You are on page 1of 13

AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM

KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH


184

AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN


AUTENTIK DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

Nor Azizah binti Atan


Zaharah binti Mohamad
Norasyikin binti Yaacob
Norshila binti shafie

IPG Kampus Ilmu Khas

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Pentaksiran Autentik
dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Kajian ini ingin melihat sejauhmana penggunaan
pentaksiran autentik sebagai satu amalan dalam pentaksiran bilik darjah di sekolah mereka.
Responden kajian terdiri daripada 25 orang guru-guru sekolah rendah di sekitar Wilayah
Persekutuan dan Selangor. Reka bentuk kajian adalah secara kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui
kaedah soal selidik, temu bual dan analisis dokumen.. Kajian ini mendapati Pentaksiran Autentik
yang mereka gunakan didalam pengajaran pembelajaran mereka berbeza mengikut subjek yang
di ajar. Hasil kajian ini mendapati majoriti responden bersetuju guru-guru sekolah rendah sering
menggunakan kaedah persembahan, produk, hands on, buku skrap dan portfolio dalam
pentaksiran autentik di sekolah mereka.. Dapatan kajian juga mendapati jenis aktiviti yang kerap
digunakan oleh guru-guru sekolah rendah ialah pentaksiran prestasi. Pentaksiran merupakan
salah satu cara untuk para pendidik membuat penilaian tentang perkembangan potensi murid
dalam pembelajaran. Ianya juga merupakan ukuran untuk pendidik melihat keberkesanan
pengajaran mereka.

Katakunci: amalan pentaksiran bilik darjah , pentaksiran autentik, guru sekolah rendah

ABSTRACT

This study aims to look at Classroom Assessment Practices (PBD) For Authentic Assessment
among primary school teachers. This study would like to see the extent to which the use of authentic
assessment as a practice in classroom assessment in their schools. The respondents of the study
consisted of 25 primary school teachers around the Federal Territory and Selangor. The design of
the study is quantitative and qualitative that is through the method of questionnaires, interviews
and document analysis. The results of this study found that the majority of respondents agreed that
primary school teachers often use presentation methods, products, hands on, scrapbooks and
portfolios in authentic assessment in their schools. performance appraisal. Assessment is one way
for educators to make an assessment of the potential development of students in learning. It is also
a measure for educators to see the effectiveness of their teaching.

Keywords: classroom assessment practices, authentic assessment, primary school teachers

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
185

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,
sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata
lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai
bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai
penilaian alternatif.

Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian pengetahuan atau


keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata
sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses
yang memerlukan murid-murid mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan
strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang
bermakna.

Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992),
penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik
dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan
secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan
dalam pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman
terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap
kognitif di peringkat pengetahuan dan pemahaman malah melibatkan tahap kognitif
yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Kajian yang dijalankan oleh Rohaya Talib dan Mohd Najib Abdul Ghafar (2008)
mengkonsepsikan literasi pentaksiran sebagai kompetensi pengetahuan guru dalam
bidang pentaksiran. Berasaskan pengetahuan, guru dapat mengamalkan prinsip,
tatacara, strategi dan kaedah pentaksiran yang sesuai bagi membantu proses
pembelajaran seterusnya membuat keputusan yang tepat dan adil mengenai pelajar,
kurikulum dan program pendidikan secara keseluruhan.

PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan dari analisis tinjauan awal pengkaji mendapati masalah utama yang dihadapi
oleh guru dalam melaksanakan aktiviti dan kaedah PBD ialah mereka masih keliru dengan
kaedah yang sesuai. Pengkaji masih mendapati amalan pentaksiran yang dilaksanakan
dalam kelas masih ditakuk yang sama. Sebahagian guru guru didapati kurang peka dalam
menjalankan aktiviti pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap murid. Ini termasuklah
jenis aktiviti pentaksiran yang digunakan dan kaedah atau instrumen pentaksiran autentik

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
186

yang sering digunakan oleh guru. Sesetengah guru tidak membaca Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan betul kerana standard taksiran tahap
penguasaan sememangnya telah di sediakan dalam DSKP.

Kajian lepas tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak banyak dijalankan di Malaysia.
Kebanyakan kajian bertumpu kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti
kajian oleh Zamri et al. 2010, Aniza 2014, Noraini & Zamri 2016, Norzaiton & Jamaludin,
2016. Bagaimana pun, Sh. Siti Hauzimah Wan Omar (2019), mengkaji tentang kesediaan
guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan PBD daripada segi pengetahuan,
kemahiran, dan sikap guru. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan guru dalam pelaksanaan PBD Bahasa Melayu adalah tinggi. Rumusan
keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa semua aspek yang dikaji iaitu pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan PBD adalah pada tahap yang tinggi.

Glaser (1962) dalam Joyce B. (1992) mengemukakan model pengajarannya dengan


membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif
pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga
menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan
objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus
dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,
agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan
keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.

PBD menekankan kepada tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran untuk pembelajaran


dan tentang pembelajaran (KPM, 2018). Guru melaksanakan pentaksiran secara
berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan kaedah (i)
lisan, (ii) bertulis dan (iii) pemerhatian (KPM, 2018). Pelaksanaan PBD bertujuan untuk
menggantikan peperiksaan supaya perkembangan pelajar boleh ditaksir dengan lebih
holistik.
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua
mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang
murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan
murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran
mereka.

TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan ini secara khusus bertujuan meneliti amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
bagi pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah rendah. Seterusnya diharapkan
dapat memberi kefahaman menyeluruh secara:

1. Mengkaji jenis pentaksiran autentik yang digunakan di sekolah rendah.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
187

2. Mengenalpasti instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru sekolah rendah.


3. Mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan pentaksiran autentik di sekolah rendah

Persoalan kajian yang utama adalah berkaitan tentang aspek-aspek amalan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) bagi pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah rendah
Masalah penyelidikan ini boleh dirumuskan dalam soalan kajian seperti berikut:

Apakah jenis pentaksiran autentik yang digunakan di sekolah rendah?


1. Apakah instrumen pentaksiran yang digunakan oleh guru sekolah rendah?
2. Sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan pentaksiran autentik di sekolah
rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif telah digunakan secara
menyeluruh dalam penyelidikan ini. Menurut Cresswell (1994) penyelidikan kualitatif
adalah satu proses inkuiri untuk memahami masalah sosial atau masalah manusia,
berdasarkan kepada gambaran yang menyeluruh dan kompleks, melalui pandangan yang
mendalam serta dijalankan dalam keadaan yang sebenar dan semula jadi.

Pendekatan kualitatif yang digunakan sesuai dengan permasalahan kajian yang


memerlukan kefahaman menyeluruh dan mendalam. Pendekatan Kualitatif adalah
pendekatan yang menempatkan permasalahan kajian sebagai satu fenomena yang
kompleks, yang menyebabkan pengkajiannya perlu dilakukan secara holistik, deskriptif,
dan interpretatif (Tjetjep Rohendi Rohidi, 2000)

Pengkaji mengaplikasikan beberapa teknik pengumpulan data bagi membantu kutipan


data dan maklumat. Bagi persampelan kajian penentuan subjek atau populasi kajian
adalah amat penting dalam sesuatu penyelidikan. Babbie (2008) menyatakan populasi
sebagai keadaan yang menetapkan siapa yang harus dimasukkan atau dikeluarkan
daripada populasi. (Mohd Majid Konting, 2004) pula menyatakan populasi sebagai semua
ahli dalam kelompok pemboleh ubah yang dikaji.

Subjek kajian ini terbatas kepada guru-guru sekolah rendah di sekitar Wilayah
Persekutuan dan Selangor. Bagi tujuan kajian, jumlah subjek kajian yang diambil adalah
seramai 25 orang guru yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Responden juga melibatkan 2
orang pentadbir yang bertugas dalam pengurusan sekolah rendah sebagai responden.

Jadual 1 Dapatan Soal selidik – Subjek Pengajaran Responden


Kaedah Pentaksiran Kekerapan Peratus (%)
Bahasa Inggeris 7 28
Bahasa Melayu 1 4
Reka Bentuk Teknologi (RBT) 1 4

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
188

Pendidikan Seni Visual (PSV) 4 16


Pendidikan Islam 6 24
Tasmik 1 4
Bahasa Arab 1 4
Urus Diri 2 8
Sains 1 4
Pendidikan Jamani & Kesihatan (PJK) 1 4

Lokasi kajian ini dipilih berdasarkan terdapatnya popularasi yang bertepatan dengan
tujuan kajian, iaitu institusi yang mempunyai pentaksiran bilik darjah yang khusus. Lokasi
kajian ini bertempat di sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Pemilihan lokasi ini juga dibuat berdasarkan faktor logistik, faktor kewangan dan
kekangan masa yang dihadapi pengkaji iaitu jarak lokasi kajian adalah mampu dicapai
oleh pengkaji telah memudahkan proses pengumpulan data yang telah dijalankan.
Bersandarkan pada pernyataan Chua (2006) berkaitan persampelan berkelompok, maka
pengkaji memilih lokasi yang dinyatakan agar data yang telah diperoleh dapat
memberikan keputusan yang boleh dipercayai.

Dalam kajian ini beberapa kaedah pengumpulan data digunakan, antaranya soal selidik,
temubual, dan himpunan dokumen.

Dalam kajian ini, instrumen temu bual berstruktur digunakan. Temu bual berstruktur ini
dapat memastikan pengkaji memberi fokus yang maksimum terhadap isi soalan yang
diberikan kepada subjek kajian supaya maklumat yang tepat dapat direkodkan. Rosinah
Edinin (2011) menyatakan bahawa hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam
memerihal semula dan menggunakan kekerapan tema yang diperoleh melalui transkripsi
temu bual secara sistematik dan berkesan. Berdasarkan strategi analisis Creswell (2013)
pengkaji perlu mempertimbangkan beberapa perkara:
i. Membaca teks beberapa kali untuk memahaminya secara menyeluruh.
ii. Menulis rumusan (nota) teks bagi mengurangkan data untuk mengidentitikan kod
dalam margin transkrip.
iii. Memerhatikan perkataan, metafora atau idea yang digunakan oleh subjek kajian.
iv. Menulis kod tentative, memo dan nota refleksi.
v. Menggunakan perkataan dan urutan baru ( repharase ideas).

Himpunan dokumen bermula daripada awal proses menghasilkan proposal. Dalam


menghasilkan proposal perlu merujuk kepada teori-teori dan konsep-konsep yang boleh
diguna pakai semasa proses menganalisis dan menbuat kesimpulan dalam kajian.
Dokumen-dokumen yang dikumpul adalah seperti informasi-informasi mengenai proforma
kursus, portfolio, dokumen pentaksiran dan sebagainya. Selanjutnya, instrumen borang
skor indikator pemarkahan amali menggambar digunakan bagi menilai hasil akhir subjek
kajian. Penilaian bertujuan melihat keberkesanan setiap subjek kajian dalam
mengaplikasikan aspek-aspek dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah bagi
pentaksiran autentik.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
189

PROSEDUR PENGUMPULAN DAN ANALASIS DATA

Pengkaji telah mentadbir sendiri soal selidik, himpunan dokumen dan temu bual bagi
mendapat maklumat dan data dalam kajian ini. Data dan maklumat yang diperolehi
dikumpul dan dipola mengikut kategori. Dalam pendekatan ini, pengkaji perlu membuat
pemilihan dan interpretasi ke atas data yang dikumpul. Selain daripada itu pengkaji juga
perlu mengadunkan deskripsi, dokumen, catatan lapangan dan membuat interpretasi ke
atas himpunan dokumen, temubual dan soal selidik ke dalam satu bentuk naratif
deskriptif. Pendekatan analisis data yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ialah
dengan menggunakan pendekatan analisis data kualitatif iaitu seperti yang telah
dikemukakan oleh Miles dan Huberman (1994) yang mana, menerusi pendekatan ini
pengkaji akan cuba menjelaskan seberapa tepat yang mungkin tentang apa yang dikaji
serta menstrukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difahami oleh
pembaca.

Koleksi Penyajia
Data n Data

Reduksi
Data
Kesimpulan:
Penarikan/Varifikasi

Rajah 2: Komponen bagi Analisis Data : Model Interaktif Miles & Huberman

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data-data yang telah dikumpul dan berdasarkan kepada kepada
persoalan kajian yang telah ditetapkan, maka dapatlah dijelaskan seperti berikut:
MENGKAJI JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK YANG DIGUNAKAN DI SEKOLAH
RENDAH

Jadual 2 Dapatan Analisis Dokumen

Bil Jenis Dokumen Tarikh Ulasan

1. Surat Pekeliling Ikhtisas 2 November Mempunyai garis panduan


Pelaksanaan Kurikulum Standard 2016 secara ringkas dimana PBS
Sekolah Rendah ( Semakan 2017)

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
190

secara berpringkat-peringkat mulai dijalankan secara inklusif


tahun 2017- SPI BIL. 8/2016 dalam pdp guru
2. Buku Panduan Pentaksiran Bilik 7 Januari Buku panduan lengkap
Darjah Edisi ke- 2 2019 2020 perlaksaan PBD untuk guru-
Terbitan : BPK guru Sekolah Rendah
3. 4 September Mempunyai garis panduan
Panduan Menggunakan Google
2019 terperinci kaedah memuat naik
Drive Dalam Mengisi Data Templat
boring pelaporan PBD di
Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
Google Drive
(Pbd) Tahap 1
Terbitan: BPK
4. Surat Maluman Perubahan 25 April 2019 Pemberitahuan kepada
Templat Pelaporan Pentaksiran sekolah-sekolah di Malaysia
Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 akan perubahan template
pelaporan PBD Tahap 1
5. DSKP Tahun 1 - 5 2017 -2020 Dokumen yang wajib
digunakan oleh guru-guru
dalam melaksanakan
pengajaran dan pentaksiran
6. Templat Pelaporan Tahap 1 dan 2 2019-2020 Templat untuk guru merekod
tahap penguasaan murid
berpandukan DSKP
7. Surat Siaran LPM : Penjadualan 29 Jun 2020 Surat Siaran KPM berikutan
semual pepriksaan dan pandemic Covid-19 dan PKP
Pentaksiran Tahun 2020 2020
8. Surat Siaran KPM – Pemansuhan 19 Disember Makluman pelaksaaa secara
Amalan Peperiksaan Pertengahan 2018 optimum dan focus kepada
Tahun dan Akhir Tahun Tahap perkembangan potensi murid
1(Tahun 1,2, & 3 Di Sekolah sepenuhnya bermula Tahap 1
Rendah KPM Mulai Tahun 2019
9. Surat Makluman Pelaporan 2016 Makluman kepada Sekolah-
Pentaksiran Sekolah Tahun 6 sekolah di Malaysia untuk
merekod pentaksiran murid
Tahun 6 dan laporan
keputusan pentaksiran perlu
diberi bersama-sama dengan
sijil UPSR
10. Panduan Pengoperasian Dan 2016 Terdapat 4 bahagian yang
Penjaminan Kualiti PBS perlu diberi perhatian bagi
menjamin pengoperasian dan
penjaminan Kualiti PBS iaitu
pementoran, pemantauan,
penyelarasan dan
pengesanan.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
191

Berdasarkan jadual di atas, analisis dokumen membuktikan bahawa pentadbiran


pentaksiran bilik darjah telah dilaksanakan dengan baik. Pentaksiran bilik darjah telah
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pihak pentadbir telah menyeragamkan proses pentaksiran PBD
bagi subjek-subjek yang ditawarkan dalam pembelajaran sekolah rendah. Bahagian
Perkembangan Kurikulum telah menyediakan instrumen pentaksiran bilik darjah secara
berpusat. Ini bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran bilik darjah yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. Pentaksiran bilik darjah ini juga
sebagai rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan dan guru-guru.

Terdapat usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang
dinilai dari semasa ke semasa secara sistematik. Pentaksiran autentik adalah satu kaedah
yang sesuai digunakan untuk menguji hasil pembelajaran yang berteraskan pentaksiran
bilik darjah seperti yang terkandung dalam DSKP matapelajaran yang berkaitan.
Sehubungan itu, satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran bilik darjah disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada pentadbir, guru dan penilai yang terlibat dengan
matapelajaran berkenaan.

Jadual 3 : Analisis dokumen : Tahap Penguasaan Tertinggi (Pentaksiran Autentik)

Tahap Penguasaan Kekerapan Peratus (%)


TP 6 5 20
TP 5 16 64
TP 4 4 16

Berdasarkan jadual di atas, analisis dokumen tahap penguasaan tertinggi bagi


penggunaan pentaksiran autentik yang dikelolakan oleh subjek kajian menunjukkan
murid-murid mempunyai pencapaian yang baik. Murid-murid dinilai menggunakan skala
pemarkahan seperti ditetapkan dalam rubrik pemarkahan PBD yang berkenaan bagi
memastikan kesahan pemarkahan. Dapatan kajian juga mendapati tahap penguasaan
murid boleh dipertingkatkan lagi setelah mengikuti pendekatan autentik ini. Dapatan
kajian menunjukkan penggunaan pentaksiran autentik dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid. Pentaksiran ini menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan.

MENGENALPASTI KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DI


SEKOLAH RENDAH

Jadual 4 Dapatan Soal selidik – Jenis Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran Kekerapan Peratus (%)


Pemerhatian 22 88
Lisan 23 92
Penulisan 22 88

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
192

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dapatan soal selidik-jenis pentaksiran , kaedah pentaksiran


yang kerap digunakan iaitu kaedah pentaksiran lisan iaitu 22 kekerapan (92%) manakala
kaedah pentaksiran pemerhatian dan penulisan mempunyai kekerapan yang sama iaitu
22 kekerapan (88%). Dapatan kajian juga mendapati kaedah pentaksiran secara lisan
kerap digunakan dalam kalangan guru sekolah rendah semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

Jadual 5 Dapatan Soal selidik – Kaedah Pentaksiran Autentik

Kaedah Pentaksiran Autentik Kekerapan Peratus (%)


Persembahan 22 88
Pentaksiran Atas Talian 6 24
hands on / amali 13 52
Buku Skrap 21 84
Portfolio 13 52

Berdasarkan Jadual 5 di atas, dapatan soal selidi bagi kaedah pentaksiran autentik,
kaedah pentaksiran autentik yang kerap digunakan iaitu kaedah pentaksiran
persembahan iaitu 22 kekerapan (88%) , kaedah pentaksiran autentik buku skrap 21
kekerapan (84%), kaedah pentaksiran autentik hands on/amali dan portfolio mempunyai
kekerapan yang sama iaitu 13 (52%) manakala kaedah pentaksiran atas talian
mempunyai kekerapan yang rendah iaitu 6 (24%). Dapatan kajian juga mendapati kaedah
pentaksiran secara persembahan kerap digunakan dalam kalangan guru sekolah rendah
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Jadual 6 Analisis Temu Bual

Soalan Berstruktur Interpretasi


Nyatakan isu yang anda Didapati tahap Kemahiran dan pengetahuan murid yang
hadapi semasa berbeza-beza di dalam satu kelas menjadi isu untuk guru
pelaksanaan PBD. menjalankan pentaksiran, kerana guru perlu manjalankan
pentaksiran yang berbeza mengikut tahap murid pada
satu-satu masa.
Beri pendapat anda untuk Didapati guru memerlukan lebih lagi masa untuk
aktiviti pentaksiran autentik menjalankan PBD dan juga pengukuran yang standard
yang lebih berkesan. untuk semua murid untuk diukur dengan cara eksplisit.
Didapati aktiviti yang berkesan untuk pentaksiran autentik
adalah seperti aktiviti lisan dan penulisan, projek,
pameran, bercerita, portfolio, persembahan, produk,
hands on, buku skrap, dan perbincangan kumpulan.
Sejauhmanakah Didapati kesemua guru telah membudayakan pentaksiran
keberkesanan pentaksiran Autentik terutama pentaksiran berdasarkan potensi. Ini
Autentik dalam kalangan menolong guru mengetahui sama ada objektif PdP
guru sekolah anda? tercapai dan sejauh mana tahap penguasaan murid dalam
sesuatu PdP.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
193

Didapati keberkesanan pentaksiran autentik di sekolah


menyebabkan murid berupaya untuk menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi mereka (KBAT) dalam
menyelesaikan permasalahan tugasan yang diberikan
dengan menggunakan pengalaman mereka dan berfikir
secara kreatif san kritis.
Didapati murid berjaya menghasilkan projek dengan
menggunakan media, proses dan teknik yang betul dan
kreatif. Murid juga berjaya memberi justifikasi tentang
projek yang mereka hasilkan.
Apakah cadangan anda Didapati maklumat tentang pentaksiran autentik perlu
untuk penambahbaikan diperluas agar guru tahu bahawa selama ini guru-guru
dalam pengurusan telahpun melakukan pentaksiran autentik tanpa mereka
pentaksiran Autentik? sedar akan maksud pentaksiran autentik. Ini ialah supaya
mempunyai lebih banyak idea untuk membina Item
pentaksiran untuk menilai tahap penguasaan murid.
Guru perlu mempelbagaikan cara pentaksiran dan
mengurangkan sukatan pelajaran. Guru juga perlu
memberi respons dan maklum balas kepada murid agar
terjadi pembelajaran dua hala. Murid mengetahui tahap
kemahiran dan tahap kelemahan manakala guru dapat
memperbaiki kelemahan dalam menyampaikan
pengajaran.

Berdasarkan Jadual 6 di atas, analisis temu bual menunjukkan keberkesanan


pelaksanaan pentaksiran autentik di sekolah rendah adalah pada tahap yang baik.
Kebanyakan subjek kajian bersetuju bahawa terdapat penyelesaian masalah yang
dilaksanakan terhadap kelemahan dan keperluan penambahbaikan pentaksiran bilik
darjah bagi pentaksiran autentik. Berdasarkan temu bual juga didapati tahap pelaksanaan
aktiviti amali adalah baik. Bagaimana pun tahap kefahaman guru-guru tentang
pentaksiran autentik adalah sederhana. Ini ditegaskan lagi pada cadangan
penambahbaikan yang perlu adalah meningkatkan pemahaman dan mempelbagaikan
cara pentaksiran. Oleh itu maklumat tentang pentaksiran autentik ini haruslah
diperluaskan lagi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Analisis data telah membuktikan kepimpinan para pentadbir, guru-guru, kaedah dan
aktiviti pentaksiran mempengaruhi kejayaan pelaksanaan PBD bagi pentaksiran autentik.
Kaedah dan strategi pentaksiran PBD bagi pentaksiran secara autentik berjaya menguji
sejauh mana tahap pencapaian murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang telah dipelajari selaras dengan matlamat kurikulum. Ini menggalakkan murid
berusaha untuk memperbaiki pencapaian dan memantapkan kemahiran dalam bidang
yang berkaitan sebelum dan selepas melalui ujian ini. Seterusnya menjadi kayu
pengukur untuk menilai tahap pencapaian pelajar dalam bidang berkaitan. Dapatan kajian

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
194

ini juga mempunyai implikasi positif kepada amalan pentaksiran bilik darjah. Bagaimana
pun beberapa isu telah dikenal pasti sebagai cabaran dalam pelaksanaan amalan
pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi pentaksiran autentik dalam kalangan guru sekolah
rendah.

Perubahan yang dilakukan dalam amalan pentaksiran bilik darjah bagi pentaksiran
autentik adalah lebih menjurus kepada proses untuk melihat perkembangan
pembelajaran murid secara autentik. Sistem peperiksaan tradisional yang diamalkan
sebelum ini didapati mempunyai pelbagai kelemahan yang sememangnya didapati
kurang sesuai untuk diamalkan pada zaman ini. Setiap murid haruslah melalui proses
pembelajaran yang terbaik agar mereka dapat menguasai standard kandungan
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Semua pihak juga diharap mempertingkatkan kualiti pelaksanaan pentaksiran bilik darjah
kerana ia merupakan sesuatu yang amat penting dalam meningkatkan prestasi penilaian
mata pelajaran di sekolah rendah. Hasil dapatan pengkaji juga seiring dengan Model
Pengajaran Robert Glaser iaitu dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu
proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (1962).

Oleh yang demikian, para pentadbir dan guru-guru haruslah membuat refleksi terhadap
pelaksanaan dan cabaran pentaksiran bilik darjah bagi pentaksiran autentik ini agar hasrat
yang terkandung dalam matlamat pendidikan negara seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan tercapai. Ini kerana pentaksiran bilik darjah
merupakan kandungan kepada kurikulum yang telah dibentuk.

Para pengkaji menekankan bahawa guru-guru memerlukan sokongan berterusan sama


ada secara tidak langsung di bilik darjah atau melalui struktur pembelajaran profesional
untuk membolehkan mereka menguasai perspektif yang betul terhadap pentaksiran (Lee
& Willian, 2005; Mertler, 2009). Terdapat empat bahagian yang perlu diberi perhatian bagi
menjamin pengoperasian dan penjaminan kualiti pentaksiran iaitu pementoran,
pemantauan, penyelarasan dan pengesanan.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
195

RUJUKAN

Airasian, P. W. (2000). Assessment in the Classroom : A Concise Approach. (2nd Ed.). :


McGraw Hill.

Bachor, D. G., & Baer, M. R. (2001). An examination of preservice teachers’ simulated


Principles, Policy & Practice, 18(1), 5-25.
https://doi.org/10.1080/0969594X.2010.513678.

Bennett, R. E. (2011). Formative assessment:Acritical review. Assessment inEducation:


Brookhart, S. M. (2001). The Standard and Classroom Assessment Research. Paper
presented at the Annual Meeting of the American Association of Colleges for
Teacher Education,

Chappuis, S & Chappuis J. (2008). The best value in formative assessment. Educational
Leadership, 65 (4): 14-19

Chen Jiamu (2001). The Great Importance of the Distinction Between Declarative and
classroom assessment practices. Alberta Journal of Educational Research, 47 (3),
244.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan . buku 1.
Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cresswell J. W. (2005). Educational research. planning, evaluating quantative and


qualitative research. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Cresswell J. W. (2013). Qualitative inquiry & research design. Los Angeles: SAGE
Publication Inc.

DeLuca, C., Klinger, D.A. (2010). Assessment literacy development: Identifying gaps in
Teacher candidates learning Assessment in Education : Principles, Policy &
Practice,17(4),419-438.

DeLuca, C., LaPointe-McEwan, D., & Luhanga, U. (2016). Teacher assessment literacy :
A Review of international standards and measures. Education Assesment,
Evaluation and Accountability, 28, 251-271

Gallagher, J.D. (1998). Classroom Assessment for Teachers. Upper Saddle River, New
Jersey: Merill Prentice Hall.

Joyce B., Weil M. & Showers B. (1992). Model of teaching. Boston: York Production
Services.

Lortie, D. C. (1975). Schoolteacher. Chicago University Press.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
196

Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded


sourcebook (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

National Assessment Governing Board (2008), 2008 arts education assessment


framework, Washington, DC: U.S. Department of Education. Diperoleh dari
www.nagb.org.

Pajares, M.F. (1992). Teachers’ Beliefs and Stinggins, R.J. (2001). The Unfulfilled
Promise of Classroom Assessment. Educational Measurement: Issues and
Practice, 20(3),5-1115.

Patton, M. Q. (1980). Qualitative evaluation method. Beverly Hills, CA: Sage Publication.

Popham W.J. (2013). Classroom assessment: What teachers need to know (7th ed.).
Boston, MA: Pearson. Principles, Policy & Practice, 18(1), 5-25.
https://doi.org/10.1080/0969594X.2010.513678. Procedural Knowledge. Analise
Psicologica . 4(21), 559-566.

Rohaya Talib dan Mohd Najib Abd Ghaffar. (2008). Pembinaan dan Pengesahan
Instrumen Bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di
Malaysia. Kertas Kerja Dalam: Seminar Penyelidikan Pendidikan

Rosinah Edinin PhD. (2011). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Stiggins, R.J. (1991). Relevant Classroom Assessment Training for Teachers.


Educational Measurement : Issue and Practice, 10(1), 7-12. Educational Research:
Cleaning Up a Messy Construct. Review of Educational Research, 62, 307 –
DeLuva, C., LaPointe-International standard and measures. Educational
Assessment, Evaluation and Accountability, 28(3), 251-272.
https://doi.org/10.1007/s11092-015-9233-6.

Tjetjep Rohendi Rohidi. (2000). Ekspresi seni orang miskin: Adaptasi simbolik terhadap
kemiskinan. Bandung: Yayasan Nuansa Cendekia dan Ford Foundation.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of


Teacher Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020

You might also like