You are on page 1of 2

Bekalan Kuasa – Power 

Supply

Litar Bekalan Kuasa


Senarai komponen :
1 unit Transformer = 240V kepada 12V (step down)
4 Diode = IN4001 / IN 4002 / IN 4007
Kapasitor C1 = 4700uF, 25V
C2 = 4.7uF, 25V
IC Regulator:
7806 untuk output 6v
7809 untuk output 9V
7812 untuk output 12V.
Bekalan kuasa (power supply) merupakan satu komponen yang amat penting bagi memberi
bekalan kuasa kepada litar-litar elektronik. Output bekalan kuasa bergantung kepada ic regulator.
Sekiranya voltan pengubah/transformer 12V tetapi litar yang menggunakan bekalan masukan ialah
9V maka anda perlu menggunakan ic 7809 bagi mengeluarkan 9V pada output. Rektifier yang
paling sesuai ialah jenis bridge. Rektifier menukarkan arus ulang alik ( a.c ) kepada arus terus ( d.c
). Penapis/ kapasitor digunakan untuk menstabilkan voltan. Regulator merupakan komponen yang
akan convert voltan kepada voltan yang lebih rendah dari voltan masukan.

REKTIFIER
Dikenali sebagai diode yang berperanan menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC).
Ia juga mempunyai empat komponen kecil diode dan ia juga mengalirkan arus dengan satu hala.
Untuk mengenalinya dengan melihat ciri-ciri saperti jalur dan garisan tanda (-) Cathode dan (+)
Anode.

REKTIFIER GELOMBANG SEPARUH


Syarat untuk menukarkan arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) memerlukan sebuah diod
sahaja. Pada rajah di bawah digambarkan bagaimana kuasa yang terletak di bahagian bawah 0
volt telah terpotong oleh diod kerana punca positifnya (anode) telah menjadi lebih negetif daripada
punca negetif (cathode) bila kuasa berubah kepada lebih rendah kepada 0 volt.

REKTIFIER GELOMBANG PENUH


Rektifier yang menggunakan satu diod akan menghasilkan voltage yang dinamakan arus terus
berubah (fluctuating DC). Keadaan voltage yang tersebut dinamakan “fluctuating”, kerana voltage
tidak berubah di mana-mana tahap tetapi ia berubah diantara 0 volt dan puncak voltage. Rajah di
bawah menggambarkan bagaimana diod menghapuskan kuasa voltage negetif, ini bermakna litar
berkenaan yang telah melenyapkan separuh daripada kuasa yang boleh digunakan.

Satu cara yang baik untuk menggunakan semua kuasa yang ada dengan menghalakan voltage
yang akan lenyap tadi ke bahagian atas gelombang.

JENIS-JENIS BEKALAN KUASA


Terdapat dua jenis bekalan kuasa:
1. Jenis “Linear”

2. Jenis “Switching”

JENIS LINEAR
Jenis bekalan kuasa yang senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya dan mempunyai litar yang
mudah. Asas-asas yang bekalan ini mengandungi transformer, satu rectifier dan beberapa kapisitor
sebagai penapis/filter untuk tujuan meratakan dan menyelaraskan gelombang kuasa.

Cara-cara berfungsi:
· Kuasa daripada soket 13 A (240 volt arus ulang-alik AC) dimasukkan di dalam satu transformer
yang besar.

· Kuasa kemudian diselaraskan (rectify) dan ditapis untuk menghasilkan output arus terus yang
licin pada voltage yang paling sesuai untuk kegunaan sesuatu litar.

· Kuasa terus yang telah dilicinkan akan dihantar melalui sebuah “regulator” yang akan
meyempurnakan keperluan sesuatu litar yang menyekat voltage/arus yang dibekalkan hanyut
ketempat lain.

· Arus yang berlebihan dari sumber kuasa biasanya akan ditukarkan menjadi haba dan hilang
begitu sahaja.

Kebaikan jenis linear ini dari segi mudah dan tahan lama, walaubagaimana pun kuasa jenis ini
bukanlah yang terbaik dan efisen.

Jenis “Switching
Bekalan jenis ini kebiasaanya tidak membazirkan arus dan juga tidak menggunakan transfomer
yang besar dan sebagai gantinya ia menggunakan transformer kecil yang merubah dan tidak
menghilangkan haba. Ianya juga mempunyai litar pengesan yang boleh mengawasi voltage output.
Bila voltage naik dan turun kerana keperluan bekalan kuasa berubah, litar pengesan ini boleh
mengetahui.

You might also like