You are on page 1of 8

TRANSFORMER

Transformer
Transformer terdiri daripada dua litar berasingan
yang mempunyai pautan magnet pada satu teras
besi lembut berlamina seperti dalam rajah di atas.
Litar primer terdiri daripada gegelung
primer dawai bertebat yang dibekalkan
dengan beza keupayaan input daripada satu
sumber arus ulang alik.
Litar sekunder terdiri daripada gegelung
sekunder dawai bertebat yang membekalkan beza
keupayaan output dalam arus ulang alik.
Fungsi Transformer
alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus
ulang alik tanpa perubahan frekuensi arus ulang
alik itu.
Transformer memindahkan tenaga elektrik dari satu
litar arus ulang alik kepada satu litar yang lain
dengan perubahan beza keupayaan dan arus,
tanpa perubahan frekuensi
Dua Jenis Transformer :
Transformer injak naik :-
mempunyai beza keupayaan output yang lebih
tinggi daripada beza keupayaan input kerana
bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih
tinggi daripada bilangan lilitan gegelung primer
Transformer injak turun :-
mempunyai beza keupayaan output yang lebih
rendah daripada beza keupayaan input kerana
bilangan lilitan gegelung sekunder adalah lebih
rendah daripada bilangan lilitan gegelung primer
Transformer unggul
Transformer unggul mempunyai kecekapan 100%.
Transformer unggul boleh memindahkan kesemua
tenaga elektrik dari gegelung primer kepada
gegelung sekunder.
Kuasa input = Kuasa output
VpIp = VsIs
Ip = Arus primer Vp =Voltan primer
Is = Arus sekunder Vs=Voltan sekunder

You might also like