You are on page 1of 9

APAKAH ITU TRANSFORMER

Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Harus difahami bahawa arus ulang alik (a.u) ialah
arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus terus (a.t.) ialah arus elektrik yang
mengalir dalam satu arah sahaja.

Contoh transformer yang digunakan dalam industri

Struktur Transformer
Transformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat di setiap sisi teras itu.

Transformer

Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input menghasilkan perubahan medan magnet.
Perubahan medan magnet tadi akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output, iaitu gegelung sekunder.
Terdapat 2 jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun. Kedua-dua nya ada
fungsi yang sedikit berbeza.
Jika dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, transformer memainkan peranan yang penting
dalam memastikan proses ini berjalan dengan baik.

Soalan HOTS : Bolehkah transformer digunakan untuk Arus Terus?

Transformers operate on the principle that current in a wire generates a magnetic field. And
more importantly that a change in magnetic flux creates a current in a wire within that
field.
The input side of a transformer consists of multiple wraps around an iron core. The outputs
is a similar set of wraps around the same core (the ratio of number of input wraps to output
directly determines how much the voltage is transformed.)
Since electricity in the output is dependent on CHANGE in magnetic flux, a DC input will
not create any output except at the time it is switched on or off. So AC current is used which
will continuously provide changing magnetic flux and therefore power at the outputs.
Sumber : http://www.quora.com/Why-dont-transformers-work-with-direct-current

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memahami apa itu transformer, dan bagaimana trasnformer
berfungsi. Semoga bermanfaat!

TRANSFORMER INJAK NAIK DAN TRANSFORMER INJAK TURUN

Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit
dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau pun menurukan voltan. Transformer terbahagi
kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.

Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun

Persamaan
1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder
2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik
3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut

Perbezaan
1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder
Transformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder.
Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.
2. Voltan output
Voltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan input

Voltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada voltan input

SISTEM PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK DI MALAYSIA


Penghantaran elektrik adalah bermula di Stesen Janakuasa dan akan berakhir di rumah anda. Tapi tahukah anda
bagaimana elektrik dapat dihantar dan diagihkan ke seluruh Malaysia?

Sistem Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik di Malaysia

1. Penjana di stesen janakuasa akan menghasilkan ARUS ULANG ALIK dengan voltan yang tinggi, 11kV atau 25kV.
2. Arus ini akan memasuki stesen transformer (Transformer Injak Naik)
3. Voltan akan ditingkatkan daripada 11kV / 25kV kepada 132k,275kV atau 500kV.
4. Ini adalah bagi tujuan membolehkan elektrik dihantar ke tempat yang jauh dan mengurangkan kadar kehilangan
elektrik melalui haba semasa dipindahkan.
5. Arus ulang alik ini kemudiaannya dialirkan melalui rangkaian kabel penghantaran yang lebih dikenali sebagai
Rangkaian Grid Nasional

Rangkaian Grid Nasional

6. Arus ulang alik mengalir ke kawalan kawasan dan lapangan suis.


7. Kemudiannya, arus ulang alik ini dialirkan melalui satu lagi stesen transformer (Transformer Injak Turun)
8. Voltan akan diturunkan kepada kawasan-kawasan mengikut keperluan.
9. Kawasan industri berat menerima bekalan arus ulang alik pada 33kV
10. Kawasan industri ringan menerima bekalan arus ulang alik pada 11kV
11. Pejabat dan rumah menerima bekalan arus ulang alik pada 240V
LANGKAH BERJAGA-JAGA DALAM PENGGUNAAN ELEKTRIK
Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul.
Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius
sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon
dioksida haruslah digunakan.

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik

1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah


2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Langkah Keselamatan Dalam Litar


1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus

Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak

3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya


4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik


1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans

Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa

KEPENTINGAN MEMULIHARA ELEKTRIK


Ada 2 perkara yang diberi perhatian dalam memulihara elektrik, iaitu mengurangkan pembaziran dan juga
meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik dan apa kesan jika berlakunya kekurangan tenaga elektrik. Jom kita tengok.

Cara Menjimatkan Elektrik


1. Mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
2. Guna lampu pendarfluor bagi menggantikan mentol filamen

3. Beli peralatan elektrik berkecekapan tinggi yang menggunakan kuasa rendah


4. Tutup tingkap dan pintu jika menggunakan penyaman udara
5. Bina bangunan pejabat dengan siling yang rendah supaya menjimatkan kos penggunaan penyaman udara dan
kipas

Kesan Kekurangan Tenaga Elektrik

1. Hidup tak selesa di rumah


2. Tidak dapat menggunakan peralatan moden

3. Menganggu industri makanan yang melibatkan penggunaan suhu tinggi


4. Ekonomi negara terganggu
5. Komunikasi berteknologi tinggi menjadi sia-sia
6. Sektor pengeluaran akan kerugian banyak duit dan faedah

You might also like