You are on page 1of 14

NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

SOALAN 1
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses
mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah
pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan
hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran 
motivasi.

Pentaksiran juga bertujuan untuk menilai aktiviti yang dijalakan


semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini dapat
membantu guru melihat tahap keberkesanan aktiviti yang dijalankan keatas
murid.Pentaksiran turut menyumbangkan maklumat secara berterusan
mengenai P&P seseorang guru tersebut.Melalui maklumat yang diperolehi,
ianya dapat membantu guru untuk memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan kepada murid.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, alat


pentaksiran yang sesuai digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran ialah
pentaksiran autentik. Penilaian autentik juga dikenali sebagai penilaian
alternatif dan penilaian prestasi dan seringkali digunakan seiring. Penilaian
autentik bermaksud penilaian prestasi yang memerlukan pelajar untuk
menjana idea dan  bukannya memilih jawapan yang telah tersedia. (Worten,
1993). Hal ini kerana dalam RPH tersebut mengajarkan mengenai aspek seni
bahasa iaitu menyebut mengenai simpulan bahasa. Oleh itu guru boleh
membentuk kumpulan atau dipanggil pembelajaran koperatif di mana murid
perlu berbincang dalam kumpulan dan belajar bersama-sama. Selepas itu
wakil dari setiap kumpulan boleh tampil kehadapan dan menyebut setiap
simpulan bahasa yang telah dibincangkan.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek


NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian


masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini
juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran
prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi
dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat
memberi peluang kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada
dalam dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga
merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran
prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi
dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian
autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara
realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
(Sumber: Buku Educational Assessment of Students)Melalui pentaksiran
autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui
cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada
kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah
atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini
contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.

Selain itu, hasil pembelajaran aktiviti dapat diukur dengan menggunakan


pentaksiran portfolio yang merupakan salah satu jenis pentaksiran
autentik. Pentaksiran portfolio dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan
atau perubahan yang berlaku sepanjang masa, membantu pelajar membina
kemahiran proses seperti penilaian kendiri dan penetapan matlamat,
mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan mengesan pembangunan
produk atau prestasi.. Pentaksiran ini memberikan peluang kepada guru dan
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

murid untuk mendokumentasikan, menyemak dan menganalisis kandungan


serta kemajuan pembelajaran murid. Dengan kata lain, pentaksiran ini
membantu dan memudahkan guru untuk menilai tahap kejayaan hasil kerja
yang dilakukan oleh murid dan tahap keberkesanan aktiviti yang dilakukan.
Sebagai contohnya, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, murid dapat dinilai secara menyeluruh dari awal aktiviti
pembelajaran sehingga akhir aktiviti pembelajaran iaitu mengikut peringkat
pembelajaran yang dilakukan.

Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai


keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu
kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif.
Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan,
merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg
berseni dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk
membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian yang
berterusan sepanjang proses belajar. Hal ini dapat dijelaskan apabila dalam
aktiviti menyebut simpulan bahasa dan melafazkan dialog yang mengandungi
simpulan bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul melalui aktiviti
“Main Peranan”, murid akan melalui pembelajaran secara berperingkat-
peringkat iaitu pada awalnya murid akan belajar cara untuk menyebut
simpulan bahasa dengan sebutan yang betul dan jelas mengikut bimbingan
guru dan pada akhirnya murid akan melafazkan dialog yang mengandungi
simpulan bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan
melakukannya sendiri. Kemudian, guru akan menilai tahap kebolehan murid-
murid mengikut spesifikasi yang ditetapkan dari awal sehingga akhir aktiviti.
Ini menunjukkan bahawa pentaksiran portfolio ini sangat efisen untuk
digunakan dalam mengukur hasil pembelajaran aktiviti kerana murid akan
dinilai secara menyeluruh terhadap proses pembelajaran mereka dan dari situ
lah juga guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian murid dan
keberkesanan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah.
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

Selain itu, penilaian rakan sebaya juga adalah salah satu alat pentaksiran
yang bagus dalam menilai tahap hasil pembelajaran aktiviti. Penilaian rakan
sebaya merupakan salah satu cara yang membolehkan murid menghayati
ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti dengan menilai kerja rakan mereka.
Penilaian rakan sebaya ini bukanlah sesuatu penilaian yang dilakukan atas
dasar sebagai menaikkan moral rakan-rakan sahaja tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Hal ini kerana melalui penilaian rakan sebaya, ia dapat memberikan
satu penilaian atau komen yang tepat terhadap hasil kerja rakan dan melalui
penilaian yang diberikan akan mewujukan satu kepercayaan yang tinggi
dalam diri seseorang murid untuk terus memperbaiki hasil kerja yang
dilakukan selain mampu meningkatkan pembelajaran murid. Sebagai
contohnya, untuk aktiviti pembelajaran melafazkan dialog yang mengandungi
simpulan bahasa, murid akan diberikan masa untuk berlatih menyebut
simpulan bahasa dengan betul dan murid akan melafazkannya di dalam bilik
darjah dan murid-murid yang lain akan mendengar dan menghayati apa yang
dilafazkan. Kemudian, murid-murid yang lain akan menilai dan memberikan
komen terhadap hasil kerja yang dilakukan iaitu dari segi sebutan yang betul
dan jelas. Melalui penilaian rakan sebaya ini, dapat memberi peluang
kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada
masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi
kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Hal ini
dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti
pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta
menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka
dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis
dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Kesimpulannya, pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan


NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

kepada  usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan


(development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata.  Maklum
balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran
merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran.
Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-
kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa
merancangkan proses pentaksiran.
Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan
sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru
boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil
pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan
yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi
murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor  sebagai
persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

BIBLIOGRAFI
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

Bloom, B.S., J.T. Hasting and G.F. Madaus (1971). Handbook on Formative
and Summative Evaluation of Student Learning, McGraw-Hill Book Co,
New York.

Suzana Abd Mutalib. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam


subjek Bahasa Melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2 (1): 17-30.

Norazilawati Abdullah, et. Al. (2015). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. 5(1), 89–102

Sidhu, C. Y. F. & G. K. (2012). School-Based Assessment among Esl


Teachers in Malaysian Secondary Schools. Journal of the Malaysian
Education Deans’ Universiti Sains Malaysia, Council, V. 1–18

Kamus Dewan. (4th ed.).(2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malakolunthu, S., & Hoon, S. K. (2010). Teacher perspectives of school-


based assessment in a secondary school in Kuala Lumpur. Procedia - Social
and Behavioral Sciences. 9, 1170–1176.

Muhyiddin Yassin. 2014. Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122

Noraini Mat Lodin & Suhaida Abdul Kadir. (2013). Penerimaan Guru
Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dengan Komitmen Guru
Dalam Melaksanakan PBS Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah
Dalam Pendidikan (GREDUC 2013)

SOALAN 2
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

a Hitungkan Min pencapaian murid dalam Ujian Matematik.

Min= Jumlah Skor Murid (f)


----------------------------
Bilangan skor (n)

= 90+85+85+80+80+75+70+65+50+40+40
12
= 70

b Hitungkan Indeks Kesukaran untuk Item 1, Item 3 dan Item 5.


Indeks Kesukaran (P)
p= bilangan murid yang mendapat betul
Jumlah Bilangan murid

Item 1 ; P = 7
12

= 0.58

Item 3 ; P = 9
12

= 0.75

Item 5 ; P = = 7
12

= 0.58

c Hitungkan Indeks Diskriminasi untuk Item 1 dan Item 4

RA  RB
1
( jumlah murid dalam RA dan RB)
Indeks diskriminasi, d = 2

D = Indeks diskriminasi
RA = Bilangan murid yang menjawab betul daripada kalangan murid
bepencapaian tinggi
RB = Bilangan murid yang menjawab betul daripada kalangan murid
bercapaian rendah
Item 1 :
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

30
d
1
(3  3)
2
= 1 (diskriminasi positif)

Ini bermaksud item 1 boleh disimpan ke dalam Bank Soalan

Item 4 :
3 1
d
1
(3  3)
2
 0.67(diskrimin asi positif)
Ini bermaksud item 4 boleh disimpan ke dalam Bank Soalan

Indeks Diskriminasi Tafsiran Items Keputusan


ID < 0 Diskriminasi negatif, iaitu Gugurkan
prestasi kumpulan rendah
lebih baik daripada kumpulan
tinggi/lebih ramai kumpulan
rendah menjawab betul
berbanding kumpulan tinggi.
0 Tiada diskriminasi Gugurkan
ID berada antara 0.1 hingga Diskriminasi positif yang Tulis semula
0.19 rendah item
ID berada antara 0.2 hingga Diskriminasi positif yang Ubah Suai
0.39 sederhana
ID lebih daripada 0.4 Diskriinasi positif yang tinggi Diterima

Oleh itu, item 1 dan item 4 merupakan item yang baik.Kedua-dua item ini boleh
disimpan ke dalam Bank Soalan kerana mempunyai indeks diskriminasi positif 1 dan
0.67.

SOALAN 3

Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan pada murid tahun 1 di


NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

seluruh negara bermula tahun 2011 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).


Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di semua sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan
dilaporkan secara terancang mengikut set prosedur yang telah ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penilaian PBS adalah bersifat
holistik iaitu secara menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor
selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Sistem PBS yang dilaksanakan mampu memberi
maklumat secara menyeluruh berkenaan prestasi murid dari segi
pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai murni murid secara
berterusan. Komponen penilaian dalam PBS terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Namun terdapat beberapa isu
yang telah timbul berkaitan dengan proses perlaksanaan PBS di Malaysia.

Antara isu yang dihadapi dalam perlaksanaan PBS ialah beban tugas
guru itu sendiri semakin meningkat. Hal ini kerana perlaksaan PBS
memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan pihak sekolah selari
dengan perlaksanaan KSSR dan PBS. Kemahiran dan penggunaan alatan
ICT yang tinggi diperlukan untuk melaksanakan PBS di sekolah. Guru
menggunakan kemahiran penggunaan dan peralatan ICT seperti komputer,
alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti microsoft word,
powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.

Instrumen yang dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan,


gambar, gambar rajah, dan pelbagai media. Instrumen yang dibina mestilah
mampu menguji murid dan memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Guru mesti melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan
komputer, mengakses internet dan menggunakan segala peralatan ICT yang
disediakan. Menurut Akhiar et al (2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus
mempelajari teknologi terkini yang dapat menggalakkan pembelajaran murid
serta memenuhi tujuan peningkatan profesional guru sendiri.

Selain itu, prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan


NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

pelbagai tugas yang rencam dan diluar tugas utama mengajar di


sekolah. Terdapat pelbagai tugas sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan PBS. Bagi eviden, guru perlu melakukan proses membina,
memeriksa, mencetak, menanda, merekod dan menyimpan. Guru juga perlu
melaksanakan pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS, 5 menyenggara
eviden, menguruskan pelbagai fail eviden, showcase dan sebagainya. Ini
menyebabkan timbulnya lambakan kerja yang tidak kehabisan, seterusnya
meningkatkan tahap beban tugas guru. Akhiar et al. (2012) menyatakan
selain mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian seperti
menyemak buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan
kemajuan murid, menanda kedatangan, menyimpan fail, membuat nota
pelajaran dan menulis surat kepada ibu bapa serta penjaga berkenaan hal
ehwal murid. Ini jelas menunjukkan melalui pelaksanaan PBS, semakin
bertambah tugas guru di sekolah dan menyebabkan tugas utama sebagai
pengajar semakin terhimpit dan kurang diberikan penekanan oleh guru.

Tambahan lagi, tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan


komitmen yang tinggi daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang
tinggi ini sedikit sebanyak mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru
perlu memberikan sepenuh komitmen dalam membuat eviden, memeriksa
eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam sistem online setiap
minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden hampir setiap hari
dan memasukkan eviden ke dalam fail murid yang mencecah ratusan fail
setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar empat kelas berlainan
dalam seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid. Maka guru
perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas setiap kali
pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan hampir
setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam
kelas. Rutin tugas yang pelbagai memerlukan guru memberikan sepenuh
perhatian dari segi masa, tenaga dan kemampuan setiap hari. Komitmen guru
di sekolah akan menentukan keberkesanan pembelajaran, kemajuan pelajar
dan pencapaian matlamat sekolah. Ini selaras dengan kenyataan Robiah
(1998) iaitu pengajaran yang berkesan oleh seseorang guru itu adalah
penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam kurikulum.
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

Isu seterusnya ialah ketidakyakinan guru dalam pentaksiran.


Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa
kurang yakin dalam menaksir murid. Kekurangan pengetahuan, kemahiran
dan sumber material menambahkan lagi ketidakyakinan mereka dalam
pentaksiran. Hal ini pernah diutarakan oleh Raden (2008) di mana guru
mengimpikan latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan
PBS dengan jayanya. Guru-guru mahu dibekalkan dengan sumber material
seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM), Manual
Pentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya. Latihan
dan bengkel ini sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan
kepada guru untuk merangka bentuk dan pelaksanaan PBS. Sebahagian ibu
bapa juga mempertikaikan cara setiap guru mata pelajaran membuat
pentaksiran. Di sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang hanya
menuding jari, menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat
pentaksiran.

Seterusnya, penyaluran maklumat kepada ibu bapa mengenai sistem


PBS belum menyeluruh. Ibu bapa tidak memahami akan sistem PBS
kerana ianya masih baharu. Penerimaan ibu bapa tentang konsep dan
penerimaan pelaksanaan PBS sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan
kepada guru. Guru selalu mendapat rungutan ibu bapa berkenaan kemajuan
dan kedudukan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa
beranggapan pembelajaran tanpa peperiksaan boleh menimbulkan kesan
yang negatif terhadap fokus dan matlamat murid-murid di sekolah. Selain
guru, para ibu bapa juga perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai
perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan
negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Online, 22 Oktober
2012). Tanggapan negatif dan ketiadaan kerjasama dari masyarakat
membuatkan guru rasa tertekan dengan pelaksanaan PBS kerana ibu bapa
kurang memberi sokongan moral terhadap anak-anak dan sistem pentaksiran
baru ini.
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

Akhir sekali, aktiviti PDP sedikit terganggu dan objektif PDP sukar
dicapai. Hal ini kerana melalui pelaksanaan PBS, didapati guru
memperuntukkan masa yang banyak dalam PBS berbanding tugas mengajar
di sekolah. Guru menggunakan masa yang banyak untuk membina eviden,
menanda eviden, merekod eviden, menyimpan eviden dalam fail serta
merekod keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati guru
menggunakan masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik
manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini menunjukkan
dalam sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk tugas akademik.
Berdasarkan tugas pengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden,
membuat pentaksiran dan merekod eviden, maka tugas akademik guru
semakin bertambah dan ianya akan melebihi penggunaan 10 jam sehari
berbanding tahun 2006. Ini menyebabkan guru merasakan masa tidak
mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas sekolah di
rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas disebabkan kekurangan masa
untuk melaksanakan semua tugas tersebut.

Namun begitu, atas keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia terhadap kesukaran guru melaksanakan sistem PBS ini,
penambahbaikan telah dilaksanakan pada tahun 2014 melalui surat
pekeliling Lembaga Peperiksaan. Berdasarkan penambahbaikan tersebut,
guru boleh mentaksir perkembangan pembelajaran murid dan merekod tahap
penguasaan mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Selain
itu, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil
kerja murid. Guru juga tidak perlu mengisi data penguasaan murid menerusi
SPPBS secara online (Kementerian Pendidikan Malaysia, Oktober 2015).

Kesimpulannya, perlaksaan PBS dilihat menimbulkan pelbagai isu


terutamanya kepada guru dan pihak sekolah. Beban tugas guru yang banyak
sering menimbulkan keresahan dan stress di kalangan guru-guru. Terdapat
pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru di
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

sekolah dan di luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi dari
kementerian, JPN, PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit
sebanyak meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru.

Oleh itu kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membantu guru


menangani masalah beban tugas guru dengan memberi sokongan serta
kepercayaan kepada guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.
Kebajikan dan luahan guru perlu diambil berat supaya pembangunan dan
objektif kerajaan mewujudkan negara maju dapat dicapai dengan jaya dan
berterusan.

BIBLIOGRAFI

Chan Yuen Fook 2003. Pendekatan Penilaian:satu tinjauan dari aspek


kesesuaiannya dalam penilaian program latihan. Jurnal Pengurusan dan
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063

Kepimpinan Pendidikan Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81

Tan Ai Mei. 2010. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia.


Kesediaan Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. UKM

Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009. School-
based Assessment. Enhancing Knowledge and best Practices. University
Publication Centre UTM Shah Alam.

Lembaga peperiksaan 2012 . http://www.moe.gov.my/lp

Lembaga Peperiksaan 2012. Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah

Lembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBS

Mc Millen, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G. 2000. Measurement and


assessment in teaching (Fifth Edition). Pearson International Edition, Upper
Saddle River, New Jersey

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008. Penilaian Program Pentaksiran Kerja


Kursus Berasaskan Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM. Tesis Sarjana. UKM
Bangi.

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia.


Kesediaan Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise,
Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

You might also like