You are on page 1of 12

ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov.

2019): 25-36 25

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

PELAKSANAAN PENSKORAN PENTAKSIRAN LISAN BAHASA MELAYU DALAM


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
(The Implementation of the Scoring for Malay Language Oral Assessment)

HALIMAH JAMIL Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana peserta kajian melaksanakan penskoran
Fakulti Pengajian Pendidikan pentaksiran lisan di dalam bilik darjah. Fokus diberikan kepada proses penskoran yang dilakukan
oleh peserta kajian dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Universiti Putra Malaysia
dan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PPPBD). Kajian kualitatif ini menggunakan
halimah_ima@hotmail.com pendekatan kajian kes, iaitu penelitian lapangan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu
temu bual, pemerhatian pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan di dalam bilik darjah, dan analisis
ROZITA RADHIAH SAID dokumen. Tujuh orang peserta daripada empat jenis sekolah menengah terlibat dalam kajian ini.
Fakulti Pengajian Pendidikan Lokasi kajian ialah sebuah SMK; sebuah SABK; sebuah SBP; dan sebuah SMKA. Keempat-
Universiti Putra Malaysia empatnya terletak dalam sebuah daerah di Negeri Sembilan. Instrumen protokol dibangunkan bagi
radhiahrozita@upm.edu.my setiap penelitian di lapangan dan data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan bantuan
perisian ATLAS.ti versi 8 dan dapatan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa peserta kajian masih dalam usaha untuk memahami dan menguasai cara terbaik membuat
penskoran pentaksiran lisan berdasarkan kriteria dalam Standard Prestasi kemahiran mendengar
Dihantar pada: dan bertutur DSKP. Kekeliruan, rungutan, ketidaktentuan dalam pelaksanaan penskoran masih
10 Julai 2019 kabur dan agak sukar diselaraskan kerana Tahap Penguasaan terlalu rigid, tidak jelas, dan bersifat
subjektif. Oleh yang demikian, peserta kajian mengambil langkah membuat penskoran mengikut
Diterima pada: pemahaman dan persepsi sendiri selagi tidak bercanggah dalam ruang lingkup DSKP. Kajian ini
boleh dijadikan sebagai penanda aras pencapaian guru pada peringkat awal supaya jika guru jauh
30 Oktober 2019
tersasar maka usaha untuk berpatah balik akan merugikan wang, masa, tenaga dan masa depan
anak bangsa. Kepada pihak pentadbir sekolah, KPM, dan pihak berkepentingan diharap dapat
Koresponden: menyampaikan maklumat secara lebih jelas, bersepadu dan menyeluruh bagi mengatasi masalah ini.
halimah_ima@hotmail.com
Kata kunci: Pentaksiran lisan, Standard Prestasi, Tahap penguasaan, Penskoran, DSKP.

Abstract: This study aims to explore how participants conduct oral assessment scoring in the
classroom. The focus is on the scoring process conducted by the study participants with reference to
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) and Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PPPBD). This qualitative study uses a case study approach which is field research. Three
methods were used - data collection, interviews, observation of oral assessment scoring in the
classroom, as well as document analysis. Seven (7) participants from four types of secondary schools
were involved in this study. The location of this study is a district in Negeri Sembilan and it involved
four types of schools; a SMK, a SABK, a SBP and a SMKA. Protocol instruments were developed for
each field study and the data obtained were analysed manually with the usage of ATLAS.ti version 8
software and the findings were extracted descriptively. The findings show that the participants are
still in the process of understanding and mastering the best way of making oral assessment scoring
based on the criteria in DSKP’s Standards of listening and speaking skills (Standard Prestasi
kemahiran mendengar dan bertutur). There is a lot of uncertainty and confusion when it comes to the
scoring process as it is somewhat difficult to adjust because the Mastery Level is too rigid, unclear
and of subjective nature. As a result of this, the participants took steps to conduct scoring according
to their own perceptions as long as they are not contradicting the scope given by the DSKP. When a
teacher sidetracks and goes off tangent as a result of the uncertainty and confusion in this scoring
process, the effort to go on track again will take up a lot of money, time, effort and it will be at the
expense of the students’ future. Therefore, this study can be used as a guidance for the achievement
of teachers in the early stages. Also, school administrators, KPM and all necessary stakeholders
must play their part and provide information clearly, integrated and holistically to address these
problems.

Keywords: Oral Assessment, Performance Standards, Mastery Levels, Scoring, DSKP.

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2019


ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 26

PENGENALAN salah satu bentuk proses pentaksiran yang


membolehkan guru melihat sejauh mana murid
Sistem pendidikan negara telah mengalami tahu dan boleh buat sesuatu tugasan yang diberi
perubahan daripada sistem berorientasikan (Baird et al. 2017). Justeru, kajian ini bertujuan
peperiksaan atau examination oriented kepada untuk mengetahui cara bagaimana guru bahasa
sistem PBS bermula pada tahun 2011 bagi murid Melayu melaksanakan penskoran pentaksiran lisan
sekolah rendah dan 2012 untuk murid sekolah bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
menengah. Sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) mula dipraktikkan dalam sistem PENYATAAN MASALAH
pendidikan di Malaysia pada tahun 2012 bagi
murid sekolah menengah. PBS satu sistem yang Amalan pentaksiran dalam sistem pendidikan telah
bersifat holistik bertujuan untuk menilai murid lama dipraktikkan secara global di kebanyakan
daripada aspek kognitif (intelek), afektif (emosi negara. Antaranya ialah Amerika Syarikat, Korea,
dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras Netherlands, Australia, Kanada, dan United
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Tedapat Kingdom. Dalam konteks pendidikan di Malaysia,
empat komponen dalam PBS yang memerlukan amalan pentaksiran dilaksanakan di sekolah dan
guru mentaksir setiap murid secara individu, iaitu guru diberi kuasa untuk mengendalikan
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti pentaksiran mengikut kebijaksanaan mereka.
Jasmani, Sukan & Kokurikulum, Pentaksiran Pelaksanaan pentaksiran di sekolah adalah
Psikometrik (Ppsi), dan Pentaksiran Bilik Darjah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
(PBD) (LPM, 2012). KPM.
Pada tahun 2011 PBD dikenali dengan Selaras dengan kurikulum baharu KSSM,
Pentaksiran Sekolah (PS) dan mula diperkenalkan transformasi kurikulum merangkumi kandungan,
sebagai PBD pada tahun 2018 selaras dengan pedagogi, dan pentaksiran. Pentaksiran
kurikulum baharu Kurikulum Standard Sekolah berlangsung secara berterusan sepanjang tahun
Menengah (KSSM) yang mula digunakan kepada bertujuan untuk membolehkan guru sebagai
murid tingkatan satu pada tahun 2017. PBD pentaksir memastikan perkembangan dan
berlangsung sepanjang tahun secara berterusan pencapaian pembelajaran murid (KPM, 2016).
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Guru akan mentaksir murid dengan merujuk
bagi semua mata pelajaran. PBD tidak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
membezakan tahap penguasaan murid sebaliknya (DSKP) yang mengintegrasikan kurikulum dan
bertujuan untuk membantu perkembangan pentaksiran. Terdapat tiga standard yang perlu
pembelajaran murid secara memyeluruh. Malah dipelajari dan dikuasai oleh murid, iaitu Standard
guru dapat mengenal pasti kelemahan dan Kandungan, Standard Pembelajaran, dan Standard
kekuatan pembelajaran murid semasa proses Prestasi. Guru akan mentaksir murid dengan
pentaksiran berlangsung. Pada masa yang sama melihat sejauh mana murid boleh menguasai
dapat memberi peluang kepada guru untuk Standard Pembelajaran dan menentukan Tahap
merancang dan mengubahsuai pengajaran (KPM, Penguasaan yang boleh dicapai oleh murid dengan
2018). merujuk Standard Prestasi yang ditetapkan dalam
Dalam mengendalikan PBD, guru memainkan DSKP.
peranan penting dan bertanggungjawab untuk Guru berhadapan masalah menentukan
mentadbir, menilai, membuat penskoran, dan penskoran murid berikutan pengetahuan yang
merekod pencapaian keseluruhan murid di rendah bagaimana untuk membuat penskoran
peringkat sekolah (Zamri et al. 2010). Menurut menyebabkan penilaian pentaksiran dibuat secara
KPM (2018), PBD dijalankan melalui pentaksiran bias atau tidak telus (Suseela dan Sim, (2010); Tan
formatif yang bertujuan untuk menambah baik (2010); dan Arsaythamby, Hariharan, dan Ruzlan
pembelajaran murid melalui dua cara, iaitu (2015). Berdasarkan kajian berkaitan pelaksanaan
Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for penskoran pentaksiran oleh Sh. Siti Hauzimah
Learning), dan Pentaksiran sebagai Pembelajaran (2019), mendapati guru tidak dapat menjalankan
(Assessment as Learning). Pentaksiran formatif pentaksiran bahasa Melayu secara mendalam dan
atau Assessment for learning (AfL) merupakan
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 27

menyeluruh berikutan bilangan Tahap Penguasaan pentaksiran lisan di dalam bilik darjah. Pada tahun
(TP) yang perlu dicapai oleh murid terlalu banyak 1900an, ujian lisan dilaksanakan secara terancang
untuk ditaksir. Selain itu, bilangan topik dan sistematik melibatkan beberapa orang guru
pembelajaran yang banyak, waktu PdP yang bahasa Melayu. Guru-guru tersebut akan
terhad, dan guru terlalu sibuk dengan melakukan ujian lisan mengikut lokasi sekolah
tanggungjawab memegang jawatan-jawatan yang berbeza dan tarikh yang telah ditetapkan
penting di sekolah menjadi faktor utama amalan untuk menguji ujian lisan setiap murid. Keadaan
pentaksiran di dalam bilik darjah mengikut ini dikawal selia oleh pihak KPM dan murid yang
prosedur yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan diuji tidak mengenali pengujinya.
sepenuhnya. Berdasarkan dapatan kajian oleh Oleh yang demikian, berdasarkan pandangan
Hamimah dan Rohaya (2014), mendapati guru beberapa pihak dan keperluan kepesatan
masih belum menguasai dan mahir untuk perubahan pendidikan, penambahbaikan berlaku
melaksanakan pentaksiran lisan. Hal ini memberi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
kesan kepada kegagalan guru memantau (KBSM) yang memberi penekanan bahawa
perkembangan pembelajaran murid oleh sebab pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan
kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam Sekolah (PLBS) wajib dilaksanakan dalam mata
pelaksanaan pentaksiran. pelajaran bahasa Melayu menengah rendah
Dalam kajian ini, aspek pengetahuan dan (tingkatan satu hingga tingkatan tiga) bermula
kefahaman guru terhadap pelaksanaan penskoran pada tahun 2003. Manakala, aspek penilaian
pentaksiran lisan sangat penting supaya penskoran pentaksiran lisan dipertanggungjawabkan kepada
yang dibuat oleh guru mengikut prosedur yang guru bahasa Melayu mengikut bilik darjah yang
betul, telus, dan tiada unsur bias yang berlaku diajar. Pengagihan tugasan ini bersesuaian dengan
kepada setiap murid. Oleh itu, guru perlu diberi guru yang mengajar murid tersebut kerana hanya
pendedahan yang mendalam dan terperinci guru mata pelajaran yang lebih arif, mengenali,
bagaimana untuk menentukan penskoran dan mengetahui perkembangan pembelajaran
pentaksiran yang sebenar. Malah guru juga perlu murid mereka. Guru akan menilai PLBS setiap
diberi kefahaman dan kemahiran yang tinggi setiap murid sebanyak dua kali setahun berdasarkan
penyataan Standard Prestasi yang mengandungi rubrik pentaksiran yang telah disediakan oleh
TP supaya penskoran dapat dilakukan dengan pihak LPM. Heejeong (2015) menyatakan bahawa
betul dan tepat. Justeru, rentetan daripada kajian rubrik adalah skala dan kriteria yang diperlukan
lepas membuktikan bahawa pelaksanaan PBS oleh pentaksir semasa menjalankan pentaksiran.
perlu dimantapkan dan ditambah baik pada masa Rubrik disusun secara hierarki yang
akan datang (Norazilawati et al., 2015). memaparkan tahap paling mudah kepada tahap
lebih kompleks yang ditentukan oleh guru melalui
TINJAUAN LITERATUR pentaksiran semasa proses PdP. Rubrik digunakan
oleh pentaksir sebagai alat untuk menilai dan
Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu, mengesan perkembangan pembelajaran murid
pentaksiran lisan telah lama dipraktikkan dalam serta membolehkan murid memperbaik pencapaian
kalangan murid di sekolah menengah. Berdasarkan pembelajaran mereka (Arter, 2000). Oleh itu,
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2000), aspek yang dinilai ke atas murid semasa guru
pentaksiran lisan dapat ditakrifkan kepada menjalankan PLBS meliputi beberapa konstruk
keupayaan murid untuk menyampaikan maklumat, yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
pendapat, perasaan, idea yang kritis dan kreatif Malaysia (LPM) seperti i) tatabahasa dan kosa
secara lisan dengan menggunakan tatabahasa, kata; ii) sebutan, intonasi, dan nada; iii) fasih dan
sebutan dan intonasi yang betul dan sopan. bermakna; dan iv) bertatasusila.
Kemahiran lisan sememangnya ditekankan dan Seterusnya, transformasi pendidikan di
dilaksanakan dalam PdP bahasa Melayu. negara berlaku setanding dengan negara-negara
Penambahbaikan terhadap pelaksanaan maju. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
pentaksiran lisan berlaku dari semasa ke semasa (SPPK) salah satu usaha kerajaan
bagi tujuan memantapkan lagi pelaksanaan mentransformasikan pendidikan dengan
melaksanakan sistem pentaksiran dalam sistem
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 28

pendidikan negara. SPPK yang terkandung dalam melaksanakan PBD secara bersepadu dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia proses PdP di dalam bilik darjah. PBD mula
(PPPM) 2013-2025 merupakan transformasi dikenali pada tahun 2016 yang dahulunya dikenali
daripada sistem pendidikan yang berorientasikan sebagai pentaksiran pusat (PS) pada tahun 2012.
peperiksaan (ujian pencapaian dan peperiksaan) Seterusnya, guru akan merujuk SPi untuk
kepada sistem yang lebih holistik. Sistem ini mengukur dan menentukan tahap perkembangan
bertujuan untuk membuat penilaian terhadap pembelajaran murid berdasarkan tahap penguasaan
potensi murid, kesediaan untuk belajar, dan yang dicapai oleh murid tanpa membandingkan
menguji penguasaan serta pencapaian murid. prestasi dengan murid yang lain. Jadual 1
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menunjukkan Standard Prestasi kemahiran
mula dipraktikkan pada tahun 2012 di sekolah mendengar dan bertutur bahasa Melayu tingkatan
menengah dengan memberi penekanan kepada 1:
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran JADUAL 1: Standard Prestasi Kemahiran
(assessment of learning) (KPM, 2012). Mendengar dan Bertutur
PBS yang bersifat holistik memerlukan guru
menilai murid daripada aspek kognitif, afektif, dan STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN
psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan MENDENGAR DAN BERTUTUR
Kebangsaan (FPK). PBS terdiri daripada dua Tahap Penyataan
komponen, iaitu akademik dan bukan akademik. Penguasaan
Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah 1 Memberikan respons terhadap
maklumat, fakta dan idea dalam
(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala
pengumuman dan ucapan yang
kategori bukan akademik merangkumi Pentaksiran diperdengarkan dengan menggunakan
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti sebutan mengikut konteks serta
Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK). Guru memahami perkataan dan rangkai
diberi pengiktirafan dan autonomi untuk kata dalam pelbagai ujaran pada
merancang, membina, mentadbir, memeriksa, tahap sangat terhad
merekod, dan melaporkan perkembangan 2 Memberikan respons terhadap
pembelajaran murid yang ditaksir semasa maklumat, fakta dan idea dalam
mengendalikan pentaksiran sekolah. Guru akan pengumuman dan ucapan yang
menjalankan pentaksiran formatif yang diperdengarkan dengan menggunakan
berlangsung seiring dengan proses PdP dan sebutan yang betul mengikut konteks
serta memahami perkataan dan
pentaksiran sumatif berasaskan sekolah (KPM,
rangkai kata dalam pelbagai ujaran
2012). Penilaian yang dilakukan oleh guru semasa pada tahap terhad.
pentaksiran adalah dengan merujuk Standard 3 Memberikan respons terhadap
Prestasi (Band 1 hingga Band 6) bagi maklumat, fakta dan idea dalam
membolehkan guru mengukur dan menentukan pengumuman dan ucapan yang
prestasi atau tahap penguasaan yang dicapai dalam diperdengarkan dengan menggunakan
pembelajaran. sebutan yang betul mengikut konteks
Selaras dengan sistem pendidikan yang serta memahami perkataan dan
berteraskan pentaksiran, kurikulum baharu yang rangkai kata dalam pelbagai ujaran
dikenali sebagai KSSM mula digunakan bagi pada tahap memuaskan.
murid tingkatan satu pada tahun 2017 bagi 4 Memberikan respons terhadap
maklumat, fakta dan idea dalam
menggantikan KBSM. KSSM telah menyediakan pengumuman dan ucapan yang
DSKP sebagai rujukan dan pegangan utama guru diperdengarkan dengan menggunakan
semasa menjalankan pentaksiran dan PdP. DSKP sebutan yang tepat mengikut konteks
merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan serta memahami perkataan dan
kurikulum dan pentaksiran yang terdiri daripada rangkai kata dalam pelbagai ujaran
Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran pada tahap kukuh.
(SP), dan Standard Prestasi (KPM, 2017). Guru 5 Memberikan respons terhadap
bahasa Melayu perlu merujuk SK dan SP semasa maklumat,fakta dan idea dalam
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 29

pengumuman dan ucapan yang (berpasangan) 3. Ketua


diperdengarkan pada tahap terperinci 5. Model Pentaksir
mengikut konteks serta memahami kumpulan Kawasan
perkataan dan rangkai kata dalam (dilantik oleh
JPN)
pelbagai ujaran menggunakan 4. Ketua
sebutan yang tepat pada tahap kukuh Pentaksir
dan tekal. Sekolah
6 Memberikan respons terhadap (dilantik oleh
maklumat, fakta dan idea dalam Pengetua)
pengumuman dan ucapan yang 5. Pentaksir
diperdengarkan mengikut konteks Sekolah
serta memahami perkataan dan (dilantik oleh
Pengetua)
rangkai kata dalam pelbagai ujaran
dengan menggunakan sebutan yang 2012- PS 1. Panduan Standard
tepat pada tahap terperinci, tekal dan 2016 Pentaksiran Prestasi
menjadi teladan. Berasaskan
Sekolah
Kesimpulannya, dalam menjalankan (PBS)
pentaksiran lisan di dalam bilik darjah rubrik 2. Dokumen
Standard
pentaksiran diperlukan oleh guru untuk membuat Prestasi (DSP)
penskoran pentaksiran mengikut keupayaan 3. Manual
pembelajaran murid. Sebagai seorang pentaksir, Sistem
guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran, Pengurusan
Pentaksiran
dan menguasai setiap penyataan tahap penguasaan
Berasaskan
yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid Sekolah
semasa pentaksiran. Jadual 2 menunjukkan sistem (SPPBS)
pelaksanaan pentaksiran lisan yang ditetapkan oleh Kriteria Model Pihak yang
KPM. Pentaksiran Bertanggung-
jawab
Band 1, 1. Individu 1. Peringkat
JADUAL 2: Sistem Pelaksanaan Pentaksiran Lisan Band 2, 2. Berpasangan Kementerian
Bahasa Melayu Band 3, 3. Berkumpulan Pendidikan
Band 4, Malaysia
Tahun Pen- Dokumen yang Aspek yang Band 5, (KPM)
taksiran Dirujuk Ditaksir dan Band 2. Peringkat
Lisan 6 Negeri (JPN)
2003- PLBS Buku Manual 1. Tatabahasa mengikut 3. Peringkat
2011 Pengurusan dan dan kosa kata hierarki. Daerah
Pengendalian 2. Sebutan, (PPD)Peringk
PLBS intonasi, dan at Sekolah
nada (Pengetua/
3. Fasih dan Penolong
bermakna Kanan
4. Bertatasusila. Pentadbiran/
5. Guru Kanan
Kriteria Model Pihak yang Mata
Pentaksiran Bertanggung- Pelajaran/
jawab Ketua
Peringkat 1. Model 1. Ketua Panitia/Guru
A, B, C, individu Pentaksir yang dilantik)
atau D 2. Model Kebangsaan
individu- (dilantik oleh 2017- PBD 1. Dokumen 1. Standard
pendengar LPM) kini Standard Kandungan
3. Model 2. Ketua Kurikulum 2. Standard
individu- Pentaksir dan Pembelajaran
penggalak Negeri Pentaksiran 3. Standard
4. Model (dilantik oleh (DSKP) Prestasi
kumpulan JPN) 2. Panduan
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 30

Pelaksanaan orang peserta kajian mewakili setiap sekolah yang


Pentaksiran dipilih. Peserta Kajian 01 (PK01) dan Peserta
Bilik Darjah
(PPPBD) Kajian 02 (PK02) di sekolah SMK, Peserta Kajian
Kriteria Model Pihak yang 03 (PK03) dan Peserta Kajian 04 (PK04) di
Pentaksiran Bertanggung- sekolah SABK, Peserta Kajian 05 (PK05) dan
jawab Peserta Kajian 06 (PK06) di sekolah SBP, dan
Tahap 1. Individu 1. KPM, JPN,
Penguasaan
Peserta 07 (PK07) di sekolah SMKA.
2. Berpasangan PPD,
1 hingga 3. Berkumpulan 2. Peringkat Seorang daripada peserta kajian berkelulusan
Tahap ijazah pertama dalam Pengajian Melayu dan
Sekolah
Penguasaan
6 mengikut (Pengetua/Pen memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Pendidikan,
hierarki. olong Kanan seorang peserta kajian memilik Ijazah pertama
Pentadbiran/
Guru Kanan
dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusateraan,
Mata tiga orang peserta kajian memperoleh Ijazah
Pelajaran/ Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai
Ketua Bahasa Pertama, dan dua orang guru berkelulusan
Panitia/Guru Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).
yang dilantik)
Sufean Hussin dan Ghazali Darusalam (2016)
menegaskan bahawa pemilihan peserta kajian
OBJEKTIF KAJIAN adalah berdasarkan persampelan bertujuan, iaitu
memenuhi kriteria, sifat, dan mempunyai
maklumat seperti yang ditetapkan dalam kajian.
Objektif kajian ini adalah untuk: Mengenal pasti
cara penskoran Tahap Penguasaan murid semasa
Temu bual
pelaksanaan pentaksiran lisan.
Kajian ini menggunakan temu bual semi-struktur.
METODOLOGI Menurut Sufean dab Ghazali (2016), penentuan
Reka Bentuk Kajian jumlah soalan yang akan dikemukakan kepada
peserta kajian adalah ditentukan oleh penyelidik
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan penambahan soalan boleh dilakukan semasa
dengan menggunakan kaedah kajian kes. Yin berlangsungnya sesi temu bual. Ini bertujuan untuk
(2011) menyatakana bahawa seorang pengkaji memperoleh maklumat tambahan secara lebih
berperanan sebagai instrumen utama kajian dalam mendalam (in-depth) berikutan beberapa aspek
pengumpulan dan penganalisisan data. atau jawapan yang dikemukakan oleh peserta
Sehubungan dengan itu, empat buah sekolah kajian kurang jelas atau kurang menjawab soalan
berlainan kategori, iaitu 1) SMK; 2) SABK; 3) yang diberikan oleh pengkaji.
SBP; dan 4) SMKA terlibat dalam kajian ini.
Pengkaji telah menjalankan kajian dengan Pemerhatian
melaksanakan temu bual, membuat pemerhatian
dalam bilik darjah, dan menganalisis dokumen Tujuan kajian ini adalah untuk memahami proses
bertujuan untuk meneliti fenomena yang sebenar amalan guru semasa melaksanakan penskoran
berlaku semasa guru mengendalikan pentaksiran pentaksiran lisan bahasa Melayu di dalam bilik
lisan bahasa Melayu. Pengkaji bertanggungjawab darjah. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah
ke lapangan untuk tujuan meneroka data secara pemerhatian sebagai kaedah utama semasa proses
naturalistik dan realistik. mengutip data. Kaedah pemerhatian dapat
membantu pengkaji memahami dan mengetahui
Peserta Kajian
fenomena yang sebenarnya berlaku semasa guru
membuat penskoran pentaksiran lisan.
Kajian ini melibatkan tujuh orang guru bahasa
Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji
Melayu sebagai peserta kajian yang mengajar di
merupakan sesuatu yang tidak ternilai semasa
empat buah sekolah menengah berlainan kategori
mengutip data kerana pengkaji melihat sendiri
di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan. Dua
situasi secara langsung tanpa ditapis berbanding
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 31

sekiranya mendapat sesuatu laporan atau beberapa PK06: Kurang jelas. Macam terperinci ni... so
dokumen yang diterima (Yin, 2011). Seterusnya, terperinci dari segi apa. So, mungkin kita boleh
pengkaji perlulah terlebih dahulu menentukan nilai ambil tajuk yang telah kita beri kepada dia
data yang diambil, membuat perancangan dengan adakah dia mengulas dengan lebih terperinci
so ikut situ saya bagi markah. Saya ikut
sistematik dan maklumat disimpan sebelum
kefahaman saya sendiri. Kalau bagi skor ni
dianalisis dan menulis laporan kajian (Sufean biasanya atas pemerhatian saya sajalah. Pelajar
Hussin & Ghazali Darusalam, 2016). Dalam kajian boleh cakap dengan baik... kelancaran...
ini, pengkaji telah membuat pemerhatian untuk pertimbangan saya sendiri.
mengumpul data dan mengenal pasti bagaimana
amalan penskoran pentaksiran lisan yang berlaku Dapatan temu bual menunjukkan peserta
seiring dengan PdP bahasa Melayu. kajian akur dengan arahan DSKP yang
Sebelum membuat pemerhatian, pengkaji memerlukan mereka merujuk TP semasa membuat
terlebih dahulu memaklumkan kepada peserta penskoran pentaksiran lisan tetapi mengikut
kajian bahawa pengkaji akan merakam sesi PdP pemahaman mereka sendiri untuk menentukan TP.
dengan menggunakan rakaman video dan rakaman Semasa pemerhatian, pengkaji mendapati PK01
audio. Kesemua peserta kajian bersetuju dan dan PK06 membuat penskoran di dalam bilik
memberi kerjasama yang baik. Pada peringkat ini, darjah dengan memerhati dan meneliti setiap kali
pengkaji menjalankan pemerhatian khusus murid berinteraksi semasa murid melakukan
terhadap pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan perbincangan dalam kumpulan. Mereka juga akan
sepanjang proses PdP yang berlangsung selama menegur murid serta merta sekiranya terdapat
satu jam atau satu jam setengah bergantung kepada kesalahan struktur ayat atau tatabahasa yang
jumlah waktu yang diberi oleh peserta kajian. Di digunakan oleh murid.
samping itu, sambil membuat pemerhatian, Namun demikian, pelaksanaan penskoran
pengkaji membuat catatan lapangan, iaitu satu yang dilakukan mengikut persepsi sendiri oleh
deskripsi yang konkrit dan terperinci tentang setiap peserta kajian adalah tidak menepati ketetapan
perkara yang diperhatikan. Senarai semak juga DSKP. Tindakan ini akan memberi impak kepada
digunakan oleh pengkaji untuk melihat dan penskoran yang tidak tepat dan telus berikutan
memerhati perlakuan serta peristiwa yang berlaku tidak memenuhi penyataan Standard Prestasi
semasa pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan. dalam menentukan pencapaian Tahap Penguasaan
murid. Hal ini berlaku kerana peserta kajian masih
DAPATAN KAJIAN tidak faham dengan penyataan TP. Jika amalan ini
berlaku secara berterusan oleh guru dan tiada
Rubrik Tahap Penguasaan inisiatif untuk membuat penambahbaikan oleh
pihak berkepentingan sudah pasti pelaksanaan
Dapatan kajian mendapati peserta kajian merujuk pentaksiran di sekolah tidak mencapai objektif
Standard Prestasi untuk menentukan skor murid pentaksiran dan PdP.
mengikut TP yang dicapai oleh murid tetapi
mengikut pemahaman mereka sendiri berdasarkan Penilaian Secara Pertimbangan Profesional
penyataan yang ditetapkan dalam TP. Mereka
menyatakan bahawa penyataan TP adalah sangat Dapatan kajian juga mendapati peserta kajian
rigid, tidak jelas, dan tidak boleh diukur mengamalkan penilaian secara pertimbangan
menyebabkan mereka membuat penskoran secara profesional semasa pentaksiran lisan. Dapatan ini
persepsi sendiri. PK01 dan PK06 memberi selari dengan garis panduan yang terdapat dalam
penjelasan seperti berikut: PPPBD. PPPBD menganjurkan kepada guru-guru
yang menjalankan pentaksiran di dalam bilik
PK01: Sangat rigidlah tapi ikut penilaian
darjah agar melakukan pertimbangan profesional
kitalah. Ikut penilaian kitalah. Sebenarnya tak
jelas... tak boleh nak ukur. Tapi kita punya berdasarkan pengetahuan, tanggungjawab
persepsi tu ikut budak kitalah. Saya ikut saya profesional, pengalaman, dan input murid.
punya persepsilah. Pertimbangan profesional yang dilakukan
oleh guru meliputi pemerhatian, perbincangan dua
hala, soal jawab, lembaran kerja murid, buku log,
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 32

portfolio, jurnal harian, kuiz, esei, puisi, slaid profesional. Pengkaji memerhatikan bahawa
pembentangan, hasil projek, dan apa-apa aktiviti peserta kajian akan memastikan murid diberi
yang bersesuaian. PK01 menyatakan beliau peluang sekerap mungkin sekiranya murid masih
mempraktikkan pertimbangan profesional dengan belum dapat mengemukakan hujahan dengan tepat.
menggunakan pendekatan secara santai bagi Misalnya, peserta kajian akan bersoal jawab untuk
menggalakkan murid bertutur ketika berinteraksi. mencungkil sejauh mana pengetahuan sedia ada
Kenyataan yang diberikan oleh beliau adalah murid berkaitan sesuatu topik yang dibincangkan.
seperti berikut: Tindakan peserta kajian merangsang murid untuk
memberi jawapan yang dikehendaki oleh peserta
PK01: Setakat boleh bercakap kita sebagai guru kajian. Secara tidak langsung, murid bermotivasi
perlu merangsang muridlah. Kita kena untuk meningkatkan kemahiran bertutur mereka.
pandailah. Saya kena pandailah dalam situasi
yang santai. Saya lebih suka duduk di depan Penilaian Secara Individu
dia bersama beberapa orang. Jadi, mungkin dia
tak sedar kita sedang uji dia dalam situasi
macam tu. So, kaedah tu pun saya buat juga. Dapatan kajian mendapati guru membuat
Oh dia ni boleh bercakap sebenarnya. Saya penskoran pentaksiran murid dengan memberi
menilai juga di situ. penilaian secara individu. Hasil dapatan kajian
membuktikan peserta kajian memahami bahawa
PK03 berpendapat bahawa beliau murid perlu diberi penilaian secara individu kerana
menjalankan penilaian secara pertimbangan setiap murid mempunyai potensi yang berbeza.
profesional kepada murid secara menyeluruh. Sebagai contoh, PK01 akan melihat setiap murid
Beliau menambah lagi bahawa guru mengenali yang berbincang dalam kumpulan dan memberi
setiap individu murid yang diajar, maka skor berdasarkan kemampuan murid mengutarakan
pertimbangan profesional perlu dilakukan secara pendapat semasa berinteraksi. PK01 menyatakan
bijaksana. Berikut ialah kenyataan PK03: seperti berikut:

PK03: Ok, daripada saya kursus sekali pun bila PK01: Bila dia bergerak dalam kumpulan tapi bila
kami diberi pendedahan dari segi tahap ni kami menilai saya akan menilai secara individu
memang kena lihat prestasi pelajar tersebut macam mana potensi dia. Kalau kumpulan tu
dan guru kena menilai keseluruhan pelajar ada pelbagai prestasi tapi penilaian tu kita lihat
tersebut. Sebab dia sendiri kenal pelajar dia kat mereka berpotensi bercakap, ada idea bercakap
situlah dia memainkan peranan dia secara kemudian intonasi tu kita kena kenal pasti
profesional di tahap mana ketika komunikasi memang baik, so kita punya justifikasi nak kata
dalam pentaksiran lisan. dia tu baik, cemerlang... hah kalau ada ciri-ciri
tu memang dah ada ciri tu. Kita dah ada borang
Begitu juga dengan PK06 yang tadi ciri-ciri dah ada.
mempraktikkan penilaian secara pertimbangan
profesional semasa pentaksiran lisan. Beliau Kenyataan yang diberikan oleh PK01
melakukan secara pemerhatian yang kerap kepada disokong oleh PK06 yang membuat penilaian
murid beliau. Beliau memahami bahawa pentaksiran kepada murid beliau secara individu.
pemerhatian dalam satu tempoh masa yang sesuai Perhatikan penyataan beliau:
membantu guru untuk membuat pertimbangan
profesional. Beliau menyatakan bahawa: PK06: Walaupun kerja kumpulan, dia akan
bercakap. Setiap individu itu akan bercakap.
PK06: Kalau bagi skor ni biasanya atas Jadi kita akan bagi tajuk yang sama. Kita suruh
pemerhatian saya sajalah. Pelajar boleh cakap dia bercakap jugalah. Walaupun berkumpulan
dengan baik... kelancaran... pertimbangan saya kita tengok dari aspek individu.
sendiri
Dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa
Melalui pemerhatian pengkaji, penilaian peserta kajian akan bergerak ke setiap kumpulan
pentaksiran lisan yang dilakukan oleh peserta perbincangan murid. Pengkaji mendapati, peserta
kajian juga dibuat secara pertimbangan kajian menilai murid secara individu semasa murid
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 33

memberi idea kepada ahli kumpulan secara lisan. Kebanyakannya setiap ahli tu dapat band yang
Peserta kajian akan memastikan setiap murid sama. Yelah...untuk mengelakkan kekangan
bercakap tentang tajuk tugasan yang diberi. masa tak dapat nak nilai semua. Jadi bila buat
Dapatan pemerhatian juga membuktikan peserta pembentangan semua ahli kumpulan tu
mencapai tahap band yang sama.
kajian akan merangsang dan menggalakkan murid
yang tidak aktif dengan bersoal jawab kepada
Kenyataan yang diberikan oleh kedua-dua
murid yang berkenaan. Dapat diperhatikan hasil
peserta kajian di atas dengan memberi penilaian
analisis kajian menunjukkan bahawa peserta-
pentaksiran lisan secara purata adalah tidak
peserta kajian mematuhi PPPBD dalam
mengikut ketetapan dalam PPPBD. Penskoran
melaksanakan penskoran pentaksiran lisan.
seharusnya diberi kepada setiap murid secara
Namun demikian, hanya dua orang peserta
individu kerana setiap murid mempunyai
kajian, iaitu PK03 dan PK04 menyatakan mereka
kebolehan dan potensi yang berbeza. Dapatan
melaksanakan penilaian penskoran murid secara
pemerhatian menunjukkan bahawa setiap kali
purata. Mereka menerangkan bahawa penilaian
perbincangan kumpulan tamat, peserta kajian
dibuat berdasarkan wakil kumpulan yang
meminta seorang wakil kumpulan ke hadapan
membentangkan tugasan. Kedua-dua peserta
kelas untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.
kajian menganggap bahawa wakil kumpulan yang
Wakil kumpulan akan menyampaikan idea dan
berhujah di hadapan kelas sudah dikira mewakili
pandangan hasil perbincangan dengan rakan
ahli kumpulan yang lain dengan mengambil kira
sebaya tentang tajuk yang yang dibincang
pandangan dan idea yang dikemukakan oleh setiap
bersama.
ahli.
Kemudian, peserta kajian akan memberi skor
Oleh itu, setiap ahli kumpulan akan menerima
yang sama kepada semua ahli kumpulan. Malah
TP yang sama berdasarkan skor yang diterima oleh
setelah PdP tamat, pengkaji bertanya sekali lagi
wakil pembentang. Selain itu, mereka menjelaskan
kepada PK04 bahawa bagaimana beliau membuat
lagi bahawa pemberian skor secara purata
penskoran. PK04 menyatakan bahawa ‘“Macam
dilakukan untuk menjimatkan masa kerana
yang saya katakan, pada saya kalau ada
bilangan murid di dalam bilik darjah yang ramai
sebahagian yang boleh jawab tu... lump sumlah.
dan tidak dilakukan secara individu kerana
Pukul ratalah’. Keadaan yang berlaku
memerlukan masa yang panjang untuk menilai
menunjukkan ketidakadilan, bias, tidak telus dan
setiap murid. Berikut ialah penyataan PK03 dan
skor yang diterima oleh murid adalah tidak tepat
PK04:
dan betul. Setiap murid seharusnya diberi peluang
PK03: Okay, saya lebih suka kerja untuk berinteraksi kerana potensi dan keupayaan
berkumpulan. Apabila satu kumpulan tersebut setiap murid adalah berbeza. Jadual 3 dan Rajah 1
dapat melaksanakan tugasan dengan baik menunjukkan contoh data triangulasi.
dekat situ menunjukkan kerjasama di antara
ahli kumpulan. Oleh itu, sekiranya saya dapat JADUAL 3: Contoh Penganalisisan Data
hasil daripada mereka tu yang hasil terbaik kat Triangulasi
situ saya akan bagi markah yang tinggilah.
Saya beri secara purata markah satu Tema Peserta Data Temu Bual Data
kumpulan satu markah. Kajian Pemerhatian
Rubrik PK01 Sangat rigidlah tapi Didapati semasa
Tahap ikut penilaian pemerhatian PK01
PK04: Selalunya dalam aktiviti berkumpulan Pengua- kitalah. Ikut melihat setiap
kadang-kadang saya ambil markah secara saan penilaian kitalah. murid berinteraksi
purata. Dalam kumpulan tu dia boleh Sebenarnya tak dengan ahli
menerangkan tajuk tu dengan baik pada jelas... tak boleh kumpulan. PK01
nak ukur. Tapi kita menilai murid
pendapat saya semua ahli kumpulan tu telah punya persepsi tu ketika mereka
melaksanakan pentaksiran lisan dengan baik. ikut budak kitalah. mengemukakan
Maksudnya kalau ahli kumpulan tu semua boleh Saya ikut saya idea dan memberi
menerangkan tajuk tersebut maka saya punya persepsilah. respons secara
lisan serta
beranggapan yang kesemua pelajar tu memahami memberi TP
dan boleh memberi feedback ataupun memberi berdasarkan
pandangan atau idea dalam aktiviti tersebut. pemahaman
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 34

beliau. memang betul ada dengan


PK02 Kalau dari segi lisan Semasa fakta yang bukan menggunakan
kalau dia mampu pemerhatian, sekadar awang- tatabahasa yang
beri dari segi idea, pengkaji awangan aaa...dan betul dan pengkaji
ayat bertutur dia mendapati PK02 ada merujuk mana- mendapati murid
masih gramatis dan memastikan setiap mana statistik atau boleh
stuktur ayat masih murid dapat sumber ke secara mengemukakan
baik lagi. Saya bertutur untuk sahih saya akan pandangan
mungkin akan bagi memberi idea kira terus 6 lah. mengikut
tahap 4 atau tahap ketika Kalau masih diragui perkembangan isu
5. perbincangan 5. Kalau semasa.
dalam kumpulan. memuaskan 4 untuk
PK03 Dimaksudkan Didapati ketika tahap budak
dengan sangat pemerhatian, asrama penuhlah.
terhad tu pelajar itu PK03 menilai Sebab mereka
boleh menjawab murid mengikut telahpun dibekalkan
tetapi jawapan dia TP dalam DSKP dengan bahan bacaan
satu jawapan namun yang kita
sahaja. Dia tak berdasarkan tahukan...akhbar.
boleh nak pemahaman PK06 Kurang jelas. Data pemerhatian
mengembangkan beliau. PK03 juga Macam terperinci menunjukkan
jawapan tersebut. tidak menilai ni... so terperinci PK06 memberi
Kalau kita murid secara dari segi apa. So, skor pentaksiran
tanya...contoh paling individu mungkin kita boleh kepada murid
mudahlah... kita sebaliknya secara ambil tajuk yang melalui
tanya nama. Dia akan purata, iaitu setiap telah kita beri pemerhatian dan
sebut nama dia saja. murid dalam kepada dia adakah memberi TP
Dia tak boleh kumpulan dia mengulas kepada murid
huraikan bin siapa mendapat skor dengan lebih mengikut persepsi
binti siapa. Itu kita yang sama. terperinci so ikut beliau.
kata dia boleh situ saya bagi
menjawab tetapi markah. Saya ikut
terlalu terhad kefahaman saya
jawapan dia. sendiri. Kalau bagi
PK04 Macam tahap 1 tu PK04 akan skor ni biasanya atas
pelajar tu boleh menentukan TP pemerhatian saya
boleh bercakap je... murid mengikut sajalah. Pelajar
boleh je memberi pemahaman boleh cakap dengan
idea kepada soalan beliau. Dapatan baik... kelancaran...
kita... hah tahap 1 pemerhatian pertimbangan saya
dia dah lepaslah. 2 menunjukkan sendiri.
dan 3 tu kalau dia PK04 membuat PK07 Dia punya Pemerhatian yang
boleh memberi penskoran dengan penyataan tu sama dilakukan oleh
lebih idea-idea yang memberi skor sahaja cuma yang pengkaji
baharu. Tapi kalau yang sama kepada hujung tu je. Nak mendapati PK07
dia boleh semua murid yang menentukannya tu membuat
menyampaikan ditaksir dalam satu macam sangat penskoran
secara bertatasusila kumpulan. terhad tu saya rasa mengikut
dengan adanya memang kurang pemahaman beliau
bukti-bukti yang bercakap... kurang sendiri semasa
dikemukakan tu komunikasi...kuran menentukan TP
kukuh. Kalau kita g idea...tak boleh murid.
tengok kat nak huraikan isi tu
deskriptor untuk dengan lebih
band mungkin dia dengan jelas kot.
capai band 4.
Macam tahap 5 dan
6 tu pelajar dia
boleh memberi
dengan mithali
maknanya
penggunaan
bahasanya sangat
bagus.
PK05 Tapi kalau dia Melalui
menjawab secara pemerhatian
keseluruhan isu pengkaji, PK01
yang kita berikan tu sentiasa
dan dia memberi memastikan murid
respon tu maklumat dapat berhujah
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 35

RAJAH 1: Contoh Borang Transit Penskoran darjah bersama-sama murid mengenali dan
Pentaksiran Lisan Peserta Kajian mengetahui potensi murid masing-masing.
Seterusnya, penskoran pentaksiran
seharusnya dinilai oleh peserta kajian secara
individu dan bukannya dibuat secara purata
dengan memberi penilaian yang seragam kepada
semua murid dalam satu kumpulan. Winke (2012)
dan Lazaraton (2014) menjelaskan bahawa
penskoran pentaksiran lisan satu proses yang sukar
jika dibandingkan dengan kemahiran menulis
khususnya dalam menentukan
kebolehpercayaannya jika dibandingkan dengan
empat kemahiran bahasa yang lain. Beliau
menegaskan guru perlu diberi bimbingan, latihan,
dan dipantau oleh pihak berkepentingan agar
penskoran dapat diukur dengan tepat dan boleh
dipercayai.
Oleh itu, pihak berkepentingan khususnya
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM
perlu meningkat profesionalisme khususnya dalam
kalangan guru agar pelaksanaan pentaksiran
RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN bahasa Melayu dapat dilaksanakan mengikut garis
panduan dan berada dalam landasan yang betul.
Pelaksanaan sistem pentaksiran dalam pendidikan Jika permasalahan ini dapat diberi perhatian dan
bahasa Melayu mula diberi penekanan pada tahun mengambil tindakan yang sewajarnya sudah pasti
2012 di sekolah menengah. Secara ringkasnya, hasrat SPPK yang terkandung dalam PPPM 2013-
peserta kajian yang mengajar bahasa Melayu akur 2025 terlaksana dengan jayanya pada masa akan
dengan sistem pentaksiran yang berlaku seiring datang. Amat wajar guru-guru bahasa Melayu
dengan proses PdP. Namun demikian, amalan mendapat pendedahan berkaitan pelaksanaan
penskoran pentaksiran lisan dalam kalangan penskoran pentaksiran melalui kursus atau bengkel
peserta kajian masih berada pada tahap yang yang kerap dilakukan dan pemantauan daripada
rendah. Dapatan kajian mendapati peserta kajian pihak berwajib berlaku dari semasa ke semasa.
masih belum jelas dan tidak memahami dengan
mendalam penyataan yang terdapat dalam RUJUKAN
Standard Prestasi (Spi) untuk menentukan Tahap
Penguasaan (TP) yang perlu dicapai oleh murid. Arsaythamby, V., Hariharan, N.K. & Ruzlan M.A.
Ini menyebabkan penskoran yang dilakukan oleh (2015). Teachers’ knowledge and readiness
peserta kajian mengikut pemahaman dan persepsi towards implementation of school based
mereka sendiri. assessment in secondary schools. Canadian
Tindakan yang diambil oleh peserta kajian ini Center of Science and Education.
kerana TP dalam SPi didapati terlalu subjektif dan International Educations Studies, 8 (11): 193-
sukar untuk peserta kajian mengukur pentaksiran 203.
lisan murid. Hal ini akan menyebabkan mutu Arter, J. (2000). Rubrics, scoring guides, and
pengajaran dan kemahiran amalan pentaksiran performance criteria: Classroom tools for
dalam kalangan guru berada pada tahap yang assessing and improving student learning.
rendah. Selain itu, langkah yang diambil oleh Pembentangan di mesyuarat tahunan New
peserta kajian dengan membuat penilaian secara Orleans, LA: American Educational Research
pertimbangan profesional adalah wajar dan Association.
menepati garis panduan PPPBD. Tidak dinafikan Baird, J., Andrich, D., Hopfenbeck, T,N., Stobart,
hanya guru yang mengajar dan berada dalam bilik G. (2017). Assessment and learning: Fields
ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 2 (Nov. 2019): 25-36 36

apart? Assessment in Education: Principles, Suseela & Sim Kwan Hoon. (2010). Teacher
Policy & Practice, 24 (3): 317-350. perspectives of school-based assessment in a
Heejeong, J. (2015). What is your teacher rubric? secondary school in Kuala Lumpur, Procedia
Extracting teachers’ assessment constructs. Social and Behavioral Sciences 9: 1170-
Practical Assessment, Research & 1176.
Evaluation, 20 (6): 1-13. Tan Ai Mei. (2010). Pentaksiran Berasaskan
Kağan Bűyűkkarcı. (2014). Assessment beliefs Sekolah di Malaysia: Kesediaan guru, isu
and practices of language teachers in primary dan panduan pelaksanaan. Kuala Lumpur:
education. International Journal of Gerak Budaya Enterprise.
Instruction, 7. Yin, R.K. (2011). Qualitative research from start
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). to finish. New York: The Guilford Press.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, & Nik
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran Bilik Darjah: Panduan untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab.
Panduan Pengurusan Pentaksiran Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan,
Berasaskan Sekolah (PBS). Putrajaya: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku
Penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017).
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018).
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2012). Kajian
berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah.
http://apps2.moe.gov.my/lp
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2015). Kajian
berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusof, &
Rosnidar Mansor. (2012). Pelaksanaan
pendekatan konstruktivisme dalam mata
pelajaran Sains. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia, 2 (1): 78-91.
Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019).
Pengetahuan, kemahiran, sikap, dan masalah
guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik
darjah bahasa Melayu di sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (1): 56-
67.
Sufean Hussin & Ghazali Darusalam. (2016).
Metodologi penyelidikan dalam pendidikan
amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

You might also like