sekolah, namun pelajar tidak fokus dalam pembelajaran ini tidak akan menjadi apa-apa.
Oleh itu, SMK Tengku Ibrahim merupakan salah sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan
pelajar yang cemerlang dalam akademik. Diharapkan prestasi para pelajar terus meningkat pada
tahun seterusnya dan mengharumkan nama sekolah sejajar dengan visi, misi dan kata sumpah
kepada sekolah mereka.

You might also like