You are on page 1of 12

1.0.

PENGENALAN
Pendidikan inklusif adalah kurikulum yang disediakan melibatkan muridmurid

dengan bekeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana

bantuan yang sesuai diberikan kepada mereka bagi membolehkan


mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat
bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa dengan dibantu
oleh guru pendidikan khas iaitu guru pembimbing.
Konsep

dan

dasar

pendidikan

inklusif

lebih

mengarah

kepada

pendemokrasian pendidikan di mana lebih kepada berkonsepkan


keadilan kerana murid-murid

mempunyai banyak persamaan yang

boleh disenaraikan untuk diberi kesamarataan


tanggungjawab agen yang baik untuk
murid-murid supaya

dan adalah menjadi

mengajar semua jenis kategori

dapat membekalkan kualiti pendidikan yang baik

kerana corak pendidikan lebih kepada berpusatkan murid.


Terdapat dua kategori pendidikan inklusif iaitu :
i.

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa iaitu pendidikan kepada


murid-murid

bekeperluan

khas

yang

mangikuti

pembelajaran

sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru


pendidikan khas. (guru pembimbing)
ii.

Pendidikan Inklusif

Separa

- iaitu Murid bekeperluan khas

mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau


aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru
pendidikan khas (guru pembimbing)
Namun begitu pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran
perdana bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak.

Walaupun banyak perkara yang telah ditimbulkan seperti kurangnya


tumpuan dan perhatian, kurangnya penyeliaan, masalah penglabelan
dan sebagainya namun kesan dan implikasi pendidikan inklusif banyak
memberi faedah kepada murid bekeperluan khas antaranya :
i.

Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu


pengetahuan.

ii.

Mereka berpeluang berinteraksi dengan semua murid normal

iii.

Murid yang normal mendapat keuntungan dari usaha mereka


membantu

iv.

Semua murid menikmati faedah-faedah resos-resos khas

v.

Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru

vi.

Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah

vii.

Memungkinkan murid khas mengambil bahagian atau melibatkan


diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat

viii.

Menyediakan lebih peluang kepada mereka untuk berdikari dan


memperolehi peluang pekerjaa.

Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar
memainkan peranan masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin
keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang
bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu
sedar dan memahami peranan masing-masing bagi mengerakkan pendidikan
inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
2.0. INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Individu bekeperluan khas adalah individu-individu yang dikenalpasti


mempunyai ciri-ciri berikut:
2.1 Bermasalah Penglihatan - bermasalah penglihatan dikategorikan
kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan separuh
buta yang kabur penglihatan. Mereka ini belajar melalui deria sentuhan,
hidu, pendengaran dan rasa. Tulisan Braille untuk membaca dan tongkat
bagi membantu bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
2.2 Bermasalah Pendengaran - kategori ini boleh dibahagi kepada dua
iaitu pekak dan separa pekak. Mereka ini belajar dan berkomunikasi
dengan bahasa isyarat jari dan bahasa badan.
2.3 Bermasalah Pintas cerdas - murid kategori ini mempunyai
kebolehan luar biasa, IQ yang lebih tinggi dan dapat menerima pelajaran
lebih cepat daripada murid normal. Mereka juga mempunyai daya ingatan
yang kuat, mampu menjana idea baru dan stamina yang kuat. Namun
begitu,murid dalam kategori ini bermasalah dalam psikososial, bergaul
dengan orang lebih tua dan suka cari helah.
2.4 Bermasalah Pembelajaran murid yang telah dikenalpasti dan

disahkan oleh pakar-pakar klinikal. Kumpulan ini merupakan golongan


paling ramai berkeperluan khas. Masalah pembelajaran boleh terjadi
disebabkan keturunan, kecederaan otak, faktor persekitaran dan
ketidakseimbangan biokimia. Jenis-jenis kumpulan murid yang
bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut:
i.

Lembam - gagal laksana kerja normal, kurang aktif dan kurang

ii.
iii.

berminat.
Sindrom down - biasanya faktor baka, tahap IQ rendah.
Hipoaktif - pasif, suka bersembunyi dan menyendiri, murung,
bermain sendirian.

iv.

Hiperaktif - reaksi berlebihan, tidak takut, mudah mengamuk jika

v.

dihalang.
Gangguan emosi/Tingkah laku - boleh dibahagi kepada empat
kategori iaitu penarikan diri, neurotik(fobia), autistik(dunia sendiri)
dan skizofrenik. Kurang selera makan, masalah tidur, gagap, terlalu

vi.

merendah diri dan kekok.


Cerebral Palsy - kelemahan anggota(lembik), tidak dapat menulis,

vii.

melukis, berjalan.
Epilepsi - penyakit sawan, hilang ingatan sementara waktu, cepat

viii.

lupa.
Masalah pertuturan - pertuturan tidak sempurna dari segi bunyi,
bahasa,atau gangguan. Dibahagi kepada enam jenis iaitu gangguan
artikulasi,

gangguan

bunyi(nada),

gagap,

kelewatan

bertutur,

ix.

sumbing dan kurang pendengaran.


Autistik - kelakuan seperti orang pekak, tidak endah apa didengari,

x.

tidak kenal bahaya, tidak rasa sakit, tingkah laku aktif keterlaluan.
Terencat akal - kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata.
Terencat akal ringan seperti kumpulan idiot, imbersil, moron dan
lembam. Terencat akal berat pula menunjukkan sukar makan, selalu

xi.

muntah, menyendiri, pendiam, sukar bercakap.


Pelbagai kecacatan - mempunyai masalah lebih satu bahagian
seperti buta dan pekak.

3.0. CARA MENGENAL PASTI MURID BERKEPERLUAN KHAS


Petikan daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH/Kenalpasti
muridkhasRPIdanPeranan guru.pdf menyatakan bahawa antara
kaedah yang dilakukan bagi mengenalpasti seseorang murid bekeperluan
khas adalah melalui pelaksanaan proses penilaian seperti berikut:
Langkah 1 Penapisan (Screening)

Prosedur

menguji/memeriksa

sekumpulan

murid

sebagai

usaha

mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko atau latar belakang

bekeperluan khas yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk
pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.
Guru adalah orang yang pertama melakukan penapisan dengan
menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group
assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/rating, alat
pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan
murid berpotensi bekeperluan khas.
Langkah 2 Pencalonan (Referral)
Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk
melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis
kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima
penerangan tentang proses tersebut.
Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk
mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam
prosedur ujian.
Langkah 3 Penilaian

Ujian

saringan-untuk

tujuan

mengklasifikasi,

penempatan,

dan

penentuan program khas

Memberi

penilaian

yang

bersesuaian

kepada

murid

dengan

menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak


pembelajaran murid. (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur
secara

Khusus

tertentu.)

untuk

menentukan

tahap

kefungsian

aspek-aspek

Langkah 4 Kelayakan
Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan,
pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan
murid untuk menerima Pendidikan Khas.
Langkah

melaksanakan

ujian

diagnostik

dan

Membentuk

Program Pendidikan Individu /RPI (IEP) .


4.0. KAEDAH/ TEKNIK PDP MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kepelbagaian tahap penerimaan dan penguasaan murid memerlukan guru
lebih kreatif dan prihatin terhadap keperluan murid untuk mencapai objektif
pembelajaran murid. Strategi pdp dapat dibahagi kepada tiga iaitu:
i.

berpusatkan guru,

ii.

berpusatkan murid dan

iii.

berpusatkan bahan.

Namun begitu mengikut Mok Soon Sang, 2007 menyatakan strategi PdP
mediatif, koperatif, masteri serta pemusatan murid dan bahan boleh
dilaksana terhadap kanak-kanak khas.
i.

mediatif
- menggunakan komputer dengan simbol-simbol yang menarik
untuk menarik perhatian murid, memudahkan pemahaman dan

ii.

ingatan mereka.
koperatif
- aktiviti kumpulan, interaksi dengan rakan sebaya.
Picture Exchange Communication System

(PECS) sesuai

digunakan terutama untuk kanak-kanak autistik (Roa & Gagie,


2006) Program 6 fasa dengan mengikut urutan dan kajian
menunjukkan berlaku pertambahan perbendaharaan kata terhadap
murid.

iii.

masteri
- pembelajaran secara individu.
- Aktiviti yang sesuai seperti lihat pada guru, letak tangan atas
meja dan sebagainya. Sesetengah mereka ini perlukan komunikasi
berkaitan persekitaran, pengalaman dan interaksi mereka dengan
orang dewasa (Light &Drager, 2007)

iv. pemusatan murid dan bahan


- murid dibantu untuk bergiat aktif dengan bantuan bahan yang sesuai
disediakan guru. Oleh itu, murid akan banyak berinteraksi dengan
bahan.
Aktiviti pdp boleh dilakukan mengikut keperluan khas yang diperlukan
mengikut kategori murid antaranya:
i.

Masalah Penglihatan
penglihatan kurang normal seperti kerapkali menggosok mata,
memegang buku dekat dan jauh, menutup sebelah mata, sering
mengadu pening dan sebagainya.
Bahan bacaan perlu dibesarkan atau dibuat perbezaan
warna yang ketara perbezaannya. Bahan bunyi atau bahan
audio perlu sesuai atau guru bertindak dengan menyebut
atau mengulangi perkataan yang ditulis.
Aktiviti lain seperti aktiviti hands on juga perlu dan
susunan tempat duduk pada kedudukan yang sesuai perlu

ii.

dititikberatkan.
Rabun teruk dan buta.
penggunaan huruf atau tulisan Braille perlu digunakan.
Masalah Pendengaran
Separa pekak seperti selalu berlaku salah faham, sukar mengikut
arahan, meminta diulang semula, nada suara tinggi dan masalah
pertuturan
boleh menggunakan alat bantuan pendengaran.

Komunikasi menyeluruh perlu meliputi pertuturan,


pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
Suara guru perlu jelas, jangan menjerit dan
membelakangi bila bercakap.
Golongan Pekak
Menerima pendidikan melalui penglihatan dan bahasa
isyarat.
Bahan visual mampu membantu dan bahasa isyarat
iii.

memberi kesan cukup efektif.


Masalah fizikal
Berketidakupayaan fizikal di mana memerlukan bantuan
peralatan khas seperti kerusi roda. Termasuklah kecacatan otak,
urat saraf, tulang, sendi dan otot.
Guru perlu tahu dan faham masalah murid serta cara
mengendalikan mereka. Penggunaan buku teks elektronik

iv.

untuk pelajar yang tidak mampu memegang buku.


Masalah Pembelajaran
malas, tidak berminat dan tidak beri tumpuan. Berkaitan
dengan masalah menerima maklumat, menyimpan, memproses
dan menganalisis. Sering berkaitan dengan masalah tingkah laku
dan emosi.
Perlu ruang pembelajaran yang jauh dari gangguan luar.
Pelajar perlu diberi peneguhan positif dan teguran yang

v.

membina.
Arahan perlu ringkas dan diulang.
Pelajar diberi peluang terlibat secara aktif.
Pintar Cerdas
Penguasaan kemahiran dengan cepat.
Ingin tahu lebih dari yang disampaikan.
Menghadapi kesukaran dengan motivasi tinggi.
Perlu dibantu untuk perkembangan mereka. Tiga program
disediakan iaitu pengasingan, pemecutan dan pengayaan.
i.
Pengasingan
Murid
diasing daripada murid yang lain dan
ii.

disediakan bahan yang sesuai untuk mereka.


Pemecutan

murid diberi kemahiran yang lebih tinggi sesuai


dengan kemampuan mereka atau mengikuti kelas
iii.

yang lebih tinggi mengikut subjek tertentu.


Pengayaan
murid disediakan aktiviti tambahan yang

lebih

banyak dan mencabar

5.0 KEPERLUAN FIZIKAL ATAU SOKONGAN INFRASTRUKTUR YANG


DIPERLUKAN UNTUK MURID BEKEPERLUAN KHAS
5.1 Kemudahan fizikal
Bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas
bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada
semua pelajar termasuk untuk murid bekeperluan khas.
Melalui kemudahan yang sempurna, mereka boleh dilatih untuk
berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka.
5.1 Satu ruangan kelas yang khusus.
perlu untuk keselesaan murid dan kemudahan bagi guru untuk
mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Ruangan kelas ini pula perlu dibahagi kepada kelas-kelas kecil
dan bilik khas untuk aktiviti sampingan lain seperti bilik belajar
mengendali perkakas asas, bilik komputer dan bilik pelbagai.
Murid khas juga banyak menggunakan bahan yang membantu
pembelajaran mereka. Bahan seperti kad kerja, kad imbasan,
bahan maujud, gambar-gambar, carta dan berbagai jenis lagi
bahan yang digunakan.

alat audio visual juga perlu untuk membantu proses pengajaran


dan pembelajaran. Bahan yang disediakan hendaklah praktikal,
mudah alih dan senang digunakan.
5.3 Penempatan murid berkeperluan khas
Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan
keperluan khas
Penempatan dibuat berdasarkan prinsip least restrictive environment
iaitu
persekitaran yang paling tidak menghadkan.
Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar
bersama-sama
murid biasa.
Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid
Biasanya ibu bapa harus memberi persetujuan bagi penempatan yang
dicadangkan seperti:

5.3.1 Kelas biasa


Situasi ideal
- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri
- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas
- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid
Amalan
a) Model Konsultansi
i.

Konsultasi pakar
- Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang

pengurusan dan
ii.

pengajaran murid khas

Konsultasi kolaborasi

- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk


menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh murid


b) Team/ Cooperative Teaching
- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid
khas
c) Teacher assistance teams
-

Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang

ditempatkan di kelas biasa


5.3 2. Bilik Resos
Juga dikenali sebagi program pull out
Perlaksanaan:
-

murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima


pengajaran
akademik (secara individu atau kumpulan)

Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan,


latihan orientasi
dan mobiliti atau terapi fizikal

5.3.3. Kelas khas


Juga dikenali sebagai self-contained class
Perlaksanaan:
-

murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang

juga dari kategori yang sama (program integrasi)


Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa
untuk menerima pengajaran tertentu (inklusif separa)

5.3.4 Sekolah Khas


Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka
yang mengalami
kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)
Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
yang teruk
Perlaksanaan:
sekolah harian

murid belajar di sekolah khas


murid balik selepas waktu persekolahan
Sekolah berasrama
murid belajar di sekolah khas
selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama
5.3.5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital
- guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk
mengajar murid
- Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga
murid sedia pulang ke sekolah
5.3.6 Pemulihan dalam Komuniti
- Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.
6.0 KESIMPULAN
Sebenarnya banyak kebaikan yang diperolehi daripada program
pendidikan inklusif. Melalui pendidikan inklusif telah mendedahkan kepada
kita ciri-ciri murid yang memerlukan keperluan khas daripada kemudahan
yang telah tersedia kini dan membuka mata banyak pihak bagaimana untuk
mengendalikan murid terbabit. Mereka ini perlu dilihat sebagai insan
istimewa yang memerlukan pendidikan yang sama dengan murid normal
yang lain cuma dengan tahap atau cara yang berbeza. Soskongan dan
dorongan serta kerjasama semua pihak adalah perlu demi menjayakan
program inklusif ini yang seterusnya akan membantu murid menghadapi
kehidupan bermasyarakat dan juga mampu
komuniti kelak.

memberi sumbangan kepada

You might also like