You are on page 1of 17

TAJUK: SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN STPM DI SMK AYER

LANAS DARI TAHUN 2010 HINGGA 2015.

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat muka surat (350) definisi

pendidikan mempunyai tiga maksud yang berbeza iaitu yang pertama ialah perihal

mendidik. Maksud yang seterusnya pula ialah ilmu didik,ilmu mendidik pengetahuan

mendidik.Masuk yang terakhir ialah didikan ,latihan dan ajaran1. Manakala definisi

bagi keberkesanan mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat muka surat

(772) ialah perihal berkesan,berkesannya (sesuatu tindakan,perubahan,dan

sebagainya)2.Perkataan program mengikut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat

muka surat (1233) mempunyai empat maksud yang berbeza iaitu yang pertama ialah

rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan (dalam pembangunan

Negara,perekonomian dan lain-lain). Maksud yang kedua ialah acara pertandingan

(pertunjukan dan lain-lain ).Maksud yang ketiga ialah susunan rancangan seperti

drama,muzik,filem dan sebagainya yang ditonton di TV atau didengar di

radio.Maksud program yang terakhir ialah arahan berupa kod yang dimasukkan ke

dalam sistem komputer untuk membolehkannya memproses atau mengendalikan data

secara tertentu , dan atur cara3.Maksud meningkatkan mengikut Kamus Dewan dan

Pustaka Edisi keempat muka surat (1695) ialah meninggikan kedudukan (taraf dan

lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), dan memperhebat4.STPM

merupakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diambil oleh pelajar lepasan SPM.

STPM hanya terdapat di SMK Ayer Lanas iaitu salah satu sebuah sekolah di daerah

Jeli. STPM terbahagi kepada dua iaitu tingkatan 6 rendah dan tingkatan 6 atas dan

dipanggil sebagai PraUniversiti. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada mulanya

dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC). STPM diawasi oleh sebuah badan

1
organisasi iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu sebuah badan organisasi

khas untuk STPM sahaja, malahan untuk SPM, PT3, dan UPSR dibawah organisasi

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun organisasi mereka berbeza malah

MPM dan LPM berada dibawah satu organisasi yang sama iaitu Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti

yang utama untuk kemasukan ke universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula

adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutama di negara-

negara Komanwel, Amerika Syarikat, dan Ireland. Hal ini dikatakan demikian kerana

kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A- level5 .STPM

sangat mempengaruhi universiti kerana pencapaian STPM pelajar di seluruh Malaysia

turut meningkat malahan ada juga yang mendapat keputusan terbaik seperti mendapat

pointer penuh dalam keseluruhan peperiksaan STPM.

2
LATAR BELAKANG STPM DI SMK AYER LANAS

Umum mengetahui bahawa SMK Ayer Lanas adalah sebuah sekolah tertua di daerah Jeli

yang mempunyai kelebihan iaitu adanya pelajar STPM. Smk Ayer Lanas telah banyak

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam STPM dengan adanya guru-guru yang

berpengalaman. Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas ditubuhkan pada tahun 1965

dalam bulan januari. Smk Ayer Lanas terletak di kawasan pendalaman iaitu kira-kira 37.5 km

dari bandar Tanah Merah. Kedudukan Smk Ayer Lanas yang strategik iaitu berada di tengah-

tengah laluan utama iaitu diantara sempadan Tanah Merah dengan Jeli. Kedudukan Smk

Ayer Lanas berada di laluan jalan utama lebuh raya. Pada dasarnya, Smk Ayer Lanas

diberikan nama ialah Sekolah Menengah Rendah Ayer Lanas sehinggalah pada tahun 1968

nama Sekolah Menengah Rendah Ayer Lanas ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah

Kebangsaan Ayer Lanas.

Sejak penubuhan sekolah Smk Ayer Lanas sehinggalah hujung tahun 1969, pelajar

Smk Ayer Lanas menumpang di sekolah Sk Ayer Lanas. Pembelajaran akan dijalankan

selepas tamatnya pembelajaran bagi murid sekolah rendah iaitu pada sebelah petang. Kelas,

murid, dan guru pula ialah bilangan kelas sebanyak 3 buah kelas, bilangan murid ialah

seramai 60 lelaki dan 30 perempuan, dan akhir sekali bilangan guru iaitu seramai 4 orang.

Pada hujung tahun 1969, Smk Ayer Lanas mendapat bagunan baru, bagunan tersebut terdiri

daripada 9 buah bilik darjah, 1 buah makmal sains, 1 buah pejabat am, 1 buah perpustakaan,

tandas untuk guru lelaki dan guru perempuan, dan tandas untuk pelajar lelaki dan pelajar

perempuan.

Bekalan asas seperti air telah disediakan iaitu bekalan air paip bagi memudahkan

urusan pelajar dan guru. Pagar turut disediakan di kawasan sekolah bagi menjaga keamanan

sekolah daripada dicerobohi. Namun demikian bekalan elektrik tidak disediakan sehingga

3
tahun 1983. Pada tahun 1967 sekolah yang baru dibuka ini telah mencipta satu sejarah yang

tidak dilupakan iaitu menjadi kumpulan pertama menduduki SRP dan telah mencatat peratus

kelulusan yang terbaik dari seluruh negeri Kelantan iaitu 62.7% dan kumpulan pertama ini

meneruskan ke peringkat SPM juga mendapat keputusan terbaik seluruh Kelantan, 68.6%

pada tahun 19696.

4
ANALISIS KEPUTUSAN STPM DI SMK AYER LANAS

Pada tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mencatatkan

keputusan STPM yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana seramai 3 orang pelajar

mendapat keputusan 3A. Keputusan 3A ini telah mencatatkan peratusan sebanyak 2.42%.

Seramai 9 orang pelajar mendapat keputusan 2A yang merekodkan peratusan sebanyak

7.26%. Seramai 17 orang pelajar mendapat keputusan 1A yang telah merekodkan peratusan

sebanyak 13.71%. Pelajar yang lulus seramai 120 orang yang telah mencatatkan peratus

sebanyak 96.77%. Pelajar yang gagal dalam STPM pada tahun 2010 seramai 4 orang yang

telah merekodkan peratus sebanyak 3.23%. GPS keputusan STPM pada tahun 2010 ialah

sebanyak 1.997.

Pada tahun 2011, keputusan STPM sekolah tersebut meningkat pada tahun 2010. Hal

ini dikatakan demikian kerana 1 orang mendapat keputusan 5A berbanding tahun 2010 yang

tidak ada seorang calon STPM mendapat keputusan 5A. Ini telah mencatatkan peratusan

kepada 0.7519%. Seterusnya, seramai 2 orang pelajar STPM mendapat keputusan 4A yang

telah mencatatkan peratusan kepada 1.5038%. Untuk pencapaian 3A dalam STPM telah

merekodkan seramai 16 orang pelajar yang merekodkan peratusan sebanyak 12.03%

berbanding tahun 2010 yang mencatatkan hanya 9 orang sahaja mendapat keputusan 2A.

Selain itu, seramai 19 orang pelajar yang mendapat keputusan 1A yang mana telah

merekodkan peratusan sebanyak 14.29%. Bagi pencapaian lulus penuh, pelajar STPM

sekolah ini telah mencatatkan keputusan yang baik iaitu seramai 128 pelajar yang telah

merekodkan peratusan kepada 96.24%. Bagi pelajar yang gagal telah meningkat kepada 1

orang iaitu 5 orang pelajar yang telah merekodkan peratusan kepada 3.76%. GPS keputusan

STPM pada tahun 2011 ialah 2.138.

5
Pada tahun 2012 pula, berlaku penurunan keputusan STPM yang mana tiada seorang

pelajar yang mendapat keputusan 5A. Seterusnya bagi keputusan 4A hanya seorang saja

pelajar yang mendapat keputusan tersebut berbanding tahun 2011 yang mana seramai 2 orang

pelajar yang mendapat keputusan 4A. Seramai 4 orang pelajar yang mendapat keputusan 3A

dalam STPM bagi tahun 2012 yang mana sama dengan tahun 2011 yang merekodkan seramai

4 orang pelajar bagi keputusan 3A. Bagi keputusan 2A pula seramai 10 orang pelajar

mendapat keputusan ini yang mana menunjukkan penurunan sebanyak 6 orang pelajar kerana

pada tahun 2011 terdapat 16 orang pelajar yang mendapat keputusan 2A dalam STPM.

Seramai 10 orang pelajar yang mendapat keputusan 1A dalam STPM bagi tahun 2012 yang

menujukkan penurunan daripada tahun 2011 yang telah merekodkan seramai 18 orang pelajar

yang mendapat keputusan 1A. Bagi kelulusan penuh pada tahun 2012 ialah seramai 116

orang pelajar yang mana terdapat 12 orang pelajar yang gagal mendapat sijil STPM bagi

tahun 2012 yang telah menurunkan gred GPS iaitu sebanyak 1.78 yang menujukkan

penurunan berbanding 2011 iaitu GPS sebanyak 2.139.

Pada tahun 2013, keputusan STPM berlaku peningkatan dalam GPS namun begitu,

bagi pencapaian dalam A untuk 4A, 3A, dan 2A menunjukkan penurunan malahan untuk 1A

menunjukkan peningkatan. Bagi keputusan 5A tiada seorang pun yang mendpatkan

pencapaian tersebut sama dengan tahun 2012. Bagi keputusan 4A dan 3A dalam STPM tiada

seorang pelajar yang mendapat keputusan tersebut. Untuk keputusan 2A seramai 5 orang

yang memperolehnya. Seramai 19 orang yang mendapat keputusan 1A berbanding tahun

2012 yang mana hanya 10 orang sahaja yang memperolehnya. Keputusan lulus penuh

seramai 116 orang pelajar dan hanya 7 orang sahaja yang gagal dan telah merekodkan GPS

sebanyak 2.3510.

Pada tahun 2014 pula, pencapaian semakin meningkat daripada tahun 2013 yang

mana menunjukkan peningkatan dalam pencapaian A dan juga GPS. Bagi 5A dan 4A tiada

6
seorang pelajar yang merekodkan pencapaian tersebut dalam STPM 2014. Bagi 3A pula,

hanya seorang sahaja yang mendapat keputusan ini berbanding tahun 2013 yang tiada

seorang pun mendapat keputusan tersebut. Seramai 12 orang pelajar mendapat keputusan 2A

dan 33 orang pelajar mendapat keputusan 1A. Bagi kelulusan penuh seramai 88 orang dan

tiada seorang pun yang gagal dan memecahkan rekod 100.0% kelulusan dan mencapai 2.86

GPS11.

Pada tahun 2015 pula, pencapaian STPM SMKAL terus melonjak naik dengan

pencapaian yang lebih cemerlang daripada tahun 2014. Bagi keputusan 5A dab 4A tiada

seorang pelajar yang mendapat keputusan tersebut. Bagi 3A pula, seramai 6 orang mendapat

keputusan tersebut yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2014 yang hanya

seorang sahaja.8 Seramai 6 orang pelajar mencapai keputusan 2A dan seramai 32 orang

pelajar mendapat keputusan 1A dalam STPM di SMKAL. Bagi kelulusan penuh ialah 93

orang dan tiada seorang pun pelajar yang gagal dalam mendapat sijil STPM. GPS pada tahun

2015 ialah 2.94 lebih baik berbanding 2014 sebanyak 2.8612.

7
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN STPM DI SMK AYER LANAS

Terdapat beberapa faktor kejayaan dalam stpm di SMK Ayer

Lanas.Antaranya,dipengaruhi oleh pelbagai pihak. Faktor kejayaan yang pertama ialah

peranan daripada pihak sekolah. Pihak sekolah telah banyak mengadakan program-program

akademik untuk mencapai kejayaan STPM. Program-program yang diadakan ini banyak

berfokuskan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terutama kepada para

pelajar tingkatan enam. Pihak sekolah banyak menjemput pakar-pakar motivasi untuk

program-program yang dianjurkan sekolah,Sebagai contoh,program restu ilmu dan

sebagainya.Hal ini dapat meningkatkan perisian yang bermanfaat malah dapat berhadapan

dengan guru yang terbaik dari sekolah yang lain. Pihak sekolah juga telah memberi

peruntukkan sejumlah wang untuk membayar penceramah dan menyediakan sedikit makanan

kepada para pelajar yang menghadiri program yang dijalankan. Sudah terbukti bahawa

program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam kejayaan pelajar STPM di SMK

Ayer Lanas13

Selain itu,peningkatan pencapaian kejayaan pelajar tingkatan enam di SMK Ayer

Lanas juga ialah merupakan usaha-usaha daripada pihak guru. Hal ini demikian kerana pihak

guru banyak menyumbangkan usaha untuk meningkatakan pencapaian akademik pelajar

tingkatan enam iaitu membuat kelas tambahan walaupun pada hari cuti sekolah dan

memberikan contoh-contoh jawapan percubaan dari negeri luar. Usaha daripada guru ini telah

banyak meningkatkan pengetahuan pelajar dan juga memberikan contoh soalan dan jawapan

daripada tahun-tahun lepas agar para pelajar dapat melihat dan menilai contoh soalan yang

bakal mereka jawab di dalam dewan peperiksaan. Dengan ini, jelas sekali menujukkan

8
peningkatan pencapaian kejayaan para pelajar tingkatan enam di SMK Ayer Lanas hasil

daripada usaha oleh pihak guru yang menginginkan peningkatan pencapaian akademik

pelajar-pelajarnya14.

Seterusnya,kehadiran penuh para pelajar juga merupakan faktor kejayaan stpm di SMK

Ayer Lanas.Hal ini demikian,pelajar yang sering hadir ke sekolah sudah pasti memperoleh

banyak ilmu daripada guru-guru.Para guru juga sudah melakukan pelbagai cara supaya para

pelajar tetap hadir ke sekolah kecuali atas sebab yang tertentu.Sebagai contoh,memberi

nasihat kepada pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah,memberi amaran yang terakhir dan

dikenakan tindakan juga melebihi hari yang ditetapkan.Hal ini jelas,kehadiran penuh para

pelajar menyumbang kepada faktor kejayaan stpm di SMK Ayer Lanas sekaligus dapat

menjaga imej sekolah dengan rekod kehadiran terbaik sekolah15.

Begitu juga, faktor kecemerlangan kerana kelas tambahan. Kelas tambahan ini biasanya

dilaksanakan pada hari ahad sehingga hari khamis tetapi pada hari khamis,hanya kelas 6 uma

sahaja mengadakan kelas tambahan kerana mata pelajaran kelas tersebut lebih banyak

berbanding kelas lain dan hanya beberapa orang pelajar target sahaja yang perlu berada di

sekolah yang dipanggil”stayback”untuk mengulang kaji secara kendiri ataupun pihak sekolah

membatalkan kelas tambahan jika pada minggu tersebut merupakan waktu pulang pelajar

asrama untuk memberi kelonggaran kepada pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang ke

rumah. Kelas tambahan ini biasanya dijalankan pada pukul 3:00 pm hingga 4:15 pm di mana

kelas tambahan dijalankan selepas tamatnya PDPC yang berakhir pada pukul 2:20 pm. Kelas

tambahan bermula lewat 30 minit selepas berakhir PDPC kerana bagi memudahkan para

pelajar untuk solat zuhur dan makan bagi meneruskan pelajaran di kelas tambahan. Kelas

tambahan juga di buat pada hari cuti iaitu pada hari jumaat dan sabtu bagi mengulang

kembali pelajaran yang diajar pada waktu persekolahan biasa untuk memberi kefahaman

kepada para pelajar secara lebih mendalam. Para pelajar yang ponteng kelas tambahan iaitu

9
tidak menghadirkan diri ke kelas tambahan jika ada sebab perlu laporkan kepada guru kelas

dan tanpa sebab dan alasan yang kukuh akan menerima hukuman daripada guru kelas

mahupun guru disiplin tingkatan enam. Hukuman ini dijalankan bagi mengurangkan isu

kehadiran pelajar ke kelas tambahan yang sering di pandang remeh oleh segelintir pelajar.

Kelas tambahan ini juga memberikan kesan positif kerana guru-guru yang berpengalaman

dapat memberi teknik baharu kepada pelajar untuk para pelajar meningkatkan ilmu

pengetahuan dan guru-guru dapat menghabiskan selibes pelajaran pada waktu kelas tambahan

berlangsung serta juga kelas tambahan ini dibuat secara percuma tanpa mengenakan bayaran

kepada pelajar. Ini jelaslah menunjukkan bahawa kelas tambahan yang dijalankan oleh pihak

sekolah telah memberikan kesan positif kepada peningkatan pencapaian kejayaan pelajar

STPM di SMK Ayer Lanas16.

Akhir sekali,faktor kecemerlangan juga adalah mengadakan bengkel teknik menjawab

soalan. Bengkel yang dibuat oleh pihak sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian

akademik pelajar tingkatan enam yang mana membantu para pelajar menguasai secara lebih

mendalam lagi tentang subjek-subjek yang mereka belum menguasainnya. Bengkel akan

dibuat oleh pihak sekolah dalam masa yang hampir dengan peperiksaan yang mana bagi

meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai sesuatu subjek dan juga kemahiran

menjawab soalan dengan lebih yakin dan mengenali kata kunci yang dipinta oleh soalan.

Perkara ini menunjukan kesan yang positif kepada pelajar terutama pelajar STPM bagi

meningkatkan pencapaian akademik pelajar itu sendiri. Bengkel biasanya akan dibuat semasa

hari persekolahan biasanya, namun begitu bengkel juga akan dibuat pada hari cuti kerana

kekangan masa yang dialami oleh pihak sekolah untuk melaksanakannya. Kebiasaan bengkel

akan dimulakan pada waktu pagi iaitu pukul 8:30 pagi dan tamat dalam waktu balik

persekolahan bagi memastikan masa yang mencukupi untuk penceramah memberikan

ceramah secara keseluruhan ataupun sehingga habis menyampaikan apa yang ingin

10
disampaikan. Pelajar yang tidak menghadiri bengkel biasanya akan dikenakan denda bagi

memastikan semua proram yang diusahakan oleh pihak sekolah dapat berjalan dengan lancar

tanpa sebarang masalah kehadiran pelajar. Bengkel dilakukan secara percuma kepada pelajar

tanpa membayar sedikit pun tetapi pihak sekolah mengeluarkan belanja untuk membiayai

bayaran kepada pencermah yang dijemput khas dari sekolah-sekolah terbaik di Kelantan. Ini

jelas sekali membuktikan bahawa bengkel yang dibuat oleh pihak sekolah dapat

meningkatkan pencapaian akademik pelajar tingkatan enam di SMK Ayer Lanas17.

11
CABARAN DAN LANGKAH YANG DI HADAPI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

STPM DI SMK AYER LANAS

Terdapat beberapa cabaran yang di hadapi untuk mencapai kejayaan stpm di SMK Ayer

Lanas ialah ketidakhadiran pelajar ke sekolah.Hal ini kerana,jika pelajar tidak hadir ke

sekolah sudah pasti mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.Selain itu,para pelajar juga

akan sukar memahami sukatan pembelajaran mereka kerana tidak hadir ke sekolah.Setiap

semester hanya di beri masa 5 bulan sahaja untuk menghabiskan sukatan ,jika pelajar sering

kali tidak hadir maka mereka tidak sempat menghabiskan sukatan tersebut.Sebagai

contoh,pelajar yang tidak mendapat pointer terbaik kerana sering tidak hadir ke sekolah

selain daripada mempunyai masalah disiplin,sukar memahami pembelajaran kerana banyak

ketinggalan dan sebagainya.Jelaslah,cabaran yang dihadapi untuk mencapai kejayaan dalam

keputusan stpm kerana ketidakhadiran pelajar ke sekolah.Hal ini perlu di bendung agar

pelajar memperolehi keputusan terbaik dalam stpm dan berjaya ke menara gading 18.

Seterusnya,cabaran yang di hadapi untuk mencapai kejayaan dalam stpm juga ialah

kekurangan masa.Hal ini dikatakan kerana,dalam stpm terdapat 3 semester sahaja yang di

bahagikan kepada 5 bulan setiap semester.Selain itu,banyak lagi aktiviti yang perlu

dilaksanakan dalam kokurikulum untuk mendapat markah dalam PAJSK untuk mencukupi

syarat bagi memasuki ke universiti kelak.Di sebabkan ini,para pelajar sukar untuk

membahagikan masa dengan betul antara belajar dengan aktiviti yang

diperlukan.Seterusnya,tidak dilupakan pula dengan kerja kursus yang perlu dilaksanakan

setiap pelajar pada semester 2 dan 3 untuk mendapat markah pointer.Hal ini menyebabkan

pelajar tidak sempat menghabiskan sukatan pelajaran terutama pada semester 2 dan 3.Pelajar

12
juga,kengkangan masa kerana perlu mengulang semula peperiksaan pada semester lepas jika

keputusan tidak memuaskan.Ini menyebabkan pelajar tidak cukup masa untuk menghabiskan

pelajaran mereka.Oleh itu,kekurangan masa menjadi salah satu cabaran untuk mengapai

kejayaan dalam stpm19.

Selain itu,cabaran yang seterusnya yang dihadapi pelajar stpm ialah kekurangan guru.Hal

ini kerana,guru yang mengajar tingkatan enam di SMK Ayer Lanas hanya sedikit.Juga

menyebabkan pelajar tidak dapat mengambil subjek pelajaran dengan banyak kerana

kekurangan guru mata pelajaran.Para guru terpaksa membahagi guru yang mengajar setiap

kelas supaya semua kelas tingkatan enam mendapat guru yang mengajar masing-

masing.Seterusnya,SMK Ayer Lanas terletak di hulu Kelantan menyebabkan kurang guru

dihantar untuk mengajar ke sekolah tersebut.Jelaslah,bahawa cabaran yang dihadapi untuk

mencapai kejayaan kerana kekurangan guru oleh itu,pihak sekolah mestilah menambah

jumlah guru yang mengajar agar kejayaan dalam stpm dapat di capai20.

Di samping itu,cabaran yang terakhir yang di hadapi untuk mencapai kejayaan stpm di

SMK Ayer Lanas ialah kekurangan bilangan kelas.Memandangkan pusat tingkatan enam

hanya berada di SMK Ayer Lanas,ramai pelajar yang dari Kuala Balah,Batu

Melingtang,Bukit Bunga dan Ayer Lanas sendiri yang ingin bersekolah di SMK Ayer

Lanas.Hal ini menyebabkan,kelas tingkatan enam tidak mencukupi untuk menampung pelajar

yang ramai.Pelajar tingkatan enam terpaksa menumpang di blok lain untuk meneruskan

persekolahan.Selain itu,bilangan kerusi dan meja turut tidak mencukupi menyebabkan

terpaksa meminjam daripada kelas arus perdana daripada tingkatan 4 dan 5.Oleh

itu,kekurangan bilangan kelas juga menjadi salah satu cabaran dalam mencapai kejayaan

stpm di SMK Ayer Lanas21.

13
Begitu juga,antara langkah untuk mengatasi masalah dalam stpm di SMK Ayer Lanas ialah

membuat perjumpaan ibu bapa pelajar.Hal ini demikian,kerana ibu bapa merupakan insan

yang paling rapat dengan pelajar.Ibu bapa di kehendaki hadir ke sekolah untuk berjumpa

dengan guru.Guru akan menerangkan masalah pelajar kepada ibu bapa agar ibu bapa tahu

masalah tentang anak mereka.Ibu bapa pelajar yang hadir terutamanya daripada pelajar yang

bermasalah dalam akademik dan sikap.Hal ini menyebabkan ibu bapa dapat memberi

dorongan dan nasihat kepada anak mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan dapat

memasuki ke universiti kelak22.

Akhir sekali ,langkah yang boleh di atasi untuk memperolehi kejayaan dalam stpm di

SMK Ayer Lanas ialah membahagikan masa dengan bijak.Memandangkan masa yang di

berikan kepada pelajar stpm hanyalah 5 bulan dalam 1 semester pelajar haruslah bijak

menguruskan masa dengan baik.Sebagai contoh,membuat jadual belajar sendiri,mencari awal

bahan untuk membuat kerja kursus,membahagikan masa dengan baik antara belajar dan

aktiviti kokurikulum dan sebagainya.Selain itu pelajar juga mesti bijak membahagikan masa

apabila perlu mengulang semula semester lepas agar tidak mengganggu semester yang

seterusnya.Jelaslah,membahagikan masa dengan bijak merupakan langkah yang dapat diatasi

agar pelajar berjaya menghabiskan sukatan pelajaran dengan baik agar pelajar dapat

menjawap peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang menuju ke

Menara gading.

14
KESIMPULAN

Kesimpulannya,pendidikan sangat penting bagi semua pelajar di dalam negara ini untuk

melahirkan manusia yang berilmu dan mampu bersaing di peringkat global.Terutama pelajar

tingkatan enam di SMK Ayer Lanas telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang dapat

melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti-universiti awam. Lagipun, sekolah ini

juga telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Keputusan

STPM yang cemerlang telah banyak membantu pelajar menjadi masyarakat yang berguna

dan mencapai cita-cita yang diimpikan. Ini juga terbukti dari segi peratusan kelulusan dan

kecemerlangan pelajar tingkatan enam dalam STPM di SMK Ayer Lanas semakin meningkat

dari tahun ke tahun walaupun ada tahun yang sedikit merosot peratus kelulusan dan

kecemerlangannya STPM. Kejayaan pelajar tingkatan enam dalam STPM ini telah

meningkatkan lagi semangat pihak sekolah untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar STPM

yang cemerlang pada masa yang akan datang. Pelajar STPM yang cemerlang melambangkan

potensi dan kebolehan pihak sekolah sama ada para pentadbir dan guru-guru dalam

mengendalikan pelajar-pelajarnya. Pelajar STPM yang cemerlang juga telah meningkatkan

imej SMK Ayer Lanas malah masa depan para pelajar tingkatan enam juga lebih cerah dan

terjamin.

15
NOTA HUJUNG

16
1
Kamus dewan dan Pustaka edisi keempat muka surat(350)
2
Kamus dewan dan pustaka edisi keempat muka surat(772)
3
Kamus dewan dan Pustaka edisi keempat muka surat(1233)
4
Kamus dewan dan pustaka edisi keempat muka surat(1695)
5
https://en.wikipedia.org/
6
https://smkalonline.blogspot.com/
7
Analisis keputusan stpm tahun 2010
8
Analisis keputusan stpm 2011
9
Analisis keputusan stpm 2012
10
Analisis keputusan stpm 2013
11
Analisis keputusan stpm 2014
12
Analisis keputusan stpm 2015
13
Temu bual bersama Puan Zaitil,Guru subjek geografi tingkatan enam SMK Ayer
Lanas,di kelas 6 usm,Temu bual pada 2 julai 2022
14
“Ibid”
15
“Ibid”
16
“Ibid”
17
“Ibid”
18
Temu bual bersama Puan Nargis,SU Kecermerlangan tingkatan enam SMK
Ayer Lanas,di bilik guru,Temu bual pada 23 september 2022
19
“Ibid”
20
Temu bual bersama Puan Zaitil,Guru subjek geografi tingkatan enam SMK Ayer
Lanas,di kelas 6 usm,Temu bual pada 2 julai 2022
21
“Ibid”
22
“Ibid”

You might also like