You are on page 1of 4

Penjanaan Tenaga Elektrik

Penjanaan tenaga elektrik adalah satu alat yang digunakan untuk menukarkan tenaga mekanikal

kepada tenaga elektrik.

Arus elektrik yang dihasilkan di stesen kuasa adalah arus ulang-alik.

Apabila satu wayar atau bahan konduktor elektrik yang bergerak memotong garis daya magnet, arus

elektrik akan terhasil.

Prinsip ini digunakan dalam operasi penjanaan tenaga elektrik di stesen penjana kuasa.

Arus elektrik yang dihasilkan dengan cara ini disebut arus aruhan.

Jenis-jenis penjana tenaga elektrik

Terdapat pelbagai jenis penjana tenaga elektrik iaitu:

a) Penjana elektrik terma

b) Penjana elektrik hidro

c) Penjana elektrik diesel

d) Penjana elektrik nuklear

e) Penjana elektrik turbin gas

Apa Itu Transformer?


Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Harus difahami bahawa arus ulang
alik (a.u) ialah arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan. Manakala arus
terus (a.t.) ialah arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja.
Contoh transformer yang digunakan dalam industri

Struktur Transformer
Transformer terdiri daripada satu teras besi lembut yang dililit dawai berpenebat di setiap sisi teras
itu.

Transformer

Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung primer atau input menghasilkan perubahan medan
magnet. Perubahan medan magnet tadi akan mengaruh voltan ulang alik dalam gegelung output,
iaitu gegelung sekunder.
Terdapat 2 jenis transformer, iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak Turun.
Kedua-dua nya ada fungsi yang sedikit berbeza.

Jika dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, transformer memainkan peranan
yang penting dalam memastikan proses ini berjalan dengan baik.

Transformer Injak Naik vs Transformer Injak


Turun
Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras besi
lembut yang dililit dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau pun menurukan
voltan. Transformer terbahagi kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan juga Transformer Injak
Turun.

Transformer Injak Naik vs Transformer Injak Turun

Persamaan
1. Kedua-duanya mempunyai gegelung primer dan gegelung sekunder
2. Kedua-duanya beroperasi dengan menggunakan arus ulang alik
3. Kedua-duanya mempunyai gegelung yang dililit pada satu teras besi lembut
Perbezaan
1. Bilangan lilitan pada gegelung primer berbanding gegelung sekunder
Transformer Injak Naik adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung sekunder.
Transformer Injak Turun adalah lebih banyak bilangan lilitan pada gegelung primer.

2. Voltan output 
Voltan output bagi Transformer Injak Naik adalah lebih tinggi daripada voltan input
Voltan output bagi Transformer Injak Turun adalah lebih rendah daripada voltan input

You might also like