You are on page 1of 3

Bekalan Kuasa Jenis Pensuisan (Switching Power Supply)

Di dalam bekalan kuasa jenis pensuisan terdapat 6 bahagian utama iaitu:


i. Penapis Hingar dan Fius (Noise Filter and Fuse)
ii. Voltage Double Rectifier
iii. Pengubah Frekuensi Tinggi (High Frequency / Power Transformer)
iv. Penerus (Rectifier)
v. Litar Pensuisan dan Kawalan (Switching and Control Circuits)
vi. Pengatur Voltan ( Voltage Regulator)

Setiap bahagian mempunyai fungsi yang berbeza. Berikut dibincangkan fungsi-


fungsi bagi setiap bahagian tersebut:

Penapis Hingar dan • Penapis hingar (noise filter) berfungsi untuk menapis
Fius hingar pada talian masukan
• Fius digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan
(Noise Filter and Fuse)
pada alatan sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan
beban pada bekalan kuasa.

Voltage Double • Berfungsi untuk menjanakan masukan voltan arus


Rectifier terus yang tinggi kepada sepasang transistor yang
digunakan sebagai pensuisan dengan cara
memenggal (chopped) voltan masukan DC kepada
gelombang empat segi.
• Hasil keluaran ‘Voltage Double Rectifier’ adalah voltan
arus terus yang tinggi (120 / 240 VDC). Keluaran ini
akan di alirkan kepada masukan ‘Power Transformer’
Pengubah Frekuensi • Digunakan untuk mendapatkan beberapa paras voltan
Tinggi keluaran yang lebih rendah dan juga sebagai
pengasingan daripada masukan DC dari ‘Voltage
(High Frequency /
double Rectifier’ yang tinggi.
Power Transformer)
• Hasil keluarannya adalah voltan segi empat yang
rendah.

Penerus  Berfungsi menukar gelombang empat segi dari ‘power


transformer’ kepada nilai voltan DC yang biasa.
 Cara kerjanya sama dengan penerus dalam bekala
kuasa jenis pengubah.
Litar Pensuisan dan • Merupakan bahagian utama dalam bekalan kuasa
Kawalan jenis ini. Fungsinya adalah mengawal pensuisan
sepasang transistor yang disambung pada masukan
(Switching and
‘Power Transformer’.
Control Circuits)
• Kawalan ini akan menentukan gelombang DC empat
segi yang dihasilkan oleh pengubah tersebut. Ia juga
untuk mengawal nilai voltan yang tetap dikeluarkan
oleh bekalan kuasa.
• Cara ia mengawalnya adalah dengan mendapatkan
nilai keluaran pada penerus dan membandingkan nilai
tersebut dengan nilai yang piawai sekiranya tidak
sama, maka ia akan menghantar isyarat kawalan
melalui ‘photo isolator’ kepada ‘controlled osillator’
supaya mengawal masa pensuisan bagi transistor-
transistor tersebut.
• Dengan mengawal masa pensuisan bagi kedua-dua
transistor tersebut keluaran dapat ditetapkan.

Pengatur Voltan • Berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa


seperti mana yang dikehendaki.
(Voltage Regulator)
Contoh Soalan :

Rajah dibawah menunjukkan blok bekalan kuasa jenis pensuisan yang terdapat
dalam manual servis komputer.

Berdasarkan rajah di atas

a. Nyatakan voltan-voltan bagi keluaran bekalan kuasa.

…………………………………………………………………………………………

b. Terangkan kendalian blok pensuisan bekalan kuasa tersebut.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

You might also like