You are on page 1of 20

PEMBINAAN ITEM UJIAN / PEPERIKSAAN PERDAGANGAN TINGKATAN 4

PENGENALAN

Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah saling berkaitan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap
keberkesanan dan kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengujian adalah proses mengukur pencapaian pelajar yang dilakukan secara ujian
bertulis atau lisan. Ujian bertulis asalah set soalan yang piawai yang perlu dijawab
bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar.

Pengukuran adalah proses mengukur pencapaian pelajar yang meliputi pelbagai


kaedah seperti pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengukuran dapat
dijelaskan melalui angka iaitu skor yang diperolehi pelajar dalam sesuatu ujian.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan


dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang telah
ditetapkan supaya ujian yang dilaksanakan kepada pelajar mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Oleh itu, sebelum pembinaan item
ujian dibina. Seorang guru perlu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif
pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.

Jadual Penentu Ujian sangat penting kerana dapat menjadi panduan kepada guru
dalam pembinaan item ujian supaya item-item yang dibina merangkumi semua
kandungan pengajaran yang telah diajar.

Justeru itu, sebelum pembinaan item ujian banyak faktor yang perlu diambil kira
untuk memastikan item ujian yang dibina berkualiti dan mencapai tahap piawaian
yang telah ditetapkan.

JADUAL PENENTU UJIAN

Jadual Penentu Ujian (JPU) juga dikenali sebagai Test Blue Print atau Test
Specification. JPU merupakan dokumen penting kepada guru untuk mengajar dan
menggubal soalan. Jadual ini merupakan panduan objektif kepada guru sebelum
menggubal soalan bagi menentukan kesahan yang tinggi.

Eleman-eleman yang perlu ada dalam JPU ialah:

Kandungan ujian

Bentuk soalan

Panjang soalan
Aras soalan

Peratus soalan

Bilangan soalan atau jumlah soalan

Aras dan kemahiran atau kesukaran

Kepentingan JPU adalah:

< !--[if !supportLists]-->a. <!--[endif]-->Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara


sembarangan.

< !--[if !supportLists]-->b. <!--[endif]-->Menjamin kesahan sesuatu ujian.

< !--[if !supportLists]-->c. <!--[endif]-->Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu


topik dan aras-aras kemahiran.

< !--[if !supportLists]-->d. <!--[endif]-->Menentukan keseimbangan antara topik


dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

< !--[if !supportLists]-->e. <!--[endif]-->Memberi panduan untuk membuat format


ujian.

< !--[if !supportLists]-->f. <!--[endif]-->Memberi panduan untuk membentuk soalan.

< !--[if !supportLists]-->g. <!--[endif]-->Mengambil kira bilangan masa yang


diperuntukkan untuk sesuatu topik.

< !--[if !supportLists]-->h. <!--[endif]-->Membolehkan perbandingan dibuat antara


satu ujian dengan ujian yang lain.

Langkah Am Penyediaan Item Ujian

Menyediakan JPU

Supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran
mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum
pengajaran dimulakan.

Menulis item ujian

Ringkas dan mudah difahami, jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang


spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, arahan jelas (huruf besar), unit dan
ketepatan ukuran.

Menyemak item ujian


Arahan tepat, bahasa yang mudah difahami, Soalan cukup dan seimbang, tidak
mengandungi petanda jawapan.

Menilai item ujian

Arahan dan bahasa mudah difahami, jelas dan maklumat yang cukup, Soalan cukup
dan seimbang, Jawapan mengikut kehendak dan masa cukup utk jawab..

Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item

Kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan
pelajar sasaran.

Pembahagian Soalan Dalam Jadual Penentu Ujian

Bhasah Abu Bakar (2009), Sesuatu ujian yang dibina berdasarkan dengan
perkadaran 25 peratus soalan yang berkemahiran rendah, 40 peratus adalah soalan
bekemahiran sederhana dan 35 peratus adalah soalan beraras tinggi. Kemahiran
rendah, sederhana dan tinggi adalah relative mengikut perkembangan pelajar.

Pengetahuan Kefahaman 25%

Kefahaman Aplikasi 40%

Analisis Penilaian 35%

Oleh itu, jumlah soalan yang dibina adalah berdasarkan dengan perkadaran di atas.
Pengiraan yang terperinci boleh dirujuk pada Jadual Penentu Ujian di muka surat
sebelah.
JADUAL PENENTU UJIAN

MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

TINGKATAN 4

Peperiksaan : Ujian Pertengahan Tahun 2012

Jenis Ujian : Objektif

Bil
TAJUK

1.0 ASAS KEPADA PERDAGANGAN

2.0 UNSUR PERDAGANGAN

PERNIAGAAN DALAM NEGERI


3.0

4.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

JUMLAH ITEM

WAJARAN %
DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Dalam pembinaan item objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan
kepada 6 aras dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Domain Taksonomi Bloom menitik beratkan aspek
kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah
kepada tahap tinggi dan eleman-eleman tersebut dibahagi kepada 2 bahagian iaitu
aras rendah dan aras tinggi.

Enam Peringkat dalam Domain Taksonomi Bloom adalah:

Pengetahuan - daya ingatan

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat,


prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan


ialah:

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengingat pengetahuan sama seperti


pengajaran guru.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tidak perlu mengubah pengetahuan dalam


bentuk baru.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Jawapan dapat ditentukan betul atau salah.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan perkataan seperti siapa, apa,


di mana, bila, beri definisi, takrifkan, huraikan, labelkan, padankan, namakan,
nyatakan

Kefahaman

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan pelajar menjelaskan


pengetahuan secara yang bermakna dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol
tertentu

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menterjemah Terjemah tanpa mengubah


makna asal

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menafsir - Tafsir idea dalam bentuk tersurat


atau tersirat
< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengekstrapolasi - buat telahan atau
inferens mengenai peristiwa pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diterima

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memerlukan bahan atau alat komunikasi dan


dinyatakan mengikut kefahaman sendiri.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan perkataan seperti huraikan,


bandingkan, nyatakan, bezakan, anggarkan, terangkan, berikan contoh, tulis
semula, rumuskan

Aplikasi

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan menggunakan konsep, prinsip,


teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sebut semula masalah lama perlu


menentukan prinsip, kesesuaian dan had untuk menyelesaikan masalah baru dan
berikan alasan.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Ciri-ciri soalan proses mental aplikasi.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berkaitan dengan masalah situasi baru yang


tidak sama dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan perkataan seperti pilih, buat,


kirakan, tunjukkan, laksanakan, sediakan, kaitkan, selesaikan, gunakan

Analisis

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan memecahkan sesuatu perkara


kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur
tersebut.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Analisis unsur, analisis hubungan, analisis


prinsip

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan


mengulang pengetahuan yang dipelajari.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perkataan yang digunakan seperti mengapa,


kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan

Sintesis
< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan
bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun
menyeluruh.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Penyampaian, himpunan, cadangan.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Soalan bebas dijawab dari segi isi atau
masa.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Hasilnya dinilai oleh pengguna

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perkataan yang digunakan seperti ramalkan,


hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan

berlaku.

Penilaian

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keupayaan menilai sesuatu perkara


berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Soalan situasi tentang perkara baru yang


diuji melalui proses mental peringkat penilaian.

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perkataan yang digunakan


sepertipertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan.

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Ujian pencapaian adalah ujian yang penting kepada guru untuk mengetahui sejauh
mana pelajar-pelajar memahami proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Jika ujian dibina dengan baik, guru boleh membandingkan pencapaian itu
dengan pelajar-pelajar lain. Ujian pencapaian yang dilaksanakan di sekolah
selalunya dibina oleh guru-guru mata pelajaran di sekolah tersebut. Bagaimanapun,
ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat
untuk mengukur pencapaian mereka kerana ujian tersebut hanya ditumpukan
kepada kandungan pelajaran yang diajar oleh guru.

Pembinaan item objektif bermaksud item atau soalan yang mempunyai jawapan
tepat atau tertentu atau spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan
atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul
atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul atau
perkataan pelengkap yang betul.

PEMBINAAN ITEM BERANEKA PILIHAN

Pembinaan item beraneka pilihan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:


Stimulus/Rangsangan

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bahagian soalan yang mengandungi


maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik,
jadual atau perbualan.

Stem/Badan Soalan

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bahagian soalan yang mengandungi


tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

Opsyen/Pilihan Jawapan

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bahagian soalan yang mengandungi


jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau
jadual. Terbahagi kepada dua iaitu

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kunci - jawapan yang betul

< !--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Pengacau - bukan jawapan

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh
pelajar, tetapi mudah diperiksa kerana boleh diperiksa oleh komputer dengan
menggunakan borang OMR.

Kebanyakkan pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding


soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat untuk
menjawab soalan. Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk
beraneka pilihan.

Arahan hendaklah jelas

Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas

Perkataan sepunya tidak diulang-ulang

Jawapan pilihan secara yang menarik

Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak

Jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang,

Kurangkan Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di atas

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara

Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun
PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF PELBAGAI PILIHAN

Dalam pembinaan item, saya menfokuskan kepada Bab 3 Perniagaan Antarabangsa.


Berikut adalah contoh-contoh pembinaan item mengikut aras Taksonomi Bloom.

SOALAN OBJEKTIF BERANEKA PILIHAN

Soalan Aras Pengetahuan

Sejenis dokumen yang dikeluarkan oleh pengeksport kepada pengimport.

Tujuannya adalah untuk menuntut bayaran daripada pengimport.

<!--[if !vml]-->

Apakah dokumen tersebut?

A Bil udara

B Surat cagaran

C Bil perintah bayaran

D Borang pengakuan kastam

Kategori soalan: Aras 1 dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan.


Tujuan: Mengingat semula semua perkra-perkara yang telah dipelajari. Pada aras
ini, pelajar akan diuji semula dengan fakta-fakta yang spesifik sehingga teori-teori
yang sukar yang telah dipelajari.

Ciri-ciri Soalan

Soalan yang dibina pada aras pengetahuan menekankan proses mengingat kembali
fakta, istilah, strategi dalam menyelesaikan masalah atau peraturan.

Ulasan

Soalan satu ini, dibina menggunakan proses mental pada tahap yang paling rendah
iaitu aras pengetahuan. Soalan yang dibina hanya memproses idea-idea dan
pengetahuan secara terus kerana stimulus yang dinyatakan dalam soalan adalah
maklumat yang serupa dengan pengajaran guru dan dalam buku teks.

Cara penyoalan juga mudah kerana menggunakan perkataan apakah menguji


kebolehan pelajar untuk mengingat kembali fakta yang telah dipelajari dan mencari
maklumat dalam petikan (stimulus) tentang dokumen perniagaan antarabangsa
tersebut. Berdasarkan fakta tersebut pelajar akan cuba mengingat dan
mengenalpasti fakta dan teori sebelum memilih jawapan. Soalan aras pengetahuan
tidak memerlukan pelajar mengatur isi fakta dalam bentuk yang baru kerana
soalannya adalah secara jelas dan tersurat .

Oleh itu, berdasarkan soalan aras pengetahuan ini, guru dapat menilai sejauh mana
keupayaan pelajar untuk menyimpan maklumat dalam stor ingatan jangka panjang
mereka serta dapat menguji keberkesanan fakta dan teori yang disampaikan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan Aras Kefahaman

Kempen di atas adalah untuk ____________.

A Menambahkan import

B Mengurangkan import

C Meningkatkan eksport

D Meminimakan eksport
Kategori soalan: Aras 2 dalam Taksonomi Bloom iaitu kefahaman.

Tujuan:Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada


sesuatu

perkara, dan menjangkakan kemungkinan.

Ciri-ciri Soalan

Soalan yang dibina pada aras kefahaman memerlukan pelajar memahami tentang
sesuatu perkara. Melibatkan kebolehan pelajar menerangan prinsip atau teori
dengan perkataan lain dan menggunakan contoh yang sesuai.

Ulasan

Soalan ini dibina dengan menggunakan proses menaakul pada aras rendah. Dalam
konteks soalan di atas menguji kebolehan pelajar untuk memahami maksud simbol
dan kemampuan untuk memberi maklumat dengan menggunakan perkataan sendiri
tanpa menghilangkan maksud asal simbol (stimulus) yang dinyatakan. Berdasarkan
simbol di atas pelajar perlu membuat pengecaman idea dan menterjemahkan
simbol melalui kefahaman sendirri dalam bentuk ayat.

Pelajar pada tahap ini memerlukan daya ingatan yang tinggi bagi
menghubungkaitkan fakta dengan maklumat dan simbol (stimulus) yang telah
diberikan. Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan memikirkan perkara-
perkara tersirat dalam petikan untuk menjawab soalan. Stem yang dinyatakan
dalam soalan adalah berbentuk secara terus dan mudah difahami oleh pelajar.
Berdasarkan soalan aras pemahaman ini, guru dapat mengenal pasti sama ada
pelajar dapat memahami konsep atau tidak secara tersurat dan tersirat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan Aras Aplikasi

Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Khairul.

Encik Khairul adalah pengusaha perabot kayu jati terbesar di Pahang. Beliau
menghasil pelbagai jenis perabot dan ingin mengeksportnya.
Saluran eksport yang manakah sesuai digunakan oleh Encik Khairul?

I Ejen eksport

II Kedai sejaras

III Pejabat cawangan

IV Pameran perniagaan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

Kategori soalan: Aras 3 dalam Taksonomi Bloom iaitu aplikasi.

Tujuan:Menggunakan pengetahuan mujarad (abstrak) untuk menyelesaikan situasi


maujud (konkrit). Teori, prinsip, kaedah, peraturan dan undang yang dipelajari perlu
diingat bagi mengatasi situasi atau masalah.

Ciri-ciri Soalan

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan


masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf
daripada data. Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak). Menyelesaikan
masalah atau situasi maujud (konkrit).

Ulasan

Soalan ketiga ini, melibatkan tiga kebolehan iaitu mengingat semula pengalaman,
kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi. Keduanya, pelajar perlu memahami
petikan situasi (stimulus) untuk menghubung kaitkan dengan teori, fakta dan
prinsip yang telah dipelajari. Pada peringkat ini, pelajar akan menggunakan
pengalaman sedia ada untuk memahami teks yang dibaca dan seterusnya
mengaplikasikan sesuatu yang diperolehi daripada bahan yang dibaca dalam
konteks baru .

Oleh itu, soalan ini memerlukan pelajar benar-benar memahami konsep, teori,
prinsip dan hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi ini biasanya
memerlukan penggunaan proses aplikasi mental.

Soalan Aras Analisis

Andaikan rajah di atas adalah berkaitan dengan perniagaan antarabangsa Malaysia.


Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang ruang bertanda X dan Y.

X Y

A Pelajar luar negara belajar di negara Rakyat Malaysia membeli kereta


kita. buatan negara asing.

B Pelancong tempatan melancong ke Malaysia menjual kereta sendiri


luar negara. kepada rakyat negara asing.

C Malaysia membeli jentera dari negara Jepun membeli minyak sawit


Jepun Malaysia.

D Pelancong tempatan melawat luar Pelancong luar negara melawat


negara. negara kita.

Kategori soalan: Aras 4 dalam Taksonomi Bloom iaitu analisis.

Tujuan: Menaakul, mencari sebab dan musabab. Meleraikan suatu tajuk kepada
beberapa

bahagian.

Ciri-ciri Soalan

Mengenalpasti pertalian idea, mencari persamaan dan perbezaan yang wujud di


antaranya. Membezakan antara fakta, pendapat, andaian atau rumusan yang
dibuat. Menguji pelajar memecahkan dan menghubungkaitkan sesuatu perkara.
Ulasan

Soalan keempat ini memerlukan pelajar mengenalpasti bahagian-bahagian


perniagaan antarabangsa dan komponen-kompenannya. Seterusnya, pelajar perlu
menghubungkaitkan komponen-komponen perniagaan antarabangsa (ekport dan
import) dengan situasi di X dan Y.

Pelajar juga perlu mengetahui maksud eksport dan import sebelum


menghubungkaitkan dengan situasi tersebut. Soalan ini memerlukan pelajar
membuat pertimbangan dengan situasi yang diberikan untuk memilih jawapan dan
bukannya distraktor.

Soalan ini menguji pelajar sama ada pelajar dapat menganalisis dan membezakan
maklumat yang dinyatakan berdasarkan fakta dan kefahaman yang telah diketahui
pelajar. Soalan aras analisis ini juga dapat melihat bagaimana pelajar dapat
menghubungkaitkan dan mencerakin maklumat yang diperolehinya.

Soalan Aras Sintesis

Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang perlu dituruti
oleh pengeksport setelah menerima inden?

I Menempah ruang kapal

II Memuatkan barang dalam kapal

III Menuntut bayaran daripada pengimport

IV Menyediakan pelbagai dokumen yang berkenaan

A I, II, III, IV C II, III, IV, I

B I, IV, II, III D III, IV, II,I

Kategori soalan: Aras 5 dalam Taksonomi Bloom iaitu sintesis.

Tujuan : Membentuk supaya menjadi struktur yang baharu.

Ciri-ciri Soalan

Memerlukan pelajar mencantum beberapa eleman kecil menjadi satu eleman besar
yang menjadi kesatuan atau hubungan yang logik.
Ulasan

Soalan pada aras sintesis ini, memerlukan mencantumkan bahagian-bahagian


supaya menjadi satu keseluruhan seperti melibatkan, mengatur dan
menggabungkan bahagian-bahagian supaya menjadi struktur yang baru. Hasil
gabungan itu akan menjadi satu komunikasi yang unik, cadangan operasi atau satu
set perhubungan mujarad teori.

Berdasarkan soalan di atas, pelajar perlu menyusun susunan prosedur yang yang
perlu dituruti oleh pengeksport setelah menerima inden. Soalan ini memerlukan
keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas dan
seterusnya pelajar mengapliksikan apa yang telah dipelajari sebelum itu bagi
memperolehi hasil yang baru. Melalui soalan ini pelajar perlu mensintesiskan
sesuatu fakta bagi memperolehi maklumat baru.

Soalan Aras Penilaian

Perbezaan yang manakah benar antara bil muatan dengan bil udara.

Bil Muatan Bil Udara

I Digunakan apabila barang dihantar Digunakan apabila barang


dengan kapal dihantar dengan kapal terbang

II Merupakan dokumen hak milik Bukan dokumen hak milik

III Tidak boleh dicagarkan kepada Boleh dicagarkan kepada bank


bank untuk mendapat pinjaman untuk mendapat pinjaman

IV Tidak boleh digunakan untuk Boleh digunakan untuk menuntut


menuntut barang yang diimport barang yang diimport

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

Kategori soalan: Aras 6 dalam Taksonomi Bloom iaitu penilaian.

Tujuan : Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.


Melibatkan penghakiman terhadap satu alat dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu tujuan.
Ciri-ciri Soalan

Memerlukan pelajar membuat pertimbangan, menilai, mengesahkan, mengkritik


dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau
mendapatkan sesuatu kesimpulan.

Ulasan

Pada peringkat ini, pelajar perlu mempunyai pemahaman yang tinggi dan
sepatutnya pelajar boleh meneliti secara tepat serta menentukan yang mana satu
maklumat yang diberikan itu benar atau salah. Soalan ini juga menguji keupayaan
pelajar menilai dan membezakan sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Pelajar juga harus berkeupayaan menilai kewajaran atau ketepatan
sesuatu fakta atau hujah supaya dapat membuat kesimpulan yang matang.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Pembinaan item subjektif adalah sangat sesuai untuk mengukur tahap kognitif
murid pada peringkat yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan pelajar
dalam menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat
keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Penulis semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang
dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu
menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

Soalan hendaklah ditulis secara padat dan jelas.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan kerangka struktur yang
memandu pelajar menjawab.

Tentukan permarkahan untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

Lebihkan soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan
panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.
PEMBINAAN ITEM ESEI

Soalan Esei

Syarikat Songket Cantik Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan kain
songket dan barang siap yang berkaitan songket. Hasil keluarannya dipasarkan ke
Thailand dan Jepun. Encik Yasar selaku pengarah syarikat bercadang meneroka
pasaran baru di Australia. Setelah membuat penyelidikan pasaran, beliau
mendapati keluaran songket yang diminati di Australia adalah:

Jenis Peratus

Baju wanita 10%

Kain songket 22%

Baju kemeja 18%

Topi Hiasan 14%

Tali Leher 13%

Beg 13%

Alas Meja 10%

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat, ramai ahli lembaga pengarah


kurang yakin dengan keupayaan syarikat untuk memasarkan keluaran songket
mereka ke Australia. Mereka menyatakan terlalu sukar untuk mengutip bayaran dan
prosedur eksport yang ketat menimbulkan masalah. Namun Encik Yasar
mengatakan bahwa industri songket tidak akan berkembang jika pasaran baru tidak
diterokai. Berdasarkan pasaran yang ada, beliau yakin pasaran batik di Australia
amat berpotensi.

Tentukan halangan yang bakal dihadapi oleh syarikat apabila mengeksport songket
ke Australia. (10 markah)

Pada pendapat anda, produk songket manakah yang berpotensi untuk terus
mendapat sambutan di Australia dalam jangka masa panjang? Beri alasan anda. (5
markah)
Jawapan:

< !--[if !supportLists]-->a) <!--[endif]-->- Prosedur kastam dan pelbagai sekatan


perniagaan

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Penggunaan mata wang yang berlainan

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Penggunaan bahasa yang berlainan

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Risiko yang tinggi

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Cara pembayaran yang berbeza

< !--[if !supportLists]-->b) <!--[endif]-->Kain songket/corak yang cantik/sesuai


dipakai oleh sesiapa sahaja dalam semua musim. Terdapat pelbagai pilihan
kerana.

- Pasaran yang lebih luas

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Pengeluaran berskala besar

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Pertukaran pengetahuan dan teknologi

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Lebih banyak sumber bekalan diperolehi

< !--[if !supportLists]-->- <!--[endif]-->Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti

Kategori soalan: Aras 6 dalam Taksonomi Bloom iaitu penilaian.

Tujuan : Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria


tertentu.Melibatkan penghakiman terhadap satu alat dan kaedah yang digunakan
untuk mencapai sesuatu tujuan.

Ciri-ciri Soalan

Memerlukan pelajar membuat pertimbangan, menilai, mengesahkan, mengkritik


dan memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau
mendapatkan sesuatu kesimpulan.

Ulasan

Soalan ini adalah berdasarkan kajian kes, yang memerlukan pemahaman yang
tinggi ketika membaca. Pelajar perlu membaca, mengkaji dan memahami kajian kes
ini dengan teliti. Pelajar perlu membuat pertimbangan secara tepat serta tahu
membezakan antara benar atau salah. Pandangan yang logik perlu diketengahkan
untuk menilai, membanding dan menjustifikasi. Soalan ini melibat pemikiran yang
kritis dan kreatif.

Contohnya, soalan b, menyuruh pelajar untuk memilih jenis songket mana yang
berpotensi untuk terus mendapat sambutan di Australia dalam jangka masa
panjang. Disini pelajar perlu menggunakan minda logik untuk memberi pandangan
dalam menjawab soalan tersebut. Soalan ini memerlukan pelajar memberikan
respon terbuka yang memerlukan pelajar menghubung kaitkan anatara satu idea
dengan idea yang lain daam satu bentuk yang teratur, mudah dibaca dan difahami.
Manakala soalan a, walaupun soalan masih di aras penilaian tetapi soalan itu
memerlukan pelajar member respon tertutup kerana pelajar perlu menjawab
soalan-soalan itu dari segi kandungan dan juga bentuk yang dikehendaki.

Secara keseluruhannya, pelajar perlu membuat penelitian dan pertimbangan


maklumat dan idea yang diguna pakai sama ada menepati kriteria dan piawaian
soalan. Pelajar juga harus berkeupayaan menilai kewajaran atau ketepatan sesuatu
fakta atau hujah supaya dapat membuat kesimpulan yang matang.

RUMUSAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan kerana bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan
kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini mengambil kira
pelbagai faktor supaya dapat membantu guru dalam membuat keputusan yang
tepat bukan sahaja dari segi ujian bertulis tetapi juga boleh mengukur tingkah laku
dan perubahan seseorang pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti
dari segi akademik dan sahsiah.

Dalam pembinaan item langkah utama yang paling penting adalah jadual penentu
ujian atau JPU. JPU sangat penting supaya guru dapat membina soalan ujian
berdasarkan tajuk yang telah diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, tujuan JPU dibina adalah supaya guru dapat mentadbir aras soalan
supaya soalan yang dibina benar-benar berkualiti dan dapat mengukur pencapaian
pelajar dengan tepat. Berdasarkan pencapaian pelajar tersebut, guru boleh
mengenalpasti tajuk-tajuk yang masih belum dikuasai oleh pelajar dan seterusnya
guru dapat memberi penekanan terhadap tajuk tersebut.

Guru juga perlu mempunyai kemahiran dan mengetahui domain kognitif Taksonomi
Bloom untuk membantu guru membina soalan yang berkualiti dan bermutu.
Pembinaan soalan atau item berdasarkan aras yang terdapat dalam Taksonomi
Bloom dapat memudahkan guru dalam membina dan menganalisis soalan dari aras
rendah ke aras tinggi. Ini kerana, kebanyakan soalan objektif menggunakan aras
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi manakala soalan esei lebih kepada aras
tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.

Oleh itu, sebagai seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam pembinaan item supaya guru dapat membina item yang berkuali dan
mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh.(2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam.


Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bhasah Abu Bakar. (2009). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum
Books.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.
Selangor: Kayazano Enterprise.

Loo Chee Kuang. (2012).Fokus Sukses Perdagangan. Selangor: Penerbitan Pelangi.

Azhanhamin. (2012). Pengukuran dan penilaian dalam


pendidikan.http://www.slideshare.net/azanhamin/hbef3203-pengukurandan
penilaiandalampendidikan (Akses 20 Oktober 2012)

You might also like