You are on page 1of 10

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN

KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2016

KOD SUBJEK : HBHE 3203

NAMA SUBJEK : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TUTOR :

NAMA : NORZAKIAH HAYATI BINTI MOHD IDRIS

NO MATRIK : 820804085550001

NO K/P : 820804085550

NO.TEL : 0195298124

EMAIL : zafirahhuda@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR


Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih kepada
saudara Pengerusi Majlis, Yang berusaha Pengetua SMA Shamsul Maarif
Alwataniah, Tuan Haji Muhammad bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Azmi bin Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Hajjah Rohizah
binti Bawi, Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Haji Abdul Malik bin Hashim,
guru-guru kanan, guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sempena minggu Cintai Alam Sekitar yang bertemakan Kita Sihat Tanpa
Pencemaran hari ini saya ditugaskan untuk menyampaikan ceramah
bertajuk Udara Segar Badan Sihat. Cuba lihat sekeliling anda semua dan
hiruplah udara yang ada serta rasailah kesegarannya. Udara yang anda
semua rasai adalah anugerah yang terindah dan amat berharga kepada
manusia. Malangnya sejak kebelakangan apabila terjadinya bencana seperti
jerubu, kemarau panjang dan banjir yang tidak menentu membuatkan udara
yang kita nikmati telah tercemar. Ini menggambarkan bahawa bumi yang
kita duduki telah rosak dan kualiti alam sekitar semakin tercemar.
Sememangnya kita sangat-sangat memerlukan persekitaran yang sihat
untuk meneruskan kehidupan seharian. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
supaya selamat daripada pencemaran.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran dan apa pula yang


dimaksudkan dengan pencemaran udara? Menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974, menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,
biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan
merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organism lain seperti tumbuhan dan haiwan. Kamus
Dewan bahasa dan Pustaka pula menyatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) alam perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Manakala
pencemaran udara pula adalah pembebasan bahan pencemar ke
atmosfera/udara sehingga mengganggu dan membahayakan kehidupan
manusia serta organisma lain.

Pencemaran boleh disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam,


antaranya adalah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi dan
pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Pencemaran yang
disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan
sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti genpa bumi, letusan
gunung berapi dan rebut taufan. Manakala pencemaran yang disebabkan
oleh faktor manusia adalah pencemaran yang disebabkan oleh manusia
samaada sengaja atau tidak disengajakan seperti pencemaran udara yang
disebabkan oleh pembakaran terbuka, pencemaran air yang disebabkan oleh
pembuangan sisa kumbahan atau sampah sarap dan pencemaran tanah
yang disbabkan oleh pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuanagn
sisa pepejal dan kimia.

Murid-murid sekalian,

Sepertimana semua sedia maklum, terdapat lima jenis pencemaran iaitu


pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran kimia, pencemaran bunyi
dan pencemaran radiasi. Hari ini saya ingin memfokuskan kepada semua
berkaitan dengan pencemaran udara kerana pencemaran udara antara
pencemaran yang memberi kesan yang paling besar kepada alam sekitar.
Buktinya, melalui pencemaran udara berlakunya pemanasan global atau
lebih mudah disebut sebagai peningkatan suhu bumi. Adakah anda semua
merasai panasnya cuaca sekarang ini? Ini membuktikan bahawa lapisan
atmosfera menjadi nipis kesan daripada pencemaran bahan-bahan kimia
yang merbahaya seperti kloroflrokarbon (CFC).
Mari kita lihat paparan petikan akhbar yang menjadi isu pencemaran udara
yang semakin menular sekarang ini. Petikan akhbar ini memaparkan
pembakaran secara terbuka tempat pembuangan sampah tanpa pengawalan
daripada petugas tapak pembuangan sampah tersebut. Ini mengundang
kepada berlakunya pencemaran udara akibat daripada asap kotor yang
dibebaskan. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung mengundang juga
kepada berlakunya pencemaran air laut kerana tempat pembuangan sampah
itu berhampiran dengan laut dan juga pencemaran bau akibat daripada bau
yang busuk. Akibatnya, aktiviti penduduk sekitar akan terganggu dengan
keadaan yang tidak menyenangkan ini.

https://sukaweb.penang.gov.my/pkn/Akhbar.nsf/0/5971b9c36cbed41a4825748a001
1c0b0/$FILE/04256_1.jpg

Hadirin yang dikasihi,

Apakah punca-punca berlakunya pencemaran udara? Pencemaran


udara merupakan salah satu faktor yang disebabkan oleh faktor manusia.
Manusia menggunakan udara iaitu oksigen untuk bernafas dan hidup.
Namun manusia sendiri yang meracuni udara yang digunakan setiap hari
dengan pelbagai aktiviti yang tidak terkawal. Sepertimana gambar yang
saya telah paparkan tadi, antara punca utama berlakunya pencemaran
udara adalah aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal. Antara punca
lain adalah pembebasan asap industri perkilangan, pembebasan asap
kenderaan bermotor dan aktiviti harian manusia itu sendiri. Saya akan
perjelaskan satu persatu.

Pertama iaitu pembakaran terbuka merupakan aktiviti yang sering berlaku


tidak kira sama ada di tapak pembunagan sampah ataupun di rumah. Begitu
juga aktiviti ini akan berlaku di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa
perladangan, sisa kebun serta di hutan simpan. Pembakaran yang berlaku
tanpa kawalan akan mengakibatkan partikel-partikel seperti asap,
jelaga,debu dan habuk mahupun zarah-zarah kecil dan besar terbang dibawa
angin. Pengumpulan bahan-bahan pencemar ini di udara akan menyebabkan
berlakunya jerebu. Keadaan akan menjadi lebih serius ketika musim panas
yang panjang kerana keadaan ini akan menyebabkan masalah jerubu yang
mampu menjejaskan kesihatan awam seterusnya menyumbang kepada
masalah penglihatan yang terhad. Contohnya seperti jerebu yang telah kita
alami pada awal tahun 2016 menyebabkan hampir seluruh Negara seolah-
olah diselubungi dengan asap.

Kedua, pembebasan asap industri perkilangan di mana kegairahan


industri menghasilkan produk untuk tujuan eksport dan domestik sehingga
lupa udara yang dicemari oleh asap yang dibebaskan melalui cerobong asap
yang tidak bertapis. Pelepasan gas beracun seperti nitrogen, sulfur dioksida,
karbon monoksida dan gas berasid yang lain telah menyumbang kepada
kesan sampingan kepada kehidupan seharian. Disamping itu juga
kebiasaannya banyak pengusaha-pengusaha kilang akan mengambil jalan
mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut atau sungai berdekatan.
Ketiga, pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan bermotor
merupakan penyumbang pencemaran utama kerana rakyat Malaysia
memang bergantung kepada pengangkutan untuk bergerak. Kereta, motor,
lori, kapal terbang dan sebagainya merupakan kenderaan yang akan
bertambah sehingga 1 billion menjelang 2020. Kenderaan yang bergerak
akan melalui proses pembakaran bahan api iaitu bahan api fosil. Melalui
proses pembakaran ini akan terhasilnya gas karbon monoksida, nitrogen
oksida, karbon dioksida dan habuk-habuk. Cuba anda semua bayangkan
dengan semakin bertambahnya kenderaan di atas jalan raya bermakna
semakin banyaklah bahan tercemar yang dibebaskan ke udara. Jadi apakah
yang akan berlaku kepada udara yang kita sedut setiap hari dan apa yang
akan berlaku kepada diri kita apabila setiap hari kita bernafas dengan
oksigen yang tercemar?

Keempat iaitu aktiviti harian isi rumah itu sendiri. Isi rumah adalah
antara penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara. Boleh dikatakan
semua rumah mempunyai peti ais, penyaman udara dan perkakas elektrik.
Betul murid-murid? Begitu juga saya. Tahukah anda semua dengan
penggunaan peti ais contohnya, alat tersebut telah membebaskan gas
kloroflorokarbon atau lebih dikenali sebagai CFC ke udara. Tahukah murid-
murid sekalian bahawa gas tersebut boleh menipiskan lapisan ozon? Ya
menipiskan lapisan ozon dan menjadikan suhu bumi meningkat. Selain itu,
penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga penyumbang kepada pencemaran udara.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pencemaran menyebabkan banyak kesan negatif. Terutamanya kepada


kesihatan, iklim, pertanian dan harta benda. Kesihatan diri amatlah penting.
Pencemaran seperti habuk, asap kenderaan dan asap kilang yang tercemar
boleh memberi kesan kepada kesihatan diri sendiri. Habuk atau bahan-bahan
tercemar yang masuk ke dalam salur pernafasan boleh menyebabkan
penyakit sistem respirasi misalnya bronchitis seperti radang salur respirasi
dan peparu. Pesakit akan mengalami sesak nafas, demam dan batuk yang
berterusan. Selain itu, bahan cemar seperti karbon monoksida boleh
melembabkan pemikiran, menyebabkan badan menjadi letih dan sakit
kepala.

Kesan kepada iklim Malaysia, di mana penggabungan debu, asap dan jelaga
daripada pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu. Jerubu akan
mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, bahan cemar seperti karbon
oksida boleh menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan pemanasan
global. Seterusnya mengakibatkan kenaikan suhu atmospera dan perubahan
iklim. Gas oksida nitrogen dan sulfur dioksida yang terbebas akan terlarut
dalam air hujan yang akan membentuk hujan asid.

Dari segi pertanian, pencemaran akan mengakibatkan hasil pertanian


berkurangan kerana tumbuhan tidak dapat mengeluarkan hasil akibat
daripada terhalangnya proses fotosintesis. Habuk dan debu yang terbebas di
udara menghalang pertukaran gas pada tumbuhan, cahaya matahari gagal
diserap oleh daun yang mengakibatkan kadar fotosintesis berkurang. Hujan
asid juga akan merendahkan pH tanah dan menjadikannya tidak sesuai
untuk pertumbuhan tanaman.

Pencemaran juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan


dan harta benda. Di mana habuk, debu dan asap yang terbebas boleh
mengotorkan bangunan. Bata pada struktur bangunan menjadi buruk dan
rosak. Hujan asid yang berlaku akan mengakis bahan logam seperti
aluminium, kuprum dan besi. Selain itu, hujan asid juga menyebabkan batu
kapur, marmar dan moktar yang digunakan untuk membina bangunan
menjadi lemah akibat daripada larut resap dan hakisan. Warna objek juga
akan menjadi pudar dan bahan yang diperbuat daripada getah akan mudah
merekah.

Hadirin sekalian,
Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Apakah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi


masalah pencemaran udara ini? Mari kita fikirkan bersama. Berikut
merupakan beberapa langkah yang difikirkan boleh diambil oleh semua
pihak untuk menangani isu pencemaran udara yang semakin meruncing.

Langkah pertama adalah dengan menggunakan teknologi moden secara


meluas. Penggunaan teknologi moden dapat menjadikan sisa pepejal
seperti kertas, surat khabar lama, majalah, kain, bahan plastik dan kaca
dapat di kitar semula. Impaknya dapat dilihat adalah kita akan dapat
mengurangkan pencemaran sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan
sempurna. Secara tidak langsung boleh menghalang berlakunya pembakaran
sisa pepejal yang boleh menghasilkan bahan cemar beracun seperti gas
karbon monoksida dan sulfur monoksida. Pemasangan teknologi yang dicipta
seperti penapis udara pada ekzos kenderaan dan cerobong asap di kilang-
kilang mampu menyekat pembebasan asap tanpa kawalan.

Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum pada kenderaan.


Penghasilan petrol tanpa plumbum juga merupakan salah satu hasil
teknologi moden. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum di atmosfera yang boleh membahayakan kesiahatan
manusia. Penggunaan bahan api biodiesel daripada minyak kelapa sawit
yang dihasilkan sebagai pengganti kepada bahan api fosil yang digunakan
oleh jentera-jentera dan mesin-mesin merupakan satu usaha yang
menggalakkan bagi mengurangkan pencemaran bahan cemar yang beracun
di udara.

Langkah ke dua adalah kempen pendidikan untuk memupuk kesedaran


dan tangunggjawab kepada alam sekitar. Seperti ceramah pada hari ini
merupakan satu usaha untuk memupuk sikap positif murid-murid kepada
alam sekitar. Cuba lihat di sekeliling anda, sayangkah anda kepada
persekitaran anda semua? Adakah anda mahu udara yang bersih atau kotor?
Sudah tentunya awak sayang dan mahukan udara yang bersih! Maka
sedarlah wahai murid-murid sekalian, betapa pentingnya menjaha kualiti
alam sekitar terutamanya udara yang bersih. Praktikkan ilmu berkaitan alam
sekitar yang awak semua telah pelajari di peringkat sekolah rendah lagi.

Peranan kerajaan amatlah penting dalam menangani isu pencemaran.


Antaranya dengan memastikan kilang-kilang dibina jauh daripada kawasan
perumahan. Penguatkuasan undang-undang adalah sebagai langkah
seterusnya bagi memastikan pencemaran udara dapat diatasi. Pihak
kerajaan perlu mengawal aktiviti pembinaan dan aktiviti kilang dapat
dijalankan secara terkawal terutamanya semasa pembebasan gas-gas
beracun atau sisa pepejal dari kilang-kilang. Di samping itu, menambahbaik
pembangunan dalam sistem kenderaan mesra alam yang sedia ada
sekarang seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel yang tidak
mengeluarkan asap dan bunyi.

Langkah ke-empat adalah peranan media massa. Pembongkaran berkaitan


isu pencemaran di media elektronik dan media cetak memberi impak positif
dalam pembentukan cara berfikir pengguna. Masyarakat umum lebih
berhati-hati dalam mendepani dengan isu pencemaran. Melalui cerita dan
berita yang dilaporkan oleh pihak media, peranan pihak berwajib adalah
dipertangungjawabkan dalam menangani isu pencemaran hingga ke akar
umbi bagi memastikan alam sekitar tidak tercemar lagi.

Murid-murid sekalian,

Akhir kalam, saya ingin simpulkan bahawa, dalam kepesatan Negara


membangun jangan kita lupa bumi sebenarnya menangis. Menangis kerana
kerakusan manusia mencemarkan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih
menjadikan bumi sihat dan penghuninya iaitu manusia juga sihat. Bumi
adalah seperti rumah kita, apa yang kita rasa sekiranya rumah kita dipenuhi
asap, debu, kotor dan berbau busuk? Tentulah kita berasa tidak selesa. Oleh
itu marilah kita selesakan rumah kita dengan persekitaran yang bersih.
Semua hidupan yang ada di bumi adalah seperti saudara mara kita maka
perlulah wujudkan rasa hormat kepada semua hidupan yang ada seperti
mana kita menghormati diri sendiri.

Sekian, terima kasih.

You might also like