You are on page 1of 3

NAMA : KANNAGI A/P ARUMUGAM

NO.MATRIK : J45806
TUGASAN : ULASAN 1

Berdasarkan observasi yang telah dijalankan, kaedah berasaskan peperiksaan dan


tugasan berasaskan projek jelas menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran sehingga tahap SPM. Pelajar telah mencapai
tahap pengetahuan dan kemahiran aplikasi serta analitik dalam pembelajaran. Kaedah
berasaskan peperiksaan dan projek juga menggalakkan pelajar bergiat secara aktif di
dalam kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru bertindak sebagai
moderator, fasilitator dan koordinator yang mengasah pelajar menggunakan pelbagai
kaedah dan teknik di dalam kelas. Pengajaran dan pemudahcaraan PAK21
menghasilkan pelajar yang berkualiti. Kaedah projek juga menunjukkan bahawa
pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka telah pelajari dalam
kelas yang lepas, dan mengintegrasikan pengalaman tersebut dalam projek yang
diberikan ini. Pengetahuan dan kemahiran seseorang perlu dinilai maka peperiksaan
SPM menjadi satu kayu pengukur yang telus dan bertaraf antarabangsa. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata di antara dua kumpulan jantina
dalam pencapaian peperiksaan SPM. Pencapaian pelajar dikategorikan kepada 4
bahagian iaitu cemerlang, baik, memuaskan dan tidak mencapai tahap minimum.
Jumlah pelajar yang mencapai tahap cemerlang ialah 25 daripada 150 orang pelajar
(17%), 75 daripada 150 pelajar (50%) mencapai tahap baik, 30 pelajar pula mencapai
tahap memuaskan sebanyak 20% manakala 20 pelajar tidak mencapai tahap minimum
yang membawa peratus yang terendah iaitu 13%. Bilangan pelajar yang mencapai
tahap cemerlang dikaji lagi secara teliti memaparkan bilangan lelaki rendah
berbanding dengan bilangan pelajar perempuan. Perbezaan jantina menunjukkan ratio
yang tinggi iaitu 1:4. Di samping itu, pengkaji mendapati bilangan pencapaian cemerlang juga di kaji
berdasarkan kepada bilangan A. 7 daripada 25 (28%)pelajar mencapai kecemerlangan tertinggi iaitu
11 A+. Kecemerlangan terendah iaitu 4 daripada 25 (16%) pelajar mencapai 8A+. Secara
keseluruhannya, pengkaji merumus bahawa bilangan pelajar yang lulus seramai 130 menunjukkan
87% manakala tidak mencapai tahap minimum iaitu 13%. Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa
beberapa faktor pendorong iaitu pendekatan guru, motivasi murid, faktor sosial, keberkesanan
pentadbiran sekolah, kerjasama PIBG serta dorongan ibubapa. Sekiranya, sekolah teruskan usaha
murni yang telah dilakukaan pada tahun 2017 pastinya kegemilangan ini boleh dipertingkatkan lagi ke
tahap yang lebih memberangsangkan. Kemajuan pelajar dan sekolah akan menjadi realiti yang
menakjubkan.
NAMA : KANNAGI A/P ARUMUGAM
NO.MATRIK : J45806
TUGASAN : ULASAN 2

Berdasarkan Jadual 1, menunjukkan sumber perolehan kemahiran komputer oleh


30 orang pelajar Kolej M semester 2 /2020. Kemahiran Komputer menjadi satu
kemahiran asas pada masa kini yang membantu pelajar menyempurnakan pengajian
pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi. Kemahiran dan pengetahuan perlu ditimba
maka pengkaji menghasilkan skala untuk menjalankan kajian. Terdapat 10 skala yang
disediakan oleh pengkaji untuk mengkategorikan sumber kemahiran komputer yang
diperoleh oleh pelajar - pelajar yang dikaji. Data yang dperoleh menunjukkan pelajar
memantapkan diri dengan kemahiran komputer secara sendiri sebanyak 46.7% yang
menunjukkan frekuensi yang tertinggi iaitu 14. Tatkala, 6 skala yang memaparkan
frekuensi terendah iaitu 1(3.3%) iaitu kursus sahaja, kombinasi sendiri/kursus,
kombinasi sendiri/media, kombinasi kawan/sendiri, kombinasi kawan/sendiri/kursus
dan kombinasi kawan/sendiri/media. Di samping itu, dua jenis skala mempunyai
peratusan sederhana rendah iaitu 6.7% iaitu skala kawan sahaja dan skala kombinasi
kawan/media berjumlah seramai 4 orang pelajar secara kelompok manakala skala
kombinasi kawan/sendiri/media mempunyai frekuensi 6 pada tahap sederhana tinggi
sebanyak 20% . Hal ini membolehkan kita membuat konklusi bahawa pelajar lebih
bermotivasi dan terdorong untuk mempelajari kemahiran komputer secara personal
untuk memenuhi kehendak pengajian mereka. Pelajar lebih cenderung ke arah
pembelajaran kendiri dalam proses didikan kemahiran komputer. Kombinasi skala
kawan/sendiri/ media yang menunjukkan data kedua paling tinggi juga menunjukkan
bahawa kawan dan media juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dalam
mempeoleh kemahiran komputer. Diskusi antara rakan dan maklumat daripada media
sosial juga membantu para pelajar mencapai ilmu komputer dengan jayanya. Pada era
ICT yang pesat berkembang boleh mengubah dapatan ini pada depan kerana pelbagai
sumber lain mungkin menjadi salah satu faktor dalam memperoleh ilmu komputer.

You might also like